“ Nah!!” Amar mencampak selonggok baju ke arah Shark.
“ Apa ni Tuan?” Soal Shark hairan.
“ Baju aku lah! Kau kena basuh.”
“ Mak Jah kan
ada?”
“ Mak Jah tu kan
dah tua, takkan dengan orang tua kau nak zalim?” Sergah Amar memandang Shark.
Dia ketawa dalam hati, suka dapat mengenakan wanita yang kini sudah sebulan
dinikahinya.
Masam muka Shark mengutip baju-baju yang berselerak di
lantai. Dia zalim tak apa, aku zalim tak
boleh! Terkumat kamit mulutnya menyumpah Amar.
“ Dah, tak payah nak mengomel, buat kerja kena ikhlas baru
diberkati Allah.” Shark mencebik. Nasihatkan orang pandai, Puihh!!!
**********
“ Hoi,bangun!!” Bahu Shark ditolak kasar tapi sedikit pun
Shark tidak terjaga. Nyenyak nampak tidur. Ni nak aku pakai bom atom ke bom
angin ni?
Amar memerhatikan separuh inci tubuh isterinya. Dari wajah,
menjalar ke leher dan terus ke bahagian dada. Bergetar naluri lelakinya tatkala
matanya memandang bibir merah isterinya. Amar terkesima. Terasa ingin mengucup
bibir itu. Cantik juga isteri aku ni! Kulitnya putih bersih. Walaupun
berperwatakan kasar Shark tetap menawan dan mempunyai tarikan yang tersendiri.
Amar rasa dirinya sudah jatuh cinta.
Amar sedar, dia seringkali melayan Shark agak kasar dan
biadap. Bukan kerana dia benci tetapi hanya sekadar suka-suka dan ingin menguji
sejauh mana kesabaran dan kekuatan wanita dihadapannya ini.
“ Shark!!” Jerkah Amar
“ Ergg…awak,tolong saya wak!” Shark merengek katakutan
Amar terkejut dengan respon itu. Mimpi ngeri apa minah ni?
Nangis bagai.
“ Hoi!!”
“ Hahh, Tuan?” Shark yang terkejut dengan sergahan itu
mengesat-ngesat kelopak matanya. Dia ke lembaga yang cekek aku tadi?
“ Magrib-magrib kau tidur. Hantu jebon mana yang cium kau
agaknya, merengek macam orang kena ehem..ehem...” Amar menahan ketawa dengan
selorohnya sendiri.
“ Tuan nak apa ni?” Shark menyoal geram..
“ Eh, marah? Dah kau jangan nak tidur lagi, bangun mandi,
solat, lepas tu turun bawah.”
“ Tak nak lah saya.”
“ Eh, aku kahwin kau bukan untuk melawan aku tau? Kau nak
kena pukul?” Amar menunjukkan isyarat tangan. Serius!!!
“ Tuan ingat saya kuda kepang ke, nak pukul-pukul pulak!”
“ Turun lah, kita makan sama-sama.” Soal Amar penuh
mengharap.
“ Saya diet lah.” Tak kuasa aku nak makan dengan babun
bontot merah, membebel macam pompuan. Kang tak pasal-pasal aku mati tecekik.
“ Dey, tangachi! Tak payah nak diet sangat lah. lepas siap
turun makan. Aku tunggu kat bawah. Ini arahan,paham?” Shark terkesima. Matanya
tidak terlepas memandang gelagat pelik tuannya sehinggalah pintu bilik ditutup.
Tiba-tiba nak aku teman makan ni dah kenapa?
*********
“ Wah!! Banyaknya lauk Mak Jah? Ada terung goreng pedas,
kangkung goreng, ni apa ni? Sayur pahit tu, apa nama? Alah lupa lah…” Shark
memegang kepala dengan kedua-dua tangannya cuba mengingati nama sayur.
“ Rezeki orang yang suka berbakti
pada tanah, Irah! Buah peria!”
“ Hah!! Betul tu, Peria!” Shark
bertepuk tangan gembira dengan jawapan yang keluar dari mulut Mak Jah.
“ Eleh, macam budak-budak.
Mengada-ngada.” Ucap Amar selamba. Sementara Shark buat-buat tak dengar.
“ Eh, Mak Jah napa panggil saya
Irah? Shark lah mak Jah!”
“ Irah kan lebih sedap didengar, orang putih kata
sweet.”
“ Hahaha…macam-macam lah Mak Jah
ni.” Shark tersenyum. Dia tak kisah mak Jah memanggilnya dengan nama Irah Cuma
dia terasa sedikit kekok. Dia lebih terkenal dengan nama Shark, sebab nama itu
lebih serasi dengan gaya
dan penampilannya.
Shark menceduk sedikit sayur
kegemaran, peria goreng ke dalam pinggannya.
“ Woi!!” Shark yang ingin menyuap
nasi ke dalam mulut terkejut apabila dijerkah Amar. Shark memandang Amar
hairan.
“ Kau tak reti-reti nak ceduk
lauk untuk aku ke? Kau pikir perut kau aje yeh?”
“ Loo…nak makan pun kena cedukkan
ke?” Shark menyoal bodoh.
“ Haruslah, kau tak belajar
cara-cara nak layan suami di meja makan?”
“ Suami? Loo..babun bontot merah
ni suami saya rupannya? Aloh..loh abg sayang mucuk tu, meh anje cedukkan lauk
yeh?” Shark berkata selamba lalu menceduk sedikit sambal ikan bilis petai ke
dalam pinggan Amar.
Pix cute ni amik kat blog dia ni
“ Sambal ni nampak PEDAS, Kalau
tak TAHAN jangan makan!” Pedas sambal ikan bilis petai tu, pedas lagi sindiran
Shark. Amar mengadap makanannya tanpa menoleh. Mukanya rasa bengkak dan panas.
Malu beb!
as salam
ReplyDeletemenarik cite ni dah banyak episode dah:)
la sampai nak kana ceduk lauk.kalau edy pon mlas.hahaha
ReplyDeletewa wah tatau pun cite ni...bape episode?
ReplyDeleteidea utk novel ni datang spontan time menaip ke, dah ditulis awal2 ni cheery? hebat lahh..
ReplyDeletemaaf bru sempat singgah... bz sungguh kali ni.
ReplyDeletethankz semua koz baca..
ReplyDeletecheery pun xtaw bape episod zila.
a'ak jaa..idea spontan sbb tu xtaw smpai bila nak habis..hahaha
hampes tau Amar nie is rasa nak luku luku kepala dier je eeeee
ReplyDeleteralik baca citer ni, nak gi baca sambungan dia pulak ;)
ReplyDelete