Thursday, November 29, 2012

My wife is driver- episod 8


Bunyi bising orang membebel di luar langsung tidak dihiraukan Shark. Kepalanya yang sakit dan berdenyut lebih perlu diberi perhatian. Badannya rasa sejuk dan tidak bermaya.
Bibirnya rasa kering dan pucat. Dia rasa, dia demam. Mak Jah pulak tidak masuk ke biliknya langsung. Sekurang-kurangnya boleh dia mintak tolong sampaikan pesan pada Tuan Amar bahawa dia MC hari ni.

Suara Orang membebel semakin dekat rasanya. Serentak itu, ketukan bertalu dan kasar mengegarkan pintu bilik Shark. Ah! Sudah, angin puting beliung dah melanda rumah banglo seri hartamas ni. Nasib kau lah Tuan, aku tak ada energy nak layan pe’el kau. Kau terjah aje lah bila aku ni. Shark memejamkan matanya rapat. Redha dengan maki hamun yang akan dia terima sebentar nanti. 

Serentak itu, berdesing bunyi pintu diterjah kasar. Shark sedikit terkejut tapi masih diposisi baring. Dia ni nak jahanamkan pintu bilik aku ni ke?

“ Hoi! Kau tidur lagi tomboy? Aku dah lewat ni, bodoh!” Amar menengking  kasar tanpa mengetahui keadaan sebenar. Shark masih tidak berganjak. Dia rasa bibir turut berat seperti kepalanya, susah nak mengeluarkan kata-kata.

“ Kau ni dah kenapa? Aku cakap kau buat bodoh aje, dah besar kepala nampak? Ni selimut satu badan napa?” Amar menghampiri katil dan merentap kasar comforter yang menutup seluruh badan Shark.

Shark menoleh perlahan memandang sayu wajah Amar. “ Saya….saya tak larat tuan!” tersekat-sekat Shark bersuara perlahan. Antara dengar dan tidak, Amar meletakkan belakang tapak tangannya didahi Shark.

“ Ya Allah! Kau demam ke tomboi? Apasal kau tak cakap aku? sejak bila kau demam ni? Semalam okey aje?” Amar menyoal kalut. Jelas kerisauan diwajahnya.

“ Gulp!” Shark menelan air liur. Perit rasanya. Nak ucap 4 perkataan pun sampai kering tekaknya, ini kan pulak nak menjawab soalan Tuannya yang panjang lebar tu. Aku nak kena jawab juga ke? Tak larat lah!

“ Tak pe..tak pe..kau bangun, kita pergi klinik.” Amar cuba ingin mencepung Shark.

“ Tak nak lah!” Shark menolak lengan Amar yang gagah.

“ Loo..Napa? Kau demam kena pergi klinik!” Amar memujuk lembut.

“ Tak nak! Nanti okey lah tu.” Shark berkeras. Aku tak nak pergi klinik lah! Tak paham bahasa ke?

“ Dah, kau jangan nak degil, jom cepat!” Amar menarik tangan Shark cuba untuk membangunkannya.

“ Tak nak!!! Terajang taw lah!” Shark menolak tubuh Amar dan merebahkan badan dikatil semula. Dia tidak bermaya.

“ Ewah…tak padan dengan sakit! Larat ke nak terajang aku?” Amar bercekak pinggang. Susah betul nak urus tomboy yang takut klinik ni.

“ Kau tunggu kejab, aku cari Mak Jah!” Amar menapak keluar dari bilik. Shark menjeling. Nak cari Mak Jah buat apa? Tak kan nak culik aku bawak pergi klinik kot.

Beberapa minit kemudian, Amar masuk ke bilik membawa besen kecil dan tuala kecil. Di basahkan tuala kecil itu dengan air dari besen dan dituamkan didahi Shark. Shark memejam mata seketika. Dingin dari tuala itu meresap masuk ke badannya. Rasa lega sikit berat kepalanya saat itu. Muka pucatnya turut dilap Amar. Dari muka hingga ke leher, lengan dan dada. Tak cukup dengan itu, diselaknya sedikit baju Shark untuk menyegarkan kulit perut pulak. Shark tidak kisah lagi batas-batas antara mereka. Lagipun Tuan Amar suaminya yang sah. Shark rasa nyaman dan sedikit lendir-lendir. Air apa dia pakai ni?

“ Tuan, napa ada lendir?” Shark meyentuh rambut yang ada kesan lendir.

“ Tu lendir bunga raya. Mak Jah kata lendir bunga ni bagus untuk turunkan suhu badan.”

“ Owh!” Shark menguis sedikit lendir dari rambut dan disapu dibibir keringnya.

“ Hoi, kau buat apa tu?” Amar menyoal pelik.

“ Bibir panas!” Jawab Shark simple.

“ Aduh!! Kau ni macam-macam lah!”

“ Dah lah!” Shark bersuara perlahan.

“ Eh, belum ni, peha belum lap ni?”

“ Tak yah lah, baik saya mandi aje!”

“ Eh, mana boleh mandi, nanti silap air susah!”

“ Pergi lah keje?”

“ Kau kan demam? Aku nak pergi keje macam mana?”

Shark mengeluh. Call teksi aje lah apa susah? Sejak bila pulak driver macam aku ni jadi orang penting dalam kerjaya dia ni? Tak ada aku tak boleh pergi kerja. Urmm…ajaib tu.

“ Kau angkat punggung sikit, aku nak tanggalkan seluar ni.” Suruh Amar selamba.

“ Tak nak lah, apa ni? Tak yah!” Shark merengek geram.

“ Aku nak lap ni!”

“ Tak yah lah, nanti sejuk.”

“ Sejuk ke? Nak aku peluk?” Amar sengih nakal.

“ Gatal!” Shark menjeling tajam. Aku sakit-sakit macam ni pun ada hati nak cari pasal lagi.

“ Tak apa lah, rest yeh? Aku turun kejab.” Amar menyelimutkan tubuh Shark hingga ke paras dada. Seulas senyuman sebelum keluar dari bilik itu. Shark terkesima dengan senyuman itu. Handsomenya!

Bahagia rasanya apabila dilayan seperti perempuan. Aku kan perempuan! Imej aje macam tomboy tapi aku tetap perempuan. Aku punya naluri perempuan! Aku ingin mencintai dan dicintai. Tapi perancangan Tuhan, aku punya suami tanpa bermula dengan cinta. Ada apa dengan cinta? Sekarang, aku dapat rasa cinta itu hadir memenuhi segenap jiwa dan raga. Aku rasa tenteram dan selamat. Aku rasa, aku punya suami dalam erti kata yang sebenar. Bukan suami tangkap muat, bukan suami atas kertas tapi suami sebenar, imam dunia dan akhirat. Tapi, dia cinta aku tak? Mungkin tak. Dia baik dengan aku sebab aku driver dia aje! Shark sebak, dipekupnya muka dengan comforter.

“ Assalammualaikum!” Amar muncul dimuka pintu sambil membawa dulang.

Shark tersenyum kelat. Salam disambut di dalam hati. Islam rupanya! Baru sekarang terdengar ucapan salam keluar dari bibir Tuan Amar untuknya. Kalau tak jangan harap, biasanya maki hamun yang dia dapat.

“ Bubur?” Shark menjenguk isi dalam mangkuk putih.

“ Yup, makan sikit okey, lepas tu makan ubat!” Amar meniup isi bubur sebelum menyuap Shark.

“ Urmm…!” Shark menekup mulutnya. Rasa tawar bubur itu.

“ Kenapa? Panas?” Amar lap sisa bubur ditepi bibir Shark dengan tangannya. Shark memegang kemas lengan Amar. Mereka saling berpandangan. Satu perasaan asing timbul dalam hati masing-masing.



Cinta antara kita tiada penghalangnya
Walau akhir usia ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu menyata kau cintaku
Ku kan berjanji menyintamu sayang…..

Jantung Shark bergelora, perasaanya berbunga-bunga dan fikirannya menyanyikan lagu ‘cinta antara kita’ nyanyian Duta dan Baizura Kahar.

“ Hey! Kau apa hal pandang aku macam tu? Jatuh cinta yah?” Amar mengusik.

“ Mana ada! Tak nak makan, tak sedap!” Shark tersedar dari fantasi, dan menolak perlahan mangkuk bubur ditangan  Amar.

Nasib baik dia tak nampak apa yang aku fikirkan. Malunya kalau dia tahu!

“ Laa…sikit sangat kau makan ni, tak luak pun. Tak baik membazir!”

“ Takut membazir, Tuan lah makan!” Shark merebahkan badannya semula dan menarik selimut. Mata dipejam. Sambung berangan.

Amar meletakkan bubur di atas dulang. Shark yang sudah memejamkan mata direnung sepi. Ego betul!





Related link:

Wednesday, November 28, 2012

Windu sama kamu, coolblog!


Windu sesangat dengan benda alah ni. Kira-kira dah 1 tahun tak minum. 
1st kenal benda alah ni kat Johor. Masa study lagi. Hari tu jumpa dekat mana ek, kat perhentian tapah kalu tak silap, terus aje beli xde nak pikir-pikir lagi. 2 cup rembat sowang-sowang..
Sekarang dah tak jumpa pulak, napa ek? Ke aku yang xrajin berjalan…hahaha..

Okey, mengaku! Aku yang dah tak rajin nak berjalan..malas!!(reason tu lagi)
Ahad lepas ada jalan-jalan dekat Alamanda Putrajaya, pun tak jumpa. Ada ke kat situ? Entahlah, ke mata aku yg problem..(memang problem pun)

Dulu kasut wedges, Sekarang jiwa aku lebih berminat pada baju pulak, jalan-jalan kat shopping mall baju yang aku rembat. Pantang baju tu cute sikit, cekap aje tangan aku ambik. Memang sengal. Tak apa lah, bak kata Zizan hidung resdung, layankan aje lah!!..hehe

Tak dapat minum coolBlog cuci mata pun boleh.
cer tengok Haliza yang cute ni, cute tak? Dia or cup coolBlog tu yang cute ni..?
Alah..kowang,layankan aje lah!!!












Friday, November 23, 2012

Aku yang kiut

Hello semua,
Rasa macam dah lama tak post entry, yer dok??
opss!! jangan nak pura-pura terkejut ke hape ke yah!
Entry before ni bukan entry auto post ke apa ke?
Bila aku say dah lama tak tulis entry,maknanya dah lama lah..

Apa aku hot ni? okey sorry...
sebenarnya nak kabor lah ni, aku buzy sejak dua,tiga,empat menjak ni..
memang lah aku ada post entry tapi, tapi entry tu dipost tidak sepenuh hati...
bak orang sastera kata "tak dak rasa"...
Orang dapur kata "tak dak garam"
orang rumah kata "tak dak orang"

Kowang paham tak ni...? tak paham? okey tak pe lah..abaikan carutan aku tu.
Citer "my wife is driver" terpaksa ku perah otak waktu lunch untuk habiskan citer tu..
tapi malangnya tak habis-habis jugak..balik pada jalan buntu. otak merungut nakkan rehat..
okey..aku surrender..kang kena isi borang 'taman bahagia' tak memasal aje.

Isu Palestin, aku post juga sebab hatiku sayu mengenangkan nasib mereka. Posting untuk peringatan kawan-kawan blogger..walaupun korang dah tahu,nak menyibuk juga kasi taw..
'dasar sampah blogger world'..mAAFKAN aku..sob3x :(

Kalau korang perasan, hari ni jer 3 entry aku post, 
kalau perasan lah, tak perasan pun tak apa lah..

Dan aku kini punya tanggungjawab yang perlu aku lunaskan..
Beratnya umpama hutang Ah long...
Dosanya umpama mungkir janji...
Oh!!! Maafkan aku yang naif ini..

Poyo jer aku ni..tiba-tiba jadi poyo pulak..
Normally aku ni kiut jer..*pasan
Wasalam....cau lu bebeh!!!

assume jer aku kuit mcm ni....

in future,nak baby kiut mcm ni..kihkihkih*tiba-tiba lak




Artis kutip derma


Kekejama tentera rejim Israel di Gaza ternyata mendapat perhatian dan simpati masyarakat dunia. Di Kuala Lumpur, seramai 20 artis tempatan telah menganjurkan acara kutipan Amal Tabung Aman Palestin di Pavillion semalam. Usaha itu dilaporkan berjaya dan mengutip hampir RM10,000 hasil sumbangan ikhlas orang ramai. 

Menurut Irma Hasmie, pelakon dan Naib Pengerusi Usrah. "Kutipan yang dijalankan sekitar Bukit Bintang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan artis." 

"Mungkin tidak mampu untuk pergi berjuang di sana (Gaza) namun dengan apa yang kami lakukan sekarang merupakan perjuangan di dalam memperlihatkan sokongan kami yang tidak berbelah bahagi terhadap mangsa yang menderita di sana."
Program yang dianjurkan bersama Badan Aman Palestin itu disertai oleh artis antaranya Siti Nordiana, Yatt Hamzah, Iqram Dienzly, Salima (AF), Zoey Rahman, Anding (AF), Ayu Damit dan Roslan Shah. 
Mereka kini dalam perancangan untuk membuat solat hajat Perdana dan solat hajat selepas solat Jumaat di beberapa buah masjid yang akan ditentukan kemudian.

" My wife is Driver" - episod 7


Shark menguis lasagna di dalam pinggan di hadapannya. Makanan itu langsung tidak boleh diterima tekaknya. Kembang lain macam. Tuan Amar yang ambikkan untuknya sebentar tadi. Sekarang, mana Tuan Amar hilang dia pun tak tahu. Dato Alam? Entah, hilang juga. Tadi ada kenalkan dia sebagai isteri Amar dengan rakan-rakan terdekat dan saudara-mara. Kata Papa, ini majlis memperkenalkan dia sebagai isteri Amar dan juga majlis celebrate peningkatan keuntungan syarikat untuk tahun ni.

Shark mengeluh lagi. Apa jenis makanan orang-orang kaya makan ni? Nasi tak ada ke? Sesekali perut kosongnya memainkan lagu irama keroncong. Ish! Lapar pulak perut ni.

“ Kenapa?” Amar bertanya setelah mendapatkan tempat di sisi Shark. Shark yang terkejut dengan kehadiran Amar mengerutkan dahi.

“ Kenapa, apa?”

“ Tu? Pegang perut? Sakit perut ek?”

“ Tak ada lah! Tuan, saya lapar lah! Nasi tak ada ke?” Shark merungut. Dari petang tadi sebutir nasi pun tak dijamahnya gara-gara ingin menjaga perut. Takut perutnya buncit ketika memakai gaun yang di beli Tuan Amar. Kang tak pasal-pasal dikata orang dirinya mengandung. Malu percuma aje!

“ Berapa kali saya nak cakap kat sini jangan panggil saya Tuan? Panggil saya ‘Hubby’, okey sayang?” Amar mengenyitkan mata kananya. Shark memandang ke tempat lain. Dah macam buaya miang. Sumpah!! Gerun!

Pantas ingatannya kembali pada pesanan Tuan Amar di rumah petang tadi.

“ Dengar sini Tomboi, kat majlis tu nanti jangan panggil aku Tuan, Panggil aku Abang ke,honey ke,hubby ke? Apa-apa aje lah janji panggilan selayaknya pada seorang suami. Faham?”

“ Suami!!” Shark senyum menyindir.

“ Apa?” Amar memandang Shark tekun,

“ Tak ada apa-apa!” Shark membetulkan tali gaun yang jatuh dari bahu.

“  Jom!!” Amar manarik tangan Shark dan menggengamnya erat.

“ Nak pergi mana ni?” Shark merelakan dirinya dibawa meninggalkan majlis.

Dua tubuh manusia memasuki lift dan bergerak naik ke tingkat 5  Shangri-La Hotel.
Amar membawanya masuk ke dalam salah sebuah bilik di hotel tersebut. Bilik yang luas dan cantik. Lengkap serba serbi. Shark tersenyum bahagia. Kelihatan di satu sudut bilik terdapat satu set bunga segar terhias cantik. Begitu juga dengan katil yang ditabur dengan bunga-bunga ros merah di atasnya dan terdapat 2 ekor burung angsa yang dibentuk mengunakan tuala putih. Wah!! Sangat kreatif, mengujakan dan romantic.


Romentik? Wajah Shark berubah pucat. Ditolehnya Amar yang sedang bercakap di telefon. Dipandangnya pulak pada katil yang penuh dengan taburan kelopak ros merah, tertulis perkataan ‘Honeymoon’ di situ. Jiwa Shark tidak keruan. Dia mendapatkan sofa yang terletak bertentangan dengan katil dan kaku di situ.

“ Shark!!…kejab lagi dinner....” Amar menoleh dan perasan dengan perubahan sikap Shark. Tadi senyum bukan main, ni dah pucat lain macam dah kenapa? Mata Amar tertangkap sesuatu di atas katil. 

Oh!!! Patutlah!!

Keching!! Idea nakal timbul dalam otak bijak Amar.

“ Sayang! Napa ni?” Amar mendekati Shark yang kaku di sofa. Tangan Shark digenggam erat. Mak oii!! Sejuknya tangan! Amar ketawa dalam hati.

“ Sayang, awak cantik sangat malam ni. Saya rasa, saya lah si arjuna yang paling bertuah sebab dapat memiliki bidadari dunia secantik dan se’hot’ awak. Tak sabar rasanya nak gauli awak. Rindulah!!”  Aduh! Apa jenis bahasa aku pakai ni. Sweet habis!! Tak cair tomboy ni tak tahu lah. Mungkin kena ambik kursus mengurat tomboy pulak.

Shark memandang Amar tidak berkelip. Jantungnya berdegup hebat bak Ombak Rindu. Badannya terasa seram sejuk dari kaki naik ke otak. Mukanya terasa sejuk beku. Gamaknya, kalau ditoreh tidak berdarah. Terasa seperti mahu demam pun ada. Apa kena dengan Tuan Amar malam ni, dah kena sampuk ke apa ni? Cakap pun dah macam orang mabuk cinta. Dia lupa ke aku ni siapa? Aduh!! Nak buat apa ni?

Amar memandang Shark dengan pandangan nafsu. Amar terasa hanyut dalam perasaanya sendiri lantas cuba merapatkan bibirnya dengan bibir isterinya. Shark terkejut dan rela dalam keterpaksaan. Ciuman mereka bersatu, sebelum…….

“ Arghh….!” Shark menolak tubuh Alam sehingga terduduk di atas lantai.

“ Aduh! Kau ni dah kenapa?” Amar menyoal keras. Bengang dengan tindakan tiba-tiba Shark.

“I want to pee!” Jawab Shark ringkas dan berlari masuk ke bilik air. 

Amar tersenyum, malu sendiri dengan keterlanjurannya sebentar tadi.

Di dalam bilik air, Shark mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri. Apa aku buat ni? Bodohnya!! Kalau tadi di apa-apakan aku macam mana? Kalau tadi dirogolnya aku..? Tapi…kenapa aku rasa nyaman aje tadi? Rasa timbul satu perasaan… Arrh!!! Bodoh lah kau Shark!

“ Shark, keluar lah! Ni dinner kau dah sampai, cakap lapar tadi?”

Ketukan bertalu di pintu menyedarkan lamunan Shark. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik air, wajah senyum sinis Amar dimuka pintu menjengkelkan Shark.

“ Apa?” Shark menyoal kasar.

“ Wakahkahkah…lawak lah!” Amar ketawa besar. Idea gilanya menjadi.


“ Giler!!!” Shark mendapatkan Dinner plate di atas katil. Baik aku jamu perut lagi baik.

Sementara Amar menghabiskan sisa-sisa tawanya sebelum menekan butang ‘ON’ remote control televisyen. Mereka sama-sama menghadap siaran yang terpampang.

 ~BeRsAMBUNG~



Wednesday, November 21, 2012

Wahai Umat Islam, mari mendoakan mereka!



Assalammualaikum sayang,
Rasanya semua rakyat islam sedia maklum apa yang sudah berlaku pada Negara saudara islam kita iaitu, Gaza.
Tindakan Israel melancarkan operasi “ Pillar of Defence” sejak minggu lepas amat tiada belas kasihan dan angkuh. 

Aku tahu, kita tidak mampu untuk membuat apa-apa, hanya mampu berdoa dan mintak pada yang kuasa supaya membantu saudara kita disana. Masakan tidak, Majlis keselamatan PBB tidak ada inisiatif yg sungguh untuk membantu..apa yg berlaku sebenarnya? Majlis besar pun tidak mampu menghentikan keganasan itu. 
Ya Allah kasihani lah rakyat Palestin.

Tapi tindakan berani Perdana Menteri kita bersuara memohon Obama bertindak mencari penyelesaian membendung keganasan itu sangat membanggakan. Sekurang-kurangnya ada suara keras yang membantah tindakan kejam Israel tu.. Harap Obama akan ..dan mampu untuk menghentikannya.

Tindakan artis kita, Faizal Tahir lelong trofi untuk mengumpul dana untuk membantu rakyat palestin juga amat dipuji. Tahulah aku ramai yang membantu rupanya. Kepada yang tidak mampu seperti aku, doakan saudara kita disana..

sekian,terima kasih..peace!!!!


Tuesday, November 20, 2012

Jom sambung "My Wife is driver"


“ Shark,jangan balik dulu, singgah butik Collection Beauty kejab.” Amar memberi arahan. Seperti Big bos lagaknya.

“ Nak buat apa, Tuan?” Shark menyoal laju. Pagi tadi Amar ada beritahu supaya datang mengambilnya awal, pukul 4.30 petang tapi tidak pulak beritahu hendak ke mana.

“ Huh! Kau ni jadi manusia jangan banyak tanya. Ikut aje lah cakap orang.” Amar menjawab geram. Terima aje lah dapat Driver perempuan ni, banyak tanya.

“ Baik Tuan!” Shark menjawab tegas sambil mengangkat tabik hormat. Sikit-sikit nak melenting. Dalam satu hari tak melenting tak complete hidup agaknya.

Amar tahu Shark memerlinya, tapi dia tak kisah. Kadang-kadang gelagat Shark menciut hatinya. Dia suka situasi itu.

**********

“ Yang kau terhegeh-hegeh lagi kenapa? Cepatlah try baju tu?” Amar memerhatikan gelagat Shark yang terpaku di satu sudut butik, seperti takut-takut saja.

“ Tuan, napa pulak saya nak kena pakai gaun ni? Geli lah tuan, tak sesuai lah!” Shark merungut. Seperti mahu menangis sahaja apabila disuruh mencuba gaun. Amar ketawa geli hati dengan riaksi Shark. Suruh cuba baju pun nak nangis, bukan aku suruh makan taik!

“ Try lah, kau kena ikut aku pergi dinner malam ni! Ramai VVIP datang. Tak kan aku nak biar kau pakai tshirt and jeans. Sesekali dress-up cantik sikit apa salahnya, sejuk sikit mata aku memandang.” Shark memegang batang lehernya yang meremang. Kenapa aku rasa lain macam aje kata-kata dia ni? Lembut dan sejuk saja, tidak seperti kebiasaan kasar dan menyakitkan.

“ Alah, tak payah lah tuan! Macam biasa aje lah, saya hantar tuan dan tunggu tuan kat luar. Simple! Tak payah nak membazir duit beli gaun bagai, dah lah mahal!” jawab Shark sambil membelek tag price.

“ Eh! Duit aku suka hati aku lah nak beli ke apa ke. Kau pakai sudah! Dah jom balik, gaun ni aku beli, size M ‘cantik’ dengan badan kau kan?” Amar mengambil gaun dari tangan Shark dan memberikan pada pekerja butik itu untuk dibungkus. Shark menarik muka masam.

*********
Pintu bilik diketuk dari luar, shark mengeluh berat.

“ Kejab!! Shark menjerit kuat. ‘ Dia ni kalau tak menyusahkan aku tak sah. Ish!! Gaun ni, aku nak jalan pun susah!’ Shark membebel sendirian. Pintu bilik dibuka.

Shark terpana. Siapa perempuan ni? Pengganti aku malam ni ke? Yes!!!

“ Hai akak! Saya Meera, adik sepupu abang Amar! Abang Amar suruh datang make-up akak. Malam ni dinner company kan?”  Soal Meera ceria.

“ Make-up?” Shark mengaru kepala yang tak gatal. Ah! Sudah. Matilah aku, Amar serius nak aku nampak cantik malam ni.

“ Eh! Masuklah Meera.”

1 jam kemudian...

“ Wah, cantik la akak! Macam sari Yanti kan?” Shark melihat wajahnya di cermin, tidak berkelip mata melihat bayangan wajahnya yang kini berubah hundred percent. Aku ke ni?

“ Tapi, Meera tak rasa pelik ke? Akak rasa tak selesa la Meera!” Shark memandang Meera,memohon simpati gadis itu.

“ Mana ada pelik, kak! Cantik lah! Ni kalau abang Amar tengok comfirm terkeluar bijik mata ni.” Meera ketawa dengan kata-katanya sendiri. Manakala Shark automatic mukanya berubah merah, terserlah blusher dipipinya.

Make up tidak terlalu tebal, hiasan tidak terlalu sarat, sekadar anting-anting labuh dan rantai leher. Simple tapi tetap menyerlah. Rambutnya yang pendek didandan rapi sedikitpun tidak mencacatkan penampilan. Bahkan gaun pink lembut berpotongan luas didada menyerlahkan lagi kecantikkan Shark. 100% wanita sejati.


“ Jom turunlah?” Ajak Meera. Rasanya sudah terlalu lama Abang Sepupunya tunggu kat bawah.

Hati-hati kaki Shark memijak lantai tangga. Takut dia tersungkur gara-gara kain gaun yang dipakai terlalu kembang semangkuk. Sambil dia turun, sempat Shark memandang ke arah Dato Alam dan Tuan Amar yang memandangnya tidak berkelip. Ish! Dia ni, tak boleh tutup sikit ke mulut tu? Over bebenor, lalat masuk kang? Kelakar rasanya Shark yang perasan mulut Tuan Amar sedikit tergangga melihatnya.

“ Cantik tak Abang?” Meera berlari mendapatkan Amar yang memandang sejak tadi.

“ Urmm…Boleh lah! Orang kalau dah jari tu berseni, buat apa pun cantik.” Amar mencuit dagu Meera, memuji hasil kreativiti adik sepupunya itu.

“ Bukan sebab seni Meera ni la abang! Sebab si empunya badan tu dah memang cantik,taw?”

pix pinjam abg google aje...

“ Yelah tu!” Amar mencebik bibirnya. Sukar untuk dia mengakui yang isterinya memang cantik. Selama ini kecantikkan itu diselindung disebalik imej tomboinya itu. Dia yakin Sharkirah bidadari untuknya. Dia akan pastikan malam ini menjadi milik mereka. 

Saturday, November 17, 2012

" My wife is driver"..lagi sambungan


“ Nah!!” Amar mencampak selonggok baju ke arah Shark.

“ Apa ni Tuan?” Soal Shark hairan.

“ Baju aku lah! Kau kena basuh.”

“ Mak Jah kan ada?”

“ Mak Jah tu kan dah tua, takkan dengan orang tua kau nak zalim?” Sergah Amar memandang Shark. Dia ketawa dalam hati, suka dapat mengenakan wanita yang kini sudah sebulan dinikahinya.

Masam muka Shark mengutip baju-baju yang berselerak di lantai. Dia zalim tak  apa, aku zalim tak boleh! Terkumat kamit mulutnya menyumpah Amar.

“ Dah, tak payah nak mengomel, buat kerja kena ikhlas baru diberkati Allah.” Shark mencebik. Nasihatkan orang pandai, Puihh!!!
**********

“ Hoi,bangun!!” Bahu Shark ditolak kasar tapi sedikit pun Shark tidak terjaga. Nyenyak nampak tidur. Ni nak aku pakai bom atom ke bom angin ni?

Amar memerhatikan separuh inci tubuh isterinya. Dari wajah, menjalar ke leher dan terus ke bahagian dada. Bergetar naluri lelakinya tatkala matanya memandang bibir merah isterinya. Amar terkesima. Terasa ingin mengucup bibir itu. Cantik juga isteri aku ni! Kulitnya putih bersih. Walaupun berperwatakan kasar Shark tetap menawan dan mempunyai tarikan yang tersendiri. Amar rasa dirinya sudah jatuh cinta.

Amar sedar, dia seringkali melayan Shark agak kasar dan biadap. Bukan kerana dia benci tetapi hanya sekadar suka-suka dan ingin menguji sejauh mana kesabaran dan kekuatan wanita dihadapannya ini.

“ Shark!!” Jerkah Amar

“ Ergg…awak,tolong saya wak!” Shark merengek katakutan

Amar terkejut dengan respon itu. Mimpi ngeri apa minah ni? Nangis bagai.

“ Hoi!!”

“ Hahh, Tuan?” Shark yang terkejut dengan sergahan itu mengesat-ngesat kelopak matanya. Dia ke lembaga yang cekek aku tadi?

“ Magrib-magrib kau tidur. Hantu jebon mana yang cium kau agaknya, merengek macam orang kena ehem..ehem...” Amar menahan ketawa dengan selorohnya sendiri.

“ Tuan nak apa ni?” Shark menyoal geram..

“ Eh, marah? Dah kau jangan nak tidur lagi, bangun mandi, solat, lepas tu turun bawah.”

“ Tak nak lah saya.”

“ Eh, aku kahwin kau bukan untuk melawan aku tau? Kau nak kena pukul?” Amar menunjukkan isyarat tangan. Serius!!!

“ Tuan ingat saya kuda kepang ke, nak pukul-pukul pulak!”

“ Turun lah, kita makan sama-sama.” Soal Amar penuh mengharap.

“ Saya diet lah.” Tak kuasa aku nak makan dengan babun bontot merah, membebel macam pompuan. Kang tak pasal-pasal aku mati tecekik.

“ Dey, tangachi! Tak payah nak diet sangat lah. lepas siap turun makan. Aku tunggu kat bawah. Ini arahan,paham?” Shark terkesima. Matanya tidak terlepas memandang gelagat pelik tuannya sehinggalah pintu bilik ditutup. Tiba-tiba nak aku teman makan ni dah kenapa?

*********

“ Wah!! Banyaknya lauk Mak Jah? Ada terung goreng pedas, kangkung goreng, ni apa ni? Sayur pahit tu, apa nama? Alah lupa lah…” Shark memegang kepala dengan kedua-dua tangannya cuba mengingati nama sayur.

“ Rezeki orang yang suka berbakti pada tanah, Irah! Buah peria!”

“ Hah!! Betul tu, Peria!” Shark bertepuk tangan gembira dengan jawapan yang keluar dari mulut Mak Jah.

“ Eleh, macam budak-budak. Mengada-ngada.” Ucap Amar selamba. Sementara Shark buat-buat tak dengar.

“ Eh, Mak Jah napa panggil saya Irah? Shark lah mak Jah!”

“ Irah kan lebih sedap didengar, orang putih kata sweet.”

“ Hahaha…macam-macam lah Mak Jah ni.” Shark tersenyum. Dia tak kisah mak Jah memanggilnya dengan nama Irah Cuma dia terasa sedikit kekok. Dia lebih terkenal dengan nama Shark, sebab nama itu lebih serasi dengan gaya dan penampilannya.

Shark menceduk sedikit sayur kegemaran, peria goreng ke dalam pinggannya.

“ Woi!!” Shark yang ingin menyuap nasi ke dalam mulut terkejut apabila dijerkah Amar. Shark memandang Amar hairan.

“ Kau tak reti-reti nak ceduk lauk untuk aku ke? Kau pikir perut kau aje yeh?”

“ Loo…nak makan pun kena cedukkan ke?” Shark menyoal bodoh.

“ Haruslah, kau tak belajar cara-cara nak layan suami di meja makan?”

“ Suami? Loo..babun bontot merah ni suami saya rupannya? Aloh..loh abg sayang mucuk tu, meh anje cedukkan lauk yeh?” Shark berkata selamba lalu menceduk sedikit sambal ikan bilis petai ke dalam pinggan Amar.

Pix cute ni amik kat blog dia ni

“ Sambal ni nampak PEDAS, Kalau tak TAHAN jangan makan!” Pedas sambal ikan bilis petai tu, pedas lagi sindiran Shark. Amar mengadap makanannya tanpa menoleh. Mukanya rasa bengkak dan panas. Malu beb!


Friday, November 16, 2012

Lelaki simple tapi Perempan complicated


Assalammualaikum dan hello..hello my reader!!(kalo ada lah)
Sejak 2,3 hari ni,aku agak buzy sikit,sampaikan nak update blog pun malas tp still blogflying sikit2x…amik kau tahap kemalasan aku smpai flying terus xdenya nak jalan-jalan lengang punggung lg dah. Cuma hari ni line super clear mcm kat restoran lineclear kat tepi balai polis bayan lepas..line kat situ memang clear wa nak ckp kat lu. Lu nak skodeng abg polis pun boleh..

Okey,mengarut. Balik kepada citer aku. sebab apa? Sebab bos besar xada, staft akaun department pun xada..dekat ofis just ada 4 orang including me..amacam..best kan.kerja pulak tak banyak yg datang. Mostly relex jer lah..kan? and..and..pakat-pakat kirim beli brg mkn kat 99 and buat parti mentekedaqah kat ofis..amboi kau olang mentang-mentang bos besor xde kan..ngulat jerk!!

Meh aku nak story satu kisah perempuan dan lelaki. Baca tajuk pun kowang dah paham kan apa yang aku nak story mory ni..yah!!!aku tahu kowang memang bijak..

Dulu, mana-mana aku pergi slalu sangat aku jumpa si lelaki pakai tshirt tertulis “no women no cry”. Rasa macam nak siku jerk si lelaki tu. amboi buruk bebenor ke perempuan ni sampai nak twin kan pompuan dengan air mata? Kuang cerdik sikit dulu,so angin satu badan kalo dengar statement mcm tu.

So bila aku dah clever sekarang, aku dah paham dah kenapa pompuan di twin kan dengan air mata. Ini kerana pompuan murah air matanya. Ini bermakna perempuan pemurah,anggap jer lah cm tu yeh?

Satu kisah cinta dimana cinta sepasang kekasih ni dihalang orang tua. Orang tuanya menghalang tu bersebab tak ada lah over sangat mcm citer kasim selamat tu. Orang tua menghalang kerana si lelaki tidak punya kerja tetap…sekadar keje part time bandaran yang angkut sampah pepagi tu..(aku pun xtaw nak mention cmne)... Kata orang tua si pompuan tu cari lah yang lebih menjamin masa depan. Tapi kalau dah cintun sangat sama-sama cari jalan ke arah hidup yang lebih stabil. Maksudnya si lelaki tu kena cari kerja tetap lah kan ataupun cari inisiatif lain untuk ke arah kecemerlangan hidup dia agar nanti dia mampu menanggunag anak bini….so jangan kahwin dulu. aku paham maksud orang tua si pompuan tu actually.hehe..eh mcm sedara pulak ngan family ni..

Tapi disebabkan overdos terhadap subject kefahaman “cinta perlukan pengorbanan dan penerimaan” kata si pompuan tu. Kononnya dia sanggup menerima si lelaki ni apa adanya dan berkorban diri untuk hidup dalam kesusahan..*Poyo la pulak ayat aku ni..

Tetapi, lain pulak dengan apa yang difikirkan si lelaki. “ cinta aje xmampu bagi makan anak bini” dan dia pun buat decision nak tangguhkan dulu keinginan berkahwin tu. dia nak stabilkan hidup dan kewangan dulu. Si lelaki dapat permohonan untuk jadi polis, keje kerajaan best, banyk dapat bonus..wakahkahkah..

Si pompuan kecewa dan mula melancarkan sesi membazirkan air mata besar-besaran. Kononnya si lelaki telah menkhianati cinta suci antara mereka dan memecahkan arca kasih mereka…

Mana janji manis mu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saatku terpuruk sendiri

2 tahun kemudia si lelaki pulang ke tanahair,tanah tempat tumpah darah ibu melahirkannya…berniat mahu menyunting bunga kertas yang disimpan lama (bunga hidup cepat layu).. tetapi alangkah terkejut beruknya si lelaki apabila mendapati bunga yang ingin disuntingnya sudah gelap hidupnya..bukan duduk kat lorong gelap atau kahwin dengan kongsi gelap tapi sudah hilang penglihatannya...see?? women always complicated.

Si lelaki telah membeli sepasang tshirt bertulis “pompuan memang menyusahkan”..
(okey,yang ni aku mengarut jer,abaikan statement tu)

Nampak tak apa yg aku cuba sampaikan??


Lelaki seorang yg simple…teruskan hidup dan menyahut kata-kata owang lain sebagai cabaran ke arah perubahan yg baik. Sering abaikan perkara yg melibatkan soal perasaan.

Perempuan yg complicated…berfikiran mendalam tahap perigi buta dan melakukan sesuatu yang unexpected. Sebab tu lah dikatakan tangan yang menghayunkan buaian mampu mengoncangkan dunia..

Warning: Lelaki diluar sana sila takut dan respect dengan kami (pompuan)..wakahkahkah…

p/s: Entry tak sampai mission….*lupa apa yang nak disampaikan,,

sambung lagi "My wife is a Driver"


“ Shark, sabar dulu..dengar planning aku”

“ Planning apa? Tuan ingat saya apa?” Amar meraut wajahnya, parah! Amar memelingkan tubuh Shark mengadapnya.

“ Kau dengar! Aku tengah susah sekarang ni, kau aje yang boleh tolong aku.”
“ Susah apanya? Okey aje saya tengok.”

“ Aku tengah susah hati lah!! Aku tak nak kahwin! Tapi papa aku tu beria sangat nak menantu sampaikan sanggup bermenantukan perempuan bermasalah tu.”

“ Perempuan bermasalah? Siapa?”

“ Qarena! Aku sanggup dijadikan korban tau daripada kahwin dengan perempuan gedik tu.”

“ Kalau macam tu, Tuan jadi lembu lah! Raya haji dah nak dekat ni.” Shark membuat lucu. Dia pun kurang pasti apa yang perlu difikirkan. Bercelaru otaknya. Nikah kahwin ni bukan perkara yang boleh dibuat main.

“ Aku tengah serius ni, boleh pulak kau buat lawak kan?” Amar bengang. Kalau bukan papanya yang asyik mendesak tak ada maknanya dia nak merayu merayap pada gadis driver ni.

“ Eh, marah pulak? Tuan yang buat masalah, tuan lah yang selesaikan. Berterus-terang aje lah dengan uncle tu, kan senang?”

“ Tak bolah! Ah,Aku tak kira, suka atau tak kau tomboy kena kahwin aku juga. Lagipun kau dah sign kontrak.” Shark mengerutkan dahinya, memikirkan perihal kontrak yang dikatakan Amar.

“ Kontrak? Kontrak apa pulak ni?”

“ Kontrak yang mengatakan kau akan kahwin dengan aku sekiranya diterima bekerja.”

“ Gila! Bila masa pulak saya sign kontrak bagai ni?”

“ Masa kau sign letter of offer tempoh hari?”

“ What? Are you killing me!”

“ Yup, dan itulah syarat yang aku tak sempat cakap tu, erkkk…actually terlupa nak cakap. Satu lagi, kalau kau tak ikut perjanjian tu, kau kena bayar aku 100 ribu.” Amar sengih.

Yes! Kemenangan berpihak kepadanya sementara Shark jatuh terduduk di lantai bilik tamu. Amar membawanya ke situ setelah mencetuskan kejutan di ruang tamu sebentar tadi. Tiba-tiba Shark terasa bilik tamu itu sunyi dan gelap, tiada lagi kedengaran suara Mohd Amar Ashraf.

********
Shark membuka matanya, kelihatan kipas  siling berputar laju dan sekeliling ruang bilik sunyi dan tiada seorang pun di situ. Eh! Aku kat mana ni? Aku tertidur ke?

“ Dah bangun?” Suara Amar dimuka pintu memecahkan kekeliruan Shark. Shark menutup badannya sehingga ke paras dada dengan comforter.


“ Tuan buat apa dengan saya?”

“ Kau jangan nak perasan, tak bernafsu punya aku dengan kau. Nama aje gangster, sebut pasal kahwin aje pengsan. Lemah semangat!”

Shark menyelak kasar dan menendang comforter yang menutupi tubuhnya. Dia dah ingat tentang semuanya, tentang kontrak yang membunuh masa depannya. Entah kutu berok mana yang kasi idea dia buat kontrak gila tu? Menyusahkan orang!

Shark bangun ingin keluar dari bilik itu.

“ Eh..Eh! nak pergi mana tu?”

“ Balik lah! Apa lagi?”

“ Eh, tak payah! Mulai malam ni kau stay aje dengan aku, kita kan nak kahwin?”

“ Saya tak kata setuju nak kahwin dengan Tuan?”

“ Kenapa? Kau nak bayar aku 100 Ribu?” Shark bengang dan mendekati Amar. Bertentang mata seketika mereka sebelum merapatkan bibirnya ke telinga Amar.

“ Arghh!!!!! Ambik kau. Rasakan jeritan berkapacity tinggi comfirm pecah gegendang telinga. Puas hati aku!

Amar menahan sabar. “ kau simpan aje lah jeritan kau tu untuk malam pertama kita yer sayang!” Amar berlalu. Apa jenis perempuan lah dia ni? Cair taik telinga aku.

***************


~Sambung la~

Monday, November 12, 2012

हमारी प्यारी ब्लॉगर्स को दिवाली बधाई

Assalammualaikum kalian semua yg tercinta,blogger sekalian..
Happy deepavali pada semua blogger..
Happy cuti-cuti pada yg pergi bercuti..
Jemput dewali kat rumah yeh!!! maruka xde lah keropok ada lah..

Kowang nampak ucapan dewali kat atas tu?
cer teka apa yg aku ucapkan..
sapa yg kasi jawapan paling tepat dan terawal aku kasi special gift..amacam??ada bran??
hahaha....clu2xnya ada pada apa yg aku tulis dalam entry ni..(paham tak??)

pape pun Happy Deepavali pada semua rakyat malaysia..
1 Malaysia 


p/s: Teka teki sesaja jer,xde paksaan...
Kowang sambut dewali pegi mana ek?

My baby born yesterday


Aku curi masa bersiaran hari ni untuk ucapkan tahniah buat kawan aku kerna bawu sahaja mendapat cahaya mata sulung pertama..(dah sulung,pertama pulak)..
petang semalam 11.11.12. lagi 2 hari jer nak sama dengan besday dia 13.11.12. klu tak leh sambut beday sama-sama 1 family. Owh!!xsilap aku husband dia pun bulan 11. 16.11.12 kot..
klu tak silap aku lah…(memandai je aku ni..)
Dia dapat baby lelaki,beratnyer 2.8..wow!!berat gak tu,agak mengejutkan aku koz last check doc dulu katanya anggaran berat just 2.1 jer. Alah,nama pun anggaran kan?
Tahniah dear!!!
Tahniah!!!tahniah lagi!!!
Okey,congrat pulak!!!
Jom g wusya blog dia si mummy bawu

pix pinjam google ni..

Kat bawah pulak dialog antara aku dan colleague aku, 
kami si untie yg xcited bebenor!!

Nori: k.shidah jd maklong,aku mokcu.. hang ape hawa?hehe
Aku:Aku akak comey..hahaha
Nori: Wahahahahaha....
Aku: Ahaha..aku ateh ah!
Nori: Mokcu jugak paling comel..huhuh
Aku: Wakahkahkah..(gelak guling2x)..pasannyer ko!!




Thursday, November 8, 2012

KISAH SI KECIL ITA

Assalammualaikum...
Aku rasa penat sikit hari ni,koz banyak kejer yg perlu dibuat. tak menang tangan dibuatnya.
Tapi..tapi..tapi jejari runcing aku gatai jugak nak update*masalah toi..wikihkihkih

Aku curi-curi blogwalking,degil tak aku??*okey,aku budak baik!!
aku kongsi satu citer pasal si kecik ni,aku dah xingat mana member ofis aku dpt. dia copy and email kasi aku. so,aku nak copy paste jer. maaf lah ek kalau citer ni citer kowang punya..aku pinjam.leh kan???aloh..so sweet,sayang kowang!!!

Citer ni sesuai untuk bacaan dan peringatan para ibu/bapa diluar sana.

-------------------------------------------------------------------------------------
Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan…mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya…

Kisah Si Kecil Ita…

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. 
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah. 
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. 
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, ‘Siapa punya kerja ni?’ Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. 
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan ‘Tak tahu… !”Saya tak tahu Tuan..! 
”Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik si isteri lagi. 
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantik kan !’ katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. 
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. 
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. 
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . 
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. 
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. 
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. 
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak. 
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. 
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita demam… ‘ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu. 
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. 
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata majikannya itu. 
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 
‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 
‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. 
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. 
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. 
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata… 
‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. 
‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. 
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis…. ‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu. 
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.. 
“Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda….” (,”)(“,)

p/s: Bertakung air mata aku baca citer ni*tak tipu!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...