Friday, July 13, 2012

Kecundangnya cinta sahabat. -scene 3


Seriously, hari ni aku sangat-sangat tension kat tempat keje. Tahap tension aku ni dah sampai tahap geram dah. Bukan tension sebab keje ke apa ke tapi tension dengan sikap orang sekeliling (someone). Kalau ada bantal kat ofis ni boleh jugak aku peluk2x,tumbuk2x cium2x bantal tu kononnya lepaskan geram. Lastly, nak release tension aku diam jer. Buat keje sambil membisu seribu bahasa... rasanya tu jer cara terbaik..Jom sudi2x lah baca sambungan citer last week.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Matahari terik  mengeringkan tekak Suhana. Berkawad dibawah matahari terik betul-betul mencabar kesabaran mereka. Terlalu banyak pengorbanan yang perlu dibuat oleh pelajar yang ingin menganggotai Kelab Remaja Sekolah(KRS). Dibawah rimbungan pokok, Suhana lihat Yooh dan Iyaah asyik berbual dan bergurau senda dengan senior berpangkat kapten. Dia malas menyertai mereka, lebih suka duduk di sudut padang sekolah menanggung gelora jiwa sendirian.
“Na….?” Panggilan Tie membawa Suhana ke alam nyata.
“Ang Tie terkejut aku,tak dak kelas ka?”
“ Tak dak,cikgu MC,berangan ek sampai aku kat sebelah pun tak sedar?”
“Tak dak lah, aku berfikir”
“Apa yang ang fikir tu hah?” Tie memandang Suhana dengan seribu pertanyaan.
”Aku tengah fikir baik buruk  keputusan yang aku buat ni. Boleh sakit otak jugak ni kalau terus macam ni”.
“ Tak susah nak buat keputusan Na, setiap keputusan yang kita buat semuanya berisiko.Yang penting persediaan mental dan emosi untuk hadapi semua tu,emm…if you don’t mind, tell me what decision you try to do?” . Nasihat santai dari sahabat baiknya.
Suhana memandang wajah Tie yng nampak bersunguh-sungguh. Susah untuk dia terangkan, dia sendiri keliru,takut dan bimbang mungkin,entah apa yang ada dlm kepalanya sekarang ni. Dia rasa macam nak lari dari masalah itu, keputusan yang terlalu berat untuk dibuat dan dia tak cukup matang untuk melakukannya. Dia takut ini akan menjadi kesilapan besar yang dia pernah buat.
Apa lagi yang dia mampu buat,dia rimas dengan renungan tajam dan pujuk rayu Faizal. Tiada lagi Kejujuran dan keikhlasan, yang ada kini keterpaksaan. “Aku terima cincin couple Faizal.”
Ternyata memang Tie terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Suhana. Dia kenal bahkan semua student kenal siapa Faizal. Bahkan menerima cincin yang kononnya ’pengikat kasih dara’ sudah cukup sinonim dengan Faizal. Kononnya lelaki itu mengamalkan ilmu yang tidak baik. Ilmu apa? Dia tidak pasti. Selama dia mengenali Suhana, menerima Faizal sebagai teman istimewa tidak pernah tercatat dalam kamus hidup Suhana tetapi ternyata keadaan telah merubah hidup manusia.
”Ang gila ka apa ni? Ang taw tak si Faizal tu boya Darat? Dia tu tak kira warna kulit taw, semua jenis mangsa dia main ’ngap’ ja”
Tie kembali tenang apabila dia melihat Suhana seperti keliru dan bingung. Alahai kasihan sahabatnya itu.
 “ Tell me everything if you thing you will better after this.”  
“ Entah lah Tie..I hope this is not wrong decision in my life.” Suhana tunduk dan melepaskan keluhan berat.
Napa pulak salah kalau ang dah yakin dan buat keputusan, pandang ke depan jangan toleh belakang, tak salah beri peluang pada yang menyayangi kita. Betul tak??”  Suhana tergelak kecil melihat aksi nakal Tie mengangkat keningnya meniru trendmark penyanyi popular tanah air, Ziana Zain.
“ Tapi one more thing,seriously aku cakap hati-hati,okey? Jangan nak percaya dia 100%. Banyak perkara buruk yang aku dengar pasal dia tu” Tie menuding jari telunjuk seperti memberi amaran pada Suhana.
Suhana mengangguk laju. Lega dapat meluahkan perasaan pada Tie. Ringan beban yang digalas. Ini lah gunanya kawan.
“ Eleh…pandai la ang nasihatkan aku! Ang tu, apsal tak consider‘Mat Romeo’ tu? Bukan main lagi aku tengok dia syok kat ang.”
 “ Aku lain Na! Jangan nak samakan kisah aku ngan kisah ang. Lagipun cintan-cintun nie tak sesuai lah dengan jiwa aku”. Suhana tergelak besar mendengar kata-kata Tie. Dia paham sangat sikap temannya yang seorang nie. Pelik dari yang lain, rasanya bukan lesbian tapi aksinya tu lain macam... Hehehe….




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...