Sunday, August 30, 2015

Expose Mistik: Hantu menari terapung apung


Korang pernah baca cerita expose mistik? Expose mistik nih Koleksi cerita hantu peej burhan. Dia nih blogger popular jugak, tak kan lah tak kenal kan. 

Expose mistik nih memang mengundang betoi kau tahu!! Disebabkan asyik sangat baca cerita expose mistik peej burhan nih sampai terbawak bawak dalam tidur Ku!! Ewahh!

 Owhhh tuhan...kalo mimpi nih betoi2 terjadi aku rasa aku dah pitam dulu. 

Cerita dia macam nih, pada satu hari aku pindah duduk asrama, asrama apa aku tak sure pun Dan memang aku tak Pasti pun. Tapi yang tak Boleh blahnya asrama tu ramai pulak artis yang duduk situ. So aku agak, asrama nih untuk artis artis yang baru nak up Dan popular. Dan maybe masa tu aku adalah sari yanti kahkahkahkah

I kan retiss uool..!!!
*tangankatbahumatakatkening*
-..-

Sambung citer.

Asrama nih kalo tengok dari luar memang seram uool. Asrama nih berada di satu tempat yang agak terpencil. Bangunan dia ada 5 tingkat tak terlalu besar. Setiap tingkat ada hall , Ada dlm 5 bilik. Bilik pulak xbesar pun leh muat 2 katil bujang mcm tu. Dihadapan bangunan tu Ada tasik Ada jeti Dan Ada boat.  Masa tu aku duduk tingkat tiga satu bilik dengan member aku, Yatie. Hari tu sepatutnya semua warga asrama kena balik ke umah masing-masing. Memang kena balik tak boleh kata tak balik. Dan we oll kena kuar dari asrama tu before magrib. Arahan dari pihak pengurusan asrama.
Kitorang pulak budak baru dan kitorang tak tahu kenapa arahan macam tu. 

Nak dijadikan cerita aku Dan Yatie nih plan nak balik lewat petang sikit sebab kitorang nak mancing Kat tasik. Bukan kita dua orang jer yang mancing Kat tasik senior senior pun sama. Mancing sambil riadah lah kan. Pastu dah sampai lewat petang Ada sorang senior Tanya aku, "Mana beg baju kau?" Aku cakap Kat bilik Kak, jab lagi sy naik amik lah. Lepas tu Yatie menyampuk "kau tak bawak turun beg baju kau ke? Aku punya dah bawak turun" sambil tunjuk beg baju dia. Aku dah macam pelik, dah kenapa semua macam terkejut jegel Mata Kat aku. Lepas tu akak tu cakap, "Baik kau pergi amik cepat sebelum magrib, kang dah tak boleh masuk amik!". 
" kenapa Kak!" "Nanti Ada 'benda' yang tak bagi kau ambik!" Aku dah macam cuak, paham lah 'benda' yang dimaksudkan tu. 

Lepastu akak tu jerit, cepat lari pegi ambik. Aku pun ajak Yatie temankan aku, berlari kami balik ke asrama. Sampai Kat asrama suasana dah sunyi, seram sangat tapi pintu pagar masih lagi bukak. Bila kami masuk ja tiba-tiba azan magrib dan pintu pagar automatik tutup. Aku dan yati dah berpandangan sesama sendiri. Tegak bulu roma, okey!! Sampai depan lift, lift dah tak berfungsi. Pastu kami decide naik tangga. Dekat tangga bawah jumpa dengan Angeline Tan, pelawak wanita malaysia tu. dia Kira senior lah. Dia cakap dah tak boleh naik lagi dah. Semua pintu grill yang nak masuk ke tingkat tu dah berkunci. Cepat kuar dari sini! Kami tengok berpeluh jugak dia maybe sebab terkejar dengan setiap tingkat pintu grill yang automatik tutup. Aku ckp nak naik jugak amik barang, kejab ja. Dia ckp tak boleh bukan dia yang tak bagi, 'benda' tu dah berlegar dekat tingkat 4. 

Aku macam nak nangis dah..semua beg duit, handphone semua Kat atas. Habislah En Hati merajuk lagi tak reply msj dia. Angeline tan macam kesian kat aku, dia suruh ikut dia. Dia tunjuk jalan shortcut ...tapi dia ckp kalo nasib aku Baik aku boleh amik beg.
Dia bawak kitorang jalan shortcut mcm jalan bawah tanah...Ada paip air kumbahan. Busuk sangat!! Nak muntah! Owh macam citer mission impossible dah aku rasa. 

Sampai Kat satu Anak tangga tu, kitorang panjat ke atas. Masa tu tembus Kat tingkat dua, tak Ada apa-apa. Kami naik tangga nak ke tingkat 3, masa Anak tangga last tu kami mengintai dan kami nampak seorang perempuan rambut panjang sedang menari terapung apung. Tak nampak muka. Terpegun sekejab kami dengan tarian lemah gemalai tu. Dengar jugak muzik background tapi dengar tak dengar mcm tu. Masa tu aku fikir, itulah 1st time aku tengok hantu real depan Mata. Angeline tan cakap kita Ada peluang kalau dia turun ke tingkat 2. hantu tu suka menari dan akan menari Dari hall tingkat atas sampai hall tingkat bawah. 

Macam mana aku taw?? Aku tahu dengan sendiri nya..dah mimpi aku kan, aku taw lah. Hahaha wekkk :-p

Masa tu tiba-tiba Yatie terkaku Dan tunjuk JARI ke arah hantu tu. Rupanya hantu tu dah berhenti menari sebab nampak kitorang. Lepastu apa lagi Angeline tan pun menjerit "lari!!!"... Ketakutan kitorang lari masuk balik lorong shoutcut yang busuk tadi. Main redah ja, terpijak taik lah apa lah lantak jer, sampai lah ke luar. 

Dah keluar Dari building tu sasaran kitorang adalah pintu pagar. Kitorang kena keluar Dari kawasan asrama tu. Aku adalah orang paling belakang skali lari...Yatie Dan Angeline tan dah langkau pintu pagar tapi aku tak dapat nàk bergerak ke depan..macam macam usaha pun aku still tak bergerak..sikit lagi ja tangan nak capai pagar tapi badan aku macam ditarik menjauh. Aku nampak Yatie Dan Angeline tan dok menjerit panggil nama aku. Tapi suara diowang aku dengar sayup sayup aje.

Tiba-tiba azan berkumandang. Dan aku pun terjelupuk jatuh.

Aku terkejut jaga...rupanya azan subuh
^____^

Fuh..aku lega sebab aku Selamat Dari hantu tu..hahahaha tiba tiba citer seram ni jadi cerita lawak..hahahaha

Hantu pun nak feeling artis kau, nak menari nari pulak.." Next week Ada show ke Kak???"...hahahaha .

.jgn putus semangat yeh hantu teruskan perjuangan anda!!!

INI air asam jawa...dah macam air Milo kan hihi ^___^

Petang tu aku dah mengadu panas Kat adik. Bahang sungguh berpeluh peluh dalam rumah walaupun kipas laju dah maximum dah. Aku suruh dia pergi beli ais. Buat air asam jawa. Wahhhhh..lega tekak Wehh!

Bangun subuh tu memang berpeluh aku...kalo tadah Kat muka saja boleh sekole apa...no wonder lah, rupanya berlari lari roh aku di alam fantasy..sabor jelah sari !!

Nanti aku citer kisah nenek pulak okey..INI cerita real bukan mimpi mimpi lagi dah yeh

Babai...
perfectly you all!!xoxo

2 comments:

  1. Salam, hahahaha punya penat mimpi kau ni, tp details jugak lah...hahahaha, pling xleh blah asrama tu bleh ramai plak artis kannn~~~ hahahaha...mane kisah nenek dh update ke blum..? haha..

    ReplyDelete
  2. terbaik mimpi ko ni dik sari yanti.. gelak2 akak baca.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...