Nuffnang ads

Thursday, November 21, 2019

Cara Refund/Return barang kat shopee #Seller China


Hi uolls .... Assalamualaikum semua.
Aku selalu dapat Komen mengenai Cara nak refund kat shopee disebabkan entry yg pernah Aku post dulu.. klik Sana 'dapat refund shopee'. Dalam post Aku dapat refund tu dari seller from China ....so far tak ada masalah dengan seller. Dia bagi kerjasama yang baik.


Dari Komen yg aku dapat, ada kes buyer mengalami kesukaran utk refund/return disebabkan seller susah deal. Aku nak explain cara2 nak refund/return tu pun susah sebab kes kebanyakkan tak sama dan ia melibatkan system jgk kan. ... So Hari tu Aku Ada terbaca pasal refund/return shopee nih kat Facebook. Aku rasa experience hakak nih boleh membantu buyer diluar Sana yang bermasalah dengan seller shopee from China nih.

Sebarang pertanyaan boleh ja terus ke FB akak tu yeh.
________________________________

Copy paste dari FB Sha Ramson Abdullah


Ini pengajaran untuk kita yang order barang Shopee dari China. SELLER SHOPEE DARI CHINA SAJA. BUKAN SELLER DALAM MALAYSIA. Apa perlu buat jika kita dapat barang yang salah atau terima barang yang rosak, kemek, pecah atau kualiti barang yang kita terima tak cukup? Teruskan berjuang! Jangan termakan pujuk seller. Seller paling takut bila BUYER KLIK BUTTON REFUND. Ini ketakutan terbesar seller Shopee dari China.

Kes saya :
1. Order barang pada 5hb.
2. Dapat barang dalam masa yang sangat lama iaitu 16hb.
3. Bila buka parcel yang dihantar, rupanya seller salah hantar barang. Salah saiz. Saya order beg saiz besar tapi dapat kat tangan saya ni saiz kecil.
4. Kerugian 2 kali ganda. Masa ini jangan tunggu lama. Terus KLIK BUTTON REFUND. Maksudnya, kita nak duit kita balik.
5. Bila beritahu seller, seller TAK MENGAKU yang dia hantar barang salah. Dia kata dia hantar saiz yang betul. Ohh jenggg 😆
6. Seller minta gambar packaging dan saya beri gambar barang beserta UKURAN dan NOMBOR PACKAGING tapi seller tetap tak nak bagi refund pada mulanya sebab bermati-matian dia kata dia hantar saiz yang betul.
7. Saya contact Shopee guna LIVE CHAT.
Pihak Shopee suruh tunggu saja. Okey. Boring. Jangan guna LIVE CHAT. Sia-sia je sebab TIADA PENJELASAN TERPERINCI dari staff Shopee yang guna LIVE CHAT. Nak tunggu sampai bila?


8. Seller sepatutnya dibayar balik pada saya : RM 40.14 tapi seller cakap dia nak refund RM 8.55 saja! haha.. tak masuk akal. Part ni korang jangan pi cancel refund plak dan terima refund dia yang berharga RM 8.55 tu. Jangan termakan pujuk seller, kononnya nak settle cepat.
9. Sila teruskan perjuangan mempertahankan duit kita dengan cara CONTACT SHOPEE ditalian +60327779222 , bukan contact seller. Seller akan merapu-rapu nak jugak kata dia saja yang betul.
10. Saya dapat staff Shopee yang sangat baik yang ajar saya JANGAN KLIK BUTTON CANCEL REFUND jika seller masih tidak mahu confirmkan pulangan balik duit kita selama 4 hari kerana seller hanya ada 2 pilihan saja bila kita buyer dah klik button refund :
👉Reject
👉Accept

"Apa jadi kalau seller klik button Reject? Adakah saya tak dapat duit saya balik? Walhal seller yang salah sebab hantar barang yang salah."
saya tanya staff Shopee.

"Sekiranya seller klik button Reject, kami akan menghantar email kepada Seller dan Buyer untuk investigate kes ini. So Cik Sha tak perlu risau sebab gambar barang yang Cik Sha bagi kami ni semua dah cukup kuat."
jawab staff Shopee.



So kes salah hantar barang / barang rosak / tak cukup kualiti, kita perlu HANTAR GAMBAR BUKTI PADA SHOPEE :
1. snap gambar parcel yang belum dibuka. Ini penting tau.
2. snap gambar details penghantaran yang ada nama, alamat seller dan buyer pada parcel.
3. snap gambar parcel yang telah dibuka beserta gambar barang yang salah / barang rosak / barang tak cukup kualitinya. Jika barang tu salah saiz, sertakan tali ukur sekali pada barang tersebut.
4. Screenshot ordering kita pada Shopee beserta details pembelian kita (jenis barang, ukuran)
5. Kalau ada nombor packaging, snap sekali gambar nombor packaging.




Lepas klik button PEMULANGAN REFUND, sertakan sekali gambar-gambar di atas sebagai BUKTI ANDA TIDAK SALAH. 5 gambar di atas menunjukkan bukti yang sangat kuat!


Alhamdulillah!
Saya dah buat dan akhirnya seller refund jugak setelah 4 HARI BER'JUANG' dalam chating.

Apa jadi bila seller klik button ACCEPT REFUND?

Barang yang ada di tangan kita itu adalah PERCUMA dan telah menjadi hak kita secara automatik. Ini yang staff Shopee beritahu saya berkenaan barang yang ada di tangan saya. Sebab itu seller paling takut bila BUYER KLIK BUTTON REFUND. Ini ketakutan sebenar seller Shopee dari China. Jika Shopee kata pulangkan barang refund tersebut, bukannya perlu pos semula ke China tapi hanya di Shah Alam, kata staff Shopee dalam talian semalam.

Ingat ya... ini berkenaan SELLER SHOPEE DARI CHINA SAJA. BUKAN SELLER DALAM MALAYSIA.

.

Sha Ramson Abdullah
selasa | 1.53pm

P/S : Nak dapatkan discount RM 8 dari shopee? Guna code voucher ini -->> CTCHE228

7 comments:

  1. ok berita paham. Terima kasih atas perkongsian. Baru mula berjinak-jinak dalam shopee.. takut iman tak kuat..

    ReplyDelete
  2. Bahaya jugak dapat seller jenis taknak mengaku ni. This is a great information, mana tau in future terkena macam ni, so dah tau nak buat apa.

    ReplyDelete
  3. Nice sharing CT.. tak pernah lagi ada masalah dengan seller dari China.. tapi seller Malaysia baru kena.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Dapat barang tak complete mcm mana... Sama jugak ke step nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Sama. Click refund dan nanti suka xsuka seller Akan chat utk deal.

      Delete
  5. Ala siss harini saya dah terbuat silap😭😭saya cancel order sbb barang yg nak diorder tu utk cousin rupanya cousin dah pindah rumah then bila i cancel i tertekan withdrew (menarik diri) means i sambung order sbb salah baca i thought withdraw pastu bila chat seller & shopee agent dah explain semua dia masih suruh saya apply cancel order pdhal saya dah apply dah😭 agent shopee pun ckp cancel hanya boleh sekali je plesss help😭😭saya tak tau nak explain macam mana dahh😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde cara lain melainkan awk chat discuss ngan seller jer. Brg tu seller dah shipped ke? Kalo belum awk boleh discuss dgn seller utk hold brg tu. Mintak dia pos ke alamat yg betul. Awk (tanggung duit shipping). AWB yg silap tu seller boleh hantar kertas kosong atau flyers promote brg dia. So win2 situation. Sebenarnya seller pun boleh cancel order tapi xsemua seller akan buat sebab cancel order boleh buat seller dikenakan penalty.

      Kalo seller dah shipped,, awk try nak cancel pun seller akan dispute sebab brg dah post out. Jadi mcm Mana pun awk kena discuss dgn seller, seller boleh jgk contact courier service mntak diowg hold Dan return balik to the hub. Then seller pergi collect sana.

      Atau cara lain mntk cousin tunggu parcel tu. Biasanya kan courier service akan info penerima Kalo brg tu delivered kan, mintk cousin g collect kat courier.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...