Assalamualaikum.. Alhamdulillah tetiba datang kesedaran untuk update blog. RINDU wei... Jom lah semua aktif balik kat blog ...Kalo sibok update sikit2, pendek2 pun tak apa dah.π
Routine Aku seperti biasa ja setiap Hari..bangun seawal pukul 5 pagi untuk cuci popo baby. Tak tahu lah kenapa!..asal pukul 5 jer baby dah melabur, asal melabur ja mesti pukul 5. Agknya waktu tu ketenangan Paling maksimun untuk baby melaburππ kahkahkah. Lepas cuci biasa aku mandikan terus baby. Then bagi susu semua baru letak dalam ndoi untuk tidokan dia balik.
Bila baby dah tido balik, maknya pun tido lah balik sekupang dua sementara tnggu Azan subuh. Kadang2 tak dpt nak lelap pun, godek TikTok, like2 apa yg patut ππ. Seriously bnyk manfaat & kebaikan akaun TikTok ni. Terpaling best boleh buat side income jadi affiliate.
Yang belum ada TikTok, nak join boleh klik link ni ---> Join tiktok. sign up lah uolls, baru uolls akan nampak manfaatnya. Nak cerita pun panjang uolls godek2 sendiri lagi Mudah faham kot.
Orait..sambung cerita hehe
Sesudah subuh, bermula lah pekerjaan maknya. Iron baju Sekolah abg Luth. Jam 7 pagi dah Mula kejut apaknya & abg Luth. Diowg Mandi siap2 kul 7.30 tu bagi Luth sarapan dulu Kalo dia nak. Dia jenis picky eater sikit, Kalo sarapan coco crunch susu, donat/sosej baru dia nak mkn. Kalo lain2nya dia xnak tu biasanya dia terus sarapan kat Tadika lah. Apaknya biasa tak mkn lagi seawal pagi..minum jer dia. So xde lah amaknya terkejar-kejar nak buat sarapan.
Aidil waktu ni tak bangun lagi dia. Kang jam 9 pagi, Paling lewat 10 pagi baru dia bangun.
ALuth ni walaupun jenis picky eater, tapi dia sejenis kuat makan. Kalo makanan tu favourite mesti menambah. Kat rumah maximum 3 Kali tambah okey, nak tambah Kali ke-4 Aku memang xkasi dah. Kena catu dengan amaknya. Kang obes 1 hal plak Aku nak berulang pakar. Paling Aku wisau Kalo kena ganti baju Sekolah..hahaha π. Bukan kedekut ke hape amak nya ni, cuma nak jimat seboleh yg mungkin.π€
Aidil pulak kurang Makan...Susah benorr nak suruh makan pun. Badan kurus tinggi jer dia....tapi masih normal tumbesaran dia. Nak kata picky eater tak jugak dia ni. Maybe tank kecik kot hehe. Dia Kalo lapor sangat jer mintak makan. Masih lagi Terapi dengan pakar tiap bulan..sebab dia speech delay. Dah 4 tahun masih lagi tak nak bercakap. Aku dah wisau sebenarnya..tahun depan dah nak hantar Sekolah tadika.
Boleh ke dia bawak diri nanti?
Abg Luth tiap pagi pergi Sekolah biasa apaknya yg hantar. Kadang2 jer Kalo apak ada hal, amaknya lah kena hantar..berangkut sekali Aidil dan baby bambam. Waktu balik kul 12, mesti amaknya kena ambik. Biasalah berangkut lah. Untung Tadika Kemas dalam Kem ajer. Hehehe
Abg Luth Balik dari Sekolah..maka bermula lah aktiviti menghuru-harakan rumah. Aidil tak ada abg, dia behave sangat, tak ada nak sepah2 rumah. Main pun cermat jer, santun, teratur. Tapi Bila abg ada, balik dari Sekolah, once bergabung ja BoBoiBoy kuasa Dua tu, terbang hilang santun dia tadi. Memang bila bergabung menjadi-jadi nakalny tu. Bergaduh tak usaha cakap lah..Hari-hari, pening amaknya nak handle.
Teratur kan..Aidil Suka kemas2 mcm ni. Dia selepas main...dia akn kemas mainan dia & sapu sampah. Tapi sikap dia tak akan kekal lama Kalo bergabung dengan abg.
Once bergabung, rumah akan huru hara bergitu. Memang tak boleh nak berkemas even 5 minit Kalo abg dia ada..sebab abg Luth sejenis yg Suka menyepah. Dia tak boleh Kalo nengok mainan tersusun ke rumah kemas elok ke...tak boleh..kang dia mesti akan sepahkan. Agknya jiwa kaco Kalo kemas rapi.
Kalo nak cerita pasal kelaku anak ni 30 episode pun tak boleh nak habis. Okey lah Aku cau dulu...letih pulak menaip hoh!!! hehe. Nanti Aku datang cerita & menaip lagi ya.
Terima Kasih membaca π€