Siapa jer tak suka burger? Aku suka! Tiada sebab untuk aku tak suka...bagi aku burger ni 'fast food' dan mengenyangkan. Dan aku pun percaya bahawasanya burger ni merupakan makanan kegilaan masyarakat Malaysia sepanjang zaman
Buktinya, banyak burger yang telah dijual di pasaran Malaysia sekarang ini, ada burger Ramly, Burger MacDonald, Burger KFC dan Burger King dan tak kurang jugak burger Street iaitu burger yang dijual di tepi jalan dan kawasan terpencil.
So, kenapa perlu Suka Burger Tepi Jalan? Sebab......
1. MURAH...MURAH DAN SEMESTINYA MURAH!
Aku suka burger Street nih, bagi Aku selalunya lagi sedap dan murah. Kualiti dan harga berbaloi, tak pernah nak menyesal makan street burger ni. Harganya mampu milik. Adik-adik sekolah pun boleh beli sendiri guna duit poket.
The Real 460 Golden Burger
Taraaa!!! Burger sinaran emas nih bernilai RM 460 ditawarkan oleh Bayan Tree, Kuala Lumpur. Pernah viral October lalu. Kalo macam ini punya harga nak makan pun takut.. yerlah, dah telan emas kan. Mungkin makan burger nih kenyang setahun kihkihkih 😁
So, siapa kata dengan Business burger tak boleh Kaya? Hehehe 😅
'Peaww Burger' adalah burger yang aku suka sangat makan dekat kampung nih. Since pkpb nih aku terkandas kat kampung, so agak kerap lah aku melabur duit pada burger favourite aku ni. Yippee!!!!!
Burger ini berharga RM 2.50..bukan RM 250 yeh hehe
Sayur Mewah Sos Melimpah 🥰
ALuth pun suka 'Peaww Burger'
Ini burger special berharga RM 3.00, bukan RM 300 k 🤗
2. MUDAH DAN ADA DIMANA-MANA
Burger jugak merupakan perniagaan yang mudah untuk dijalankan, sebab apa, burger mempunyai peminat tersendiri dan jualannya pun 'laku keras' setiap hari. Golongan dari kanak-kanak ke orang dewasa suka menikmati burger. So tiada masalah berkaitan target customers. Perniaga cuma dapatkan ilmu atau "Tips perniagaan Burger", macam mana nak rolling modal , macam mana nak masak burger yang sedap, promotion dan sebagainya. Ilmu perniagaan burger nih perlu memandangkan saingan sannngatttt... sengit.
Gerai burger ni bukak depan rumah ja. So, dimana-mana pun boleh bukak gerai burger sebab macam aku tulis atas tadi, burger tepi jalan ada peminat tersendiri
Modal cilik burger tepi jalan hikhikhik ;p
3. CEPAT DAN MENYELERAKAN
Kebanyakkan orang ramai termasuk Suri rumah bekerjaya dan agak sibuk dengan routine seharian. Bila habis kerja balik ke rumah tu, dah penat, dah gelap, dan nak masak untuk keluarga pun dah tak mampu. So untuk senang dan cepat, burger lah penyelesaiannya. Cepat, murah bahkan menyelerakan. Jadi lah...orang kata habuan 'tarik selimut' nak tidur malam tu.
Sebagai alternative, burger pasti menjadi pilihan masyarakat umumnya. Selain mudah, cepat untuk didapati, burger tepi jalan juga lebih menyelerakan..nak nak makan masa tengah panas lagi tu... Superbbb!!!
Kesimpulannya..burger tepi jalan dan masyarakat Malaysia memang tak akan terpisah...bahkan dah jadi satu budaya setempat dah...tak percaya, Cuba congak tengok, masuk kampung mana-mana pun mesti ada gerai burger.
Atas sebab itulah, aku percaya
bisnes tepi jalan ni tidak akan pupus sama sekali dalam masyarakat Malaysia malahan semakin banyak gerai burger tepi jalan ni akan didirikan.
P/S: uolss suka makan tak burger tepi jalan?