Zoey duduk menikmati keindahan sawah padi yang sudah sekian
lama dia tidak rasakan. Udaranya yang segar, tenang dan nyaman sangat
mendamaikan jiwa. Empat tahun dia duduk di Bandar melanjutkan pelajaran, namun
dia tidak pernah lupa suasana kampungnya malah seringkali merindui suasana itu.
Kini, dia berjanji tidak akan kemana-mana lagi, kampong ini dan sawah padi akan
menjadi santapannya setiap hari. Zoey baru menamatkan pelajarannya dalam bidang
pengurusan perniagaan . waktu sekarang, dia belum berfikir untuk bekerja di
mana-mana syarikat di Ibu Kota .
Biarlah dia duduk lama sikit di kampong dan ingin usahakan sesuatu yang menjadi
minatnya. Mana tahu rezekinya di kampong kelahiran sendiri.
“ Zoey, turun cepat! Buat apa atas pokok tu? Dah senja,
cepat masuk!” Zoey terkejut dan memandang ibunya dimuka pintu belakang rumah.
Kuss semangat! Untung aku tak jatuh pokok.
“ Alah, Ibu ni, potong stim betoi lah!” Zoey merungut sambil
turun dari pokok rambutan ayahnya.
“ Suka sangat panjat pokok rambutan tu, tak hairan lah ayah
kamu marah sangat dengan kamu bila pokok tu tak berbuah lagi.” Zoey mencebik.
Memang dia sering dimarah ayah. Kata ayah, pokok rambutan itu tidak berbuah
lagi kerana dirinya. Kata ayah lagi, anak dara tidak boleh panjat pokok berbuah
dikhuatiri pokok itu merajuk dan tidak mahu berbuah. Pantang larang yang
mengarut pada fikiran Zoey. Pokok pun tahu merajuk ke?
“Ayah, besok Zoey nak keluar pergi pekan,” Semasa manjamu
selera di meja makan, Zoey meminta kebenaran ayahnya.
“ Zoey pergi dengan siapa?” Ayah menyoal kembali. Zoey
memandang ayahnya dan kemudian ibunya.
“ Dengan Iza, kejab aje Yah, nak beli barang sikit.
Erkk..…ayah kasi duit lebih sikit eh!” Zoey tersengih kambing pada ayahnya.
“ Umm…” Ayah megangguk tanda mengizinkan.
“ Akak, nanti Ariff nak ikut?” Adiknya Ariff membuat muka
simpati.
“ Tak payah, MENYEMAK aje engkau!” Zoey menekankan perkataan
‘menyemak’ itu.
“ Alah, Ibu nak ikut!” Ariff yang berusia 8 tahun itu
merenggek pada ibunya.
“ Tak payah lah Ariff, bukannya best pun ikut perempuan ni,
bosan!!” Ayah bersuara memujuk Ariff. Pujukkan berunsurkan sindiran tu. Zoey
dan Ibu ketawa dengan sindiran itu sementara Ariff terpinga-pinga tidak
mengerti.
Kredit to blogger hebat and blogger Cantik.
To be continued........
Related Link:
Hikayat Si gadis labuci-epsod-8
Hikayat si gadis labuci-epsod-9
Kredit to blogger hebat and blogger Cantik.
To be continued........
Related Link:
Hikayat Si gadis labuci-epsod-8
Hikayat si gadis labuci-epsod-9
hihi..novel bersambung ka ni..
ReplyDeletecm kenai nm Zoey tu..:)
yup..haha..nama aje sama..
ReplyDeletexde sambung lg ke...
ReplyDeletexde sambung lg ke...
ReplyDelete