Nuffnang ads

Wednesday, July 11, 2012

Berbahagiahlah Apabila dihina


Tolong jangan blur dengan tajuk entry. Ok,aku tahu tak de sesiapa yang nak blur pun! Sememangnya tajuk entry amat relationship dengan isi entry. Tindak balas normal manusia mesti kecik hati bila di hina kan?Takpun ada yang marah tau dendam. Tapi mulai hari ni aku nak sarankan diri sendiri dan korang semua berbahagialah apabila dihina.

Dalam hidup kita as a human ni mesti pernah rasa dihina atau seperti tidak dihargai. Betul? Dan ada ketikanya kita pernah di puji. Bohong besar korang kalau cakap tak pernah lalui semua ni.Tobat aku tak percaya.

Menurut Dr.HM Tuah Iskandar, manusia yang suka hina kita ni (Yelah tak kan kucing), sebenarnya didorong oleh sifat cemburu atau ketidakpuasan hati. Cemburu terhadap kecantikkan kita mungkin,atau kebaikan dan kepintaran kita.

Apabila cemburu menguasai diri, dengan sengaja orang itu akan menghina dan melemparkan kata-kata yang tak sedap di dengar halwa telinga kita.

Apa kata selepas ni apabila kita dihina kita say “Alhamdulillah”. Aku pasti korang mesti pernah dengar ajaran ni kan? Bahkan dah siap praktik lagi. Kan….kan?

Buruk yang diperkatakan itu sebenarnya adalah satu kebaikan disebaliknya,bahkan disebaliknya tu lah yang diterima orang lain. Ah sudah,mesti dah blur tu!
 
Ok,aku kasi contoh. Kalau orang tu kutuk kita macam ni,” Pandai apanya,SPM pun tak pass,tiba-tiba leh jadi datin pulak”.

Sebenarnya dia cuba mengatakan bahawa nak jadi datin tak perlukan kelulusan SPM atau kepandaian pun. Meskipun dia lebih pandai tapi tak dapat pun gelaran tu sedangkan kita yang kurang pandai ni dapat pulak. So, kesimpulannya pandai bukan syarat nak jadi Datin.

Contoh lain, ada orang kutuk kita macam ni “ Dia tak cantik lah,macam lontong je!”. Ada ker samakan kecantikkan manusia dengan lontong? Match and matching tu tak relevant. Kita terbalikkan apa yg dia ckp. Think Positive. Sebenarnya dia nak cakap kita cantik. Disebabkan tahap kecemburuannya terhadap kita tu tinggi jadi apa yang diluahkan tu tak seiring dengan apa yang difikirkannya.

Nampak tak kat situ? Sebenarnya tak susah untuk mencari kebahagian disebalik penghinaan itu kalau kita tahu caranya. Apa yang penting tak usahkah amik port sangat pasal keburukkan yang orang cakap pasal kita. Baik korang pikir apa nak buat untuk hari esok atau baju color apa korang nak pakai raya ni….Aku cop color merah ..hehe..(puasa pun belom xcited lelebih)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...