Wednesday, July 18, 2012

Pakwe aku Alif Satar,kau ada?


Di satu malam yang hening di kawasan port lepak,port biasa ah dikaki lima 7e sungai ara. Malam tu kaki lima tu memang sesak dengan orang,tak macam biasa Takde pun sapa yang lepak. Staf 7e tak usah nak ckp ah tiap malam setia melepak kat situ. Selidik punya selidik..owh,aku dapat tahu napa malam tu tiba-tiba ramai, sebab…...................Alif Satar?Eh tak lah,sebab hujan…
Orang yang berhenti berteduh kat kaki lima tu mak datuk punya lah ramai smpai sesak,traffic jam kat situ. Sampaikan polis peronda pun ada kat situ for berteduh. Hehe..
al-kisah malam kejadian aku terpaksa datang ke stor sebab ada document penting yang aku kena refax balik ke HQ kl. Nak tak nak aku kena datang jugak.  Ha, ini time yang paling aku tak suka, beberapa minit lagi nak sampai stor tiba-tiba…prang!prang!....hujan turun diserta kilat dan guruh (betul ke bunyi guruh tu?). Kalau nak tahu aku ni takut kilat, takut kena tembak…
Memandangkan aku ni takut kilat aku menjerit tak ingat dunia, terlupa yang penonton ramai kat kaki lima tu. Aku pun tak tahu lah apa motif hujan turun time tu. Tindakan reflek,menjerit sambil cepat-cepat lari nak masuk dalam 7e. bila aku dah sampai kaki lima bawu aku sedar rupanya aku dah buat free show kat situ. Sebelum aku masuk dalam, terdengar jugak la suara-suara nakal penonton situ…sangat menjengkelkan jiwa raga aku.
“ Pergh…mantop doh!”,
“Macam tu jenis pompuan pun ada”.
Aku malas nak amik port,aku terus masuk jer dalam. Bukan aku sengaja pun nak buat show kat situ,dah aku takut aku lari la. Stormate aku ckp,aku lari macam kena kejar pontianak. Diowang pun tak tahan tergelak sama. Aku bengang,berasap telinga aku sebab terover bengang. Lepas 10 minit macam tu (hujan renyai-renyai) seekor buaya tembaga kelajuan v-tec masuk ke parking depan 7e tu. Dari dalam perut buaya keluar seorang lelaki dengan bergayanya sisir rambutnya ke tepi. “ Wei,Alif Satar!”. Stormate aku terjerit kecil. Matanya terpaku kat situ. Penonton kat kaki lima pun tak melepaskan peluang tengok free show. Sayup-sayup lagu Alif satar, jangan nakal dimainkan…

Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan

Penonton kat situ terngangak tak tutup-tutup,malam xde lalat xpe.. Terpesona dengan lagu tu,buaya tu or alif satar aku xpasti tapi yang pasti hati aku rasa best. Dengan bangganya aku amik beg dan mendekati Alif Satar,kononnya.. sebelum masuk ke dalam perut buaya aku toleh dan aku cakap camni ….
“ Pakwe aku Alif Satar,Kau ada?”

Tamat kat sini,bengang terbalas.

Ok, sebahagian citer ni aku mohong…
Ramai teman-teman and saudara aku cakap pakwe aku ni seiras Alif Satar. Betoi ker?
Aku pun tak pasti ..jab nak tilik….













seiras ker???????

2 comments:

  1. eh. alif satar seiras pakwe kamu lah.. hahaha.. bukan pakwe kamu seiras alif satar..

    ReplyDelete
  2. urmm...aku rasa mcm tu gak korn koz pakwe aku lahir dulu bawu alif..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...