“ Kau ni memang sengaja nak seksa jiwa aku kan ? Cerita aje lah napa kau beli labuci
banyak-banyak ni?” Iza memandang Zoey yang tersenyum kambing kepadanya. Ketika
itu mereka dalam perjalanan pulang dari pekan. Mereka berjalan kaki sahaja
kerana pekan tidak jauh dari rumah masing-masing.
“ Alah kau ni, teka lah dulu baru challenging.” Zoey
mengusik teman rapatnya sejak dibangku sekolah itu.
“ Challenging tengkorak kau! Aku jalan kaki ke Pekan teman
kau ni pun dah dikira physical challenging tau, kau pulak nak challenging IQ
aku.” Zoey ketawa mengekek melihat wajah tidak puas hati Iza.
“ Sampai hati kau sumpah aku, tengkorak. Dah lah aku ni
memang dah kurus.” Zoey membuat ayat sedih setelah ketawanya reda.
“ Aloh..loh, buat ayat touching pulak! Tadi bukan main
bahankan aku, meh sini, cium ketiak aku sikit, meh!” Zoey cuba untuk memeluk Zoey tapi dielak
oleh Zoey.
“ Yurkk..tak nak lah aku, ketiak bau kapur barus nak suruh
aku cium.”
“ Wei, tolong sikit ek! Kapur
barus tu cerita lama. Sekarang ni aku pakai Nivea Pearl And Beauty Antiperspirant
Deodorant, sangat fantastic baunya tau. Lelaki handsome bau confirm cair.”
“ Puiih! Kambing bau pun boleh muntah hijau tau tak?”
“ Aleh, kau dengki!” Iza memandang Zoey yang menahan
ketawanya.
Tiba-tiba , sedang mereka bergurau senda, sebuah kereta Toyota
Vios laju melintasi dan melanggar lopak air dihadapan mereka. Zoey dan Iza
menjerit terkejut. Habis basah baju mereka dengan air kotor.
“ Woi, tak guna punya kereta, tak ada sivik ke?”
“ Hah! Yang ni baru boleh muntah hijau. Werkk, kelat lah air
ni.” Iza meludah ke tanah.
“ Wei, kau telan ke air tu?” Zoey memandang Iza yang
menunduk.
“ Aku tertelan lah!” Iza menyebik mukanya sementara Zoey
menekan perut, mengekek ketawakan Iza. Aduh! Malang sungguh nasib.
No comments:
Post a Comment