Nuffnang ads

Friday, January 29, 2021

Kluster PKP 2.0

 Assalamualaikum...Salam Perintah Kawalan Pergerakan! Hehe... Seluruh Malaysia dah kena PKP  kan terus kena bagi salam PKP ek. Kluster baru pun dah Makin banyak kan?

Since PKP semula ni banyak jugak kluster baru Dan kluster sedia ada yang muncul. Meh Kita baca kluster-kluster yang wujud PKP 2.0 kali ini dalam rumah iolls sendiri. Heeee ๐Ÿ˜

Kluster Menempek dan Memerap

Emmm...dah PKP semula ni nak mengadap phone pun payah Aku nih. Suami pun dah start 'work from home'...so kerja aku dok kawal anak dari menganggu walidnya bekerja. Stress pulak rasanya sebab bebudak ni kalo ada walidnya susah sangat nak behave. Asyik nak menempak, memerap kat walid...serupa bertahun tak jumpa walidnya..Kalo walid berkurung tu diowang punya menangis melalak serupa kena dera tu... nyampah plak Rasa. 

Eh...nyampah ke jeles? Hahaha

Kluster Menyibuk Kerja Ummi

Menu lunch tadi. Masak laju-laju. Satu ja lah best bila walid diowang ada, boleh  ngasuh anak masa Ummi tengah masak. Kalo walid diowang takde fadeup lah Ummi nak masuk dapur, memasak.sebab si debab tu mesti menyibuk jugak nak tolong. Yesssza... tolong punggah dapur ...segala mak nenek periuk belanga..stock makan dlm freeze dia bawak keluar. Apa motif pun tak taw lah. Pening makkk! Perangai debab seorang ni. 

Ini lah si debab tu. Pura-pura jatuh pura-pura pengsan. Tapi nampak Ummi nak snap pic terus sengeh yeh.

Kluster Iklan

Pekasammaklin ni sedap uolss. Dia tak masin sangat tak masam sangat. Rasa masin dan masam dia balance lah. Peminat pekasam kena try k. Boleh visit IG @pekasam_maklin. Hehe opsss...sorry iklan! 


Kluster Memunggah Peti Sis

"Ummi nak masak...cepat keluar barang, nanti boleh mintak chocolate huhu". 

Bagus sangat lah anak oiii..tak suruh pun dah buat ..urmmm #ummidahpasrahsangatdah

Jangan tak taw..Ummi kosongkan bahagian peti ais nih sebab si debab nih lah. Sos, kicap, telur semua kena letak luar dan disembunyikan. Air manis, jus ke Ummi dah tak beli dan dah tak bancuh siap. Minum jer air kosong..bagus untuk kesihatan hehe


Kluster Potty Train

Gigih lah Ummi mung beli portable toilet ni unuk potty train ALuth. Tapi none hadeyy nya nak guna. Soh naik ja dah melalak "takuit... takuit!!" 
Cangkung kat bawah jugak kaedahnya. Peqak betoi anak aku.

Apa yang ditakutkan nya entah. Dia nampak mcm UFO ke portable toilet tu? 


Kluster main TV

Ini satu hal lagi... walidnya letak kotak Sabun Kiri Kanan. Puas hati lah Sikit Kan... Si debab tak boleh nak tolak dan tarik TV lagi. Tak dapat tolak , tarik dia amik mainan ketuk screen TV plak. Alahai...Entah bila lah walidnya nak gantung TV tu. 



Kluster Upin Ipin

Kluster Upin Ipin pun ada... Sebab diowang tiap hari suruh buka upin ipin. Walaupun episode tu dah ulang beratus Kali dah tetap nak tengok. Kalo Ada part menari..diowang pun joget Sama. Ummi nak layan favourite drama pun tak dapat. Kalo Ummi nak tukar channel..sampai tahap kena rasuah phone..baru boleh tukar. Sadis tak PKP Ummi? Sob..sob

ALuth kata 'is rodot'๐Ÿคฆ๐Ÿป‍ haha 
(understand Robot)

Kluster Rosakkan dan Sepahkan Mainan

Dari ruang rehat sampai ke bilik, sampai ke dapur Hatta dalam oven pun ada mainan diowg. Agknya kalo mainan kena Sepahkan, Kalo tak sepah dia tak dak 'feel' main tu. Kutiplah Ummi mung tiap hari setiap jam dan setiap minit. Mainan pun dah banyak yang rosak..Ummi nak buang walidnya tak bagi.. Kata walid yang rosak tu lah yang diowang buat main.

Yang paling Ummi geram sidebab tu, Ummi kemas mainan xsampai 5 minit dia dah tuang dari kotak. Hari2 Ummi nak kena belajar redha T___T

Last sekali kluster yang mengetuai semua kluster di atas adalah kluster tak reti duduk diam. Seminit pun tak boleh duduk diam. Rumah kemas hanya malam sebab semua tido. Tido Siang pun diowang tukar-tukar shift. Biasanya Adik tido dulu...Adik bangkit abg pulak tido. So bila masanya rumah nak kemas? Waktu Malam ja lah. Dan bila masanya Ummi nak bertenang? Waktu Malam ja lah ..sob..sob..sob T___T


Monday, January 4, 2021

Semak status Permohonan i-sinar

 Assalamualaikum

Hari ni 4 Januari 2021..so dah boleh semak status Permohonan i-sinar.

Berikut aku kongsikan cara buat semakan status i-sinar KWSP secara online. Ada 2 cara nak semak...melaui i-akaun KWSP uolls atau terus jer ke website isinar.kwsp.gov.my

Dibawah ini cara terus ke website i-sinar

1. Klik link i-sinar di atas

2. Cari butang SEMAK STATUS

3. Masuk IC no dan No telefon bimbit yang sah.

4. Done. Nanti dia keluar lah result nya.

Cara melaui i-akaun KWSP pun mudah jer. Log masuk jer i-akaun KWSP ahli. Pastu klik inbox. Nanti Kat situ dia Ada notification berkenaan status Permohonan uolls.

Kalo uolls tak lulus Permohonan i-sinar kategori 1 , uolls boleh mohon kategori 2 yang akan dibuka pada 11 Januari ini. I-sinar kategori 1 ni pun masih dibuka yeh sehingga 30 Jun 2021. Nak mohon i-sinar kategori 1, boleh rujuk sini Cara mohon i-sinar kategori 1

By the way...

Sharing is caring...daa 

Sumber: ecentral



Sunday, January 3, 2021

Apa Azam tahun baru 2021

 Assalamualaikum

Apa Azam tahun 2021 uolls?

Aku? Dah malas nak berazam bagai sebab.. sebab azam tahun sebelum ni pun 100% Tak tercapai pun. Sadis betoi!!! 

Kalo Ada pun diam-diam ja Tak payah citer...dengan suami pun Tak leh citer Kang dia gelak guling-guling macam tenggiling. 

Cukuplah azam tahun ni aku tanam dilubuk hati yang paling dalam. Ghituhhh!

Selamat tahun baru uolls... Uolls buat aktiviti apa jer? Tahun ni aku Tak celebrate apa pun ...chillex Kat Penang ja. Balik kampung pun dah Tak dapat...kering daun kering sungguh-sungguh nih. Yessza..Terkesan dengan covid-19 lah apa lagi. Susu and pampers Anak pun korek tabung Wei... serious Tak tipu atau jauh sekali nakkan belas ehsan uolls..no..no ok. Just nak luahkan. 

Tabung yang korek tu tabung '2 ketul' tu lah yeh..kalo tabung ummi diorang Ada syiling jer..hehe. Ada duit nanti ganti balik duit diorang. Masuk bank terus.

Walaupun sekarang tengah diuji...Hati kena rawat yeh..Tak boleh lama-lama sedih Kang depression. Kita manusia mcm ni lah always diuji Allah. Bertahan Dan bertabah selagi mampu...ghituhhh!

Aku ni sejenis yang Tak boleh dok mereput Kat rumah ja kalo Hari cuti..lagipun dah lama sangat mereput kat rumah..Kang meroyan. Plus depression nengok hubby tido dari pagi sampai malam...lol.. kaum lelaki memang mcm tu ek...kalo dapat rest tu diorang boleh tido sepanjang Hari...bangkit pun untuk makan dan solat...itu pun kena kejut yeh, kalo Tak, entah-entah pagi esoknya bangun... Hah,uolls mampu? Aku serious Tak mampu.

Pagi  dapat kuar sekejab dok dalam kereta ronda-ronda pun dah ok..tapi mesti hari-hari hahaha. #peninglakimakk

So...hubby ni nak elakkan aku depression Tak tentu hala hahahaha...dibawanya kami jogging Kat Sg Ara waterfront. Bini ni okey jer...seronok pulak rasanya sebab bukan duit yang keluar tapi si peluh yang keluar... dey, tangechi..Ada ke keluar peluh duit pun keluar? Eh...Ada, yg senam Kat gym tu. Wink..wink...wink ๐Ÿ˜‚

Bimbang tu ada jugak sebenarnya sebab bawak anak kuar kat playground kat area sg Ara ni. Kan kes masih aktif area sini...tapi kali ni kami tawakal ja lah. Merata pegang..si kecik tu pulak tiang pun dia cium..(tepuk dahi)..untie, uncle semua pun dia tegur...sampai diorร ng datang cubit-cubit pipi geram dengan dia. Ahailah Anak!!! (Ummi mung menangis dalam hati).


Balik rumah ja terus Mandi...pakai cantik-cantik duduk depan tv. ...kuarantin kat umah. Tepat jam 12 tengahari sat g dua-dua lena kepenatan sebab jogging...yess!! Rasa dunia macam ummi yang punyaaa!! Hahaha. Ada sekali tu balik rumah dua-dua terlena..sampai tak sempat nak mandikan..Walid okey ja ank tido tak mandi dulu...tapi I kenot rasa something is not right here...nampak seolah covid sedang tepuk anak aku tido...ikut hati nak kejut soh mandi dulu tapi Walid mesti halang punya. Lagi ummi menangis dalam hati ja. T___T


Sambil-sambil tu doa Anak sihat-sihat...baik-baik ja. Tu lah Harith Iskandar dah kata "Duduk rumah jer lah!" ... Degil..nak kuar jugak!

Kes covid kat Malaysia ni masih dalam kawalan sebenarnya. Mesti uolls macam nak kecam aku Kan...amende pompuan ni, kes 4 angka lagi boleh cakap dalam kawalan. Hahaha. Okey sabar..sabar

Perkara yang membimbangkan Gov sekarang adalah virus ini boleh mutasi .. kalo cluster yang wujud datang dari virus super spreader memang ini sangat bimbang. Seperti Kita sedia maklum super spreader wujud Kat negara luar contoh kes sivangga kat kedah itu hari. 

Seorang member aku positive..duduk hospital tak buat apa pun..pantau suhu dengan makan vitamin..lepastu doc suruh jogging pusing bangunan hospital...sekarang dah return to work. Sekali tengok nothing serious sangat about covid Malaysia ni. Fatality rate less than 1%...cuma kalo kena pada yang immune lemah (individu berisiko tinggi) tu kalo tak monitor betul-betul akan teruk sikit lah. 

Apa yang penting sekarang kita kena perbanyakkan makanan yang boleh boost immune system...macam halia, kunyit, dan makanan yang tinggi vitamin. Covid boleh self  cure dengan ambik makanan yang boost immune system.

Sudah semestinya amalkan norma baru yah. Lakukan 3W's elakkan 3C's. Apa tu 3w Dan 3c? Tak Tau sila tanya Mira Filzah... hehehe

Ingat! Kita jaga Kita.

P/s: tajuk Azam baru 2021 tapi kenapa isi dia macam lari tajuk ja? Hahahah..sabor ja lah ๐Ÿ˜‚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...