Friday, September 28, 2012

Aliff Satar, My hero this year!

Kenal dengan Aliff Satar?

Jom baca serba sikit pasal mamat ni..hahaha..

Biodata Alif Satar

Nama penuh: Muhammad Alif bin Mohd Satar
(umm..simple & sedap bunyi)
Tarikh lahir: 19 September 1990
Usia: 21 tahun  (Muda lagi) 
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik

( aku anak keempat..kuang..kuang)
Kerjaya: Penyanyi, pengacara, pelakon (Penulis)
Album: Jangan Nakal (sangat nakal)
Drama: Dendam, Suria Di Cordoba, Cuak
Program: Remaja, Chop!, Idola Kecil, Siapa Pintar
Teater: Peterpan The Musical


Pasal My Hero

- My hero ni pemenang tempat ke-3 dlm program realiti One In A Million (2006)

- Seorang penyanyi tapi berbakat juga dalam lakonan, penulisan dan pengacaraan.
- Penulis novel berjudul 'Bagai Sejuta' (2007)
- Sangat bagus dalam bidang pengacaraan (terbaek !!)
- Pernah merekod satu lagu duet bersama seorang penyanyi Filipina, Julia Abueva untuk lagu inggeris  
  berjudul Timeless.
- Telah merakamkan satu video tentang paranormal aktiviti untuk rancangan Mastika Logika yang 
  disiarkan di Astro Prima bersama-sama Intan Liyana.
- Tapi xtahulah napa sunyi jer sekarang ek? ada sesiapa yang tahu?
- Nak tahu napa he is my hero? becoz i fall in love haha..baca sini












Thursday, September 27, 2012

Siapa wanita Cantik?



 1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
 3.Tertawa saat hati sedang menangis
 4.Tabah di saat terhina
 5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
 7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…
Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjayamemanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Sumber: aidanatasya

Tuesday, September 25, 2012

10 Tanda Wajib Kahwin



Anda rasa sunyi dan sepi walaupun dikelilingi ramai orang?
Tekan ON SUNYI untuk mencari bahan buat anda ketawa.  
Anda rasa jiwa kosong dan tidak terurus?
Tekan ON HAWA untuk mengetahui punca sebenar jiwa anda kosong.
Kenapa ON HAWA? Sebab sedara kembar kepada hawa nafsu..hehe

Masih tak dapat jawapan pada kekosongan jiwa anda?
Buka luas mulut anda dan Bulatkan mata anda untuk membaca info ini..

Tengah BW, tiba-tiba terbaca satu entry pasal tanda-tanda orang sampai seru nak kawen.
Bila ditilik-tilik tanda2x ni macam dah tertembak batang hidung sendiri pulak. Tapi I think setiap orang ada tanda-tanda seru Snd. Bhd. kot. Yeker? Yelah kot. Tak caya Tanya lah kat orang yang dah kawen tu.

Dah, mulut leh tutup, bukak lelama lalat tumpang kot. Bukak mata jer okey…

Tanda 1: Rasa sunyi di hati

Apabila seseorang itu rasa sunyi sedangkan ramai orang di sampingnya, itu tandanya dia dah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan disisi buat lawak jenaka tapi sikit pun kelucuan tu tak mampu mengubat kekosongan di hati. Ini dikatakan disebabkan oleh wujudnya ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil ‘buah hati’.
So, sesiapa yang ada perasaan sunyi yang pelik ni, dia wajib kawen bagi mengelakkan penyakit yang lebih berat.
  

Tanda 2: Kehidupan yang tidak terurus

Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk kita beramal dan beribadah kepada PENCIPTA. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bg mendapatkan ganjaran Syurga. Malangnya, kehidupan tidak terurus, keadaan rumah bersepah, baju tak dibasuh, makan pakai tidak teratur. 
Makan ikut dan ja. 
Baju pakai asal boleh ja. 
Boleh mengundang masalah sampingan lain. 
Jadi orang macam ni diwajibkan kawen. 
Perkahwinan akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan yang baik dan bersistematik.  


Tanda 3: Jiwa menjurus pada lawan Jantina

Sekirannya anda ada rasa satu perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina maknanya ada daya tarikan kat situ. Bukan tarikan magnet yer. 
Jika hati dan jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka itu termasuk dalam golongan yang wajib kahwin.
ALLAH berfirman:

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir." - Surah ar-Rum: 21


Tanda 4: Hilang focus apabila wujud lawan jantina

Hilang focus atau lemah tumpuan adalah perkara biasa berlaku pada orang bujang. 
Hal ni berlaku sebab mereka kerap memikirkan soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi masyarakat sekeliling. 
Akibatnya memberi kesan pada tugas mereka seharian. 
Mereka yang mengelami gejala hilang focus ini adalah berpunca dari factor psikologi serta perasaan tidak stabil. 
Umumnya penyakit ini berlaku sebab kekurangan kasih saying dan belaian manja. 
So, ubat mujarab panyakit ini adalah berkahwin.


Tanda 5: Cemburu melihat kebahagian orang lain

Seandainya anda mempunyai perasaan cemburu melihat kebahagian rakan anda dalam perkahwinan mereka, itu tandanya anda wajib kahwin bagi mengelakkan perasaan hasad dengki dan mengelakkan  perbuatan yang menjurus pada keburukan.


Tanda 6: Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak

Ini sering berlaku pada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Dimana wujudnya perasaan keibuan dan kebapakan dalam sanubari. 
Sifat sukakan kanak-kanak dan keinginan untuk memiliki keluarga sendiri.


Tanda 7: Jatuh cinta pada seseorang

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga perasaan minat dan suka. 
Ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan sebab cinta itu anugerah ALLAH. 
Jalan keluar untuk menikmati cinta sempurna adalah melalui perkahwinan.


Tanda 8: Desakan hawa nafsu

Biasa terjadi pada lelaki dan perempuan yang baru mencapai usia remaja. 
Mudah tergoda dan teruja dengan lawan jantina. 
Selain itu, golongan dewasa lelaki yang mencapai usia pertengahan juga kerap mengelami desakan ini. Kalau kes ni kena hati-hati. Kes ni lah leh timbul cerita madu 4…hehe

Hah, kan dah wajib ni!-Gambar Hiasan jer...

Tanda 9: Beronani

Satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam. Firman ALLAH dalam AL-QURAN:

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas." - Surah al-Mukminun: 5-7

"Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal." - Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa'i dan Ahmad.



Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat,bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.


Tanda 10: Dorongan untuk melakukan hubungan intim
ALLAH Berfirman:


"...Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja..." - Surah an-Nisa' : 3.

Monday, September 24, 2012

Cintamu Membunuhku!


Saya sedar wak ! saya banyak kekurangan. Mungkin pada awak saya tak mampu membahagiakan awak. Tapi demi Allah saya cuba yang terbaik untuk menyenangi awak. Saya sayang awak!

Masa tu saya ingat lagi, kita kenal kat Friendster. Cinta  kita macam cinta Friendster. Remaja seusia kita masa tu gila Friendster.

Awak suka cari pasal dengan saya dalam laman social tu. Awak kutuk setiap gambar saya. Saya geram, saya marah. Saya balas balik apa yang awak buat kat saya. Lama-lama saya jadi suka dengan perhubungan itu.

Awak mintak yahoo ID saya. Lepas tu kita berhubung melalui Yahoo messanger pulak. Awak cakap sukew saya dan melamar saya jadi girlfriend awak. Saya terima sebab saya pun sukew awak.

First date kita, awak bawak saya naik puncak gunung jerai. Kita bahagia di atas sana dan jadikan tempat tu puncak cinta kita. Tempat tu menjadi saksi cinta saya pada awak.

Waktu saya kat johor, awak datang jumpa saya. awak cakap windu sesangat kat saya. saya terharu, awak sanggup datang walaupun jauh untuk dapatkan saya.

Cinta saya kat awak tambah mendalam. Saya nekad nak hidup dengan awak. Nak kawen dengan awak. Nak lahirkan zuriat awak. Pengorbanan awak bukti cinta pada saya.

Selepas saya habis belajar, saya balik Kedah. Saya tak dapat contact awak. Friendster awak pun dah tak aktif. Saya wisau benda tak baik jadi kat awak. Sehari lima kali saya doa awak bebaik jer. Saya mintak Allah lindungi awak. Saya mohon Allah lembutkan hati awak hubungi saya.

Satu hari,saya dapat mesej dari awak. Awak nak jumpa saya kat puncak cinta kita. Saya pergi ke puncak tu dengan hati riang gembira sebab dapat jumpa awak lagi. Tapi, saya terkejut. Ada perempuan lain dengan awak. Awak dan dia Nampak mesra. Saya Tanya awak siapa dia? Awak cakap girlfriend baru awak. Awak cakap lagi cinta awak pada saya dah pudar.

Saya sedih, saya marah. Saya tak dapat kawal emosi. Saya tolak awak, saya tarik rambut perempuan tu. Saya marah dia sebab rampas cinta hati saya. Awak tampar saya, awak panggil saya perempuan sundal. Awak pertahankan perempuan tu. Saya rasa awak lelaki jahat.

Saya menjerit terlolong sambil pukul-pukul dada awak. Saya benci awak. Awak hancurkan hati saya. awak tepis tapi tubuh awak tetap jadi mangsa saya. Tak cukup dengan tu, awak tolak saya untuk menjauhkan diri dari saya. Saya rasa saya jatuh jauh macam diawangan. Perut saya rasa sakit. Rupanya pedih tertusuk bonggol pokok kecil. 

Saya rasa sakit sangat. Saya tahu awak tak sengaja. Saya Nampak awak jauh. Awak tengok jer, tak tolong saya pun. Hati saya hancur. Awak tak cinta saya lagi. Saya pejamkan mata rapat. Saya rasa penat sesangat. Saya penat mencintai awak. 


p/s: 80% rekaan semata-mata.


Thursday, September 20, 2012

Kecundangnya Cinta Sahabat-Scene 6


“Tie aku dah nak pergi nie.” Suhana menahan sebak didada. Sesungguhnya dia amat terharu kerana tercampak jauh ke negeri orang. Di sini Kedah merelakan pemergiaannya dan di sana Sabah mengamit kedatangannya. Di sini, dia akan meninggalkan insan yang disayanginya dan di sana belum tentu ada insan yang sudi menyayanginya.

“ Pegi lah aku tak halang ang pun.” Ada senyuman mengusik di bibir Tie. Sesungguhnya dia amat terharu pemergian seorang lagi sahabatnya untuk meneruskan perjuangan masing-masing sebagai pelajar. Dia juga akan pergi seperti mereka untuk meneruskan perjuangan yang sama cuma bezanya hari ini dia menangisi pemergian Suhana tetapi besok hanya keluarga yang menangisi pemergiannya.

“ Aku sedih nak pergi jauh, takut pun ada. Sedih nak tinggal ang pun ada.”

 “ Dah lah tu Na, jangan nak touching sangatlah. Kalau ang tak tinggal aku hari nie, besok aku tinggal ang jugak.

 “ Ang tak mau hantar aku ka?”

“ Tak lah Na, sorry okey. aku ada hal belum settle. Aku pun tak habis packing g nie. Besok pagi dah nak bertolak. Lagipun aku takut kat sana nanti aku nangis nak ikut ang pulak hehehe…Kat KLIA nanti Yooh hantar ang kan?”

 “ A’ak…Gee pun nak hantar aku gak. Dia hantar aku sampai kat KL.”

 ” Oooh..ya ka? Nanti kirim salam rindu kat Yooh eh?” Suhana dapat melihat dengan jelas perubahan wajah Tie apabila nama Gee disebut. Mungkin Tie risaukan dirinya yang masih tak dapat melupakan nama lelaki itu. Dia tahu dia perlu jelaskan pada Tie bahawa dia rapat dengan lelaki itu tak lebih dari sekadar kawan biasa selepas kehancuran hubungan mereka.

“ Tie, aku dengan Gee dah jadi kawan sekarang nie. Tak lebih dari tu. Ang jangan risau okey, aku tau apa yang aku buat.” Tie hanya senyum mendengar penerangan dari Suhana. Tidak dapat dinafikan dia agak tenang apabila persoalan yang dalam benaknya selama ini terjawab.

 “ Aku tak dak hak nak kawal ang Na. aku Cuma ambik berat pasal ang. Aku tak mau ang nangis lagi. Buat lah apa yang ang rasa betul.”

xxxxxxxxxxxxxxxxx

“ Kau nie napa Tie? Masa makan jangan mengelamun, nanti tercekek baru tau”. Suhana agak pelik dengan sikap teman rapatnya sejak kebelakangan ini. Kerap sangat dia mengelamun sendirian, seperti ada sesuatu  yang masih membebankannya. Apabilla ditanya katanya tak ada apa-apa. Lantas sebagai kawan yang bimbang dengan perubahan sikap yang mendadak nie dia mengajak Tie launch bersama-sama, agar Tie mahu bercerita dari hati ke hati. Sebagai teman yang sudah lama mengenali antara satu sama lain dia perlu tahu isi hati Tie yang sebenarnya. Sikap Tie yang tidak mahu bercerita hal dirinya amat membimbangkan mereka sejak dahulu lagi. Kerana itu lah mereka 4 sekawan tidak begitu tahu mengenai siapa teman lelaki Tie dulu dan kini.

            “Tak dak papa lah, aku ok ja”. Tie mengeluh perlahan. Perlukah dia menceritakan perkara yang sebenar? Apa yang akan berlaku sekiranya dia memberitahu perkara yang telah lama dia simpan? Perlu ke dia bocorkan perkara yang telah bertahun-tahun dia simpan kemas. Berbalaoikah? Tidak!! Dia tak perlu bocorkan hal itu, biarlah perkara itu menjadi rahsia, biarlah dia simpan sendirian. Dia tak mahu kerana perkara yang telah bertahun-tahun lamanya diungkap akan menjejaskan hubungan baik antara mereka. Ternyata dia telah mengkhianati teman baiknya. Dia tak mahu teman-temannya membencinya. Dia takut mereka tidak dapat memaafkan kesilapan yang telah dilakukannya. Ternyata. Dia tidak mau semua itu berlaku. Tapi!! Sampai bila dia harus menyimpannya. Sampai bila dia harus bertahan dengan rasa bersalah yang menghantuinya. Sampai bila??

            “Tie!! Are u okey honey? Sejak kebelakangan nie ko asyik mengelamun ja, napa?”

“ Kan aku dah cakap, aku tak apa-apa lah. Aku just rindu kat family aku ja”  Tie menghadiahkan senyuman manis buat sahabat kesayangannya. Walaupun senyuman itu tidak semanis senyuman yang disedekahkan kepada mak cik cleaner setiap pagi namun sudah cukup membuatkan sahabatnya itu senang hati dan tidak bimbang yang bukan-bukan lagi.

“ Okey, tapi ingat tau. Kalau kau ada masalah cakap jangan pendam sampai lasu lak, buat aku risau ja”.

 “ Yalah mak cik”.  Ketawa mereka berdua yang bersatu sudah cukup menceriakan suasana pada tengahari itu. Suhana mengharapkan keadaan ini akan terus bersinar seperti matahari yang terik memancarkan cahayanya setiap hari.

xxxxxxxxxxxxxxxx

            “You nie kan,napa tak paham-paham lagi? I tak sanggup lagi teruskan pembohongan nie you paham tak. Hati I tak tenang Iz. No..no I tak kira, even macam mana pon reason you, you tetap kena settlekan hal nie secepat mungkin ,kalau tak…..I rasa you faham maksud I.

” Suhana memerhatikan gelagat teman baiknya dari jauh..hatinya diragut bimbang melihat reaksi sahabatnya itu bercakap dalam telefon. Tangan Tie mengawang-awang dan mulutnya berkumat-kumit memarahi seseorang tidak dikenalinya. Kadang-kadang keadaan tie seperti orang yg terkena hysteria, terjerit-jerit kecil, amat mengerikannya. Masya Allah simpang malaikat 44. “ No..I tak ugut u sayang, I rasa semua nie tak adil untuk I and I just nakkan pembelaan. Satu lagi you jangan cuba nak lari dari I. Itu pon kalau you tak nak sakit??”

Suhana mengerling Tie yang mencampakkan hensetnya di atas sofa dengan kasar. Bibirnya yang sibuk ingin bertanya terbantut kaku melihat jelingan Tie yang tiba-tiba ditujukan kepadanya. Suhana amat terkejut dan tidak mengerti apa yg berlaku kepada teman baiknya itu. Apa kesalahan yang telah dilakukan olehnya sehinggakan dirinya dijadikan mangsa jelingan maut itu. Keadaan ini membuatkan hatinya rasa tidak enak. Apa yg telah berlaku kepada Tie. Tie seperti ada masalah? Tie bercakap dengan siapa? Siapa yang membuatkan mood Tie berubah seperti itu? Terlalu banyak soalan berkumpul dalam benaknya sekarang ini dan membuatkan otaknya sebu untuk memikirkannya. Yang pasti hanya Tie mampu menjawab segala persoalan itu.



MAKBED'S JOURNAL 3RD GIVEAWAY: Guess The Mess

Kali ni aku nak join GA lagi. GA kali ni mencabar sikit. kena teka dan kira jumlah pek-pek Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino yang telah habis diminum makbed. 

So.aku teka 91 pek collagen cappucino ni. comfirm!!
hehe..yakin jer. Yang lain moh lah join GA ni. 
Klik Sini taw.




Tuesday, September 18, 2012

kisah cinta sejati


Semalam aku rasa rajin . semangat Bangun pepagi kemas rumah,nak juga rumah tu Nampak kemas dan teratur. Xchantek pun tak pe. Aku tak kisah sangat pun. Yang penting tempat tido aku selesa dan cukup dengan bantal dan selimut yang empuk2x. bawu lah tido nyenyak kan..hahaha..okey mengarut...


Bawu jer nak start,buka almari nak kemaskan tapperware yang berselerak dalam almari tu, tiba2x aku dikejutkan dengan kehadiran hamba allah yang amat aku benci dan geli. Owh rupannya dah lama dah dia bermastautin kat rumah aku tu. Duduk free plak tu. Bil api/air langsung xnak dibayarnya. Ni sudah lebih ni…okey mengarut lagi..

Bukan nak menghina tapi memang sangat geli dengan menatang tu. Pe lagi kalau bukan tikus.
Nazubillah;..geli sungguh aku. Pe lagi menjerit kegelian aku sesowang mcm kena sampuk. Aku halau dia keluar, dia main kejar2x lak ngan aku. Tak mahu dia keluar dari rumah tu. Susah toi! Habis rempah ratus aku digigitnya. Pelik juga aku tikus pun fv dengan rempah ker?umm…ajaib.

Lastly satu keje pun tak menjadi. Aku tutup balik almari tu dan sambung tido. Haha..aku bukan pemalas Cuma mood nak mengemas tu dah xde. Lagian pulak aku takut sangat kalau tikus tu lari masuk bilik.alahai..lagi naya aku..xrela aku tido dengan menatang tu kau. So biarlah dia bermastautin dlm almari tu. jangan beranak pinak sudah lah. .. lain kali lak aku cari jalan cmne nak halau dia dari rumah tu…ummm…piker..pikir…piker…piker..pikir.. the end

Pagi ni,aku bukak blog amazing nara,satu entry yg sngat menyentuh hati. alangkah mulianya kalo kita jadikan cerita mereka sebagai rujukan..bahawa cinta sejati masih wujud dalam dunia materialistic ni.  
Nak tengok klik sini kisah cinta sejati


Friday, September 14, 2012

Gambar Hidup

Hai, Assalammualaikum...

Tak nak tulis banyak dah. aku just nak abadikan gambar yang dikatakan hidup ni. dalam banyak2x pix aku interested dengan 2 pix perempuan chantek..sangat menarik dan tertarik ko memang the boom. hehe...


Pix ni dilukis oleh seorang perempuan jepun. dikatakan melukis dirinya sendiri. 
maknanya pix ni pix dia lah. 
chantek owangnya. lepas pix ni siap dia bunuh diri. Tapi pix dia nampak hidup


Ni pix monalisa.semua taw kan so xyah tulis pape lah. Pix ni seperti memerhatikan kowang jer. 
jangan nakal-nakal taw..

Bye........

Owh ya, nak tengok lebih g blog ni kisahkitajer

Wednesday, September 12, 2012

Tabiat buruk blogger


Bosannyer lah hai! Dewasa ni apa saja yang dibuat rasa mcm dah tak menarik. Nak pegi foya-foya kat shopping mall pun dah malas. Sedangkan xtiviti tu lah yang aku suka sangat dulu,xspecially masa student. Sanggup pergi jauh2x,jalan jauh2x semata-mata untuk shopping. And tak lupa juga wusya2x mat-mat hensem, sometime terwusya mat banglee. ….ngeh..ngeh. setakat ni belum lagi berpaut pada mat banglee lah. Not my taste.

 Bila dah bekerja and ada duit sendiri lain pulak perangainya. Atas factor apa tabiat aku berubah? Mungkin juga factor xde pendamping…ni bukan kisah damping malam ke apa ker okey..maksudnya xde teman. Ker factor usia? Tolonglah jangan ckp directly aku ni dah tua. Takut lak aku giler xleh trima kenyataan. Mungkin jugak factor kedekut ? yelah kedekut nak kuarkan duit. Kalau dulu shopping sakan pakai duit family kan..urmm mungkin jugak lah. Tapi bape pecent sangat lah kan nak kedekut tu. Beli brg2x sendiri pakai jer kot.

Nak cakap 100% berubah xde lah tapi maybe 80% kot. Cewah..maen percent2x lak aku skrang ek. ..Tapi seingat aku dan setahu aku ada beberapa perkara yang aku tak penah nak berubah dan tak rasa nak ubah pun. Pe ek?? Let checked out…hehe..

Giler
Yup memang aku giler! Huh,mengaku diri tu. Bukan giler talak or giler meroyan tapi Giler cermin. Dari aku sekolah dulu sampai lah dah tua chantek ni (chantek lah sangat), aku xleh nak buang tabiat yang satu ni. Tak kira mana aku pergi kalau terserempak dengan cermin aku mesti wusya dulu diri dalam cermin. Xkira apa jenis cermin janji cermin tu manampakkan diri aku yg xcun ni (xde kaitan dengan penyakit Narsis lah).


Hantu
Aku bukan hantu bonceng atau hantu kepala kambing tapi aku Hantu camera. Bunyi macam pelik tapi xyah nak pelik sangat lah. Aku rasa majority pengguna tenet ni giler camera kot. Jangan nak nafikan kalau amik gambar sendiri senyum habis cun kononnya la tu. buktinya dah bape juta pix kowang upload masuk page. Pantang Nampak camera mula lah nak naik hantu.

  
obses
Yer memang sesangat obsess. Obses terhadap kasut wedges. Xleh nak kata pa memang dah minat sangt. Tapi atas factor tertentu tahun ni dikurangkan. Tapi still obsess. Plus galakkan dari empunya donat. Hahaha..terbaek!!!!!


Perasan
Memang aku suka pasan. Tapi xbanyak. Pasan bagus sikit,pasan chantek sikit,pasan cun sikit. Pasan bijak sikit, Semua sikit2x jer. Tapi diri aku rasa tu bukan pasan namanya lebih kepada menghargai diri sendiri dengan cara memuji diri. Kalau bukan kita yg memuji siapa lagi. Ada kowang nak puji aku cun? Tobat xnak. Aku kasi suap Rm100 hingget skali puji pun not sure kowang nak kan. so jom lah reramai hargai diri sendiri,xmakan modal pun.

Berangan
Macam-macam benda aku berangan plus tengah type ni pun aku leh berangan. Berangan reader semua suka blog aku. berangan jer keje aku. jangan jadi mcam mat jenin sudah lah.
Pe yang aku kerap angankan? Banyak lah. Aku nak citer pun malu. Tah pape angan!



Huh! Entry yang mengarut. Memang sangat mengarut. 
Bosannya ya rabbi!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, September 11, 2012

Aduh!! Pedih hulu hati


Soalan siyes. Pernah tak Kowang rasa pedih hulu hati atau rasa macam tak selesa kat bahagian dada? Penah tak? Dan kemungkinan juga rasa kembung perut. Sekirannya ada dan berulang rasa sakit tu,kita kenalah hati2x dan beringat. Napa plak? Sebab itu kemungkinan gejala2x symptom penyakit refluks gastroesofageal (GERD). Aku ni pun bawu tahu jer..haha..

So, aku rasa nak berkongsi sikit lah pengetahuan ni. Penyakit ni boleh menyerang sesiapa sahaja xkira peringkat umur. Majority xtahu dia menghidap penyakit ni taw sebab dia punya gejala tu nak mcm gastric biasa. Penyakit ni tak boleh nak dipandang remeh sebab dia juga boleh memudaratkan penghidapnya. 

Klu nak taw, ada 4 utama penyebab GERD ni iaitu kegemukan,kehamilan,merokok dan suka sangat makan jeruk. Penyakit ni boleh dirawat dengan ubat-ubatan atau pembedahan. Pendek kata perlukan nasihat doctor lah.

Cara nak elakkan mudah jer ubah tabiat makan dan gaya hidup

1.      Elakkan ambik makanan yang berlemak dan bergoreng
2.      Jauhi alcohol dan rokok
3.      Kurangkan makanan berempah dan pedas
4.      Kurangkan makanan yang masam mcm jeruk atau asam.
5.      Elakkan pakai pakaian yg beri tekanan pada perut (yg jerut pinggang) atau ketat
6.      Lepas makan jgn buat xtiviti yang bebankan perut contoh angkat berat

Cara-cara lain yang perlu di elakkan dan penyebab penyakit ni banyak lagi okey. So cara terbaik kowang nak tahu pegi lah ke kedai beli majalah rapi 1 september 2012. Tak pun kowang try la search tenet,mana taw ada kan..hehe.

Normally kalau pedih hulu hati,kita mesti cari ubat ni kan? 
Gaviscon!


Friday, September 7, 2012

Cemburu or iri hati?


emo sesangat petang ni.
Kenapa kita ada perasaan cemburu yang sesangat mendalam terhadap ex-bf?
Kenapa kita ada perasaan iri hati yang sesangat mendalam terhadap ex-bf?
Apa beza dua perkataan ni?
Sama jer kot kan? ummm..

Perasaan iri hati tu sekarang tengah menguasai aku..diri aku sendiri
Memang tak dinafikan dia dah xde kena mengena dengan hidup aku sekarang
Dan aku rasa dah memang xnak amik tahu pun pasal dia

Tapi siyes aku tak sengaja….. terbaca status fb dia jer..
terus menimbulkan satu aura iri hati ,cemburu kah aku?
Rasanya darah menyirap ke kepala otak aku sampaikan effect masam kat muka aku
Terus terkenangkan kekecewaan yang dia bg kat aku

Dia bahagia dengan kekecewaan yg dia tinggalkan kat aku
Tp aku? apa yang aku dapat?
Kenapa aku terus macam ni?
Perubahan dulu hanya sementara
Dan aku jatuh ke takok lama

Semua ni salah aku ker?
Kecewa!kecewa!kecewa!!!!xhabis2x kecewa
and than cemburu 
Itu jer yang layak aku dapat?

Kekasihku dirampas kawan baikku sendiri


Aku memandang skrin computer lama, sangat lama dan khusyuk sekali. Seperti ada sesuatu yang begitu menarik perhatian pada skrin computer itu. Fikiranku kosong dan rasa sangat sunyi sebenarnya.

“ Woi, pahal ang ni?” Fendi mengejutkan aku kehairanan sambil menjenguk skrin computer yang menyala terang. Barangkali mencari jawapan sendiri akan keadaan aku yang sedikit aneh.

“ Hantu toi ang ni, buat terkejut owang ja!” Aku melatah geram.

“ Eh, Marah lak, ang tengok apa kat computer tu sampai budak hensem masuk stor pun leh tak pasan?”

“ Tengok bulan!” Aku senyum sumbing
“ Bulan? Owh…bulan merah ek?” Fendi senyum-senyum gatal. Otaknya di serang virus kepala kuning mungkin.

“ Ang sure ke bulan tu color merah?” soalan cepumas aku kasi dia.

“ Dah tu, bulan ang color biru ke?” Fendi gelak lucu sorang-sorang

“ Lantak ang lah, tepi sikit! Pahal pulak jadi pak guard tak berbayar kat sini?”

“ Eleh, eksyen lak ang. Nih, tak reti-reti nak balik g ka? Lewat dah ni. Kang ada pulak yang mengadu jumpa Pontianak dan jembalang kat seri mutiara tu.”

“ Ish, mulut tak makan saman la ang ni. Ang ingat aku ni balik naik kapal selam ke? Tak Nampak hujan kat luar tadi?

“ Dah behenti lah amoi!”

“ Eh, yeker? Klu cam tu aku balik lu ah!”

“ Eh,kejab wei. Jangan balik dulu” Fendi berlari masuk ke toilet.

Aku pun sambil tunggu Fendi, kemas lah pe yang patut atas meja computer tu. Kasi sedap mata memandang. Kurang 3 minit kemudian dia keluar dengan senyuman lega.

“Kat kaunter ada Donat. Budak yang gila kat ang tu kasi. Aku dah amik dua. Sedap oooo!”

“ Donat? Tak guna! Klu donat tu dia kasi aku pasal lak ang leh amik? Dua pulak tu”

“ Alah, aku tolong ang test dulu selamat dimakan or tak. Aku nak tolong kawan ja!”

“ Banyak cekadak ang. Bak sini balik!”

“ Eh, nak balik ke?”

“ hah lah!”

“ Siku buruk taw kasi amik balik?”

“ Aku klu siku,buruk muka ang!”

“ Wow,ayat makan dalam. Okey, amik lah. G amik kat dalam mangkuk jamban kat backroom. Aku bawu ja letak situ tadi”


“ Cisss.. Tak dak sivic punya olang!”

Fendi gelak guling-guling seperti manusia disampuk jembalang. Gembira dengan kejayaan menghancurkan hati aku, sementara aku berambus dari stor dengan perasaan hati yang hancur lebur seperti emas yang dileburkan. 
‘Donatku dirampas kawan baikku sendiri’.

Thursday, September 6, 2012

jaakechik OFFER bloglist utk dua bln!


Klu baca tajuk diatas pun dah tahu kan?
Beria buat jugak entry ni even dah buat entry dah.
Hope,ada rezki..amin
Nak jugak dilistkan jaakechik? sila g blog dia...hehe
Cheery tag 2 owang blogger terhebat dan terhangat dipasaran
1.korn

Kecundangnya cinta sahabat -Scene 5


Sudah 5 tahun berlalu, kenangan itu dah di simpan rapi dalam kotak fikirannya. Selama 5 tahun Suhana dirantau orang, banyak mengajar dia makna kehidupan. Kepahitan dan kemanisan hubungan sesama manusia menjadikan dia matang dan sudah tentu pengalaman yang dilalui amat bermakna dalam hidupnya kini. Di rantau orang dia belajar berjauhan dengan orang yang tersayang, dan dia belajar hidup berdiri di atas kaki sendiri.

Kini, dia bekerja di Kuala Lumpur, setelah lebih dari 5 tahun hanya jasad 3 sahabat yang terpisah, kini jasad mereka telah ditemukan dan dieratkan semula di kota metropolitan ini. Mereka telah ditemukan sebagai rakan serumah dan rakan seperantau. Bahagianya diri terasa apabila bertemu semula dengan teman yang selama ini amat dirindui dan diingatinya. Sekali lagi mereka dapat berkongsi dan bercerita segala-galanya. Sesungguhnya tiada rahsia antara mereka dari dulu lagi.

“Hoi! apa nie! Termenung depan rezeki plak nie.
 “Tak dak lah, mana ada.” Terkejut  Suhana dengan sergahan temannya baiknya itu. Kelang kabut dia dibuatnya.
“ Yooh mana? Tak bangun lagi ka?” Suhana memandang pintu bilik Yooh yang kelihatan sepi dari tadi, tiada tanda-tanda pintu itu akan dikuak dari dalam.
 “ Hah...tengok tak nak mengaku lagi tu. Cakap kat aku ang tengah mengelamun apa tadi?”
 Ehh..budak nie lain yang aku soal lain yang dirapunya. “ Tie! Ang nie merepek apa?Aku tanya Yooh mana?”.
“ Astafillah..Na! Yooh mana ada. Dia kan balik kampung semalam.”  
“ Ooo..ye ke?”. Alamak! Teruk tul aku nie, kan dah terkantoi..malunyer aku.
“ Iyyee…yeh bagi tau kat aku apa yang ang mengelamun tadi. Aku tak kira ang kena bagi tau gak...cepat aku dengar nie!”
 “ Tak dak apa-apa lah, aku just ingat masa kita sekolah dulu-dulu, bestkan masa dulu?”

Suhana memandang Tie menunggu reaksi positif dari Tie, tetapi kelihatan Tie kusyuk mengimbas kenangan lama sambil menikmati sarapannya yang hanya berintikan roti kosong itu.

 “Ohh! My sweet friends! I’m sorry okey? Tak boleh lah. Aku malas lah. Aku ada hal. Lagipun korang semua pegi ada pasangan masing-masing. Aku tak mau lah jadi kera sumbang kat sana nanti. Boring tau.

“ Loh…bila masa lak kami suruh ang jadi kera sumbang kat situ? Lagipun Mat Romeo pun pegi gak. Kami ajak ang pegi sebab kami nak g mandi air terjun. Kami tau ang suka mandi air terjun kan? Ang ada baru lah best walaupun lagi best kalau ang… tak dak..hehe gurau ja. Kan kan?”

Ish..budak nie mulut tak control langsung, kecik hati aku dibuatnya.“ Kalau ang suruh pun, aku tak ingin nak jadi kera sumbang kat situ lah. Hampa nak pegi..pegi ja lah. Jangan kalut sangat dengan aku k. Sekurang-kurangnya aku boleh jadi kaunter pertanyaan kat sini. Mana lah tau mak ayah hampa cari aku boleh lah aku bagitau apa yang patut hehe…”

Pandai gak dia memberi alasan. Alasan yang spontan keluar dari bibir merahnya. Hakikatnya, diri ini amat mencemburui insan yang bernama sahabat. Dia tidak sanggup melihat sandiwara yang seterusnya akan menyakitkan hati yang sememangnya sudah lama dilukai. Dia tidak cukup kuat untuk menghadapi dugaan hidup diketepikan. 

 “ Tie!! Ang dengar tak apa yang aku cakap nie.”  Geram tul dia dengan sikap Tie yang seperti tak berperasaan itu.

“ Aku dengar la..aku tak pekak lagi tau. Aku tengah pikir, banyak kenangan kita dulu kan? Kita dulu degil betul, banyak benda yang kita buat, dari perangai yang baik-baik sampai perangai macam monyet, cinta monyet pun banyak, tapi bukan aku, korang lah tu. Ada yang sampai nangis-nangis. Hahaha… Bila pikir-pikir balik lawak jugak kan? Haii..apa khabar lah skrang jejaka-jejaka tak hensem Tanjung tu. Anuar, Faizal, Ijam, and Mat Romeo buat apa sekarang eh?”

Ketawa Tie hilang apabila melihat perubahan di wajah Suhana. Tie tak pasti kenapa dengan Wajah itu tetapi dia dapat agak apabila ‘nama itu’ terlafas dari mulutnya yang celupar ini. Tie menampar mulutnya yang terlepas cakap beberapa kali. Inilah akibatnya kalau mulut sendiri tak tahu dijaga.

            “ Emm..Na aku pegi dulu nah. Aku dah lambat nie. Daa….”
“Okey! Take care. Jangan buat jalan tu macam bapak ang yang punya tau” Gurauan Suhana disambut oleh ketawa kecil dari Tie. Suhana amat faham benar dengan sikap Tie yang suka berlumba-lumba sendiri di atas jalan raya. Kadang-kadang sikapnya itu mengalahkan lelaki. Tie melepaskan senyuman lega apabila Suhana bergurau dengannya. Sekurang-kurangnya dia tahu Suhana tidak ambik hati apa yang dicakapkannya tadi. 

            Kelihatan Suhana masih dimeja sarapan setelah 5 minit yang lalu Tie telah bergegas ke pejabat. Dia pun tidak pasti apa yang dimenungkannya yang pastinya jiwanya kosong. Agaknya dia dah terlambat ke tempat kerja. Suhana bergegas bangun dan mencapai begnya lalu keluar menuju ke kereta. 

           Disaat dia ingin membuka pintu kereta, hanset nokia kesayangannya berbunyi minta diangkat.Kelangkabut dia dibuatnya. Ini lah akibatnya kalau pagi-pagi dah melamun. Siapa lah pagi-pagi lagi dah memanggilnya. Suhana mengerutkan dahi tatkala melihat pemanggil yang tidak dikenalinya. “ Helo……helo. Nak bercakap dengan siapa? Helo…”. Suhana mmeletakkan hansetnya kasar. Geram dia di buat pemanggil yang tidak dikenalinya itu. “Dah lah pagi-pagi lagi dah mengganggu orang. Past tu orang angkat tak nak dijawabnya plak..baik tak yah kol, buat habis kredit ja.”. Geram dengan sikap pemanggil yang tidak bertanggugjawab itu. Baik dia bergegas ke klinik. Dia tak nak sampai ke kliniknya terlalu lewat.


            “Selamat pagi Doctor!!” “ Selamat pagi Murni!” Suhana memberikan senyuman paling manis kepada pekerjanya yang sudah hampir 3 tahun bekerja dengannya iaitu sejak klinik ini baru dibuka. Suhana agak terperanjat melihat sekuntum mawar putih diatas mejanya. Sudah terlalu lama dia tidak menerima mawar putih dan agak memelikkan bunga itu untuk dirinya. “ Murni..masuk kejab” Suhana memanggil Murni melalui intercom. “ Ya..Doktor. boleh saya Bantu?” Tersembur wajah bulat pekerjanya dimuka pintu. “ Siapa yang hantar bunga nie?” Maaf doctor, saya tak tahu..saya yang terima bunga tu tadi dari sunflower.” “ Okey..tak pa lah. Thanks a lot. Dengan perasaan bingung dan sebal Suhana meletakkan mawar putih itu disisi mejanya. Malas dia nak memikirkan  dari siapa bunga itu. Suhana melaksanakan kewajipannya seperti biasa. 


Related Scene:

Wednesday, September 5, 2012

Rahsia jari kita


Kowang tahu tak rahsia disebalik 5 jari utama kita ni?
Okey,meh kita kira sesame.
Kita ada jari ibu, jari telunjuk,jari hantu, jari manis dan lastly jari anak taw pun kecik2x dulu aku col jari budak..

Setiap 5 jari ni mewakili sesuatu,apa tu?Meh nak citer

Jari ibu
Jari ibu ni jari yg utama,jari induk. 
Kalau Hawa tu ketua segala wanita 
Jari ibu ni pulak ketua segala jari. 
Nampak tak relatednya tu..haha..
Jari ibu ni melambangkan agama islam iaitu dasar iman
Jari ni terpenting dalam system jejari.  Sebab apa kalau xde jari ibu susah kan kita nak suap mkn?
Sama lah pentingnya dengan iman. Tanpa iman segala Sesuatu pasti rosak binasa, dear….


Jari telunjuk
Jari ni mewakili ilmu. Dimana jari ni menjadi panduan taw telunjuk perjalanan hidup kita.
Contoh, aku Tanya kau “surau mana bang?”
Kau cakap “ Tu!”..kau tunjuk surau ngan jari apa? Jari telunjuk…
( yang tunjuk pakai bibir muncung tu lain kes. Aku tak taw nak kata lah)
Tunjuk dengan jari telunjuk menunjukkan ilmu yang ada pada kowang..
(so, lepas ni sila-sila la guna jari yg ada)
Kowang nak guna bibir jugak lantak kowang lah tapi nampak sngat tu kowang tak dak ilmu..hahaha..guwau2x

Jari tengah taw jari Hantu
Jari ni memang hantu sebab dia mewakili hantu,eh,bukan..mewakili nafsu (F*CK)
Bagi yg dah kawen,jari ni diusap bg membangkitkan ghairah sang isteri..
Tak caya? Buat lah..bg yg dah kawen jer okey..


Jari manis
Jari ni sangat sweet seperti perempuan.
(jgn pegi taste jari kowang plak)
Jari ni mewakili sang isteri yg manis dan dapat meredakan shahwat suaminya.


Jari anak taw jari budak
Jari ni kecik jer klu dibandingkan dengan jari2x lain
Ia mewakili anak2x..bukan “anak ikan” tapi anak2x kita (manusia)
Nah! Dah complete satu kehidupan yang sempurna dan diberkati Allah.
Amin!!!

Sekarang cuba kowang bandingkan 5 jari tu,
kalau kowang nampak jari ‘nafsu’ ni lebih tinggi dari jari ilmu,
(jari tengah lebih tinggi dari jari telunjuk)


Ini bermakana walau camne terer pun ilmu agama ,

nafsu tetap mendahului,
sebab tu lah nabi suruh kahwin cepat cepat!!!,
Pernah dengar kan citer pak haji tinggi ilmu agamanya jumpa pompuan seksi,serban letak tepi?
(Na’uzubillah)


Jom renung jari manis lak,

jari manis dan jari ilmu akan mengapit jari nafsu…

(jari manis dan jari telunjuk akan mengapit jari FUC*!!! ),

maka nafsu akan terkawal… betul?
begitulah pentingnya iman, ilmu amalan dan isteri solehah!!
Alhamdullah !!!....

p/s: Sekian,salah silap mintak betulkan..
Dan mintak tolong doakan aku sembuh dari sakitku ini..
Terima kasih uolls….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...