Nuffnang ads

Tuesday, December 29, 2020

MIL Sambut Birthday Anak Cucu December

 Assalamualaikum ...beberapa hari ni tak bersosial media..nak kata busy sangat tak jugak, nak Kata free sangat pun tak jugak...cuma tak dak masa nak mengadap phone lama-lama. Faktor usiakah itu?

Minggu yang cuti Christmas tu, ambik peluang balik ke kampung halaman, pendang, bawak makayah berkelah di titi hayun, Yan.. Lama tak ke Sana..tak banyak yang berubah. Cuma yang berubahnya, dulu masuk free ja kan tapi sekarang dah kena charge parking 2 hingget. Banyak foto snap dengan phone aku. Tapi malang sungguh bila phone tetiba rosak...Satu foto pun tak sempat nak upload. Sadis bebeborr!! Now pakai phone lama yg layak sendal pintu jer dulu. Hehe.. SMS dan Whatsapp boleh jer phone sendal pintu nih ..tapi angkat kol tak boleh..sebab bila Ada kol dia jadi blank screen..hebat Tak? Hahahah

Bersyukur lah...Ada jugak smartphone....sendal pintu pun ok lah..janji boleh pakai Kan.

Balik kenduri kali nih banyak attend kenduri. Macam-macam jenis kenduri...yang terpaling best hubby lah sebab favourite menu dia iaitu 'Gulai daging batang pisang' ada jer Kat semua kenduri tu. Berat badan tak usah citer lah...hubby perut dah sama tinggi dengan tetek dah..hehe. hubby jerling jer kalo aku Komen perut dia.

Hubby kata balik nanti kena struggle kaw-kaw lah. Aku ni pun tak taw lah..comel tahap hippopotamus dah. Bila dah comel hippopotamus nih, berlari pun rasa punggung tinggal belakang..bahaha

Selepas jumaat petang, bergegas pulak ke Bukit Pinang, MIL Sambut Birthday Anak Cucu Kat rumah maklang. Ramai sungguh December babies dalam keluarga Che siah.

Tak taw kenapa Suka sangat pic candid nih. 2 beradik tu akal jenuh sungguh. Pening makkk!!

Sebahagian family members Che siah... sebahagian lagi belum tiba.

Snap menu yang penting hehehe

Selamat Hari lahir buah hati ummi. Dah 3 tahun buah hati sulung ummi ni. Ummi Sayang Aluth dunia akhirat taw. Walaupun ummi selalu marah aluth...sebenarnya ummi bersyukur hadirnya Aluth dalam hidup ummi. Melalui Aluth ummi belajar jadi ibu...kerana Aluth ummi belajar untuk bersabar. Demi Aluth ummi menjadi tabah dan kuat menghadapi segala dugaan dan rintangan. Now... Aluth dah ada adik..jadi anak yang taat soleh dan Abang yang baik dan protective kepada adik, okey Sayang..muah love.

Seriously banyak tempat yang aku Dan suami Tak dapat nak pegi bercuti...sebab bimbangkan 2 ketul tu. Lagi2 tempat sesak dengan orang ramai. Buat Masa ni elakkan dulu. Kes covid masih 4 angka sekarang Kan. Plus Penang Mukim 12 dilanjutkan lagi PKPB. 

Jangan Lupa berdoa yah uolls...moga Malaysia bersih dari covid secepat mungkin.




13 comments:

  1. Selamat hari lahir abang Aluth..Semoga abang Aluth menjadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaan ummi dan ayah.. Semoga abang Aluth menjadi insan yang cemerlang...

    ReplyDelete
  2. salam kenal.
    rasa2nya pernah makan gulai daging batang pisang ni masa pegi kenduri di Perlis. rare.tp sedappp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal...yes betoi betoi mmang sedap kan

      Delete
  3. happy birthday to Aluth. Semoga menjadi anak yg soleh, ya....

    ReplyDelete
  4. happy birthday Aluth <3 selamat tahun baru buat akak sekeluarga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...