Friday, July 27, 2012

Fesyen Hijab 2012


Assalammualaikum…

Rasanya para wanita diluar sana dah sedia maklum yang gaya pemakaian hijab dan tudung sekarang dah pelbagai. Kalau dulu xbanyak sangat teknik yang kita tahu buat.yang aku tahu teknik lilitan sampai terbelit-belit leher,teknik simpul reben, teknik maen letak jer dan teknik rama-rama (ker kupu-kupu)…entah lah.

Tapi dah berpuluh-puluh dah teknik dekat 30 teknik atau lebih yang dikenal pasti sekarang (aku teka jer).. so para wanita sekarang dah tak perlu memberi alasan untuk bergaya . Boleh pilih jer gaya lilitan yang sesuai  dengan diri…Kat bawah ni aku nak ajak korang cuci mata hijab2x yang chantek, stylisto and trendy gitu… Leh la pilih style macam mana kowang nak pakai raya nanti..i loike..

Hijab-hijab yang digayakan Natasha Hudson, Yatt Hamzah dan Diana Amir ini daripada Luvstylista sementara Tudung yang digayakan Lufya daripada Elfizz Scarves.




















Cheer!!!!!!!!!


Lovely Thoughts About Life 
699992sy4vdymk9b.gif

A short walk is so difficult,
when no one walks with you.
But a long journey is just like few steps
when you walk with someone
who loves and cares for you.

699992sy4vdymk9b.gif
We always look and care for the person
whom we love the most.
But we fail to look back at those
who love us the most
.
699992sy4vdymk9b.gif
Death’s not the greatest loss in life..
The greatest loss is when
relationships die inside us while
we are still alive...

699992sy4vdymk9b.gif
Life is not about the people
who act true on your face.. 
Its about the people who
remain true behind your back..

699992sy4vdymk9b.gif
Time decides whom you meet in life…
Your heart decides whom you want in life..
but your behavious decides
who will stay in your life...


699992sy4vdymk9b.gif
You can win life by all means..
Yes..
If you simply avoid two things...
1. Comparing - with others
2. Expecting - from other
Life will be more beautiful!!


699992sy4vdymk9b.gif
 
 
***********************************************  

Thursday, July 26, 2012

Sahabatku Dunia Akhirat


Aku bangun jer untuk sahur tadi aku rasa windu sesangat kat arwah sahabat aku Anis. Hope tak salah lah aku luahkan perasaan rindu tu kat sini. Tak ada niat pun nak menyakiti mana-mana pihak.

Arwah Anis sahabat aku masa kat UTM dulu. Dia baik sangat dan manja orangnya, tak pernah nak buruk sangka kat orang lain. Kat class memang kami tak rapat sangat tapi dia sahabat setia aku dalam blog ni. Selalunya dia yang banyak komen dan setia follow blog aku walaupun blog aku ni tak best pun. Dan dia xpernah lelah ingatkan aku active semula berblogging.

Selama ni aku xpernah cakap kat dia atau owang lain,tapi hari ni dalam entry ni aku nak cakap ……

AKU WINDU SANGAT KAT KAU ANIS!



Sesiapa sahaja yang baca entry ni, tak keterlaluan rasanya klu aku mintak  korang sedekahkan Al-fatihah untuk sahabat aku Anis…..



Thankz sesangat,Allah jer dapat balas keikhlasan korang…
Ni blog dia Nadzirah Aqilah.

Wednesday, July 25, 2012

Tragedi Solat Terawih


Semalam aku g terawih lagi, xyah nak puji aku rajin ke apa ker okey. Sebab memang ikhlas di hati nak pegi. Maklum lah dah 6 tahun kot aku xg terawih. Tapi jangan lah ckp aku nak menunjuk pulak sebab aku nak citer jer. Saja-saja nak citer something yang buat bodyku terbahagi dua. 

Eh pe lak ni? Pe aku merepek ni. Xde macam ni terbahagi dua sebab separuh bodyku diawang-awangan dan separuh lagi di tikar sejadah. Eh aku xkusyuk ker solat? Dah,xyah nak kutuk lak…Biar Allah yang menilainya…
hahaha tajuk bedlam habiss…

Jangan cakap korang xpenah buat…..huhu

Gambar ni diambil dari blog ezlins.

Tak tahu lah aku ek,napa jadi cmtu ,tapi rasanya sebab makan banyak sangat kot. 
Lauk tak sedap pun leh makan tambah, magik kan?

Tuesday, July 24, 2012

Adikku Mamat


2 ramadhan yang lalu,aku ikut housemate aku g bazaar (ikut jer!). Bazar tu dekat jer,kat belakang rumah jer. Aku biasa r jalan-jalan amik bau..haha.. alah biasa la aku,bila dah rambang mata tu dah xtahu nak beli apa. Dah tu,sampai rumah bawu macam-macam mngidamnya. Dijamin save money bawak aku..hahaha

Tengah-tengah orang ramai,aku jalan lengang-lengang kangkung camtu,aku terdengar suara kiut budak pompuan marah-marah. Tergerak biji mata aku nak tengok what happen. Rupa-rupanya budak tu marah adik dia,mngada-mngada sangat. Biasalah budak kecik,mentang-mentang lah puasa macam-macam dimintak beli. Macam lah nak mkn habis semua tu….

Aku tengok budak pompuan tu,kiut…macam suaranya juga. Aku ingat pulak time aku budak dulu, kiut macam tu lah…haha..tapi rambut aku lagi kiut macam Mia…siyes aku xtipu!sumpah!


Dah la,xcaya sudah! Bila aku tengok budak kiut and budak mngada tu aku ingat kisah adik aku and aku kat bazaar ramadhan. Al-kisahnya masa budak dulu aku xsuka dan sesangat xsuka g bazaar sebab aku xsuka orang ramai. Satu hari adik aku,we call Dikmat tergedik-gedik nak g bazaar reason nya ayah dah janji nak belikan apa je yang dia nak mkn kat bazaar kalo dia puasa penuh. Dikmat ni suka ayam goreng (yup sejibik cm upin&ipin), so aku tahu sesangat niat dia nak beli ayam goreng kepsi. Dia budget aym kepsi leh beli kat bazaar.




So aku lah mangsa yg kena layan karenah dia yang tah pape tu. Memang sangat membencikan. 

And ada satu perkara yang aku kencing adik aku time tu sebab geram terlampau.. Rasanya pahala puasa aku dah zero time tu…



Lepas balik dari bazar adik aku terus kedapur tanya mak aku. siyes kalakar,rupanya dia percaya ckp aku...kahkahkah...

Aku xjahat just nakal jer (sikit)...heeee...smile :)

Juadah berbuka korang vs aku

Menjelma jer bulan ramadhan macam-macam persiapan yang umat islam didunia buat kan? Ada yang 1 week sebelum puasa lagi dah buat persiapan. Sangat bersemangat tu. Kalau korang tanya aku,pe persiapan aku dah buat? Nothing! Zero!. tu lah yang aku mampu jawab. Selama aku hidup dari kecik sampai lah ke besar panjang ni, mak/ayah aku yang uruskan bab persiapan termasuk lah persiapan raya. Aku just siapkan diri tuk makan bila dah sampai time berbuka. really pathetic..
dan klu nak tahu dis years 1st years aku berpuasa tanpa family disisi... 

Ni korang punya juadah berbuka..mewahnyer korang!


Ni aku punya juadah berbuka..simplenyer aku.
mak!!!nak balik!!!!!!uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

Okey la tu kan dari takde langsung kan. Aku pikir before raya ni aku nak juga balik berbuka ngan family. klu diizinkan aku tak nak mizz pun berbuka ngan family,even 1 hari pun xpe janji memorize berbuka dengan family tu ada..kan..kan...

P/s:  Xcually gaji blum dapat that why la juadah berbuka aku simple mimple......(bak sini gaji korang sikit)huhu...

Monday, July 23, 2012

JOM JOIN GIVE AWAY EDY


Aku ni bukan lah sedara terdekat edy atau kenalan edy. Aku kenal dia pun dari popKorn. Aku agak baru follow blog edy ni. Si edy ni orang kuala lipis pahang.wah!! Seangkatan ngan dato ct. Tak dapat aku nafikan blog dia memang best plus kartun-kartun yang dia post tu. Edy ni muda trang tang tang lagi and belum ada makwe..kot (buat taw!) haha..

Edy masih belajar dalam kos apa aku xtaw. Dah kenal nanti Tanya dia sendiri. Dia ni minat kpop that why la dia punya dressing pun dah macam tu. Bila aku tengok edy ni aku ingat member sekeje aku dulu nama Fikri,muka jambu mcm tu lah. Kpop memang muka jambu semuanya.

Dan perkara yang interesting kat dia adalah tak suka duduk diam. Napa aku ckp interesting sebab maksudnya dia suka travel la. Owang suka travel  ni kan banyak pengalaman luas pemandangan. eceh wah!. Aku takde niat pun nak memuji melambung, ni dari segi pandangan aku tentang dia. Lagian di bulan ramadhan ni kita kena lah bersangka baik dengan orang dan memuji orang lain tu harus. Yeker? Entah, bab 2 jangan percaya,bnyk auta dari fakta. Hehe…

Link yang aku paling suka, the letes entry k, murid boleh bawak fone ke sekolah, ape kesannya?

Sebab ini link isu semasa yang tengah hot skarang. Dan disebabkan link dia lah aku terdetik nak wat link sal isu yang sama,yang ni budak sekolah bawak phone ke sekolah

dan satu lagi yang ni, holiday lost world of tambun

link ni aku suka sebab dia punya character gagah-gagah perkasa (walaupun aku kurang pasti).. tak de sebenarnya aku berminat dan sangat miang dengan entry ni (dah sedar diri plak) sebab guna pix and letak dialog-dialog yg best cmni. Atleast tak jemu baca and leh cuci mata skali..hahaha

So cadangan aku pas ni edy selit2 la lagi  entry berdialog bergambar original ni plus bulan puasa ni mesti banyak xtiviti berbuka yang edy join kan…hehe ..tu je lah cadangan aku. aku nak cau dulu,bawu 3 hari puasa perut aku dah buat hal, tekak lak mual nak muntah jer. Rasanya banyak angin, nak kentut malu.. urmm ank sedara aku 9 tahun pernah Tanya ibu dia,”Kentut leh batal pose ke Bu?”….


P/s: Pssssst...aku tipu dia kentut leh batal puasa sebab dia punya hobi suka ketut kat owang,sikap yg memang kurang asam,so terpaksa tambah asam sikit...

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa


Selamat Berpuasa!! Selamat Menyambut Ramadhan!!
Semalam aku tak tengok pun anak bulan (memang la bukan keje aku),maksud aku pengumuman puasa,sebab aku confident puasanya hari sabtu. Aku rasa semua pun pikir cam tu kan? so seawal 8.45 mlm aku dah tido. Memang awal sangat, sebabnya aku penat giler, apa yang penat sangat pun aku tak tahu lah. Dah memang terover tido dah aku ni.

Bangun subuh and than tido balik. Siyes memang hidup untuk tido jer aku ni. Bangun keje terkocoh-kocoh siap nak pegi keje. Nak keluar rumah tiba-tiba kunci umah tak de, satu hal pulak nak kena cari. Cari..cari…cari..tak de. Comfirm kunci memang xde. Rupa-rupanya housemate aku terbawak 2 kunci g keje. Nasib baik dia tak kunci pintu grill sekali klu tak confirm jadi penunggu rumah aku hari ni. Dah tu,camne aku nak kunci umah? Aku kunci jer pintu umah and ikat grill ngan mangga,(bukan buah mangga or bunga mangga okey). Hope tak de penyanggak di akhir-akhir sya’ban ni.

Besok dah nak puasa, so selamat berpuasa untuk semua. Aku berazam nak puasa penuh! (leh ker?). Insyak Allah. Semoga dibulan yang mulia ini kita semua mendapat keberkatan dan pahala yang berlipat kali ganda. Allah bless ouls of you….amin..

Thursday, July 19, 2012

Budak sekolah bawak Phone ke sekolah.


Dari tajuk entry dah tahu kot aku nak tulis pasal apa. Kan?... kan? aku sebenarnya malas nak komen pasal isu-isu semasa ni. Normally blog aku ni medium aku bercerita soal aku or soal yang berkaitan dengan aku. Tapi kali ni aku terdetik di hati nak bebel sebab,….Aku terbaca entry si edy fee,murid boleh bawak fone ke sekolah...ape kesannya. Aku kenal dia dari korn…urmmm siap promote lagi nama kat sini. Ko tak ingat aku korn xtahu ah..hehe gurau jer.

Aku rasa kes jenayah makin tinggi dalam kalangan kanak-kanak menjadi faktor kebenaran fon ke sekolah tak leh diguna pakai sebab kita kena ingat semakin hari penjenayah semakin bijak...klu kita bijak diowg lagi bijak.. Bila dunia dah maju, penjenayah pun akan maju. Bak kata chef wan semakin hari bacteria semakin bijak!. Bakteria tu owang jahat la. so aku rasa letak public fon kat kawasan dlm sekolah lg Praktikal kot. Budak-budak yg tak pandai pakai public Phone tu ajar la. tapi aku rasa klu dah i-phone pandai pakai mustahil la public fon tak pandai pkai.

Bab nak pantau anak-anak tu banyak lagi kot cara nak pantau diowg. Medium telekomunikasi dijadikan alat untuk pantau budak-budak sekolah sangat-sangat tak praktikal sebab apa taw budak-budak sekarang ni bijak, ingat diowang tak pandai ke nak kelentong mak bapa. Kalau diowang guna phone tu untuk cinta-cintun mak bapa tahu ke? Penggunaan telefon akan buat diowang melangkah jauh dari mak bapa. Sebab komunikasi diowang dah tak de batasan dah. Owang puteh kata global. Jumpa kawan sana jumpa kawan sini bila mak bapak tepon ‘ko kat mana?’. “ owang kat sekolah mak,balik lewat kit ada kafa”. Ko percaya ker?

Aku membebel ni berdasarkan pengalaman juga la,anak sedara aku umur 9 tahun dah pandai merajuk tak nak pergi sekolah sebab mintak nak pakai phone sendiri dari ayah tak dapat. Kawan-kawan baya dia dah ada phone sendiri, canggih lak tu,pakai masa kuar dari rumah,keluar main-main. Tu bawu pakai kat rumah,klu bawak ke sekolah macam mana tu? Ada satu hari tu,dia amik tepon tok wan dia bawak kuar main. Yang tokwan dia kat umah ni cari la tepon tu sampai nak roboh rumah-rumah. (klu roboh mana aku nak tinggal). Rupa-rupanya dia yang amik. Bila ayah dia Tanya kenapa amik tepon tokwan,dia cakap nak tunjuk kat kawan dia pun ada tepon jugak. Kawan dia tu eksyen sangat katanya…..

Lain experience, anak sedara aku umur …urmmm…tingkatan 3. mak dia belikan tepon untuk kemudahan dia tapi dia lagi xpert dari mak dia komunicate ngan pakwe, ponteng sekolah,pegi dating ,pegi mana aku tak tahu lah. Bila mak dia kol di off tepon tu. Cikgu call cakap dah 3 hari tak datang sekolah. Bawu 3 hari kan? Relex ah?............

Kes yang aku citer ni belum boleh bawak ke sekolah lagi bawu curi-curi bawak….dah leh bawak,apa lak akan jadi? We just wait and see je lah…semua ni bebelan aku je..hehe..k byee....

Wednesday, July 18, 2012

Pakwe aku Alif Satar,kau ada?


Di satu malam yang hening di kawasan port lepak,port biasa ah dikaki lima 7e sungai ara. Malam tu kaki lima tu memang sesak dengan orang,tak macam biasa Takde pun sapa yang lepak. Staf 7e tak usah nak ckp ah tiap malam setia melepak kat situ. Selidik punya selidik..owh,aku dapat tahu napa malam tu tiba-tiba ramai, sebab…...................Alif Satar?Eh tak lah,sebab hujan…
Orang yang berhenti berteduh kat kaki lima tu mak datuk punya lah ramai smpai sesak,traffic jam kat situ. Sampaikan polis peronda pun ada kat situ for berteduh. Hehe..
al-kisah malam kejadian aku terpaksa datang ke stor sebab ada document penting yang aku kena refax balik ke HQ kl. Nak tak nak aku kena datang jugak.  Ha, ini time yang paling aku tak suka, beberapa minit lagi nak sampai stor tiba-tiba…prang!prang!....hujan turun diserta kilat dan guruh (betul ke bunyi guruh tu?). Kalau nak tahu aku ni takut kilat, takut kena tembak…
Memandangkan aku ni takut kilat aku menjerit tak ingat dunia, terlupa yang penonton ramai kat kaki lima tu. Aku pun tak tahu lah apa motif hujan turun time tu. Tindakan reflek,menjerit sambil cepat-cepat lari nak masuk dalam 7e. bila aku dah sampai kaki lima bawu aku sedar rupanya aku dah buat free show kat situ. Sebelum aku masuk dalam, terdengar jugak la suara-suara nakal penonton situ…sangat menjengkelkan jiwa raga aku.
“ Pergh…mantop doh!”,
“Macam tu jenis pompuan pun ada”.
Aku malas nak amik port,aku terus masuk jer dalam. Bukan aku sengaja pun nak buat show kat situ,dah aku takut aku lari la. Stormate aku ckp,aku lari macam kena kejar pontianak. Diowang pun tak tahan tergelak sama. Aku bengang,berasap telinga aku sebab terover bengang. Lepas 10 minit macam tu (hujan renyai-renyai) seekor buaya tembaga kelajuan v-tec masuk ke parking depan 7e tu. Dari dalam perut buaya keluar seorang lelaki dengan bergayanya sisir rambutnya ke tepi. “ Wei,Alif Satar!”. Stormate aku terjerit kecil. Matanya terpaku kat situ. Penonton kat kaki lima pun tak melepaskan peluang tengok free show. Sayup-sayup lagu Alif satar, jangan nakal dimainkan…

Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan

Penonton kat situ terngangak tak tutup-tutup,malam xde lalat xpe.. Terpesona dengan lagu tu,buaya tu or alif satar aku xpasti tapi yang pasti hati aku rasa best. Dengan bangganya aku amik beg dan mendekati Alif Satar,kononnya.. sebelum masuk ke dalam perut buaya aku toleh dan aku cakap camni ….
“ Pakwe aku Alif Satar,Kau ada?”

Tamat kat sini,bengang terbalas.

Ok, sebahagian citer ni aku mohong…
Ramai teman-teman and saudara aku cakap pakwe aku ni seiras Alif Satar. Betoi ker?
Aku pun tak pasti ..jab nak tilik….













seiras ker???????

Tuesday, July 17, 2012

Citer pasal kuman lagi


Tanda-tanda yang aku alami masa hidap jangkitan kuman masa tu,mata aku merah-merah,dan bengkak. Memang sangat sakit. Ditambah pulak aku xleh nak melihat dengan baik especially waktu siang,tempat yg ada cahaya. Macam mata xleh nak control jumlah cahaya yg masuk dlm mata ,pendek kata silau la,panjang kata silauuuuuuuuuu….. Kalau korang nak tahu sakit mata ni juga relate dengan kepala. Kepala pun akan sakit juga time tu.
Tanda-tanda last stepnya,kita leh nampak something yg color puteh kat dalam mata. Benda tu lah kita call ulser. Benda alah tu memang bahaya sebab dia boleh menular pada lapisan dalam kornea iaitu stroma dan endothelium.
Dan ditambah dengan pengumpulan nanah di bahagian ruang depan mata iaitu dipanggil ‘hyopoyon’. Tahap sampai ada nanah ni memang teruk lah. Doctor ckp kornea ulser paling teruk. Masa aku sakit dulu benda alah ni lah yang tiap ari doctor check dan ukur. Ukuran ‘hyopoyon’ ni memang suka turun naik,makin meningkat kuantiti dia maknanya makin berleluasa kuman tu bermaharajalela dalam mata. Memang kuang ajar kuman tu.. Aku panggil ‘hyopoyon’ tu taik kuman.
Jangkitan di peringkat paling lewat pula akan menyebabkan lapisan kornea bocor (corneal perforations). Aku ada citer entry minggu lepas kot. Nyaris doctor nak buat ‘graft’ kat mata aku. macam mana prosedur ni,jangan Tanya aku sebab aku memang xtahu. Alhamdulillah mata aku sembuh sebelum buat rawatan kecil tu. Yang aku tahu prosedur kecil ni dibuat apabila jangkitan makin teruk dan menyebabkan kornea nipis dan dikhuatiri bocor. Terdapat tiga jenis prosedur kecil iaitu ‘glue’, ‘graft’ dan juga ‘flap’.
Setelah doctor tahu mengenai riwayat kesihatan pesakit,bukan riwayat hidup okey…doctor akan buat rejim rawatan berdasarkan jenis kuman yang terlibat sama ada bacteria,virus,fungus ataupun protozoa.
 Pix Fungus amik dari google
Pix Protozoa amik dari google
Pix bacteria & virus amik dari google

Selepas tu,doctor akan buat scraping untuk amik sikit tisu kornea dan dihantar ke makmal bagi buat ujian mengesan kuman yang menjangkiti mata. 
Rawatan akan dimulakan dengan segera dan ia akan diselaraskan dengan keputusan makmal yang diperoleh.
Dan selalunya Pesakit dengan jangkitan kornea yang teruk akan dinasihatkan tinggal di wad bagi memudahkan proses rawatan. Rawatan dia memang seksa giler..hanya bersabar dan banyakkan berdoa...Ingat ALLAH selalu. Insyak allah...
P/s: Tak de sambung dah. Tamat disini..
Sumber dari : Dr Bakiah Shaharuddin
Nak tahu lebih, g sini :
 http://www.serikasih.com/jangkitan-kuman-pada-mata-hitam#ixzz1yxn5hHRG
related link:
Penyakit aku-part 1
Penyakit aku-part 2
Penyakit aku-part 3

Monday, July 16, 2012

Suspect yang terlibat....


Hari ni aku ada sikit time, so aku pikir nak sambung citer pasal Kornea Ulser yang minggu lepas tu. 
Okey, aku sambung kepada suspect yang terlibat dalam menjangkiti kita punya kornea, mikroorganisma seperti bacteria,virus,kulat (fungus) dan juga parasit.
Kajian terhadap jangkitan bakteria kepada kornea menunjukkan majoritinya disebabkan oleh kuman Pseudomonas aeruginosa, Staphylococcus aureus, spesies Streptococcus dan spesies Bacillus. Kuman-Kuman ni memang pemes. Kuman yg beranak pinak dalam aku punya mata aku xtahu sebab aku xde plak tanya Doctor. Tengok gambar kuman tu pun aku dah takut, so xkuasa aku nak kenal kuman-kuman tu. Nak post pix tu kat sini pun aku xsanggup jugak koz aku rasa mesti xde yang sanggup nak tengok....wah!semua tak sanggup.
Ooya..urmm,menurut Dr. Kursiah,doctor yang rawat aku dulu,kuman yg hidup pada jari atau bahagian kulit lain juga boleh menjangkiti mata. Contoh kuman yg manghasilkan panau,kuman ni boleh dipindahkan ke mata melalui sentuhan. Tangan mesti bersih sebelum menyentuh bahagian mata.  Dan agar sukar untuk merawat kuman ni,perlu tempoh masa yang lagi panjang.
Lain-lain jangkitan bakteria dari spesies seperti Neisseria, Listeria, dan Klebsiella juga boleh berlaku.
Penyakit herpes juga boleh menyebabkan jangkitan kepada kornea sama ada dari virus jenis Herpes simplex atau Herpes zoster.
Jangkitan herpes boleh melibatkan bahagian mata putih (konjunktiva) dan juga bahagian kulit di sekitar mata.
Jangkitan kulat pula sangat bahaya dan boleh menyebabkan komplikasi yang sangat teruk kepada mata pesakit. Macam yang terjadi pada aku...
Jangkitan kulat kepada kornea biasanya berlaku berikutan kecederaan sewaktu bekerja seperti luka tertusuk duri kelapa sawit, terpercik getah cair atau cuka getah, duri buah salak, habuk kayu dan sebagainya. 
Jangkitan ini cepat merebak dan menjadi teruk dalam sekelip mata dengan pemakaian ubat titis jenis steroid yang boleh dibeli tanpa nasihat doktor.
Contoh kulat yang sering menjangkiti kornea adalah seperti spesies Fusarium, spesies Aspergillus dan spesies Candida.
Bagi kuman jenis protozoa pula, kuman Acanthamoeba didapati hidup berleluasa di udara, tanah, air kolam renang, kolam air panas atau tasik air tawar.

Jangan tak taw,pemakai kanta lekap yang sering menggunakan air paip atau air suling adalah berisiko mendapat jangkitan kuman Acanthamoeba ini.
Lagi-lagi sambung......
p/s: Time dah habis...sambung keje...

Saturday, July 14, 2012

Kornea + Ulser = Kudis + Mata


“Mata” adalah anugerah yang tak ternilai yang ALLAH berikan pada hambanya. Tetapi sejauh mana kita memelihara anugerah itu dengan memanfaatkannya untuk sesuatu yang tidak sia-sia. Perlihara lah mata itu sebelum ALLAH mengambilnya kembali atau sebelum kita lalai dan alpa dalam memeliharanya.

Aku pernah alpa dan lalai dalam memelihara anugerah itu. Dan sekarang semuanya memang dah terlambat ,memang padan muka aku. Aku dah trima pun balasan atas kelalaian sendiri… memang sangat-sangat sedih taw tapi aku tetap bersyukur sebab aku diberi peluang lagi untuk terus menikmati anugerah  ini. Syukur sangat.

Kat sini aku nak kongsi info sikit pasal penyakit mata iaitu Kornea Ulser atau bahasa kampong owang panggil Kudis kornea.

Sebelum aku cakap pasal kornea ulser aku nak citer sikit pasal Kornea. Sila cermin mata anda sekarang…hehe. Kornea tu mata hitam yang kat tengah2x mata korang tu. nampak tak? Comfirm nampak klu korang ‘celik’. Struktur yang cerah dan lutsinar tu. cantek kan? Haruslah chantek….(dengan tone bangga giler)

Kornea ni sangat utuh struktur dia, dan jadi macam dinding dibahagian depan bola mata. Korang prasan tak? Tahu dah korang bukan nak belek mata tu. Dah sakit baru nak rajin belek..rajin sesangat …(aku la tu)

Kalau korang nak tahu ketebalan kornea ni berbeza-beza,bahagian tengah lebih nipis berbanding bahagian tepinya yang sedikit tebal lebih kuang 1.2mm cm tu. Ukuran tengah aku tak tahu…hehe..Sebab tu lah,doctor yang rawat aku dulu ckp tahap jangkitan mata aku membimbangkan sebab kornea tengah tu dah terlalu nipis. Dah lah dah nipis dah,kuman punya pasal lg nipis dia. Serious memang aku takut,nangis xbenti-benti pas tu …

Sebab penipisan kornea tengah tu akn membuatkan berlakunya kebocoran. Dan kalau bocor xde pilihan mata kena buang…tapi doctor akan cuba tampal dulu tapi banyak kes yang tak leh bertahan ngan tampal je koz makin tampal makin bocor and penyelesaiannya buang la. Memang lah xtahan beb, kornea buatan Allah ngan buatan manusia banyak beza tu..

Berbalik pada kornea, fungsi utama kornea sangat penting sebagai laluan cahaya kepada retina supaya imej dapat dilihat dengan jelas.

Kornea Ulser

Selalunya,punca utama ulser pada kornea adalah penggunaan kanta lekap atau orang skrang call contek lens. Risiko ni tinggi pada golongan ni sebab tak amalkan penjagaan yang betul semasa pakai lens tu. Maksudnya kebersihan betoi2x kena jaga. Jangan main hentam jer pakai. Memang nak cari nahas.

Sebab lain,jangkitan kuman pada mata. Kalau kita punya mata merah atau sakit jangan pakai lens sebab leh kena jangkitan kuman kat mata. Termasuk lah kalau kita selesema,pun xleh pakai lens.

Kecederaan pada mata juga leh jd punca iaitu mata luka disebabkan habuk dan kita sendiri yang gosok2x mata menggunakan telapak tangan.

Last but not least,sebab jangkitan yang dapat aku kenal pasti adalah pada orang yang dah sedia ada atau pernah ada sakit mata. Orang tu mungkin dah lama menghidap penyakit mata seperti mata kering (dry eyes),masalah kelopak mata, ada kaitan ngan sakit saraf (expose keratopathy) atau pun post-herpetic cornea diseases) bekas jangkitan kuman virus herpes.
1st step rawatan kornea ulser, doctor akan kasi ubat drop antibiotic yang kena titik dua jam satu hari. Kalau tahap teruk tu kena tahan wad lah untuk pemantauan rapi macam aku. 2 bulan kena tahan dekat wad depend pada tahap jangkitan. Mcm aku jangkitan fungus pun ada. So lama lah.

Jangkitan kuman pada kornea boleh memudaratkan penglihatan kita dan leh jadi penyebab buta kekal dan juga kehilangan mata mcm yang aku cakap tadi.

Risiko penyakit ni terdedah pada golongan lelaki yang berumur 20 hingga 40 tahun. Ni menurut kajian lah. Masa aku kat hospital dulu memang pesakit kornea ulser ni ramai lelaki. Aku sorang jer pompuan. Sebab major lelaki ni kecederaan pada kornea mata, and diowg tak rawat segera,main titik ubat farmasi ja. Lastly kena jangkitan dan jadi makin teruk bawu nak g hospital. Kecederaan mata dari pelbagai punca. Salah satunya habuk. Contoh ada sowang abg stay katil sebelah aku tu sebab mata luka kena habuk kayu,kat tempat dia keje tapi dia beruntung sebab cepat trima rawatan. Korang,kalau mata termasuk habuk jangan te'nyeh(gosok) mata tu sebab leh akibatkan mata tu luka.....

Sambung nanti..dah xlarat nak taip...bye...


related link:
Penyakit aku-part 1
Penyakit aku-part 2
Penyakit aku-part 3

Friday, July 13, 2012

Kecundangnya cinta sahabat. -scene 3


Seriously, hari ni aku sangat-sangat tension kat tempat keje. Tahap tension aku ni dah sampai tahap geram dah. Bukan tension sebab keje ke apa ke tapi tension dengan sikap orang sekeliling (someone). Kalau ada bantal kat ofis ni boleh jugak aku peluk2x,tumbuk2x cium2x bantal tu kononnya lepaskan geram. Lastly, nak release tension aku diam jer. Buat keje sambil membisu seribu bahasa... rasanya tu jer cara terbaik..Jom sudi2x lah baca sambungan citer last week.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Matahari terik  mengeringkan tekak Suhana. Berkawad dibawah matahari terik betul-betul mencabar kesabaran mereka. Terlalu banyak pengorbanan yang perlu dibuat oleh pelajar yang ingin menganggotai Kelab Remaja Sekolah(KRS). Dibawah rimbungan pokok, Suhana lihat Yooh dan Iyaah asyik berbual dan bergurau senda dengan senior berpangkat kapten. Dia malas menyertai mereka, lebih suka duduk di sudut padang sekolah menanggung gelora jiwa sendirian.
“Na….?” Panggilan Tie membawa Suhana ke alam nyata.
“Ang Tie terkejut aku,tak dak kelas ka?”
“ Tak dak,cikgu MC,berangan ek sampai aku kat sebelah pun tak sedar?”
“Tak dak lah, aku berfikir”
“Apa yang ang fikir tu hah?” Tie memandang Suhana dengan seribu pertanyaan.
”Aku tengah fikir baik buruk  keputusan yang aku buat ni. Boleh sakit otak jugak ni kalau terus macam ni”.
“ Tak susah nak buat keputusan Na, setiap keputusan yang kita buat semuanya berisiko.Yang penting persediaan mental dan emosi untuk hadapi semua tu,emm…if you don’t mind, tell me what decision you try to do?” . Nasihat santai dari sahabat baiknya.
Suhana memandang wajah Tie yng nampak bersunguh-sungguh. Susah untuk dia terangkan, dia sendiri keliru,takut dan bimbang mungkin,entah apa yang ada dlm kepalanya sekarang ni. Dia rasa macam nak lari dari masalah itu, keputusan yang terlalu berat untuk dibuat dan dia tak cukup matang untuk melakukannya. Dia takut ini akan menjadi kesilapan besar yang dia pernah buat.
Apa lagi yang dia mampu buat,dia rimas dengan renungan tajam dan pujuk rayu Faizal. Tiada lagi Kejujuran dan keikhlasan, yang ada kini keterpaksaan. “Aku terima cincin couple Faizal.”
Ternyata memang Tie terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Suhana. Dia kenal bahkan semua student kenal siapa Faizal. Bahkan menerima cincin yang kononnya ’pengikat kasih dara’ sudah cukup sinonim dengan Faizal. Kononnya lelaki itu mengamalkan ilmu yang tidak baik. Ilmu apa? Dia tidak pasti. Selama dia mengenali Suhana, menerima Faizal sebagai teman istimewa tidak pernah tercatat dalam kamus hidup Suhana tetapi ternyata keadaan telah merubah hidup manusia.
”Ang gila ka apa ni? Ang taw tak si Faizal tu boya Darat? Dia tu tak kira warna kulit taw, semua jenis mangsa dia main ’ngap’ ja”
Tie kembali tenang apabila dia melihat Suhana seperti keliru dan bingung. Alahai kasihan sahabatnya itu.
 “ Tell me everything if you thing you will better after this.”  
“ Entah lah Tie..I hope this is not wrong decision in my life.” Suhana tunduk dan melepaskan keluhan berat.
Napa pulak salah kalau ang dah yakin dan buat keputusan, pandang ke depan jangan toleh belakang, tak salah beri peluang pada yang menyayangi kita. Betul tak??”  Suhana tergelak kecil melihat aksi nakal Tie mengangkat keningnya meniru trendmark penyanyi popular tanah air, Ziana Zain.
“ Tapi one more thing,seriously aku cakap hati-hati,okey? Jangan nak percaya dia 100%. Banyak perkara buruk yang aku dengar pasal dia tu” Tie menuding jari telunjuk seperti memberi amaran pada Suhana.
Suhana mengangguk laju. Lega dapat meluahkan perasaan pada Tie. Ringan beban yang digalas. Ini lah gunanya kawan.
“ Eleh…pandai la ang nasihatkan aku! Ang tu, apsal tak consider‘Mat Romeo’ tu? Bukan main lagi aku tengok dia syok kat ang.”
 “ Aku lain Na! Jangan nak samakan kisah aku ngan kisah ang. Lagipun cintan-cintun nie tak sesuai lah dengan jiwa aku”. Suhana tergelak besar mendengar kata-kata Tie. Dia paham sangat sikap temannya yang seorang nie. Pelik dari yang lain, rasanya bukan lesbian tapi aksinya tu lain macam... Hehehe….




Thursday, July 12, 2012

Fesyen Raya 2012

Entry Koleksi fesyen raya tahun 2012 yang menarik hati aku ini adalah dari koleksi pereka-pereka tanah air. Gambar aku amik dari google..hehe


 Kuning kau Nyah,
confirm aku nmpak gebu pakai baju color ni

 Tak sesuai 4 me ,baju color ni akn 
buat aku tenggelam dan hitam pucat. Tapi dia punya jahitan manik tu memang terbaik.


 Ohsem giler, i loike
 Chantek!Klasik!













Terik mentari bunga-bunga matahari



 exotica!

 yang ni Mesra laut....
 sangat2x ohsem...

 urmmm...leh je kan buat pakai raya,
kuar tengok wayang raya ke-3..kihkih
 Kebaya raya nyonya..

 wat pakai malam raya...




















Attention: Bukan Untuk dijual even orangnya just sesaje je cuci mata...hehe
Sumber: Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...