Monday, January 25, 2016

Aktiviti weekend, tanamanku bunga pukul 10


Ewah? Bawu ja petang tadi update entry, dah malam update lagi. Wahhh!!! Semangat apakah ini? 

Minggu ni cuti 3 hari kan sebab thaipusam forward ke Monday. Bertabah lah aku duduk rumah tidur dan membesarkan badan. Orang cakap orang yang kuat tido kuat makan itu adalah orang yang sunyi dan sepi hidupnya. Betoi ke? Betoi ke?

Tak kisahlah janji aku Ada modai nak update blog hahahaha (mcm tu pun boleh?)

Ni menu tengah hari tadi. Malas masak jadinya beli aje lah.


Tanaman hasil jejari manisku dah berbunga dan bunga yang kuar adalah color kuning. Sepatutnya 2 color bunga aku ni kuning dan merah nak orange mcm tu. Tapi tak tahulah Napa kuning ja. Agaknya gen kuning jer aktive gen merah tak bape nak aktive. Jadi persenyawaan terbantut.
Hahaha ...mendelah aku ni?


Pokok ni namanya pokok bunga pukul sepuluh. Napa pukul sepuluh? Bukan sebab pokok nih dipukul sebanyak sepuluh Kali bawu nak berbunga atau sepuluh Kali persenyawaan (Eh?) Tapi pokok bunga ini akan kembang bunganya around 10 pagi. 

Unik kan?

Pokok ni jugak dikenali sebagai ros jepun. Kat mana yang jepunnya pun tak tuu lah. Agaknya dulu masa zaman jepun memerintah, seorang tentera jepun telah bercinta dengan gadis kampung yang bernama Ros. Pasangan berlainan kewarganegaraan ini selalu berdating pada pukul sepuluh disebuah rumah tinggal di hujung kampung. Walaupun rumah tinggal namun kawasan rumah tersebut dikelilingi dengan pokok bunga yg cantik dan mekar kembang pada pukul sepuluh. Seolah-olah menjadi saksi cinta mekar pasangan tersebut. Satu hari ketua jepun sangat marah dan memerintahkan ros dan jepun ditangkap dan pokok ros jepun dihapuskan.

Mak oiii terer aku reka cerita kahkahkah
David teoh nangis kalo baca ni.

Woii!! Hampa caya ka Woi?? Aduyai..pitam camni. Viral sat gi mati kutu-kutu Kat kepala T__T

Tolonglah jangan percaya! Hahaha


Gambar-gambar ni diambil pada waktu dan masa yang berlainan. Sebab tulah korang tngok 1st pic pokok xlebat,2nd pic pulak bunga xbanyak.

Saintifiknya pokok ini dikenali sebagai portulaca grandiflora. Yang ni betoi tak reka-reka punya hehe ^__^

Pokok ni senang membiak dan senang dijaga. Nak tanam dia senang ja, cucuk keratan batang dia pada tanah yang digembur. Seminggu hampa tak siram pun dia still Hidup. Tapi jgn biar lama sangatlah. Kesian ros jepun! Cinta layu ditasik Madu -..- kihkih

Eh..pokok ni Ada nilai perubatan taw. Daun dia boleh merawat luka ringan. Caranya hancurkan daun tadi pastu tampal Kat luka.

Bye..byebye

P/S: Pokok cili dan pokok bawangku mati kekeringan. Aku cuti 1 week balik kg itu hari T_T

Eskinol untuk kulit bebas jerawat

"Nak update!Nak update!Nak update!"
Itulah ayat yg kuar dari akai aku tiap hari. Tapi tiap Kali open entry jejari kaku tak tergerak..owang puteh kata no movement. Sebab tu jugak lah kuar entry kosong..kosong..kosong tu. Tak dak modai kahkahkah

 "Setiap hari asyik kaku ja ang p delete lah blog tu cheery", desus hati hitamku.

Bangsa style dengki noh memang lagiu tu...tak leh tengok orang lain lebih bersih dan berseri-seri.

Dah, mukadimah dah kena sangat tu. Boleh lah hah, sembang sat pasai Eskinol noh?

Erk,kena ke?

Okey, aku masih menjual Eskinol nih cuma slow motion sebab aku ni pemalas tahap ulat gonggok. Dah lah malas busuk plak tu.
Wakakakaka..berani ko busukkan aku cheery?

Setiap manusia dekat bumi Allah ni semua dilahirkan Ada rupa. Yelah, memang lah,dah tu apa pulak takde rupakan? Kahkahkah
 (Dah nampak dah saiko Si cheery ni)
Maksudnya perfect, cukup Sihat ,cantik rupannya dan istimewa buatanNya.
Alhamdulillah...

Tapi setiap dari manusia tu tak semua mempunyai jenis kulit yang sama. Ada kulit tebal,nipis,Hitam,Putih,tulus,mulus,sensitive dan sebagainya. So, tahap keserasian dan kebersanan setiap orang adalah berbeza.

Jadi pokoknya Kat sini, selagi korang tak Cuba sesuatu product tu selagi itulah korang tak tahu tahap keserasian dan kebersanan product tersebut pada korang.

Ramai yang customer aku Tanya berkesan ke product ni? Boleh hilang ke jerawat I ni? Boleh cantik ke dengan product ni? Product ni mengelupas tak? I takut lah product mengelupas ni leh rosak kan kulit.

Aduyai..susah aku nak jawab sebab aku faham kerisauan korang macam mana. Aku sendiri pun pernah masalah kulit. Berjerawat dan berkudis, Sampai tahap malu nak keluar rumah lah. Pegi keje balik keje jer. Jalan-jalan mall? Memang tak lah, even ugut letak parang Kat tengkuk pun aku tak mau nak pegi. Rela terperuk Kat rumah sambil gigit kuaci.

Aku dulu bukan jenis orang yang try-try product ni. Lagipun waktu umur remaja kulit muka aku takde masalah. Mulus jer , pegi sekolah pakai bedak baby Johnson ja. Kawan2 aku memang jeles lah. Bila nampak aku jer berebut nak pegang muka aku. Licin dan bersih depa cakap,suka pegang. Sebab tu aku dah cakap dulu aku ni retis. Hahaha

Tapi bila aku dah berkerjaya dan stay KL muka aku berjerawat nanah. Sampai kan takde ruang bersih langsung Kat muka. Memang sangat stress okey.

Macam-macam product femes yang aku Cuba. Harga takyah cakap lah seratus above lah. Tapi satu pun tak serasi dengan kulit aku. Sampailah sorang kenalan dari sarawak rekemenkan Eskinol Kat aku. Takut jugak nak try sbb tak pernah dengar pasal product ni pun. Selepas buat beberapa research, aku rasa yakin nak try.


Teruk kan muka I?

Dan dalam 2 week jerawat nanah aku tu stop membiak. Tinggal parut-parut hitam jer. Jerawat yang bernanah tu dah takde. Masa tu bersyukur sangat. At least tengok muka Kat cermin tak stress sangat.

Lepas tu aku continue pakai Eskinol pimple fighting sampai parut pudar. 3 months lepas tu muka aku bersih kembali.


Finally inilah ct cheery yang menjadi kegilaan ramai dulu..ewah!!tuihh!

Hahaha...dulu lah kan, sekarang dah gedempol,pipi bak pauh berlayang-layang. Takde sapa pulak yang sudi nak buat bini. Tapi tak kisah lah yang penting confident tu dah kembali. Hidup tak Ada confident adalah sangat pathetic. Orang lelaki memang pentingkan bentuk badan *tiba-tiba* hehe

Gambar atas Kiri tu Ada sebiji jerawat jadi dalam isi. Tu dah kecut tu tinggal parut jer.


Inilah product yang berjaya mengembalikan zaman kegemilangan I uoll kihkihkih

Macam yang aku cakap atas tadi setiap orang mempunyai jenis kulit yang tak sama. Maybe orang A pakai 2 week muka dah bersih, orang B pakai 1 month parut dah hilang, orang C pakai 3 hari jerawat dah kecut, orang D pakai kulit muka mengelupas, orang E pakai tangan ja mengelupas, orang F pulak pakai eh, tak mengelupas pon.

Macam aku sndiri, pakai Eskinol ni kulit tak mengelupas. Tapi customer aku dua tiga orang update cakap kulit diowg mengelupas halus. Jangan gelabah berok wokey, itu normal. Maksudnya product tu tengah bertindak balas ke atas kulit muka. So sabar. Ada jugak yang inform kulit muka gatal. Ini berlaku maybe sebab korang mempunyai jenis kulit muka yang sensitive. Pun jangan wisau ..bertenang untuk 2/3 hari,tengok macam mana.

Tapi mana-mana product pun, if sampai muncul ruam dan merah2 dinasihatkan untuk berhenti dan check dengan doctor. Maybe kulit korang yang sangat sensitive bukan salah product tu sangat pun. Yerlah orang lain pakai okey korang pakai tak okey. Tak lain tak bukan sebab nya product tu tak serasi dengan korang.

Lagi pulak aku tak nampak point korang nak takut dengan product Eskinol ni. Eskinol yang aku jual ni toner only. Toner ni bagus untuk bersihkan kulit dari habuk,sel kulit mati dan control minyak. Mana-mana product toner ni function dia sama jer actually iaitu untuk bersihkan kulit muka. Selalunya Kita just cuci muka dengan product pencuci muka sahaja tak cukup. Sel-sel kulit mati dan kotoran yang terperangkap dengan minyak still Ada Kat situ. Tak bersih sepenuhnya, so toner membantu dengan menggali hingga ke dalam.

Aku suka suggest pada customer aku ni supaya simpan stock Eskinol ni. Yerlah, bila kulit diorang dah baik dah bersih diowang dah tak repeat order lagi. Diowang fikir Kulit dah cantik kan, stop jerlah. Tak kisah nak stop,xde masalah pun. Just suggestion dari aku aje. Mana-mana variant pun boleh. If jerawat naik sebutir dua butir especially masa period tekap atau sapu ja Kat jerawat tu gerenti 3 hari lepastu kecut.

Aku Ada cerita, baru-baru ni aku jadi jerawat besar gila Kat celah peha. Sakit sampai berdenyut dan naik merah lagi2 dok bergesel dengan seluar jean. Aduh, azab rasanya. Aku basahkan dengan pimple fighting. Tak pakai kapas pun, tepuk-tepuk Eskinol Kat situ ja. Kering ja aku tepuk lagi,kering aku tepuk. Sehari sampai 10 Kali aku tepuk. Punya stress ngan jerawat celah peha ni. Sabtu ahad tu kan aku pulun pakai. Masuk keje hari isnin jerawat tu dah kecut, if tekan Kat situ dah tak terasa sakit lagi. Still Ada lagi tapi saiznya kecik lah. Aku syak bisul tapi member aku cakap bukan. Dia cakap jerawat yang jadi dalam isi tu. Huh syukur jerawat, kalo bisul mahunya mc aku.

So..korang yang nak beli pimple fighting untuk simpan stock kecemasan, boleh contact aku cepat yeh. Stock pimple fighting tinggal kurang dari 10 bottle jer ni. Variant lain out off stock.

Aku ni Jenis meniaga suam-suam kuku jer. Aku restock sebulan sekali jer product nih. Shipping pulak seminggu sekali iaitu hari sabtu. Kalo sabtu tu jatuh 1st week of the month aku akan pos hari lain sama Ada Hari selasa atau rabu. Stock pulak aku amik suka Hati Aku ja. Ikut order or hot item. Biasa variant yang paling laku dalam 3 bulan ni pimple fighting, papaya, dan classic. Yang lain kurang sales dia. Tapi if nak korang boleh request.

Okey, dah! Penat celoteh, lapar pulak.
Bye sayang..sayang..sayang, kau sudah berpunya....eh termeyanyi pulak hehe

Sebarang pertanyaan email at ctcheery87@gmail.com


Related Links:
Stock available (06/04/2016)


Monday, January 18, 2016

kosong kosong kosong

Tidak mampu Ku coretkan apa-apa kerana canvasku adalah kosong.
Tidak mampu aku meluahkan apa-apa kerana fikiranku hanyalah kosong.
Tidak mampu aku menulis apa-apa kerana dakwatku juga adalah kosong.
Tidak juga mampu aku merasakan apa-apa kerana jiwaku kini kosong ...kosong.. kosong....

Dan tidak mampu aku meluahkannya kerana lagunya Najwa latif juga kosong..kosong..kosong

P/S: poket pun dah kosong sebab semua benda nak isi dlm purse. kahkahkah..
eh xlawak ek?? Lalalala -..-

Saturday, January 9, 2016

Muzium padi, jelapang padi

Ini cerita tahun lepas punya. Macam lama sangat ja kan 'tahun lepas' tu, hahaha rasa otai plak 1 tahun later baru nak hupdate. Padahai 2 week ago ja pun. As usual, drama kena lebih!

Masuk Office ja aku sangat sibuk dengan kerja, tak menang tangan, sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Teruk sangat dah kalo sampai tahap tu. Balik rumah terbongkang macam biawak kabok, magrib bangun Mandi,makan,solat, terbongkang balik. Kadang2 terjaga kadang2 tak terjaga sampai subuh esok baru jaga. Hahaha giler buruk nazubillah perangai. Setan dok hiphop Kat Mata agaknya.

Dah alang-alang Ada cerita kan, so Kita nak abadikan kenangan ni Kat blog lah. Hope esok-esok adalah Anak-anak yang baca blog mama diowang nih (eceh..mimpi!)


Ini Anak sedara aku yang paling queen perangai. Ramai family member admit dia perangai macam aku. Kuat berangan kuat majuk, kuat sentap, kuat perasan dan kuat ketegaq. Pendek kata semua kuatlah.kehkehkeh.Tapi dia Ada satu kelebihan yang aku tak ada....posing macam model hahaha ..aku tak taw dia dapat mana perangai ni. Rasanya dari Ibu dia sendiri. Aku ni malu sikit nak posing maut...tapi...tapi selfie aku expert kahkahkah -..-


Okey lah back to the story, nak cerita pasal jelapang padi kan. Anak jati utara yang tak pernah kenal sawah bendang memang malu jadi owang utara lagi malu kalo tak pernah berkubang dalam sawah,kihkih
Rugi...rugi...ang pi tukaq nombor ic tengah ang tu sekarang! Kalo pegawai pendaftaran tu Tanya pasai pa? Ang cakap la seumur hidup saya tak pernah lagi berkubang dalam selut bendang. Saya malu,Encik!!


"Drama queen sangat ang ni! Back hand jugak kang", kata pegawai registration sambil berlalu pergi.

Takpe-takpe jangan sedih, meh aku nak tolong. Hampa baca entry ni insha Allah hampa akan kenal negeri jelapang padi sikit-sikit. Kalau orang tanya penah tengok padi? Penah tengok kerbau? Penah tengok jelapang? Hampa cakap lah penah...kat blog ct cheery Kihkihkih (nak tumpang glamour gak Kita pun huhu)


Masa ni lah ayah aku cerita memories saat-saat dia bertungkus lumus bersama kerbaunya memerah peluh petani untuk mendapatkan sebutir nasi. Perumpamaan " setitik peluh petani" tak leh pakai masa zaman dulu sebab kerbau pun berpeluh peluh kerja masa tu. Sekarang lagi tak leh pakai sebab sekarang pakai jentera kan. So perumpamaan kena jadi cmni "sebutir nasi tu ibarat setitik minyak jentera". Hah macam tu baru sesuai kan? Lepastu in braket including GST. (Nak jugak?) Yihiii...pandainyer awk!!!
(Bawu tengok muzium padi dah mereng)

Tapi serious okey, ayah aku buat bendang dulu pakai kerbau. Masa tu aku tak lahir lagi sebab ayah aku tak kawen ngan Mak aku lagi jeng...jeng...jeng -..-



Ini pulak makanan yang dihasilkan dari beras.. setitik peluh petani dan kerbau tadi.


Pameran jenis jenis beras ni Ada di tingkat dua. Korang boleh tengok beras dari german, mexico dan dari mana2 entah. Ada nama-nama beras dia, aku tak baca sangat sebab cukup lah aku tahu bahawasanya sebutir beras tu dari peluh petani dan kerbau (^__^)


Inilah jelapang atau celapang, tempat penyimpanan padi.


Yang belakang Qaisarah ni aku tak sure jelapang atau rumah atau pondok. Aku Ada baca detail yg tertulis tu tapi ...tapi dah lupa. 

Nampak tak tahap pelupa aku tu macam mana? Nak kata beranak Lima , tak beranak lagi ...aduhhh!! Stress lah macam nii! T__T

Dinding binaan ni disalut dengan tahi kerbau untuk kukuhkan dinding supaya
 tahan dek panas tak lekang dek hujan.

Kat sini Kita boleh nampak gred-gred beras yang dihasilkan di Malaysia.

Ini adalah alat-alat untuk hasilkan beras. Korang nampak Batu color puteh tu? Mak aku citer itu alat untuk hasilkan tepung. Nenek aku Ada alat tu dulu, lepas nenek aku takde entah sapa2 amik, tiba2 ja hilang. Aku hagak Mak sedara aku jer amik tapi yang mana tak tahu lah. Anak2 ja berani amik harta Mak sendiri ni! Tak marah, cuma mintak lah lain Kali kan. Lesung Batu punya pasal pun leh wat perang saudara ni kihkihkih

Gambar atas tu kerbau yeh bukan lembu. "Makteh..makteh amik gambar adik dengan lembu!" Kata Qaisarah. Lepas tu kena bahan dengan abang-abang dia. Lepas tu dia nak sentap...abang dia tak leh dekat ngan dia sebab berani gelakkan dia. Piapp!piapp! Dia jeling Kat abang-abang dia. Hahaha perangai elok sangat tu.

Gambar bawah tu pondok tapi tempat simpan beras. Nampak bakul-bakul Kat atas tu? Letak beras dalam tu pastu simpan dalam pondok ni.

Ni bukan muka control ayu yeh, ni muka malu kena bahan. Tapi disebabkan nak bergambar..kena senyum lah 

Selain alat-alat pertanian. Kat muzium ni jugak Ada pamerkan alat yang digunakan untuk tangkap perbagai Jenis burung. Abang chik suka lah benda-benda macam ni. 


Ini alat untuk tangkap ikan di petak sawah atau dalam sungai.

Ni contoh suasana dan aktiviti masyarakat petani. "Jom lah Kita minum kopi dulu!" Usik ayah aku kepada Mak aku. Ehem..ehem


Model muzium padi kahkahkah

Ni alat untuk pisahkan padi dari pokoknya. Aku tak ingat process apa Wei...hampa pi google lah hahaha

Wuiii..panjang dah entry. Sia-sia ja bawak aku p lawatan sambil belajar ni, apa pun tak ingat kihkih

Baik hampa bawak anak-anak pi muzium padi ni time depa muda ni. Otak budak tengah fresh lagi tak Mudah lupa. Harga tiket RM5 dewasa RM2 kanak2. Kecik macam Qaisara free..lagipun bagus apa dedahkan budak2 dengan tradisi masyarakat dulu. Zaman jepun bermaharaja dulu pun bangsa Kita Hidup dengan hasil tanaman ja Wei. Jangan biar anak-anak bangsa Kita lupa daratan macam kita, okey. 

Aduhh..pedas ayat! Huhu


Okey korang, salah informasinya mintak dimaafi yah? Salam siang dari saya

Tata...tutii frutiii!

Friday, January 1, 2016

Salam tahun baru 2016

Alhamdulillah diberi kesempatan menghirup udara pada awal tahun 2016.
Tambah lagi satu tahun umur Kita bermakna kemungkinan ajal pun mendekat lagi setahun.

Tahun ni tak nok lah aku tanam azam bagai, tahun lepas punya azam banyak yang ke laut. Akak tak koser lah dik! Rasa dah tua pulak nak azam azam bagai.

Tapi tahun ni aku ada 2 harapan dan impian (eceh..bawu tadi ckp xnak azam kahkahkah) tapi azam dan harapan tu Ada beza kan? Yer toi,ejaan tak sama hahaha

1stly, menjadi hamba Allah yang istiqomah dan tawadhu, redha dengan ketentuan dan sabar dengan ujian Allah. 

"Kita diuji sebab Allah sayang Kita"

2nd, moga Allah temukan aku dengan imamku dan dikurniakan rezki dan zuriat.

Walaupun maybe tak layak utuk semua tu,hamba yang serba kekurangan dan banyak berbuat dosa, tapi aku tetap harapkan Allah kurniakan sesuatu yang Indah dibumi ni.

 Aduh...touching... Touchinggggg!!!
Sebelum aku menangis patblas baldi, aku nak ucapkan Selamat hari tua pada semua. Semoga tahun ni lebih Baik dan diberkati dari tahun semalam.

P/s: Tangisan adalah teman karib seorang wanita (tetiba)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...