Nuffnang ads

Tuesday, December 29, 2015

I'm back!



Eceh...tajuk macam bawu balik dari oversea ja padahai balik dari oversuii sluttt sluttt pluppp prekkk! 

Tu bukan bunyi kentot anak dara k, tu bunyi ikan keli bermain main dengan selut bendang. Hampa owang bandar pa taw? ;p

Mohong lah kalo aku cakap tak best balik kampong. Best giler k! Giler giler best. Tak pernah sehari pun aku boring. Ada jer aktiviti, Ada jer kerja nak buat walaupun kerjanya adalah makan makan tanpa henti sambil sembang mohong kahkahkah...

Tetiba rasa macam cuti tak cukup. Cepat sangat masa berlalu! Why?why? Adakah 'masa' juga telah dikenakan GST memandangkan 'masa' adalah 'Emas'?

By the way, beli Emas kena GST tak?

Balik kampong itu hari aku bawak Ajiesyi sebab takde penjaga. Kang tinggal, meninggalkan tulang pulak kesayangan aku. Ajiesyi dah kawen dengan boboi. Apa leh wat, jodoh dah sampai. Sebagai ibubapa Kita kawenkan jer lah. Kihkihkih


Walaupun boboi jatuh patah bahu tapi boboi tetap strong ..."Wow abang,ni barulah real!!" Apa motif iklan Alcatel ni? Till now aku fikir..pulun noh? Hehe -..-


Aktiviti everyday aku dan hakak aku adalah memasak. 1st day dah terjah kebun Cari kayu api..eh bkn, Cari ubi kayu. Cer teka nak buat apa? Confirm tak tau kan?


Menyambut saranan menteri supaya membuat dua kerja untuk menampung kos Hidup di negara Malaysia tercinta ini. Makan aiskream sambil main jutaria. Hopefully boleh kaya macam menteri Malaysia.

Laksa Kedah, sepinggan 15 hingget. Business... Business


Kat kampung makan sedap-sedap, balik PJ makan ni jer. Kos Hidup tinggi sekarang kena Jimat. Agaknya menteri pun makan ni jer kan kan...menteri kan?

Menteri suruh buat dua keje, keje apa nak buat yeh? Balik keje petang dah keletihan terbongkang sampai ke malam. Keje apa lagi boleh buat baii? Okey got idea..pukul 12 malam terjaga Kita berkebun tanam sayur. Ke mrmbesarkan Peta Malaysia? Hahaha

P/s: Dah lari topik sangat ni, sentap dengan kenyataan menteri punya pasal. Perempuan nak period memang selalu emo.

Bye ..see yah!!!


Tuesday, December 15, 2015

Ajiesyi nak kahwin

Siapa nak kahwin,? Angkat tangan, sambil jerit 'saya, saya!!'. Jerit 2 Kali k, bawu nampak effort tu.

Yah, Anak gadis yang mencapai umur matang atau sesuai untuk kahwin memang tak boleh lari dari bicara soal kahwin ni.

Confident idok aku nak ulas entry ni?

Napa? Rasa macam entry Kali ni poyo serious ke? Haluuu... Entry ini agak serious okey dan takde unsur2 syok sendiri seperti kebiasaan kihkihkih

Perkahwinan dalam kehidupan umat Islam hari ini sangat diperlukan. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan. Dan melalui perkahwinan lah Kita melepaskan nafsu ke saluran yang betul. Hah..gitu hah!!! Hahaha *sah ayat copypaste*

Okey lah, serious seram jiwa raga aku kalo cakap soal ni. Rasa nak buat flyingfox.
Gayut hujung sini pegi hujung Sana mai hujung sini balik, p hujung Sana pulak ...hah ulang 40 Kali -..- gilerr seram


Ajiesyi ni hah, dah start angau dah. Dah pandai pulak nak Cari jantan nak kahwin.
Aku dah start wisau dah, kursus kebidanan binatang peliharaan aku tak amik lagi Wei!

Aku memang confident dia nak kahwin lepas teliti tanda-tanda INI:-

1) Kerap men'giow dengan berat dan keras Agaknya tu Cara dia tarik perhatian jantan.
Agaknya di panggil "wahai Arjuna beta,mimpikan yg Indah saja!". Permulaan dah lari lirik,apa la ajiesyi nih.

2) Manja dengan aku Dan suka berguling guling. If sebelum ni bkn main susah nak manja atau pegang peluk dia taw. Pegang sikit ja kena gigit. Sentuh sikit ja kena cakor. Pantang sentuh lah. But now, dia sendiri yang dtg nak negesel2 manje Kat itey ituy iyerr. *dushh*

3) if pegang bahagian belakang dia dekat ngan ekor Dan punggung, automatic punggung dia dinaikkan dan ekornya melengkung. (Dia stim kot ;D)

4) Taknak makan, taknak main, tak nak minum, asyik merayu suruh buka pintu.

5) Bentuk tubuh dia berubah, jadi bulat dan montok especially dibahagian perut. Dia rajin bersihkan bulu dia dengan menjilat. (Aku syak Dia nak masuk miss universe)

6) sering mengesel tubuhnya pada object yang tak sepatutnya seperti Lesong Batu, pisau dapur,tong sampah,stoken busuk dan cermin yg pecah. (Gilerr..tak hagak-hagak nak manja tu)

7) Marah if aku bersihkan bekas najis.
If aku bersihkan bekas najis dia kan, Dia tepis2 tgn aku and dan2 tu jugak dia kencing sedas.

Member aku blame aku manjakan sangat Ajiesyi ,lepaskan dia bebas dari kandang. Aku bukan apa tak sampai Hati nak Kurung makluk yang comel sangat nih.

Ang tengok muka dia,sanggup nak kurung? Bergoncang naluri keibuan kitey,seperti dipukul-pukul dengan bola ping-pong.

Aku ada baca satu article tu, dia tulis kucing betina akan buat satu tanda pada Pasir melalui air kencing. Tanda tu untuk tarik perhatian kucing jantan. If kucing jantan bau, diowang tahu lah Ada kucing betina dalam rumah tu. Agaknya ni taktik Cari jodoh dikalangan kucing.ngeh..ngeh..ngeh

If manusia macam mana pulak? Nak kena gantung spender Kat luar rumah ke mokcik? Kahkahkah. Opss...Makluk gila seks amik, buat pelaris sia2 hidup ang.

Now, kira-kira nak mandulkan ajiesyi tapi kesian lah pulak. At least nak Dia bunting skali tapi ofkoz dengan baka yang elok lah noh. Baka matsalleh ka,baka parsi ka,best gak tu. Lepastu ikatlah nafsu Dia. Tapi masalah sekarang ajiesyi masih muda, tak sampai setahun lagi pun. Risiko gugur tinggi. Mokcik buntu oiih!

Sekarang ni kucing liar dan terbiar banyak Kat luar tu. Terkilan dengan sikap sesetengah manusia yang main pijak sepak terajang,korek biji Mata,potong lidah pada haiwan kesayangan nabi Muhamad ni. Tak sanggup nak tengok. Sedih dan sebak rasa. Pada fikiran aku lebih Baik mandulkan. Mencegah lebih Baik kan?

Tulah noh...owang tua2 selalu cakap, nak jaga Anak betina sekor tak Mudah macam jaga lembu betina sekandang. *tiba-tiba*



Friday, December 11, 2015

Salam Alaikum Harris J


Save the date - 11 December 2015

Before tulis blog, aku memang penulis diary. Lepastu aku akan highlight tarikh yang nak remind sangat tu color kuning. Bila tua esok aku akan baca balik diary tu sambil tersipu-sipu malu atas kerusi malas yang berenjut tu. Pastu cucu cicit aku datang "Nenek! Nenek citer lah kisah Adam dan Hawa!"  kehkehkeh. Pulunkan? Budget sweet sour!

Tapi sejak kantoi diary tu dengan akak sulung, aku dah tak nak tulis diary lagi. Akak aku tu lah pahal nak baca diary owang ??? Biadap!! -..-

Bukan apa, kantoi dah aku kutuk laki dia dalam tu. Kehkehkeh
Alah, time tu aku budak lagi kot, sel otak tak bape nak matang, bulu pun tak bape nak lebat lagi...eh? Bulu hidunggg!!!
So, budak-budak kutuk orang dewasa dalam diary tu perkara biasa la kan kehkehkeh ;D

Eh...aku bukan nak citer pasal zaman Adam dan hawa atau zaman bulu hidung tumbuh tak lebat tu aiih....hampa senonoh sikit boleh tak? -..-

Pagi tadi aku bangun macam biasa, azan subuh dah memang jadi breakfast telinga aku dah (warghhh....nak habaq bangun subuh..dasar riak! Kahkahkah). Lepas tu, relex jab sambil dengar lagu Harris J, Salam Alaikum. Patblasratus Kali dah ulang dengar lagu tu. Dah saiko sangat nih!!!

7.30 macam tu aku bangun masuk dapur, kira-kira nak masak apa yah untuk bawak bekal ke office? Nasi berani (read: briani)? Ummm..nasi ayam penyet? Spageti agio olio? Atau nak masak omelette jer? Amboi,budget menu mat salleh padahai omelette tu telur dadar ja pun hahaha (-__-)

Hahh...aku taw nak masak apa? Maggi goreng kahwin campur! Rare tak...rare tak?
^__^

Sambil masak pun aku dok layan lagi lagu Harris J ni. Rasa positive sangat..ewah!

Assalamu Alaikum, Alaikum yeah..
Assalamu Alaikum, Alaikum yeah..
Assalamu Alaikum, Alaikum yeah..
Assalamu Alaikum, Alaikum yeah..

I just want to spread luv and peace
And all of my happiness, yeah
To everyone I that meet
Cause I 'm feeling spectacular
I love it when we love one another
Give thanks everyday
For this life living with a smile on our face



Tengok jam dah pukul 8. Matikk la nak!!!
Kelang kelibut Mandi nak siap g keje. Sabun pun dah tak rata. Kuar berkemban (tu pun nak citer?) Masuk bilik terpandang kalender tepi TV.

Hok'oloh....hari ni cuti lah cik mek kelabu. Birthday Sultan selangorrr....

"Selamat Hari Lahir,Tuanku!"



Ini semua salah Harris J. Salam yang mengundang aku Mandi pagi. Sejuk tahuuuu???!!!

First time aku dengar lagu ni kan, aku ingat Justin bieber...tapi dah kenapa pulak Justin nyanyi lagu assalammualaikum? Malas nak selidik aku buat bodo ja hahaha
Sehinggalah aku dengar kisah Mak jemah dengan Harris J Kat Era FM. Rupannya Harris J Kat Malaysia now. Program jelajah bersama Maher Zain.


Dia ni artis baru Awakening record dan dilahirkan di Chelsea. Muslim British berketurunan India dan Ireland. Best layan lagu-lagu dia.


Dah tak jadi keluar keje kan? So Kita layan Maggi goreng kahwin campur macam Harris J jugak mix..mixer kehkehkeh

Nama menu macam cibai guwe rasa.
Hahaha...okeylah, bye bye Harris J



Wednesday, December 9, 2015

Ayam goreng kunyit pedas

Meh Kita hupdate cikit!

Budak budak skrang suka pakai trademark cikit cikit nih kan, sampai iklan pun pulun tiru, muah cikit,cayang cikit, nak cikit!! Pelempang nak? Kalo nak, nak bagi cikit ni? Cakap leklok tak leh? Nak jugak cakap macam kanak-kanak riang baru belajar cakap. Budget comel lah tu!!!
(Pahal tetiba emo? Hahah)

Takpe lah, Jom kite update cikit?

Eh comel pulak rasa..kahkahkah

Huh...sibok sangat aku hujung hujung tahun ni. Next week stock count pulak. Hari ni saja kelang kelibut dengan keje last minute. Hari ni kasi hari ni jugak nanok. 
Takpelah kan...keja kita tanggungjawab Kita. Wah, tetiba rasa Baik pulak! haha

Hari ni terkilan sikit dengan sikap colleague, bila bos suruh turun stock count next week dan dan tu jugak sibuk nak arrange keje sebab sabtu next week start cuti. Dah tu aku ni tak cuti? Tak nak arrange keje? Aku logik lah jgk nak excuse sebab Kira budak baru, terkontang kanting lagi nak arrange keje. Siapkan part A and C, lupa part B and D, maklumlah dah berumur..penyakit pelupa tu biasalah.

Lunch tadi pecut pegi hantar eskinol Kat sunway. Last customer and last stock for this month. Balik Ofis makan roti ja. Panas lit..lit..tak selera dah nak mkn berat. Jadinya balik rumah, malamnya kebulur.


So, masak simple untuk alas perut.
Tak susah pun nak masak. Main campak ja style aku. Tumbuk 8 biji cili, 2 ulas bawang puteh, halia cikit,lada hitam cikit,jintan manis secubit cikit. Bawang merah dihiris. 

Caranya goreng dulu ayam yg di gaul dengan garam dan kunyit. Pastu nak angkat dulu terpulang lah. Aku tak angkat, dasar pemalas kihkih, just buang minyak sampai tinggal sikit masuk kan tewus bahan yg ditumbuk tadi and bawang merah yg dihiris. Goreng sampai bahan td layu. Masukkan garam cikit sekiranya perlu. And lastly masuk tomato. Dah siap sedia dingapp!

 Simple dan sedap makan dengan nasi puteh panas-panas. 8 biji cili tu memang super duper pedas,okey. 

Harapan untuk esok, hope semua urusan dipermudahkan dan Sihat walfiat. Amin!

Muahhh cikit ;D



Tuesday, December 8, 2015

Sibuk la...ohoiiii



Nampak sibuk tak?? ^__^
Otak dah pikir cuti dah.  Tapi ada jgk lah benda nak kena check itu check INI, masa tu jgk nak planning ,masa tu jgk nak purchase order (PO). Serabut Hidup aku dengan kertas keje.

Aku tak nak kejeee!!!
Aku nak cuti, paham idok???

Boleh excuse mcm tu Kat bos?
Hahaha ;D


Wednesday, December 2, 2015

Eskinol tak restock ini bulan

Malas lah hoii...! 
Lepas clearance sales company last week, penyakit malas terus menjangkiti diri ini Tanpa henti. Lepas tu dikejutkan dengan pemergian pak Yus, my fv pelawak. Hoii...jgn nak kutuk aku suka dia sebab famous ke hape yeh! Aku memang suka dia, jatuh cinta lepas dia pakai T-shirt color pink. Cute OK! Hehe

Sayang, industri seni kehilangan pelawak berbakat besar. Al-fatihah untuk arwah pak Yus jugak arwah pelakon veteran Mak ani.

"Sesungguhnya, dari DIA Kita datang kepada DIA Kita akan kembali"

Kita pun akan menyusul nanti.

Al-Fatihah!



Tengoklah wajah penulis blog yg makin mengembang, buat lepas windu hahaha

Entry ni ditulis utk inform uolls bahawasanya stock eskinol for this month tak dapat nak restock. Stock Kat aku memang totally habis. Kesian Kat Korang yang asyik Tanya stock pimple fighting bila nak restock. Memang serba salah nak cakap tak restock. Tapi kena cakap lah kan.

Aku tak dapat restock sebab this month aku cuti panjang, balik kampung nun Kedah Sana. Plus this month pun banyak cuti, public holiday kan?Plus, sibok nak arrange keje permanent lagi nih, taknak lah product bawah jagaan aku 'no stock' during aku bercuti. Kang masuk keje next month kena basuh dengan bos aku. Dah lah nak Bebel jer bos aku tu keje dia. Naik bingit telinga. 

Aku tak punya kesabaran tinggi untuk dengar orang membebel, okey! Satgi aku nak pongoih! Rasa rimas...rasa macam nak terjun bangunan sekarang!! Kahkahkah ^__^


Sekarang musim hujan dan banjir kan, jaga diri jaga kesihatan Korang yeh.

Eh..insha Allah ini bukan last entry...next entry menyusul if penulis blog rajin kihkih

Bye 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...