Hai, Assalammualikum dan salam sejahtera
ha'uzubillah..himinasyaitonirajim...Bismillahhirahma ni rahhim
Malas sungguh nak update entry raya ni
Malas sebab xde idea nak mengarang,
Yelah…balik balik entry syok sendiri….aku
pun cemuih nak karang, kowang yg membaca apakan lagi kan?
Tak pe, biar aku
jujur dengan kowang…sebenarnya kan…sebenarnya…sebenarnya…
eh nervous pulak
dah!! -_____-
biasa lah,budak
tak ada idea memang selalu macam ni….hahaha
sebenarnya dah
patblas biji kurma dan 3 bijik apple aku makan dalam usaha nak menyeru idea.
kamtu mama
sayang kamtu mama!!!
tak jugak datang…oleh
sebab itu, aku nekad untuk memukabuku (FB)
seharian aku
memukabuku,hahaha…hampeh nyiokkkk sungguh!!
Tambah pulak
tangan aku pulak kena simbah dengan kari yang mendidih..lagilah ke laut mood
kan?
Takpe, aku nak
guna talian hayat yang terakhir iaitu…merenung masa lalu…hahahah
Per aku merepek
entah!!!! Takpe lah abaikan budak gila tu…abaikan jer…yang tengah mengarang ni
ler.
Ini nama dia
cheery…dikenali sebagai Sari Yanti..nama matsalleh dia Anja’anjalina jolie
Adik tiri
anjalina jolie kot..tapi muka nonsense giler…tapi dia ni memang gila pun
Kadang-kadang
happy, kadang-kadang sedih….kadang-kadang meroyan kadang kadang pemalu
Kadang kadang
cantik kadang kadang burok nauzubillah….tapi biasa selalu burukk lah…hihihi
Kena kutuk
jugak, Tak leh nak puji sangat, kang kembang semangkuk dia tu..yang mengarang
ni lah!!
Jangan tak
tau..penyakit gila dia ni berjangkit ,dimana ,ia boleh dijangkiti..
Virus yang biasa
menyerang dinamakan virus ‘gila selfie’ dan virus ‘gila-gila kuasa dua’
Urmmm….sekarang
penyakit ini telah berjangkit pada anak sedara yang tercinta..emmm
parah..parah!!
Nampak!! Kan aku
dah cakap tadi….sekor sekor gila selfie
1st
raya family aku tak berkumpul utk bergambar..masing-masing dengan hal sendiri….
Ada yang balik
dari masjid..terus buka baju pakai t-shirt..jakun sungguh
So..terpaksa la
penuhkan camera dengan gambar budak budak..
Takpelah …dah
cukup meriah dah dengan budak budak ni…..
Kadang-kadang
tak terlayan…baru aku taw susahnya nak control budak
Aku kawen esok
xnak banyak…just 12 owang cukuplah..bahahahahah
Okey tak
lawak….!!!
Ko
nengok..masing masing dengan aksi kebudak-budakkan…memang dasar budak!!!
Bukan senang nak
amik gambar formal diorang ni…time nak snap tu lah diorang nak makan lah…nak
kira duit raya lah..nak mengeletislah..macam-macam
Duduk diam-diam
tak nak..nak terkeluar anak tekak aku menjerit
“duduk
diam-diam”…” mak teh cakap 1,2,3 semua tengok camera dan senyum!”
“sapa tak senyum
tak dapat duit raya” ….
Biasalah Ateh,
tak bagi duit raya tu perkara biasalah..tangkai jering sangat!hahaha
Lepastu dengar
lah keluh kesah sedih ‘bersamamu’…dah leh panggil tv3 shooting dah
Drama sangat
anak-anak sedara aku ni…<_____>
ikut perangai sapa entah!!
Anak sedara aku
yang betoi-betoi Sembilan orang aje…lapan orang dah ada dalam gambar
Sorang lagi
dalam endoii….tido!!!hahahah
Tak banyak kan??
Sembilan aje…..
Nak tahu? Bapak
aku pun dah pandai selfie. Kelakar masa nak selfie dengan ayah aku ni
“Tie, benda apa
yang panjang ang pegang tu? Meh ayah tengok”
“ Ni monopod
yah, bahasa kg panggil galah selfie…”
“ eiihhh…selpiii
tu menantang pa pulak??”
Aah sudah, dah
kena mengajar bapak ketam jalan lurus pulak, si anak ketam ni..kahkahkah
Der, tak lawak
pun der!!! Tak baik taw aniaya orang tua..
Ya lah...Ya lah!!! -____-
Mak ayah aku ni
steady ja…kalo bergurau tu ganaih nak amat macam drama
Luv you mr
arrogant tu….ganaih-ganaih pun dalam hati ada taman ko taw!!
Kalo tak, takde
kuar 1 ekor kumbang 4 kuntum bunga derr!!! Kihkihkih
Bawak bertenang
semua..bawak bertenang!!! Tak habis lagi nak citer ni
Tahu, orang
zaman sekarang ni berjalan raya kat mana???
Dekat FB
laa…hahaha berjalan tu bunyi macam jalan kaki 8km sejam aje kan?fiiewww…penat!!!
Basah ketik
ketik…nak peluk cium pun tak sanggup…bau asli sangat!! ^_____^
Lepas hilang
penat berselpiii…hahaha…kitorang kuar beraya di rumah sedara yang terdekat
Dekat-dekat aje
..boleh dikatakan jalan kaki malam karang baru sampai
Dekat kan??
Hihi..leh jugak la turun 2 kg sekali jalan.
Masa dekat umah
wa chik , iaitu kakak kepada ayah aku..berlaku kejadian yang mengelikkan bulu
ketik
Bukan
kejadian kelakar tetapi kejadian yang
menggeramkan akal fikiran aku..rasa tak waras tiba-tiba
Boleh cousin aku
panggil aku kinah?? What the fish..hello!!! kinah tu kakak I ok, I ni siti…siti
yang cantik siti yang lawa ….macam siti nurhaliza tu!!!...eh bukan, salah!!
Macam Sari Yanti…Faham!!
Mahunya aku
jerit macam tu….huhhu <______>
Kebetulan time
tu aku tengah pegang Qaisara..sebab tulah diowang boleh silap orang..
Mula-mula
bersangka baik lah..skali paksu hamzah dtg terkejut beruk nengok aku
“Ni siti ka
kinah ni??”
hey, sama sangat ke muka aku dengan kakak aku ni???..stress aku!!!
Aduh!!
“ Loo.. siti ka?
Awat besaq sangat?? Dulu kecik ja..ni tak kawen lagi kan??”
Owh…please lah!!!!!! kalo ikutkan hati, aku dah jogging balik rumah..
HAPA?? Ko ingat, semua pompuan gemok dah kawen???
ko hingat apa, hah????
fuihhhh...geram pulak kita ni!!
Nasib baik aku
ikutkan kata tali perut…bersabar dan bersangka baik..
Alah,.kemonn
siti, biasalah tu diiowang mana biasa jumpa sari the real sari yanti..komennn
sabar!!!
Hahahahah
^_____^ positif betoi tali pewut aku ni!!! Kalo macam ni hari hari aku jamu ko
nasi lemak
Aktiviti Malamnya,
sambut birthday abang ajiq, anak sedara sulung aku
Kek homemade ko
tahu!!...yang pasti bukan aku yang buat!!! Aku tolong makan ja…hahahha
Lepas tu sesi
bunga api pun bermula…riuh rendah rumah aku…bising nak amat!!
Kalo nengok
gambar aje tak rasa best sangat, bunga api tembak ni
Aku ada video
jugak…tapi nanti-nantilah aku show tu pun kalo aku ingat dan boleh show sini
Hahaha…paham-paham
jerlah, intenet umah aku macam siput Cadbury..
kalo siput sedut, sedap gak makan
kan?…
perghhh terliurrrr!!! Hahaha
Ok selamat hari
raya korang
Maaf zahir
batin…thanks sebab sudi baca…yang tak sudi nengok gambar pun takpe..kihkihkih
Next entry raya
coming soon…sambung eesok lusa tulat tungging ^____^