Monday, August 31, 2015

Selamat Hari Merdeka

Banyak sangat nak fikir, banyak sangat nak kena buat. Sampai entry pun dah jadi tertunda-tunda. Actually aku yang poyo sangat ni azam nak up entry everyday. Mean satu hari at least 1 entry. Poyo sangat kan sari yanti nih? Havoc jer lebih!
-____-

Haishhh...apa boleh buat kan, banyak perkara yang berlaku sampai aku rasa dah hilang semangat nak berblog. Padahal masa Ada jer. Menganggur Kat rumah 2 months kot, makan tido poop !!! Makan tido poop!!!...hahaha
Sedap pulak bunyi :p

Tulah orang kata kan, kalau jiwa tengah kacau, satu keje pun tak leh nak jalan. Eh...bukan orang kata, aku yang kata. Hehe

Poyo lah aku kalau tak rasa rindu. Dunia blog ni dah sebati dengan aku agaknya. Yerlah, mana taknya blog nih asalnya diary bodo bodo ja. Orang baca ke tak baca ke, aku tak kisah pun. Sebab aku tulis apa yang aku rasa. Congak balik tambah tolak bahagi darab, dah lamaaaaa..rupanya blog ni lahir. Umur nya dah almost 7 tahun. Kalau blog boleh pergi sekolah, dah darjah 1 dah ni. 

"Alohh..loh..loh, Anak mama dah 7 tahun yeh??? Dah besar dah dia yehh? Meh..mama Cyg Cyg cikittt mehh" Kalau blog ni boleh menjawab, agaknya dia leh cakap tuan tanah ni psyko, hahahaha

Okey lah..tak Ada benda pun nak update, cuma nak wish "Selamat hari merdeka" kepada semua rakyat Malaysia. Menteri-menteri Malaysia tolong menghayati erti merdeka dengan lebih mendalam. Rakyat Malaysia pun boleh join skali...tak Ada masalah!!!! 
^____^


Ini menu lunch tadi. Teringin nak mamam sup sayur letak bebola macam ni. Simple dan sedap!! Tekak aku ni memang tekak kampung sikit. 1 day tak jamah nasi, rasa macam tak makan pape all day. Aku ingat lagi, this month 2 week okey aku stop nasi. Konon nak diet tak nak makan nasi. Makan benda macam bihun, roti, oat. 2 week jer aku leh tahan. Pastu minggu ketiga memang tak boleh nak telan dah bihun,roti, oat semua tu. Muak nak muntah!!! Telan bihun rasa Pasir, makan oat rasa selutt...ahhh sudah!!!

Lastly aku bedal gak nasi...telan nasi rasa lega lepas tu. Automatic rasa badan bertenaga, productiviti keje pun bertambah..ewahh!!! Hahahah...see? Macam ni punya perangai, macam mana kau nak kurus??? T____T

Agaknya campak Kat longkang jelah niat kau tu, cheery!

K babai...Nanti sari yanti datang lagi, yeh??
Hehe ^____^


Sunday, August 30, 2015

Expose Mistik: Hantu menari terapung apung


Korang pernah baca cerita expose mistik? Expose mistik nih Koleksi cerita hantu peej burhan. Dia nih blogger popular jugak, tak kan lah tak kenal kan. 

Expose mistik nih memang mengundang betoi kau tahu!! Disebabkan asyik sangat baca cerita expose mistik peej burhan nih sampai terbawak bawak dalam tidur Ku!! Ewahh!

 Owhhh tuhan...kalo mimpi nih betoi2 terjadi aku rasa aku dah pitam dulu. 

Cerita dia macam nih, pada satu hari aku pindah duduk asrama, asrama apa aku tak sure pun Dan memang aku tak Pasti pun. Tapi yang tak Boleh blahnya asrama tu ramai pulak artis yang duduk situ. So aku agak, asrama nih untuk artis artis yang baru nak up Dan popular. Dan maybe masa tu aku adalah sari yanti kahkahkahkah

I kan retiss uool..!!!
*tangankatbahumatakatkening*
-..-

Sambung citer.

Asrama nih kalo tengok dari luar memang seram uool. Asrama nih berada di satu tempat yang agak terpencil. Bangunan dia ada 5 tingkat tak terlalu besar. Setiap tingkat ada hall , Ada dlm 5 bilik. Bilik pulak xbesar pun leh muat 2 katil bujang mcm tu. Dihadapan bangunan tu Ada tasik Ada jeti Dan Ada boat.  Masa tu aku duduk tingkat tiga satu bilik dengan member aku, Yatie. Hari tu sepatutnya semua warga asrama kena balik ke umah masing-masing. Memang kena balik tak boleh kata tak balik. Dan we oll kena kuar dari asrama tu before magrib. Arahan dari pihak pengurusan asrama.
Kitorang pulak budak baru dan kitorang tak tahu kenapa arahan macam tu. 

Nak dijadikan cerita aku Dan Yatie nih plan nak balik lewat petang sikit sebab kitorang nak mancing Kat tasik. Bukan kita dua orang jer yang mancing Kat tasik senior senior pun sama. Mancing sambil riadah lah kan. Pastu dah sampai lewat petang Ada sorang senior Tanya aku, "Mana beg baju kau?" Aku cakap Kat bilik Kak, jab lagi sy naik amik lah. Lepas tu Yatie menyampuk "kau tak bawak turun beg baju kau ke? Aku punya dah bawak turun" sambil tunjuk beg baju dia. Aku dah macam pelik, dah kenapa semua macam terkejut jegel Mata Kat aku. Lepas tu akak tu cakap, "Baik kau pergi amik cepat sebelum magrib, kang dah tak boleh masuk amik!". 
" kenapa Kak!" "Nanti Ada 'benda' yang tak bagi kau ambik!" Aku dah macam cuak, paham lah 'benda' yang dimaksudkan tu. 

Lepastu akak tu jerit, cepat lari pegi ambik. Aku pun ajak Yatie temankan aku, berlari kami balik ke asrama. Sampai Kat asrama suasana dah sunyi, seram sangat tapi pintu pagar masih lagi bukak. Bila kami masuk ja tiba-tiba azan magrib dan pintu pagar automatik tutup. Aku dan yati dah berpandangan sesama sendiri. Tegak bulu roma, okey!! Sampai depan lift, lift dah tak berfungsi. Pastu kami decide naik tangga. Dekat tangga bawah jumpa dengan Angeline Tan, pelawak wanita malaysia tu. dia Kira senior lah. Dia cakap dah tak boleh naik lagi dah. Semua pintu grill yang nak masuk ke tingkat tu dah berkunci. Cepat kuar dari sini! Kami tengok berpeluh jugak dia maybe sebab terkejar dengan setiap tingkat pintu grill yang automatik tutup. Aku ckp nak naik jugak amik barang, kejab ja. Dia ckp tak boleh bukan dia yang tak bagi, 'benda' tu dah berlegar dekat tingkat 4. 

Aku macam nak nangis dah..semua beg duit, handphone semua Kat atas. Habislah En Hati merajuk lagi tak reply msj dia. Angeline tan macam kesian kat aku, dia suruh ikut dia. Dia tunjuk jalan shortcut ...tapi dia ckp kalo nasib aku Baik aku boleh amik beg.
Dia bawak kitorang jalan shortcut mcm jalan bawah tanah...Ada paip air kumbahan. Busuk sangat!! Nak muntah! Owh macam citer mission impossible dah aku rasa. 

Sampai Kat satu Anak tangga tu, kitorang panjat ke atas. Masa tu tembus Kat tingkat dua, tak Ada apa-apa. Kami naik tangga nak ke tingkat 3, masa Anak tangga last tu kami mengintai dan kami nampak seorang perempuan rambut panjang sedang menari terapung apung. Tak nampak muka. Terpegun sekejab kami dengan tarian lemah gemalai tu. Dengar jugak muzik background tapi dengar tak dengar mcm tu. Masa tu aku fikir, itulah 1st time aku tengok hantu real depan Mata. Angeline tan cakap kita Ada peluang kalau dia turun ke tingkat 2. hantu tu suka menari dan akan menari Dari hall tingkat atas sampai hall tingkat bawah. 

Macam mana aku taw?? Aku tahu dengan sendiri nya..dah mimpi aku kan, aku taw lah. Hahaha wekkk :-p

Masa tu tiba-tiba Yatie terkaku Dan tunjuk JARI ke arah hantu tu. Rupanya hantu tu dah berhenti menari sebab nampak kitorang. Lepastu apa lagi Angeline tan pun menjerit "lari!!!"... Ketakutan kitorang lari masuk balik lorong shoutcut yang busuk tadi. Main redah ja, terpijak taik lah apa lah lantak jer, sampai lah ke luar. 

Dah keluar Dari building tu sasaran kitorang adalah pintu pagar. Kitorang kena keluar Dari kawasan asrama tu. Aku adalah orang paling belakang skali lari...Yatie Dan Angeline tan dah langkau pintu pagar tapi aku tak dapat nàk bergerak ke depan..macam macam usaha pun aku still tak bergerak..sikit lagi ja tangan nak capai pagar tapi badan aku macam ditarik menjauh. Aku nampak Yatie Dan Angeline tan dok menjerit panggil nama aku. Tapi suara diowang aku dengar sayup sayup aje.

Tiba-tiba azan berkumandang. Dan aku pun terjelupuk jatuh.

Aku terkejut jaga...rupanya azan subuh
^____^

Fuh..aku lega sebab aku Selamat Dari hantu tu..hahahaha tiba tiba citer seram ni jadi cerita lawak..hahahaha

Hantu pun nak feeling artis kau, nak menari nari pulak.." Next week Ada show ke Kak???"...hahahaha .

.jgn putus semangat yeh hantu teruskan perjuangan anda!!!

INI air asam jawa...dah macam air Milo kan hihi ^___^

Petang tu aku dah mengadu panas Kat adik. Bahang sungguh berpeluh peluh dalam rumah walaupun kipas laju dah maximum dah. Aku suruh dia pergi beli ais. Buat air asam jawa. Wahhhhh..lega tekak Wehh!

Bangun subuh tu memang berpeluh aku...kalo tadah Kat muka saja boleh sekole apa...no wonder lah, rupanya berlari lari roh aku di alam fantasy..sabor jelah sari !!

Nanti aku citer kisah nenek pulak okey..INI cerita real bukan mimpi mimpi lagi dah yeh

Babai...
perfectly you all!!xoxo

Saturday, August 29, 2015

picnic @ kanching selayang


Picnic ni aku pergi awal bulan, almost 1 month dah baru tergerak mood nak cerita
Hahaha...tak tahu lah mood asyik lari ja sebelum nih. Emo ja rasa...kdg kdg nak nangis tak tentu hala.

Semua nih tak lain tak bukan sebab ekonomi negara kita yg merudum jatuh. Dengan politik kucar kacir, Mata Wang negara jatuh. Fuh semua tu memang bad luck for us. Menteri kita semua xfikir pun kan, so aku tolong fikirkan. Aku memang suka semakkan kepala sendiri.

Manusia yang kuar statement ckp matawang ng jatuh x suffering rakyat biasa tu memang bangang. Yes, aku xpergi luar ng tapi aku bekerja dengan company yang berurusan dengan company luar negara. Disebabkan matawang ng jatuh dan politik ng kucar kacir, pelabur lari Dan Pembekal takut nak berurusan dgn company di Malaysia. Previously payment term from Europe supplier we got 30 days but now we need to pay in cash. 
Dan di sebab kan ITU jugak kenaikan gaji Dan bonus company freeze..till Bila don't know lah. Rasa macam nak nangis, gaji now pun still rasa tak ckup. Dan korang tahu tak sentence product we got raw material and packaging from luar ng? Bila company xboleh nak cover kos diowang akan charge to the consumer. Tu yang harga barang boleh naik. Kita dok syok beli product kecantikan made in Malaysia tapi kita tak taw packaging dia di import.

Some of company, charge kos to the consumer still Tak boleh nak survive.. So that's why company boleh close.

Dimana kepala bana kata tak jejas??
Meh aku luku kepala tu sikit.

Aku memang emo sekarang nih instead menteri Malaysia pun xemo mcm aku.
Kena pau parking 10 hingget aku balik nangis beria-ia tekup dgn bantal. Macam terseksa sangat tuh. Minggu lepas kena bayar kos birthday kek ofismate pun mengeletar tgn nak bagi. Aku rasa tak perlu pun nak sambut. Beli kek, nyanyi2 sikit kat birthday girl, pastu done. Masing2 balik Kat meja buat keje. Makan2 xde..sesi gambar xde...aku tak nampak langsung dimana motif untuk menghargai staff tuh. Owh tuhan, aku jadi manusia yang sangat berkira sekarang
T___T

Owh sakit kepala... Sakit kepala

Nak citer pasal kanching selayang kan? Cmner leh sasur sal birthday kek lak nih


Aku pergi dengan Encik hati...yang tak tahu punca inilah En hati. Comel Tak??aku rasa aku lagi  comel hahaha


Pada yang tak tahu, waterfall dekat kanching selayang nih Ada 7 level. Nak naik tu memang berpeluh ketik Dan memang adventure sangat. Aku sambil menapak sambil lap air Mata....sambil En hati tolak belakang bagi semangat. 


Sambil menapak sambil jeling jeling kaum tetap tempat nih. Sakit hati ja aku nengok diowang nih. G dok jauh jauh boleh tak???? 

Dah lah tak hensem!!!


Dah sampai level nih..tak sesuai untuk Mandi pulak!!! Setakat nak fotoshot rendam kaki Dan massage body boleh lah kot. 
Hah...kalo kowang nak rasa sedap kena massage dgn alam semua jadi meh lah Kat air terjun kanching selayang nih.

Aku tak tahu lah INI level bape..yang pastu aku memang dah xmampu nak naik atas lagi lastly aku decide turun jer level bawah Dari level nih.


Finally nampak lah air...tak sabaq nak berendam macam badak hahahaha

Masa kami datang tu, ramai pun datang level nih sbb xramai yang sanggup naik sampai atas. Aku dengar level atas lagi cantik. Aku rasa nih level 2. Hahaha pandai pandai agak sendiri



Sini dalam jugak okey paras bahu aku. Pegi ke tengah tu dalam sikit paras hidung. Kau pendek sangat tenggelam tak tahu..hahaha ciss kuang ajor cheery nih!
T__T

Part paling best En.hati ajar aku berenang. *senyum sampai telinga* :p

Banyak gak aku terminum air Kat situ,entah sapa berek kencing Kat situ..aku pasrah jelah
Nak belajar berenang punya pasal...now aku taw lah basic cmner nak berenang kan.

Aku gelak terkekek kekek..bila aku selam punggung naik atas, mcm terapung mcm tu. Hahaha....no wonder lah kau kena bertenang kalo nak belajar berenang. Serious korang, cer korang berenang masa tengah gelabah, takut, cuak Dan sebagainya, badan kau akan jadi berat dan tak balance dan disebabkan itu jugak kau boleh lemas. Wahhh...buat buat pandai lak aku nih...padahal teori sendiri ja tuh


Makan dulu sebelum berenang. Ni jer bekal yang aku bawak and 2 pack jajan. Lastly masa tengah mandi, beruk bawak lari semua makanan yang Ada. Sekali air Dan yogurt aku pun beruk bawak lari.

Kalau korang datang nak picnic sini memang tension lah dengan gangguan beruk Kat sini. Tapi Ada Budak situ cakap kalau naik level atas lagi beruk tak kacau. Makin tinggi makin kurang kumpulan beruk nih. Tapi tu lah kan..jenuh jugak lah nak berangkut barang naik. Kalau stamina dah kurang, tak payah lah gagah..kang pengsan Kat atas Sana susah pulak nak turun. Silap silap kumpulan beruk tu yang bawak turun kau, bahahahahaha...cer imagine.. Lawak siottt

Owh yah..kalau korang semua Mandi pls sembunyi beg beg korang bawah towel ataw kain. Takut beruk bawak lari jer, naya kalau dia bawak lari beg tangan. Actually beruk nak makanan ja..tapi takut jugak beg kau tercalut makanan..dia bau, dia bawak lari semua satu beg.


Ini toilet untuk salin pakaian. Masuk toilet kena bayar 50sen. Bilik bilik untuk salin pakaian nih free aje.


Aku ingat beruk tak tahu berenang.. Rupanya dia tahu berenang siott. Pandai pulak tuh. Heyyy, sapa ajar kau ek beruk??


Hah..nih sure level paling bawah skali. Ramai sangat beruk berdating Kat sini. Kau nak tahu siap kiss kiss lagi beruk beruk nih. Bermaksiat Kat tempat awam betoi beruk ni. Aku terambik video kau taw? Nak tengok ke? Takleh lah tunjuk sini, maksiat! Beruk semua nih Tak dak sivik!!!


So far facilities Kat sini okey, Ada toilet tempat salin semua. Dan kebersihan terjaga. Parking semua cukup dan bayaran masuk adalah RM3.00 satu kepala dewasa. Kedai makan Dan kedai cenderamata pun Ada. Foreigners ramai tau datang tempat nih. Dan kebanyakkan mak2 and pak2 Arab. Anak lawa lawa comey comey. Dapat lah cuci Mata sat hihihi


Hah nih lagi satu nak pesan...make sure sebelum nak tinggalkan kereta tingkap semua tutup. Tak tutup , jadi mcm nih lah..beruk buat party buas dlm kete kau. Nasib dia tak berak atau bersenggama dalam kete. Boleh kau, aku lupa tutup tingkat kete. Sengal cheery nih!! Loii 14 belas kilo. Habis kotak tisu dia main.

K bye korang

Perfectly you all !! :-)






Friday, August 28, 2015

welcome gift from our company


Wah...tajuk pun rasa keterujaan nya tu.
Hari nih memang sangat letih dengan keje yang melambak ditambah dengan arrangement yang problem. Kadang2 geram sangat dengan transporter nih. Kalo KO rasa KO xboleh nak handle satu2 job tu KO jgn ambik. Nih tak, semua job KO nak collect, end the end KO  unable to full fill. KO buat mcm tu, menyusahkan semua orang. Dah satu hal last minute nak kena Cari transporter lain. Company terpaksa bayar double taw utk keje desperate nih.

Ko dah kenapa cheery, mukadimah ja dah membebel hehe


Beria jer pagi tadi aku selfie dengan senyuman yang Manis bak madu kelulut, mai petang muka dah comot dengan tudung terpeleot, lengan baju sinting sampai lengan. Alahai cik ct cheery oiii....nasib Baik Ofis xde lelaki handsome hahahaha :-p



Petang sebelum balik tu aku dapat gift. Tetiba ja secretary marketing datang meja aku bagi bungkusan nih. Muka aku mula2 berkerut jugak lah kan...yelah,admirer ke yang bagi? Aku kan banyak admirers. *Coiihhh nak muntoh okey:-p

Akak tu mcm paham jer aku pelik, "KO tak payah nak berkerut sangat, ni company yang kasi, welcome gift kononnya!"

Owh OK fine!!..potong toi akak nih nak berangan sikit pun tak boleh lah..


Hah..inilah dia kandungan bungkusan yang cantik tu. Mula mula aku ingat perfume sebab cium bungkusan macam wangi ja kan....skali buka, wahhhh !!! Senyum sampai telinga. Aku suka dengan gift nih okey ....terima kasih lah aiii!! Now tak tahu lah kenapa aku sangat addicted dengan mug especially mug yang comel2. Kadang2 berejam belek mug Kat kedai tapi tak beli pun. Hahahhaa cuci mata ja lebih...Dan mug ni category comel okey. 

Ok uoll bye..perfectly you... xoxo
^ ____^


Tuesday, August 25, 2015

Fasha Sandha parah ditembak...kononnya

Siot ja kan pagi-pagi buta dah dapat berita mcm nih..aku rasa mcm nak sekeh jer kepala orang yang update status mcm tuh. KO nak orang datang blog KO???
Tahu sangat dah motif KO tu


Boleh pulak main-main Bab Bab mati nih.
Berita siap ucap takziah and al-fatihah bagi. KO ingat lawak???


Kecoh jugak masa scene tembak menembak nih. Dikatakan seorang staff restoran terdengar bunyi tembakkan dikawasan parking bawah tanah Dan membuat laporan polis kerana menyangka kegiatan jenayah. Polis tiba di tempat kejadian rupanya babak filem. Sabor lah polis tuh.

So, kita sebagai masyarat yang cerdik jangan Mudah percaya dengan satu satu berita. Selidik dulu betoi betoi. Now banyak pemberita yang penting kan keuntungan. Agaknya nak naikkan trafik blog.

Urmmm...entah lah, rasa mcm tak patut jer


Sunday, August 23, 2015

Demi kasihkan Encik hati!

Bila Encik hati marah, mood yang happy terus jadi ke laut. Rasa diri jauh...jauh dihanyut ombak laut dan terapung apung di tengah lautan. Nak mintak tolong pada siapa? Nak mintak tolong pada apa? Tak dapat bertahan memang lemas dan hati pun mati, jasad pun kaku.

Cik hati yang tengah sedih Dan lonely nih pulak sapa nak pujuk? Sapa yang amik peduli? Tiada siapa kan..and then cik hati pasrah dan turunkan ego ...Dan pujuk diri sendiri. Demi Encik hati apa pun boleh.  Every single days need to faced and be a strong heart.

Apa English tunggang terbalik..tu lah dia kalo mute level 2. Memang semua ke laut.


Cik hati kalo susah hati nafsu makan memang menggunung. Tolak Batu dengan kayu ja. Kalo tiap hari macam nih punuh diet cik hati. Tak apa lah kan...yang penting cik hati dah buat yang terdaya. Kun fa yakun...kalo jadi, jadilah ia!!!

Jaga diri Encik hati. Cik hati memang sangat sayang Encik hati tapi andai ini takdirnya, cik hati redha. 

Miss you so much

Nampak tak, cik hati dah merajuk 
T____T




Tuesday, August 18, 2015

kadang-kadang rindu


Entry hari ni Nak sembang sembang jer. Bukan sebab tak Ada idea ke hape ke, just hati ni rasa macam rindu...rindu dengan life dulu. 

Dalam setahun dua ni banyak perkara yang berubah. Aku sendiri pun rasa diri dah berubah. Dah makin matang. Kadang2 malas Nak update sesuatu cerita dalam blog sebab rasa mcm tak sesuai. Dulu zaman gelabah, aku nak up entry apa pun suka hati maktiri aku lah. Korang xsuka xyah baca. Amboi...bongkak sangat kan ko. But now, Nak up entry pikir dua tiga Kali patut ke tak, sesuai ke tak....walaupun sebab malas yang banyak hahaha

Yeah...tahu, blog nih tak de lah banyak reader pun kan..adalah sorang dua yang sudi menjengah sini. Terima kasih sangat2!
Blog walking selalu jer...tapi tak comment. Kalo masuk blog tu loading lambat nak mam.., aku keluar dah..tak sanggup nak tnggu sbb now aku update entry and blog walking fully guna smart phone jer.  Save money save time! Hahaha

Seriously aku rindu...rindu dengan life masa keje dengan Rmec. Walaupun berpuluh tempat aku pergi tak kan sama dengan Rmec. Selalu bila kenangkan Rmec air Mata aku jatuh. Rasa sebak tak terhingga. Di situ kenangan manis Dan pahit sama banyak. Disitu tempat aku mula bertapak, di situ tempat aku mula cerdik. Disitu tempat aku punya ramai kawan.
Even sekarang, aku masih contact ngan ex colleague...kalo jumpa diowang tu rasa macam nak cium peluk ketat-ketat. Windu sangat  kan, tapi so far setakat nih Belum lagi ...kang Ada yang ckp aku nih abnormal huhu

Tempat bermain pun kita kenang...inikan pulak tempat kita Cari makan.
Rindu...rindu sangat! Rindu dengan suasana kerja yang happening.. Walaupun banyak keje dan stress...Ada mood lagi nak kaco Dan gila gila dengan ofismate. Kalo tension stop jab keje, follow video senam aerobik. Paling best manager pun join skaki. Rasa macam satu keluarga...masing masing sporting Dan macam macam ragam.

Windu untuk kerja sabtu ahad...kadang2 time untuk rehat Kat rumah memang tak Ada sebab aku suka bekerja. Kalo buat kerja sabtu ahad tu rasa tenang jer jiwa. Tak kalut dengan keje yang Ada due, tak diganggu dengan permintaan budak site yang macam2 tuh. Huh..rasa syok ja walaupun selalu ngadu penat hahaha

Zaman makin berubah...banyak perkara kita terpaksa lepaskan Dan tinggalkan untuk kejar masa depan yang tak pasti. Semua orang akan fikir Dan merencanakan masa depan kan? Mana Ada orang plan untuk masa lalu...sudah tentu masa lalu jadi kenangan yang tak mungkin kita lupa kan dengan Mudah kecuali kepala terhantuk dan hilang ingatan.hahaha

Apa pun Hidup harus diteruskan...pahit atau manis harus ditempuh. Semua tu cabaran Dan perlu kepada pembaharuan kan. Kenangan lalu jadikan pengajaran. Tak mau lagi dah sikap kebudakan yang melatah tak kena gaya. Kecoh macam murai tercabut ekor. Cari pasal dengan orang, kuat kencing owang kuat gaduh. Sangat tak profesional. Umur kita pun makin hari makin meningkat...so pemikiran pun kena up lah seiring dgn umur. 

Ummm..okey lah ITU jer nak sembang. Now aku still curious why uncle guard Ofis ajak aku jalan jalan makan angin. Muka aku Ada nampak muka kuat jalan ke? Hihihi
-..-

Next entry aku citer pasal aku bercuti okey!
^___^


Sunday, August 16, 2015

Hidup baru Gaya baru kerja baru!

Tajuk macam semua serba baru ja kan? Syukur Alhamdulillah, setelah dua bulan aku tanam anggur Dan menghitung bintang-bintang di angkasa , kini aku telah diterima bekerja di sebuah company pengedar barañgan kosmetik. Two weeks dah aku bekerja.

Syukur sangat, so aku dah pencen Kira bintang. Hahahaha
°___°

Barang kosmetik apa? Nak order dengan aku ke hape ke next entry aku citer, insha Allah.
Tiba-tiba ayat aku macam skema, 

Dah mcm cikgu dah kehulu kehilir dengan nota pendidikan sejarah. Amboiii!!haha
Napa sejarah? Sebab aku penah bercita nak jadi cikgu sejarah tapi pergi interview personality pun leh failed. Hahaha

Memang tak kenal diri sendiri!!

1 weeks aku belajar buat kerja nih. Actually kerja yang aku dapat nih 1st experience for me. Purchasing tak Ada sangat, job scope aku more to planning. Bertabah lah aku belajar benda baru. Tapi aku suka, best sangat gained new experience nih. Harapan aku nak kerja lama Dan nak grow up Kat company nih. Bukan Dari segi fizikal derr...  tapi ilmu and experience.

Skema sikit noh..jgn nak diva sangat

Ini adalah adik yang bertanggungjawab membimbing aku dalam kerja hahaha

Kan aku cakap minah nih dah skema!!hahaha ^___^

Adik nih muda 2 tahun Dari aku walaupun aku kadang kadang tersasur panggil dia kakak, dia xkisah pun. Biasalah lah sari nih slalu perasaan muda..kihkih

Actually aku ganti tempat adik tu...so dia stay 1 week utk ajar aku. Pape pun terima kasih lah Dik, sebab benti kerja. Eh??? Hahaha. Terima kasih Dik sebab ajar hahakakkk nih...-..-

Perghh....Wei rasa kekok giler bahasakan diri kakak nih..memang tak boleh blah ..

Nih meja keje aku Dan FYI aku duduk berhadapan dengan manager. Bilik yang gelap tu bilik manager lah. Gerun sari taw!! Nak ngelat ngelat susah tuh...

Okey..see u later bye muah muah muah
@_@

P/s: perasaan tak, sari a.k.a cherry dah tukar imej. Cmner, okey tak??

Sunday, August 2, 2015

Cerita Raya ketiga (Rumah Mak tiri)

Aku sejak tiga Hari nih, pukul 2,3 pagi dah terjaga Dari tidoq. Ingat stok mak-mak ke pagi-pagi buta bangun bancuh susu Anak,tukar pampers anak, dodoi laki meracau...eh??hahahaha ^____^

Aku pun tak pelik sangat Napa time tido aku jadi macam tu. Abih, kalo dah petang KO tido, sambung ngan malam , mana KO tak bangun pagi buta? 

Pinggang pun sakit sebab tido sangat. Apa nak jadi lah hai ngan sari yanti nih..hahaha

Okey, Jom sambung Raya pulak. Tajuk macam Ada Mak tiri hahahaha. Actually bekas Mak tiri. Ayah aku dah berpisah dengan isteri pertama atas faktor yang aku tak taw. Tak dak keja pulak nak selidik. Kisah orang tua biarlah menjadi rahsia Antara mereka. 

Lama jugak ayah aku duda sebelum kawen dengan Mak aku.
Mula-mula aku ingat Mak aku nih perampas suami orang. Aku mcm..."biar betul, tak kan lah? Cian nya Mak tom!!" Nak sayang Mak tom kuat-kuat  *nangis T___T

Ang dah kenapa, sampai nak beralih kasih sayang pulak nih? Nih tak lain tak bukan atas faktor tak matang. Sikit2 nak Cari Mak baru, Mak marah sikit, nak lari dok ngan Mak tom. Mak garang sikit, nak lari peluk Mak tom...tu ja modai aku kalo mak aku marah..budak sangat INI budak!!!!

Aku kalo selfie, Ada ja yang nak mencelah. Nak feel2 retis pun tak leh lah.

Ayah aku Ada 2 orang Anak pom dengan isteri pertama. Yang free hair tu Anak bongsu skali dan masih belum berkahwin. Cantikkan kakak aku? Muka nak sama dengan kakak sulung aku, yang tudung hitam tu.Diowang 2 orang nih, dulu owang sekeliling ingat kembar sebab seiras sangat. Dua2 Ada taik lalat Kat hujung kening. 

Yang pegi rumah Mak tiri, ayah and kami 4 beradik ja. Kakak yg no 2 tak dpt ikut sebab laki dia letih sangat, nak tido. Mak aku pun tak ikut sebab kawan dia datang beraya.

Dalam gambar Ada empat orang pom kan, yang Baju pink tu gadis lagi, harap maklum! Hahahaha..Anak sulung ayah aku, yang tengah tu, kak chah. Makcik yang duduk tu jiran. Dia kenai dengan ayah aku, tu sebab dia duduk sembang. Gambar Mak tom tak dapat snap sebab dia tak nak, aku snap ja dia lari..Mak tom aku nih pemalu..aku Ada gak curi curi snap tapi blurr, macam nervous pulak nak snap pic Mak tiri kan..Hehehe

 Baju puteh tu suami kak chah. Budak tough Baju belang-belang hitam hijau tu, cucu ayah aku, Anak kak chah yang no 3 dan budak Baju purple pic atas tu anak no 4,bongsu skali. Anak no 2 lelaki jugak. Anak sulung Kak chah pom, umur sama bayar dengan Adik aku yang bongsu. Perghh.. Anak sedara sama umur dengan bapa sedara. 

Tahun nih kami datang beraya rumah Mak tom sebab dah lama tak pergi. Dah 10 tahun tak ziarah diowang. Nak harap diowang? tak adanya sebab nya..rahsia!! Hahahaha

Masa nak gerak tu, Mak aku usik ayah aku. "Amboi xsabar aiih nak p umah Bini tua dia, jangan tak balik sudah lah!" Pastu kami apa lagi gelak lah..ayah aku lak sengih2. Adik aku balas "Mak jgn wisau Mak, cik satu2nya Anak lelaki dalam keluarga nih, akan pastikan ayah balik!" Pastu dia bisik kat ayah, "mak jeles tu, ayah!" Poyo pulak Adik aku nih.. Kami yang lain tukang gelak ja Hahahah

Balik Dari rumah Mak tom, ayah tapaukan dadih dekat Mak. Mak tom yang buat. Hahahah lawak! Mak aku makan masa berbukak ngan ayah. Mak kata sedap!!

Orang tua bila jeles, nampak macam sweet ja taw. Suka aku tengok cari diowang usik pasangan dan pujuk pasangan diowg. Walaupun nampak macam kasar sikit tapi romentik sebenarnya.

Aku pun nak lah laki romentik macam tuh. Kasar tapi romentik!! Wowww...I loike!!!
Mengedik la pulak engkau nih cheery!!!

K bye..see uoll later! ^____^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...