Thursday, March 31, 2016

Kau muntah kau pregnant ke?

Tolong lah..asal orang perempuan muntah-muntah ja pregnant..asal muntah ja pregnant...asal pregnant ja muntah. Habih tu..kalo 8 Kali muntah 8 Kali pregnant lah yeh?...ataupun 8 Kali muntah tu kembar lapan. Owh emm gee..rabak mcm tu..

Owh..I'm really terrified!
Dah kenapa, muntah fikir aku pregnant.. Soalan tu hagak-hagak sikit. Buat I gerun and gemuruh okey. (Pahal nak gemuruh?)

Eh...mukadimah aku mcm emo ke?
Hahaha
Okey...chill balik...chill balik!
Owg kiut tak elok emo-emo...nanti lagi kiut kosa dua...hikhik

Hari ni aku memang tak sedap badan..angin banyak kot. Pepagi dah morning sickness... Kalah pom pregnant Kahkahkah. 

Semua ni gara-gara mek tie...tengah2 malam ajak aku lepak D'one steak. Aku makan midnight pun salah dia..sesat kat seksyen 15 pun salah dia....semua salah dia lah kahkahkah (stress mek tie)

Mata mana mata? Senyum ja Mata tewus hilang haha

Lama giler tak jumpa mek tie...malam tu dah Ada bunga-bunga windu lah. So dia ajak lepak midnight pun on jer lah kan. Dah kata windu....kau taw windu Kat friend nih kalah windu boyfriend....dah xde boyfriend nak windu apa, cheq?


Makan spageti Ogio olio..mcm pelik sikit ogio olio dia mcm ..mcm spageti seafood... Dan rasa pun seafood...memang sedap fresh seafood. Aku sampai tanya waiter tu spageti apa dia surve nih. Tak mcm ogio olio rupa.

Spageti Ogio olio yg mcm spageti seafood tu match dengan air halia....kau rasa? Nak lepas bom nuclear ke bom atom? Hahah

Memang angin nuclear terkumpul dalam badan lah...dah lah tak pandai nak buang angin. Tu pagi2 boleh morning sickness tu. Hahaha.

Sabar ek...nanti aku update pasal warehouse sales tu. If malas nak pegi tak Tahan panas ke apa ke, Anak takde owg jaga, kucing nak beranak ke, moyang nak kawen. Boleh mintak aku belikan. Aku tolong punya. Aku kan manusia baik abad ini ^__^

(Ada jugak owg puji diri melambung cmni)
#Awkward

Very bad outfit of the day

Tolong lah lama sangat entry roti mayat tu. Aku nengok pun nak muntah. Mood mana mood???

Sibuk sangat dengan keje sampai blog pun takde masa nak update Wei. Early April Ada lagi warehouse sales Kat glenmarie. Tempat yang Hari tu jugak. Pergilah korang serbu memang sales giler-giler punya lah. Product export yang takde jual local market pun Ada. Jual murah utk habiskan stock. Macam shurah Qaira pun akan jual murah untuk habiskan stock. Shurah qaira nih dah discon taw. Meaning, memang dah takde lagi production while stock last. 


Gambar panas dari oven...tak paham napa tangan jadi mcm tu.strok haba kot ..

Fesyen aku memang failed sekarang ni...dress up pergi Ofis semua tak match... Hahah. Baju corak pokodot Tudung bunga-bunga apa hal? Tak masuk lagi suar jean kena cakar harimau. Ada skali tu pegi Ofis Baju petak-petak, Tudung corak love. Hoiii...kau pahal...out to date sangat kahkahkah. Loser gila rasa. Tapi dah malas nak amik kisah. Biar lah orang nak cakap apa pun. Musim panas  yang membahang skrang ni saiko pun tak kisah rasanya. Tetiba leh faham each other. 

Balik dari office semalam, sorang budak nak bunuh diri. Oh tuhan 1st time benda mcm tu nampak depan Mata. Jalan area uturn bawah highway PJs 7 tulah. Memula mcm pelik lah kenapa kete moto semua bawak slow..sampai Kat satu simpang tu. Nampak owang berkerumun, semua kete benti Kat tngah jln Stuck Kat situ. Sekali uncle tu tengking bahasa india sambil pandang atas. Toleh blakang pandang atas tngok budak perempuan menangis. Pastu menjerit "tak nak" kot Kat uncle tu. Rasa uncle tu suruh dia turun sambil buat isyarat tangan cmtu kan. Agaknya la kan. Pujuk tak jalan jugak, tetiba ada sorang abang tu diam2 tarik dia dari arah belakang. Jatuh telentang budak tu. Tak jadi nak mati tak pasal-pasal cedera. Eh boleh tak jadi mati mcm tu? Hihi. Kesian...budak perempuan tu nampak muda lagi. maybe tekanan perasaan kot. Biasa lah panas-panas mcm nih aku pun nak saiko sama. Emo tak kena gaya. HahahaHahaha

Nak tahu aku dalan kete dok bayang-bayang darah dah atas cermin depan kete. Macam mana kalo masa aku lalu tu dia terjun jatuh atas kete aku. Sambil mata jegel pandang aku. Oh tuhan...syukur aku ni berimaginasi ja lebih huhu

Tapi bunuh diri tu bukan solution yeh sayangku semua. Dunia ni pentas ujian...walau apa pun Hidup mesti diteruskan. Jangan fikir jalan singkat..guna jalan singkat pun tak menjamin kita Selamat sampai ke destinati. Renung-renungkan lah 
Dan Selamat beramal.hihi

Nanti aku update pasal warehouse sales yeh.
Hari ni nak membebel jer, isi pun mcm lari tajuk jer...kihkih

Bye






Monday, March 21, 2016

Makan roti mayat sampai muntah

Pagi tadi aku dah breakfast nasi goreng Kat rumah dengan harapan tengahari tak lapar dah. Kononnya breakfast tu leh sampai tengahari la kan. 

Sekali mai tngahari pewut merengek lapaq. Tak guna pewut..dasar tong drum toi!
Eleh...boleh plak marah pewut haha

So dah lapaq nih terpaksa lah mkn roti mayat. Walaupun tak bape nak selera sangat....telan jugak lah kan. Mkn ...mkn...mkn....sampai muntah..Huhu
Tulah...paksa pewut lagi!

Ada history taw pasal roti mayat nih dalam family aku. Masa tu Anak sedara aku yang nama Ajim tu baru sekolah rendah. Darjah satu darjah dua macam tulah. Ada satu Kali tu, tok dia (Mak aku) soh pegi beli roti mayat Kat kedai. Dia pun ikut aku pegi sekali lah sebab aku nak dia pegi beli aku taknak turun just tnggu Kat moto lah kan. Dasar pemalas!! Hahaha

Masa atas moto dia senyap ja mcm fikir something tapi dia tak terluah. 

Masa sampai kedai tu dia pun cakap Kat aku "Ateh, cheq takut lah! Teh p beli lah!".
Aku dah macam pelik sebab dia mcm gelisah, cuak mcm tu, tapi malas nak layan lah. " Dah awatnya? G beli ja lah, ni duit Ada!". Masa tu aku fikir dia takut duit tak cukup ke apa ke. Sebab Ank buah aku nih style malu nak amik apa2 if rasa duit sikit atau tak cukup. Tok dia kasi 2 hingget beli timbang, roti mayat tu.

Tak lama mcm tu tetiba dia dtg tgn kosong. Dia cakap roti mayat takde. Tak nampak pun. Aku cakap tak mungkin takde sebab dari luar kedai aku nampak kotak. Pastu aku surah dia pegi cakap dekat pakcik kedai tu nak roti mayat 2 ringget.

Dah beli tu dia kuar muka tersengih-sengih. Pastu dia tergelak-gelak kecik cmtu.
Lagilah aku pelik...yg tadi muka cuak tetiba kuar boleh tersengih-sengih...dah kenapa kan.

Atas moto dia citer Kat aku, dia bayangkan roti mayat tu rupa macam mayat. Atas moto jgk aku gelak barai. Sampai sengkek. Rare tak? Owg mkn sampai sengkek aku gelak sampai sengkek. Hahaha

Aku gelak bukan apa sangat pun ..sebab dok bayang muka cuak dia tu stock ko toreh pun tak berdarah..ewah hahaha

Sampai umah tu dia Bebel Kat tok di "Tok lain Kali jgn dok makan benda pelik2, eee..takut cheq!" Dia sengih2 malu.


Aku tak faham napa imaginasi dia boleh pikir sampai tahap rupa mcm mayat.

Agaknya dia bayangkan mcm ni


Korang selera ke nak mkn roti rupa gini? 
Mung keqa hebaa ark...hahaha

Actually orang Kedah terutama orang lama panggil roti kering atau roti empatsegi tu roti mayat. Owang bandar panggil biskut. Kenapa dipanggil roti mayat? maybe roti mayat ni popular kat kampung dan selalu dijadikan juadah di rumah yang mempunyai kematian. Lama2 jadi punchline ke tagline ke trademark ke apatah...kepada roti mayat. Yelah...logiklah if sebuah rumah tu ada kematian, tetamu yang dtg nak ziarah tu, atau family jauh sampai jamu dengan roti kering tu jerlah. Ko bajet diowang ada masa nak masak siakap tiga rasa, ketam masak lemak, petai tumis udang semua tu? Alamak...terliur plak sebut semua tu ...Kahkahakahkah


Okey tak nak percaya sudah...tak rugi pun kihkihkih 



Hikayat Si gadis Labuci -epsod 9

Usai solat subuh, Zakiah membuat sarapan. Kalau hendak harapkan Zoey, kebulur orang dalam rumah ni. Anak dara bertuah tu mana maunya masuk dapur memasak, lagi-lagi waktu pagi-pagi. Bukannya anak gadisnya itu tidak tahu memasak, tapi tidak ada mood masak pagi-pagi katanya, padahal pemalas sebenarnya.

     Tapi kalau datang mood rajinnya tunggang langgang dapur dibuatnya. Pernah sekali dia tidak dibenarkan masuk ke dapur oleh Anak gadisnya itu. Katanya dia nak masak menu special untuk keluarga makan pada hari tersebut. Alih-alih bukan anak gadisnya masak pun tapi membakar kek. Satu rumah kebulur hari itu. Dibebelnya Anak gadisnya, "Tekak orang kampung makan nasi waktu tengahhari sayang oii, mana nak kenyang makan kek!" Sudahnya satu keluarga makan tengahhari pukul 3 petang. Sabar aje dia dengan Anak gadis yang seorang tu. Zakiah ketawa geli hati mengenangkan perangai Anak gadisnya.

     Dia tetap bersyukur, walaupun zoey malas masuk dapur tetapi dia rajin menjahit. Bahkan mahir menjahit. Ramai orang kampung berpuas hati dan selesa dengan baju jahitan anak gadisnya. Kadang-kadang dia ada membantu anak gadisnya jahit tangan kerana ada waktunya tempahan terlalu banyak terutama ketika musim perayaan dan kenduri kendara. Lagi-lagi sekarang, orang perempuan gila dengan taburan labuci-labuci dan manik-manik dibaju. Kalau tempah di kedai mahal kata kak jah, jiran sebelah rumahnya. Zakiah pun tidak faham citarasa orang berfesyen sekarang. Zakiah sedar kemahiran jahitan anaknya diwarisi dari arwah ibunya,nenek kepada zoey. Nak harapkan dia? Pegang mesin jahit arwah pun tak pernah.

     Jam 8.30 pagi, Zakiah turun ke bawah rumah mencapai penyapu lidi. Seperti biasa setiap pagi usai menemani suaminya sarapan dia akan membersihkan halaman rumah dan menyiram pokok-pokok bunga. Sementara suaminya akan terus ke kebun di hujung kampung.

     Sedang dia menyapu, dia didatangi sebuah kereta. Kereta berwarna biru itu membelok ke kawasan rumahnya dan berhenti betul-betul di halaman rumah Zakiah. Zakiah mengintai pemandu kereta tersebut tetapi tidak nampak kerana cermin kereta agak gelap. Dia terfikir kemungkinan Kawan suaminya tetapi tidak mungkin Kawan suaminya tidak memaklumkan terlebih dahulu untuk ziarah ke rumah. Kelihatan seorang lelaki muda keluar dari tempat duduk pemandu dan senyum manis kepadanya. Agak handsome lelaki itu dimata tua Zakiah.


   ************

"Kita nak pergi mana lagi ni?" Soal Zoey ketika mereka baru sahaja memasuki kereta setelah selesai makan malam bersama keluarga Nazim.

  "Nak pergi mana lagi, baliklah," jawab Nazim sambil memandang Zoey.

    "Besar jugak rumah awak ya." Lyn Zauyah Cuba berbual dengan Nazim. Tambahan pulak matanya kian mengantuk. Dia sebenarnya tidak mahu menganggu Nazim memandu.

       "Kalau nak dibezakan dengan rumah awak tak jauh beza pun besarnya." Nazim segera menekan break kereta apabila lampu isyarat bertukar warna merah.

          "Iyer...tapi rumah awak banglo rumah saya rumah kampung aje! Nazim...saya ada perkara nak tanya awak tapi awak jangan marah yah."

        " Pasal apa, tanya lah dulu."
       " Kali pertama kita jumpa tu kan, bibir awak berdarah tu kan...urmmm...Gigi awak tak patah ke?"

        " Boleh awak tanya saya soalan macam tu kan? Dah berdarah mestilah patah."

        " Tapi saya tengok gigi awak cukup jer takde rongak pun?" Soal zoey lurus.

        " Memang lah tak rongak, sebab saya pakai gigi palsu. Awak nak saya tayang satu dunia yang saya ni rongak ke?" Nazim menjeling Zoey tajam.

        " Eh, saya tanya jer takyah lah nak marah-marah." Zoey mengomel.

        " Mummy awak baikkan, cantik pulak tu! Saya ni nama aje perempuan tapi bab-bab kecantikan dan penampilan taklah pandai sangat."

        " Awak... Mummy saya tu seorang wanita yang baik, molek serba serbi. Awak belajar lah dengan dia macam mana nak jaga kecantikan semua tu. Dia okey aje, tak kedekut ilmu." Nazim senyum mesra kepada Zoey disebelahnya.

        Zoey terkesima dengan senyuman Nazim. Subahanallah, handsomenya. Rasanya sekarang hatinya cair ditasik madu gara-gara senyuman mengoda Nazim." Yalah...insha Allah, kalau Ada peluang kan?" Ucap zoey menyembunyi gemuruh di hati.

        Zoey teringatkan kemesraan dari wanita yang dipanggil Mummy oleh lelaki sebelahnya ini. Cantik dan mesra. Tak sombong walaupun dia dari golongan orang berada. Sangat mengejutkan apabila wanita itu berminat untuk menempah 5 set baju Kurung dengan nya. Dia hanyak mampu tersengih malu kerana dia tidak pernah mengambil serious mengenai tempahan itu. Yalah...orang berduit ni lebih selesa tempah Baju di butik. Baju yang dijahit oleh pereka fesyen terkenal yang meletop kebabom tu. Setakat tukang jahit kampung macam dia ni, apalah sangat. Pandang pun tak nak rasanya.

        " Hmmm....awak nampak tak lambang masjid Kat hujung Sana tu?" Sengaja Nazim menyoal Lyn Zauyah.

        Sudah lama gadis itu mengelamun tanpa mempedulikannya. Namun pertanyaan Nazim tidak dijawab Zoey kerana gadis itu masih di dalam dunia angan-angannya.

        " Zoey...." Nazim memanggil dengan kuat lagi. Peha gadis itu dicuit.

        " Ya awak. Kita dah sampai ke?" Tanya Lyn Zauyah, terpinga-pinga.

        " Hmmm...asyik betul awak mengelamun kan? Sampai saya panggil pun awak tak dengar."

        " Yalah...dah tak tahu nak buat apa, baik mengelamun. Layan perasaan jelah. Saya tak nak kacau awak. Tadi awk tanya apa?"

        " Saya tanya, awak nampak tak lambang masjid di hujung Sana tu." Nazim menunjukkan arah masjid tersebut.

        " Hah...hah...saya nampak."
        " Rumah awak dekat situlah."
        Lyn Zauyah tersengih malu. Macam manalah lambang masjid kampung sendiri pun dia tak perasan. Malu dikenakan Nazim, Zoey hanya membisu lalu membetulkan pakaiannya. Tudung yang senget benget dibetulkan. Beg tangan segera dicapai apabila Nazim memberhentikan kereta. Tak sabar nak keluar dari kereta lelaki itu.


To be continued........

Related Link:
     
     




Wednesday, March 16, 2016

Ketam goreng pedas Cara ct cheery

Hashtag "Mood happy, pewut happy...semua pun happy" kihkihkih
^__^


Dalam sejarah adik aku pulun mkn masakan aku. Biasa dia complain ja banyak. Itu tak cukup ini tak rasa...stress aku masak utk orang cerewet sangat nih. Tapi kali ni dia xcomplain plak. Bahkan siap tambah lagi. Pastu tak habis-habis "Mcm sedap ja! Mcm sedap ja!". Masuk Kali ketiga tambah pun dok " Mcm sedap ja!". Kalo Dah sedap tu cakap jerlah jujur , chek oiii! "sedap!". Hah, bkn susah pun. Takde sapa2 nak perasan pun Kat sini. Habis kuat hidung Tukang masak kembang Kempis kembang Kempis berbunga bunga la kan...Kahkahkah

Kalo Kat kg Mak and kakak aku tak masak menu Ketam Ketam nih. Takde dalam senarai masakan keluarga pun. Start aku kecik kenal dunia sampai lah besar badak nih boleh kira dgn jari bape kali jer mak aku masak ketam. Salah satu sebab Ketam nih tak jadi lauk. Yelah Ketam kan takde isi sangat. Kalo kau Gaul ngan nasi tu KO takleh nak capture pun yang mana rasa Ketam yang mana rasa nasi. Amboi saiko sangat explanation tu hahaha

So memang susah lah kitorang dapat merasa makan Ketam. Lagipun Ketam nih mahal kan. Keluarga aku susah sikit dulu, so masak something yg banyak dan mengeyangkan lah kan. Urmm...Tak faham aku...Ketam ni salah satu makanan exotic ke? Susah dapat ek? So mahal nak mam...Dahlah isi pun xde. Nasib ko lah kalo terbeli Ketam betina, Ada telur. Ketam jantan Ada apa? Ada Janggut ja lah lebih hahaha


Hah..yang aku beli nih semua Ketam betina. Ketam betina dia mcm Ada perut sikit. Benda alah yg color gelap tu aku panggil pewut...suka hati aku ja hahaha. Kalo Ketam jantan lain dia punya pewut tu Kempis dan corak memanjang.

Gigih Cari betina...sampai bdk mall tu pandang2 geram ja ngan aku. Dia Dah susun cecantik aku leh g punggah hasil kerja dia. Hahaha


Balik umah gigih plak search tenet cara-cara nak siang Ketam. Bodo sangat skill masak aku. Nak siang Ketam pun tak pandai. Ingat lagi dulu aku bahan member aku xreti nak siang ketam. Aku ckp buang jerlah cengkerang dia tu. Padahal aku pun tak tahu pun. Bengap supa tu gak tapi buat2 pandai. Gila dah bahan member nak ngaku tak pandai jgk? So buat2 pandai ja lah kan. Tak susah pun nak siang Ketam. KO tarik ja pewut Ketam tu, ia bersambung ngan cengkerang. Pastu cuci ja tahi2 dia. Duri2 Ketam tu KO buang kang tercekek tragedi march plak huhu. Kaki-kaki Ketam leh buang sebab xde isi pun tapi aku tak buang sebab nak kasi lauk aku nampak banyak hahaha. Takdak arah...

Dulu mak panggil masuk dapur tolong dia masak...aku masuk dapur tolong tengok sambil pegang phone sms ngan skandal. Taw taw..eh Dah siap? Mak soh hidang. Pastu basuh pinggan. Tu jerlah skill aku Kat dapur. Bab masak memang zero. Tapi Bab melantak A++. 

Tapi sejak duduk merantau ...jauh dari keluarga ni minat pulak nak memasak. Serious kakak sulung aku terkejut aku boleh masak. Selalu gak aku post gambar menu masak kat dalam group whatsaap family. Pastu masing bagi icon tak percaya. Siap cakap "mcm lauk beli ja?" 

Ewah...sesedap rasa ja kan. Ada jgk yang nak kena back hand ni.


So, Ada yang nak resepi ke? Tak yah lah..benda Mudah pijam Mata pun leh buat.

Okey takpe... Aku nak kongsi gak..hahaha
Eh...blog aku suka ti lah. Huahuahua


Memandangkan Ketam ni hidupan laut yang tak berisi sangat. So aku match kan dengan telur. Tapi telur biasa ja. If guna telur masih lagi kebabom kesedapan dia.
Aku nih kedekut tangkai jering sikit, jadinya guna telur biasa ja. Hahaha

Blend 5 biji cili bersama 1 biji bawang sederhana besar, 5 ulas bawang Putih, halia stngah inci and aku letak sikit cili blended tu. Cili kering yang blend utk buat sambal tu. Masukan sikit ja nak kasi dia merah2 Mak nyah. Ketam digaul dgn garam Dan kunyit pastu goreng dulu. Lepas tu tumislah bahan blended tadi sampai betoi betoi masak. Tumis dengan minyak majerin taw. Lepastu ketuk 1 btg serai and masuk dlm sambal. Jgn lupa garam dan gula.  Sambal Dah cukup masak masuk 1 bijik telur Gaul sampai sebati. Pastu masukan Ketam yang telah di goreng dan gaul rata.

Siap...hidangan simple dan sedap...bak kata Tukang mkn la. Walaupun dia tak ckp direct tapi aku taw sedap tu..kalo tak buat pe dia tambah sampai 3 Kali kan hahaha

Yeh..aku taw...resepi aku mcm bdk sekolah rendah. Suka ti lah! Entry ni untuk rujukan aku jer...wekkk :-p

Take care, korang

P/s: korang sibok ek? lama sangat takde jumpa jejak







Tuesday, March 8, 2016

Everyday becomes an occasion!


Aku tau entry-entry bergambar muke sendiri nih leh buat orang muntah hijau patblas baldi. Tapi bukan niat di hati untuk buat orang muntah ke hape ke kan...sajer jer nak mengada mengadu domba Kat blog sendiri. Dah tu, tak kan nak mengadu Kat blog orang lain plak kan? Tak practical... Tak practical....

So sangat lagi practical if mengadu domba Kat blog sendiri ....sesiapa yang terbaca...tak sengaja terbaca atau tersesat dan tak sengaja tersesat dan terbaca sebab tersesat...(amboi banyak betoi 'ter'nya tu? Huh..Karut sangat!!!)...mintak memaafi ct cheery ini yah. Peace no more war! Life will be easy peasy....


Panas betul sejak menjak menjak nih kan? Walaupun hujan tapi hujan panas...kalo Kat kg ni Mak aku dah warning 'jangan kena hujan panas!'. Hari tu aku on the phone ngan mak, pastu tetiba leh terbatuk. Mak aku dah bebel soh minum air banyak-banyak. Alahai Mak..mother always a mother ...jauh dimata dekat dihati.

Agaknya hujan mcm nih memang leh bawak demam. Panas mcm nih dok dalan ekon pon rasa lain mcm kan. Eh..ekon bukak ke tak? Langut tengok siling. Alahai ekon, ko rosak ke hape? 


Bahang, pastu tekak asyik tersedak-sedak dan terbatuk-batuk sebab tak cukup air. Yelah..dok dlm ekon pon leh wat kulit kering kan. KO pulak dasar malas minum air...huh



Lepas Ofis hour kul 5 tu pun still panas lagi. Matahari dok happy ja suluh Mata kita nih. Kita plak style tak tahan. Sama taraf dengan Puteri lilin. Cepat cair cepat panas.
Tiap hari bdn berpeluh-peluh mcm jogging.Oh god, what kind of season nih? Eh..bagus jugak tak jogging pun berpeluh berbaldi-baldi.

Kita sanggup okey hadap jem g Cari kek aiskrim. 
Sanggup....tak kisah janji dapat something yang sejuk. Something yang dingin. Something yang memberi kenikmatan. Wow..amazing feeling...ngeh...ngeh


"Everyday becomes an occasion, everyday find a passion of life"

Casting nak jadi duta perfume....eh bkn, sebenarnya berangan jadi duta. Duta biskut lutut pon belum tentu ko layak hoii. 
KihkihkihKihkihkih

Ni duta apa pulak?

Dah tentu duta lipstick. Tapi if duta insurance pun sesuai jugak. Insurance mulut. Mulut melalut mencaci entah apa-apa aku lempang ja dgn tapak kaki. Satisfied!

Hari-hari yang mendatang dalam Hidup aku ni bosan sikit. Tapi aku tetap bersyukur. Tu tandanya ujian Allah untuk aku. Dibiarkan keseorangan meniti titi-titi kehidupan ....supaya aku bersyukur dan muhasabah diri sendiri.

Wah...motivated tak??

Lagi motivated sejak harga petrol jatuh pada RM1.60. Makin banyak pulak kete dijalan sekitar Selangor ni. Tiap Hari kuar rumah awal nak keje, sangkut jem dekat setengah jam. Padahal jarak ke tempat keje sekangkang kera ja, so tak lewat but on time lah. Kdg2 lewat jgk kahkahkah


Nampak nya kita kena tingkatkan lagi kesabaran. Huhu

Tadi terbaca comment tanya pasal sambungan cerpen. Eh tak sangka kita Ada yg berminat lagi baca. Thank you cayang-cayang. Okey demi mu rela Ku renang ke tepian..eh??? Hahahaha nanti aku sambung cerita tu ek. Biasalah aku, kena kejan bawu terhegeh nak sambung kihkihkih.

Okey, entry ni xde pape pun just nak membebel jer. K bye...Cyg la cikedd!!!
Muahhh (^_^)

"Salam hari wanita sedunia!"






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...