Tanda-tanda yang aku alami masa hidap jangkitan
kuman masa tu,mata aku merah-merah,dan bengkak. Memang sangat sakit. Ditambah
pulak aku xleh nak melihat dengan baik especially waktu siang,tempat yg ada
cahaya. Macam mata xleh nak control jumlah cahaya yg masuk dlm mata ,pendek
kata silau la,panjang kata silauuuuuuuuuu….. Kalau korang nak tahu sakit mata
ni juga relate dengan kepala. Kepala pun akan sakit juga time tu.
Tanda-tanda last stepnya,kita leh nampak
something yg color puteh kat dalam mata. Benda tu lah kita call ulser. Benda
alah tu memang bahaya sebab dia boleh menular pada lapisan dalam kornea iaitu stroma
dan endothelium.
Dan ditambah dengan pengumpulan nanah di
bahagian ruang depan mata iaitu dipanggil ‘hyopoyon’. Tahap sampai ada nanah ni
memang teruk lah. Doctor ckp kornea ulser paling teruk. Masa aku sakit dulu
benda alah ni lah yang tiap ari doctor check dan ukur. Ukuran ‘hyopoyon’ ni
memang suka turun naik,makin meningkat kuantiti dia maknanya makin berleluasa
kuman tu bermaharajalela dalam mata. Memang kuang ajar kuman tu.. Aku panggil ‘hyopoyon’
tu taik kuman.
Jangkitan di peringkat paling lewat pula akan
menyebabkan lapisan kornea bocor (corneal perforations). Aku ada citer entry
minggu lepas kot. Nyaris doctor nak buat ‘graft’ kat mata aku. macam mana
prosedur ni,jangan Tanya aku sebab aku memang xtahu. Alhamdulillah mata aku sembuh sebelum buat rawatan kecil tu. Yang aku tahu prosedur
kecil ni dibuat apabila jangkitan makin teruk dan menyebabkan kornea nipis dan
dikhuatiri bocor. Terdapat tiga jenis prosedur kecil iaitu ‘glue’, ‘graft’ dan
juga ‘flap’.
Setelah doctor tahu mengenai riwayat kesihatan
pesakit,bukan riwayat hidup okey…doctor akan buat rejim rawatan berdasarkan
jenis kuman yang terlibat sama ada bacteria,virus,fungus ataupun protozoa.
Pix Fungus amik dari google
Pix Protozoa amik dari google
Pix bacteria & virus amik dari google
Selepas tu,doctor akan buat scraping untuk
amik sikit tisu kornea dan dihantar ke makmal bagi buat ujian mengesan kuman
yang menjangkiti mata.
Rawatan akan dimulakan dengan segera dan ia
akan diselaraskan dengan keputusan makmal yang diperoleh.
Dan selalunya Pesakit dengan jangkitan kornea
yang teruk akan dinasihatkan tinggal di wad bagi memudahkan proses rawatan. Rawatan dia memang seksa giler..hanya bersabar dan banyakkan berdoa...Ingat ALLAH selalu. Insyak allah...
P/s: Tak de sambung dah. Tamat disini..
Sumber dari : Dr Bakiah Shaharuddin
Nak tahu lebih, g sini : http://www.serikasih.com/jangkitan-kuman-pada-mata-hitam#ixzz1yxn5hHRG
related link:Nak tahu lebih, g sini : http://www.serikasih.com/jangkitan-kuman-pada-mata-hitam#ixzz1yxn5hHRG
Penyakit aku-part 1
Penyakit aku-part 2
Penyakit aku-part 3
bleh x i nak taw details xperience u pasal jangkitan ulser mata ni..my wife bru jer kene skrg kat wad,dr kate bcteria Pseudomonas..
ReplyDeletebleh x i nak taw details xperience u pasal jangkitan ulser mata ni..my wife bru jer kene skrg kat wad,dr kate bcteria Pseudomonas..
ReplyDeletedetail yg mcm mana?saya xtahu sangat pasal kornea ulser ni.apa yg saya tulis berdasarkan pengalaman saya dan apa yg sy faham. klu awk nk tahu detail mngenai cara rawatan penyakit ni it better rujuk doktor...
Deleteanak saya lahir dengan corneal perforation.tiga kali jalani pembedahan utk glue n graft tapi malang sekali semua gagal..akhirnya doktor ambil keputusan utk buat transplan kornea pada anak yang umurnya hari ini hanya 2bulan 13hari. tak sanggup melihat anak sekecil itu menanggung kesakitan.sedangkan orang dewasa pun naik gerun bila sebut nak pembedahan.
ReplyDeleteya betul...sy yang dewasa ni pun banyak menangis sampaikn ke tahap melenting tak kira masa, inikan budak budak yg xfaham erti sabar dan doa..
DeleteApa rawatan yg awak terima sepanjang 2 bulan tu....just titik ubat atau operation? Leh bagitai hospital mana n doktor mana rawat awak?
ReplyDeletesepanjang 2 bulan sy dirawat dihospital sy diberi ubat antibiotik paling kuat dan jugak injection antibiotik dlm mata utk cepatkan penghapusan bakteria...injection tu sy diberi 2 kali..injection tu diberi lepas ubat mkn xde gud news.ubat titik pun ada jugak..ubat diberi depend pada tahap jangkitan.
Deletesy nyaris doktor nak buat teknik graft sbb bakteria degil xnak mati..tapi doktor bagi tempoh 1 week after 2nd injection. alhamdulillah akhirnya bakteria tu mengalah..dan ada perubahan positif.so, doktor xjd buat teknik graft kat sy..serious, owg sakit ni memang kena banyak sabar dan berdoa...
sy xde buat operation pape..sy terima rawatan di hospital sultanah bahiyah alor setar..hospital kerajaan..kalo doktor mintak awk stay ward better stay aje untuk rawatan susulan.sy mula-mula rawat kat rumah..smpai ketahap sy sakit sangat dan sy xpuas hati rawat kat rumah.mak sy mintak sy dimasukkan ke ward..sy faham sakit ni memang seksa..moga awk cepat sembuh!!
Deleteadik saya baru kena 5 hari lepas.. mata naik hijau.. kena titik ubat stiap sejam.. brapa lama awk kena tahan wad?
Delete2 bulan sy kena tahan ward. Sampaikan balik raya pun doc xlepaskan. Moga adik awk cepat sembuh yeh
Delete2 bulan sy kena tahan ward. Sampaikan balik raya pun doc xlepaskan. Moga adik awk cepat sembuh yeh
Deletebuat rawatan di hospital mana
ReplyDeleteSy buat rawatan Kat hospital kerajaan jer.hospital sultanah bahiyah alor setar,kedah
Deletehilang tak tompok putih tu? berap lama ambik masa
ReplyDeleteTak hilang...tompok puteh Tu jd mcm parut lah. Penglihatan Kita pun dah Kabur xdpt back to normal dah. Lepas kuar hospital Tu xingat lah plak bape lama continue ubt. Dok followup doc sbln skali, taw2 doc ckp dah boleh stop ubat. Lepas stop ubt Tu doc Ada suggest tanam kanta. Tapi xbuat sebab takut. Paranoid xhilang lagi masa tu. Sampai lah sekarang xbuat pun hehe. Even tanam kanta still Kabur, tanam kanta Tu utk kurangkan silau jer.
DeleteBleh x saya nk tau keadaan awK skang ni cne sbb saya pun tgh alami benda yg sama..skang ni tgh warded dh dkt 1 bln..adakah awk hanya bertahan dgn sebelh mata shj sbb saya sgt tkt skang ni
ReplyDeleteYah.... penglihatan sy skrang bergantung pada sebelah Mata shaja. Mata yg sakit still boleh nampak tapi Sudah kelabu. Maksud nya Mata yg sakit dah xboleh membaca dan silau sngat tinggi.
DeleteTak Ada apa yg perlu ditakutkan. Doa, usaha dan tawakal. Insha Allah dipermudahkan. Moga awk cepat sembuh.
DeleteNak tanya sekarang 2022, mata awak camner dah ok ker...
DeleteDah sihat sis. Tapi mata yg kena tu dah kelabu lah & silau. Kesan dari ulser tu kornea jd berparut. Kalo org tngok dgn mata kasar tu mata tu Normal lah. Tapi Kalo tengok betul2 dlm mata yg ulser tu ada mcm parut puteh
Delete