Dari tajuk entry dah tahu kot aku
nak tulis pasal apa. Kan ?... kan ? aku sebenarnya malas nak komen pasal
isu-isu semasa ni. Normally blog aku ni medium aku bercerita soal aku or soal
yang berkaitan dengan aku. Tapi kali ni aku terdetik di hati nak bebel
sebab,….Aku terbaca entry si edy fee,murid boleh bawak fone ke sekolah...ape kesannya. Aku kenal dia dari korn…urmmm siap
promote lagi nama kat sini. Ko tak ingat aku korn xtahu ah..hehe gurau jer.
Aku rasa kes
jenayah makin tinggi dalam kalangan kanak-kanak menjadi faktor kebenaran fon ke
sekolah tak leh diguna pakai sebab kita kena ingat semakin hari penjenayah
semakin bijak...klu kita bijak diowg lagi bijak.. Bila dunia dah maju,
penjenayah pun akan maju. Bak kata chef wan semakin hari bacteria semakin
bijak!. Bakteria tu owang jahat la. so aku rasa letak public fon kat kawasan
dlm sekolah lg Praktikal kot. Budak-budak yg tak pandai pakai public Phone tu
ajar la. tapi aku rasa klu dah i-phone pandai pakai mustahil la public fon tak pandai
pkai.
Bab nak pantau anak-anak
tu banyak lagi kot cara nak pantau diowg. Medium telekomunikasi dijadikan alat
untuk pantau budak-budak sekolah sangat-sangat tak praktikal sebab apa taw
budak-budak sekarang ni bijak, ingat diowang tak pandai ke nak kelentong mak
bapa. Kalau diowang guna phone tu untuk cinta-cintun mak bapa tahu ke?
Penggunaan telefon akan buat diowang melangkah jauh dari mak bapa. Sebab
komunikasi diowang dah tak de batasan dah. Owang puteh kata global. Jumpa kawan
sana jumpa
kawan sini bila mak bapak tepon ‘ko kat mana?’. “ owang kat sekolah mak,balik
lewat kit ada kafa”. Ko percaya ker?
Aku membebel ni
berdasarkan pengalaman juga la,anak sedara aku umur 9 tahun dah pandai merajuk
tak nak pergi sekolah sebab mintak nak pakai phone sendiri dari ayah tak dapat.
Kawan-kawan baya dia dah ada phone sendiri, canggih lak tu,pakai masa kuar dari
rumah,keluar main-main. Tu bawu pakai kat rumah,klu bawak ke sekolah macam mana
tu? Ada satu
hari tu,dia amik tepon tok wan dia bawak kuar main. Yang tokwan dia kat umah ni
cari la tepon tu sampai nak roboh rumah-rumah. (klu roboh mana aku nak
tinggal). Rupa-rupanya dia yang amik. Bila ayah dia Tanya kenapa amik tepon
tokwan,dia cakap nak tunjuk kat kawan dia pun ada tepon jugak. Kawan dia tu
eksyen sangat katanya…..
Lain experience,
anak sedara aku umur …urmmm…tingkatan 3. mak dia belikan tepon untuk kemudahan
dia tapi dia lagi xpert dari mak dia komunicate ngan pakwe, ponteng
sekolah,pegi dating ,pegi mana aku tak tahu lah. Bila mak dia kol di off tepon
tu. Cikgu call cakap dah 3 hari tak datang sekolah. Bawu 3 hari kan ? Relex
ah?............
Kes yang aku citer ni belum boleh bawak ke sekolah lagi bawu curi-curi bawak….dah leh bawak,apa lak akan jadi? We just wait and see je lah…semua ni bebelan aku je..hehe..k byee....
No comments:
Post a Comment