Nuffnang ads

Wednesday, February 11, 2015

Oh..macam ni rasanya takoyaki @ COGI Trading


Hari ni baru ada mood sikit nak mencoret.
Iyer..iyer previous entry cakap nak mengupdate laju-laju
tapi bukan tak nak tapi buzy sikit.
Buzynya sikit tapi malasnya yang banyak, acaner tu der??
Apa pun tak leh!!!  Hahaha ;D

Dah lama aku tak share resepi disini kan?
Tentu kalian semua rindu masakan aku yang ohsem, simple tapi berkualiti tu kan?
Statement mintak penerajang ke hape tu? Bahahaha -..-
Pernah dulu aku share resepi popia cheese simple yang korang try dan sangat sedap tu kan?

Hahaha…confirm nak tapak kaki dia ni!!!

Tapi sekarang aku tak koser lagi nak share resepi bagai, ini kan pulak memasak! Kahkah
Sebab, most of time sekarang aku baring kat rumah membesarkan badan aje….wohooo!!
Rasa seperti ‘ana’ berada di syurga! Kalo dah masa habis kat rumah aje maksudnya
ada banyak masa untuk memaSAK la kan???
But nehii nehi …bukan itu koser ‘ana’…koser ‘ana’ cumalah makan,tido,keje…makan,tido,keje
cer tengok urutan job scope kat situ yeh, makan,tido,keje.

So, kat situ korang dah dapat tips membesarkan badan cara mudah dan berkesan
Hahahaha ;D Hidup semakin bahagia
Sebab ‘kandungan’ aku makin hari makin membesar
Dah sama naik denga breast…bahahaha tapi apa pun tak boleh!!!
Yeh, ‘kandungan’ yang semakin tinggi turut mempengaruhi kebahagian seseorang manusia
Atauuu…lebih tepat lagi seorang yippo a.k.a badak berendam!!!      


Seorang yippo ke seekor yippo, der??
Tak kisah lah, yang korang sibok sangat Napa?
Blog aku suka hati aku lah!!!*emo* hahahah ;D


Aku dah bekerja di syarikat baru yang sangat menjaga kaki dan tangan, kakitangannya
Meaning, kakitangannya tak perlu menapak jauh jauh nak pegi lunch
Dah disediakan cafeteria yang menyajikan makanan yang mengenyangkan dan ceria
sebab tulah aku ada 'kandungan' yang ceria membesar hohoho *mata kat atas*

 So, bila dah tak perlu menapak jauh jauh ni, tenaga banyak disimpan untuk masa hadapan
Masa bila nak guna dan sampai bila nak simpan aku pun kurang pasti..
chapter tu aku tak habis baca lagi employee handbook bahahahaha ^_____^

jadi, bagaimana dengan mangkuk tingkat?
Just let them go…sambil menyanyi ‘bebaskan..bebaskan, tak mampu pertahan lagi..’

“ aku tidak perlukan kau lagi, berambus kau dari rumah aku, mangkok!!”

Aku ingat lagi, dulu aku rajin tapau dari rumah pergi keje
Lepastu waktu lunch makan sama-sama dengan ofismate
Kadang-kadang makanan tu jadi breakfast ..lepastu lunch kena kuar lagi
Kan dah membazir kudrat…hahaha dasar yippo! Makan untuk hidup ;p

Mukadimah panjang panjang ni, aku bukan nak buat karangan pasal
“resepi sedap di cafeteria ofis saya!!”


Aku nak cerita pasal 1st time aku makan bendalah ni, cucur dari jepun
Atauu…lebih dikenali sebagai Takoyaki
Kalo kat Malaysia ni owang panggil apa  ek? Cucur badak ek?
Tapi tak ada lah badak limanam ekor dalam tu hihihi =..=


Tak kisah lah apa gerangan namanya kat Malaysia ni,
Takoyaki ke teppanyaki ke, tapak kaki ke..tapi korang mesti cuba
Aku tak tahu nak nilai takoyaki dari cogi trading ni lagi sedap atau lebih sedap
Berbanding dengan kedai lain sebab, ini 1st time aku makan kot.

1st time aku rasa…ia boleh dikatakan sedap…sedapnyaaaaa!!!!!!!!!!
*sambil jerit jerit lompat lompat kijang campur dengan lompat lompat tenuk*
^__^


Owh..ni rasanya makan takoyaki!!!!
Selama ni aku ingat takoyaki tu rasa macam tapak kaki..hhahahaha



Sekarang ni makanan jepun dah fafulor di Malaysia
Dekat pasar-pasar malam pun dah dijual..pandai orang orang Malaysia ni
Menciplak no satu..hahahha opsss bukan bukan..Mencari peluang berniaga!!

Yeah..teruskan..go Malaysia go..best human win!!hikhikhik
Aku suka nengok bangsa sendiri makin maju ke depan..alhamdulillah
*statement nak elak tapak kaki* ;D






Hyper Unggul Sdn Bhd
Office: 03-8066 9082
Mobile: 012-969 8202

So, pada yang berminat untuk maju dalam business especially
Dalam business takoyaki ni boleh merujuk kepada gambar di atas
Modalnya dalan 45k..banyak jugak kan? Tapi berbaloi jugak lah
Diorang akan bantu dan monitor korang, sediakan bahan dan peralatan,tranning semua
Korang just  sediakan modal aje….berminat call no tu okey
“Aku suka nengok bangsa sendiri maju!!” :D


Kalo korang perasan ada makanan jepun nama okonomiyaki kan
hah..yang tu aku belum rasa tapi member aku penah cakap okonomiyaki tu
maksud dia panggang sesuka hati...hahahaha klakor!!!

Masa aku tengah baca memo "be your own boss!" tu kan
abang red cap tu tegur aku
"Awak, berminat ke? boleh buat duit taw!!"

Aku syak dia ni dah jadi "be your own boss" lah
kalo tak, napa dia beriya..iya promote kat aku
Tapi kan der, muka aku ni muka ada masa depan jadi boss ke?
wahahahaha....-..- amik lobang idung

"Abang red cap, nak sembang besaq dak noh...
tapi saya ni biasanya job yang cari saya, 
saya tak pernah cari job...yelah saya ni kan retis sangat"
*tangan kat bahu mata tengok kening*

Tapi jawab kat dalam hati aje hahaha

Nak buat business tu, niat dihati memang ada
tapi buat masa sekarang kesedaran dan kekuatan nak take high  risk tu 
belum ada lagi...kang ada yang nak masuk paper 
"Gadis ayu jatuh giler kerana business super maju!"

kahkahkahkah okey, tak lawok ^___^


Sunday, February 8, 2015

Pantai Morib dan cleaning service

Bulan lepas aku ada bawak diri ke Pantai morib. Aci tak, bawu sekarang nak cerita hihi.

Niat nak makan angin biar kasi kembung pewut dan kepala penuh angin. Aku kalo kepala dah penuh angin aku boleh lupa semua masalah ;D Tapi aku ni ada satu sikap low self-esteem. Pejadahnya ni hahahaha.

Aku tak reti berjalan sorang-sorang, makan dekat luar sorang-sorang atau shopping sorang. Aku malu kalo buat apa-apa kat luar sorang-sorang. Walaupun nak makan angin kat pantai sorang-sorang, pun tak reti. Tapi kalo buang angin aku reti plak sorang sorang bahahahaha okey tak lawak ;D

Jadinya aku ajak neng baizhurah nemanen, yukkk!! Hahaha. Aku bukan apa, kalo sensorang aku rasa macam semua orang perhatikan aku. Sampaikan aku nak garu ketik pun orang perhati aje. Lepas tu aku rasa paparazzi snap foto aku dan featured dalam majalah playboy dengan caption ‘The 18sx side of sari yanti!’..huh! kan dah famous tak tentu pasal ;D




Tema kami hari tu color biru. Sebenarnya tak ada berjanji pape pun. Tema yang tak disengajakan. Maybe kami ni seiring, sejalan dan seminat? Hihihi. Si neng ni sebenarnya tak suka color biru taw tapi bila aku cakap dia Nampak berseri seri macam kuih seri muka setiap kali berpakaian biru, tiap-tiap hari nak pakai biru pegi office. Sampai packing nasi lemak dia color biru pun cerita kat aku..bahahaha hoiii apa ni aku suci lagi oiiii!!!!*tiba-tiba* hahahaha ;D

Aku mula-mula nak pakai baju kurung biru. Tapi fikir-fikir balik, kejadahnya nak pakai baju kurung pegi pantai. Bukan nak attend kenduri kawen atau shooting sketsa raya pun kan. Nak jenjalan amik angin aje pun, dah nak diva tak tentu pasal.







By the way, mostly gambar-gambar ni aku dah upload kat fb and entry previous.  Siapa yang dah tengok memang akan rasa macam loya. Mesti korang macam, ‘kenapa saya kena nengok gambar minah ni lagi? Kenapa? Apa dosa saya?’

Der, awak tak dosa apa-apa pun der! Saya pun nak tahu kenapa awak tengok lagi gambar ni? Yang saya tahu, moh lah awak beransur..moh.moh bergerak sekarang? ;D


Ok, meh aku kenalkan . wanita ayu ini namanya Tini, masih muda dan sudah berkahwin. Pekerjaan cleaner. Dia boleh mengemas rumah, mengemas store, mengemas bilik, mengemas dapur dan macam macam lah. ;D
So sesiapa yang perlukan perkhidmatan membersih rumah atau pembantu rumah. Boleh hubungi beliau.
CONTACT: MS TINI (016- 251 4692). Dia main area selangor aje, okey?




U know what? View ciptaan tuhan ni memang sngat ohsem. Rasa yang susah nak describe macam Mana. Bila kita dekat dengan Alam kita rasa kita dekat dengan pencipta. You all can see...betapa tuhan sayangkan kita..dia ciptakan bumi yang sangat mendamaikan..yang sngat menyamankan yang sangat mengasyikkan supaya kita tidak lupa Dan alpa untuk bersyukur dengan nikmatNYa..betapa kerdilnya kita disini...betapa kurangnya kita disisi Allah.


Hurmmm...nyaman sngat uool rasa hilang bebanan Dan masalah masa tu...rasa dekat dengan ombak..rasa lembut buih buih pantai...rasa syukur dengan rezki Dan peluang yang Allah berikan walaupun cuma sesaat, kita akan rasa sngat bermakna dengan setiap hembus nafas.

Perghhh...ayat skema tak boleh blah, derr!!! ^____^




So far, bagi aku pantai morib ni okey, sesuai untuk bawak anak-anak beraktiviti dekat sini.Group atau kelab vehicle pun ada buat outdoor kat sini taw. memang meriah kalo waktu petang. Dekat sini ada playground, nak bawak anak main buih buih pun boleh tak perlu nak pergi putrajaya pun, kat morib pun ada. 


After this..aku kena update blog laju-lagu ni. terlalu banyak cerita yang nak share actually. tulah...kalo boleh nak update hari-hari tapi uool paham-paham lah bila penyakit malas menjangkiti jiwa raga seorang partime  blogger...apa pun tak boleh!!!!

 yeah, "malas" memang mencumburui diri ini!!! kihkihkih bye xoxo ;D


Tuesday, February 3, 2015

Great material shawl from Riz Iman Collection


Aku sebenarnya suka sangat dengan shawl. Mean reason sebab simple and faster. Main lilit aje, tak yah nak wisau tudung kelepek lah..sengetlah..pape jelah. Jenis kain pulak aku suka pashmina and chiffon.

The 1st reason why aku suka, dua jenis kain ni sebab tak payah iron ..hahaha ;D
Tapi kalo nak pakai shawl yang jenis kain jessy and satin tu, leceh sikit. Feeling macam mak mak datin hahahaha

Nak-nak pulak kalo kain jenis licin, asyik terlucut aje memanjang. Motif? Nak habaq kulit mulus..puiihh
 :p hihi

Padahal aku memang jenis pemalas pun. Semut api pun tak malas macam aku lah -..-

Kalo nak ikutkan nafsu diva aku ni, ada tak kain yang tak perlu dibasuh?? Kihkihkih ;D
Tapi bila aku dapat tahu shawl butterfly and flower chiffon dari Riz Iman Collection ni, tewus rasa excited, jatuh hati, jatuh cinta dan jatuh air mata. Sebab duit bakal habis dengan shopping shawl hahahha

Bila poslaju hantar je shawl tu kat office laju-laju aku pergi collect kat office lepas tu tewus gerak balik kampong. Motif? Balik chewii kat rumah. Kasi akak aku jeles hahaha

Akak aku ni sebenarnya peminat tudung fareeda. Many time blajar pakai shawl tapi feeling buruk kalo dia pakai shawl. Pada aku ok aje cantik jer. Tapi orang kalo dah tak suka kan..macam-macam reason lah.



Shawl yang aku pakai ni gred terbaik. Jenis kain dia lembut dan terletak. Yang penting tak perlu iron, ok!
Tak susah nak gayakan pun, lilit..lilit..letak..lilit. semudah abcd,1234,alifBaTaSa,…pe lagi ek? ;D                    
Terdapat dua jenis kain yang famous kat Riz Iman Collection ni:
(i)                  Material heavy chiffon (Harga RM30)
(ii)                Material glitter chiffon (Harga RM32)

Beza 2 jenis material ni dalam 2 hingget

Aku boleh bagi harga shawl yang famous dan tiptop market dia, okey:-


( (1)    Shawl butterfly flowers
Harga: RM30 @ RM32
Material: Heavy chiffon @ Glitter chiffon 


 ((2)    Sekuin Shawl
Harga: RM30
Material: Chiffon

( (3)    Butterfly Shawl
Harga: RM25 @ RM27
Material: Heavy chiffon @ Glitter chiffon 

( (4)    Tudung Ruffle
Harga: RM15
Material: Chiffon



( (5)    Shawl flowers crown
Harga: RM30 @ RM32
Material: Plain heavy chiffon @ glitters chiffon            

Owh ya, sebelum aku lupa, pattern dan warna dia jual pelbagai. Based on your request. Let’s say, korang nak dia create satu design yang baru, tak pernah orang lain buat, korang boleh bagi idea dan request dia buat. Dia akan jahitkan. Korang nak tempah shawl untuk princess korang ke, boleh tempah kat dia. Yelah susah sikit kan nak cari shawl untuk kanak-kanak kat pasaran sekarang. Jangan wisau, harga yang dia tawarkan tak mahal, berpatutan! Stil under kemampuan korang. Yang penting , tak ada GST, okey!! 
Hihihi ^___^      

Dia jugak supply shawl untuk majlis tertentu, macam :-
(i)                  Majlis tunang
(ii)                Majlis nikah
(iii)               Majlis kahwin
(iv)              Special dinner nite







Dia ni sebenarnya adik kepada owner butik pengantin. Nak makeup , pelamin semua tu boleh aje contact dia jugak sebab dia join business butik tu. Harga aku tak dapat mention sini sebab aku tak taw..hikhik
 Nak tengok best look pelamin yang ohsem klik sini Diary budak pengapit



Best sangat  pakai shawl ni. Seriously sedap kain dia ^____^

Cepat lah korang berkenan dengan shawl ni!! Tak payah nak risau pasal kualiti dia, memang terbaik!!
Boleh contact owner dia atau refer fb untuk more information
H/P No. 011-1065 1278 (ana)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...