urmmm salam sejahtera, 4 ari yang membosankan aku. 4 ari rest aku berlalu tanpa buat apa2.rasa seperti manusia yang tidak punya apa-apa tanpa kerjaya,tanpa duit dan tanpa cinta,tercongok kat depan tv sowang2...sob2:( sedih bangat sih...
cukup!!! xyah mengarut banyak, jom baca sambungan citer minggu lepas ....mulakan dengan bismillah..ceh wah baiknyer aku...heheheh
“Semua barang-barang disini ada PSA sendiri. Kita ada 13 PSA dan kamu kena kenal dan ingat ke semua PSA nie k. sebab kita order dan stock in barang by PSA. Kalau kamu tak ingat semua PSA ni memang susah kamu nak buat order. No reason to excuse, semua staft yang kejer di sini semua kena tahu. Buat sementara waktu ni, oleh kerana kamu masih baru perkara yang kamu perlu buat jaga cleanliness, count CDU tracking, buat FIFO dan front facing and don’t forget take note your clock in/out.okey,faham?” Kening ku terangkat sedikit menunggu respon dari staft baru. Ala-ala ziana zain gitu. Walaupun hari sabtu hari rest aku, aku hadir untuk memberi tranning kepada staf. Tanggungjawab dan pengorbanan yang perlu aku laksanakan demi melahirkan staf yang cekap dan berkesan. Melatih manusia tidak semudah melatih kambing diladang. Memerlukan kepakaran dan ketahanan yang mantap bagi mencapai objektif jangka panjang. Ilmu di dada juga mestilah tinggi setinggi gunung everest. Jika tidak awal-awal lagi digelar stupid manager by staf. OMG!!!that the fact we should stay away.
“Hai awak!!weekend pun kejer ker? Rajin awak yer?” terbang segala mood tenang aku akibat teguran pak polisi gangster itu. Pagi-pagi dah menunjukkan muka donat kat aku. Tersengih-sengih macam kerang kena rebus. Seriously rimas dibuatnya.
“ Ok, sekarang saya nak awak pegi buat front facing. Buat yang macam saya ajar tadi k. tak tahu, tak paham jangan malu-malu bertanya k?ok pegi buat keje” aku memberi arahan kepada staf baru tanpa menghiraukan teguran itu. Memang sedikit sombong aku kelihatan dimata dia tapi apa aku kisah, melayan karenah dia sama seperti mencari point untuk menyakitkan hati sendiri.
“ Awak sombong dengan saya yer. Awak tahu tak saya datang sebab nak berjumpa dengan awak? Awak jangan la layan saya macam ni”. Ucapan yang ada sedikit keluhan di akhir ucapannya.
“ Awak nak apa? Napa pula awak nak cari saya? Saya ada urusan dengan awak ker?” aku bertanya tidak puas hati. Tersengih-sengih kawan pak polisi di satu sudut media, menjadi penonton kepada babak yang tidak menyenangkan aku.
“ ok!!memang awak tak de pape urusan dengan saya tapi saya datang nak jumpa awak. Be friend?” Tangan yang gagah itu dihulur tanda permulaan persahabatan.
“ For what and why me?” aku menjeling kasar tangan yang dihulur. Agak kejam aku buat begitu tetapi hati yang menyampah melihat sifat kool dan fikir diri bagus itu memang tidak dapat disembunyikan lagi.
“ Awak ni kenapa sombong sangat?”
“ Eh! Suka hati saya la”
“ ok xpe,awak sombong ngan saya. Tunggu lah nasib awak t”
“ Giler per?Tah pape” aku menjeling, menyampah dengan sikap lelaki yang panas baran dan gelojoh itu. Aku memandang kosong pak polisi itu berlalu meninggalkan store. Seram sejuk badan aku mengingatkan kata-kata yang berbau ugutan itu.
Tak menyabar kan? Tak tahu ker pujuk pompuan nie kana banyak sabar. Urmmm, agak menakutkan ugutan itu. Apa yang makluk tu nak buat ek????