Tuesday, December 31, 2013

Bye-bye 2013, Dear 2014

Urmmm...hari ni last day kita bermuda-muda kan? sebab besok dah tambah setahun lagi tua..
kejab jer kan?? pejam celik pejam celik dah nak masuk ke fasa seterusnya...
rasa macam kita bawu jer lepas main pondok-pondok dan aci nusut dengan kawan-kawan.
Lepas tu masuk sekolah menengah..tumpah darah plak *aceh ..dah matang..
dah mula gedik nak cintan cintun..suka dan luv i luv you dengan budak lelaki...

Nak ada bf lah kan leh manja-manja..ko xhensem xpe janji ko dah berbulu..bahahaha
yeh lah bila ko berbulu maksudnya ko dah sama matang ngan aku dan sama gedik dengan kambing gurun..bawu mix and match kan..??

Tak lama lepas tu, tiba-tiba ..eh? kat univercity plak?? owh, dah besar upanya aku ni?? 
dulu, owang berjaya smpai ke menara gading kita pun nak g jugak menara gading tu sebab kita imagine
kat situ ada gajah yang punya gading umpama menara tingginya..

rupa-rupanya Indah khabar dari rupa...T____T kita tertipu dengan perumpamaan melayu..
Melayu memang mudah lupa *tiba-tiba mcm menyesal belajar pandai2x..haha
Nasib lah, dah terlanjur pandai kan? so, life need to move on.

Rasa dah bosan belajar kat tempat tinggi, tempat jauh, dah tak sabar-sabar nak grade sebab kita rasa ilmu dah penuh sngat kat dada..rasa mcm tak tertampung dah..tunggu masa nak terburai..yelah, dah naik kembung dah sampai terbojol kuar..*ni bojol ilmu ke bojol isi?
so rasanya dah xsabar nak curahkan bakti pada family dan negara..ceh wah semangat Petrol plak
[read: patriotic] 

Sekarang dah pandai pegang duit sendiri, dah pandai simpan dan dah pandai habiskan duit sendiri..
kadang-kadang terfikir 'eh, bila aku nak kawen ni?' ..mak pun dah tanya 'bila lagi nak tamatkan zaman dara?'
Amboi mak, ganas perkataan tu...mencari kontroversi apa ni?

Apa boleh buaT, mybe belum tiba jodoh kita..padahai dah tergedik-gedik nak beranak..
kawen pun belum nak beranak?? *over !!!

Bila dah parent mcm push sngat...mula lah nak stress tak kena gaya..tapi leh sabar lagi konon nak 
smart and steady.
" Mak, jodoh pertemuan ajal maut semua kat tangan Allah"

Amboi ko, xtua lagi dah nak ajar orang tua..rude!!
hey, common la these is not rude wokey, these is fate. Hah, english tunggang terbalik pun gagah nak speaking kan...

Bila dah habis sentap perihal jodoh..tiba-tiba eh..eh!! dah habis 2013...wow, cepatnya masa berlalu!
Rasa macam bawu semalam tido bawah tetiak mak..sondol-sondol tetiak ayah..sbb ayah nak peluk mak..arhhh!! mana boleh, my mom is mine lah dad!!kihkih

Tup..tup boleh pulak dah masuk 2014?? Umur kita pulak dah jadi 27..
Mak i kata dah masuk umur stress pada yg belum berkawen tapi masuk umur tenteram pada yang dah berkawen dan punya aanak...betoi ke????

Eleh, owang dulu memang lah tenteram sebab kawen pun masa umur 16, so bila umur 27 tenteram lah sebab ank-anak dah besar leh basuh berak sendiri dah leh masak sendiri, dah leh tolong mak cabut bulu tetiak ayah ..eh eh ko???hihi...-..-

Aku dah tak harapkan yang lebih pada kehidupan kali ni..
kalau dulu aku harapkan kekayaan duniawi
tapi sekarang apa yang aku harapkan kebahagian parent dan orang yg aku sayang
yeh..aku masih harapkan punya suami dah anak-anak..tapi mybe yg tu kena tunggu 
Cuma mintak Allah lindungi dan pelihara aku dan orang-orang yang aku sayang..
kerana mereka lah aku masih di sini dan struggle untuk kehidupan...

Alhamdullah masih bernyawa dan temui kebahagian disini..Hope kebahagian itu akan ketemu disyurga sana..
Yang aku inginkan makin dekat dengan MU juga keredhaan MU Ya Allah..=)

Salam Tahun baru uolls,2014!!!
Smile is a pretty sign of :D









Monday, December 23, 2013

Ke'berat'an yang meruntuh jiwa

Amboi!! tajuk macam nak makan tapak sulaiman kan...eh menatang ni leh makan ke??urmmm...
Belangkas yang mcm belangkas pun owang makan kan....

wokey, asalammualaikum semua..*amboi ko bawu nak bagi salam??
sebenarnya aku mcm nervous nak menulis entry ni..sebab aku rasa very bad..very bad giler dengan keadaan aku yang lebih sudu dari kuah, yang indah khabar dari rupa, yang mcm kacang lupakan kulit dan yang mcm habis madu sepah dibuang....urmmm..wokeylah semua tu xada kena mengena dengan topik utama walaupun aku bawu aje lepas breakfast roti dengan madu..

Tengah cari info nak kurus..kihkih

aku ni kan stress tahap maximum sebenarnya speed dah naik 200 km sejam...kedalamam dah hampir 100meter kapasiti xsure plak tapi berat lah..hahahaha *loqat sudah

Minggu lepas kan aku timbang berat ..ko nak tahu bad news?? berat aku naik 8 kilo doh...
Tu lah puncanya aku stress tak tentu arah ni...malam tu pikir sampai xleh ank tido..sebab dok pikir
cara yang cepat dan senang nk turunkan ke'berat'an ini....**amboi, over!!

aku sebenarnya bukan lah seorang yang cerewet sangat pun pasal berat2x badan ni.. tapi bila dah berat badan naik dah sampai level berat normal lelaki ni aku macam ulat beluncas lah xleh nak duduk diam..tergedik sana tergedik sini sebab 'jiwa kacau'....T____T Sedihhhhh!!!!!!!

Kowang yang ada tips dan cara, share2x lah wei...!!!!
stress ni....-______-

1st step aku skrang kan xnak makan nasi nak makan roti jer..tp awal-awal dah fail
mlm2x leh lak kebulur....dan apa lagi magi masak stim dimangkok comelku..siootttt jer!!!!
puihhhhh!!!!! diet la sangat kan ko ni?? amik lobang idung ( -..-)

So, aku pun amik inisiatif mengunakan ke'genius'san aku ni untuk mencari dieat yg boleh diamalkan, mcm yang sesuai ngan aku ni la kan...*genius la sangat!

Cara pertama: Diet karbohidrat/Diet atkins

Kalo aku try diet ni memang leh turunkan badan dengan cepat tp perlukan displin yg tinggi. Lagipun dah ramai artis antarabangsa yg amalkan cari ni dan dah tentu lah success. Masalahnya ni aku tak punya displin yang tinggi..displin aku pun sipi-sipi jer atas oqat. satu lagi aku ni klu xmakan nasi, mula lah lembik, layu dan pucat. t satu apa keje pun xjalan sebab pewut dok mintak nasi..huh sedihh!!!!

Cara kedua: Diet protein

Diet ni\aku suka sebab dulu pun aku penah diet cara ni dan memang berkesan dan succes gitu.
Tiap hari aku makan ikan yang direbus. pagi petang siang malam ikan rebus jer keje. makan dengan nasi tapi dalam kuantiti yang sikit....tapi sebenarnya diet ni xbagus jugak diamalkan berterusan sebab boleh memberi beban dan kerja lebih masa pada organ ginjal. Kejayaan aku tu xlama sebab lepas turun 5 kilo aku stop sebab dah xlarat nk mkn ikan...bahahahah * blur la ko cheery.

Cara Ketiga: Diet Vitamins

Diet ni cara yang aku dpt pikir dengan otak genius aku ni adalah minum jus oren without ais and sugar pagi petang siang malam. Benda lain ko nak makan up to you lah tp kuantiti sikit wokey. yang ni pun aku penah try dan aku kurus pas tu. flat jer pewut aku tapi kejab jer sebab stock limau habis..kahkahkah..
time tu ayah aku ada ladang limau kat belakang umah. tiap pagi aku kutip limau ayah aku tu buat jus..mana tak kurus kan stock melambak. Tapi lepas pokok pon dah botak sebab limau xsempat nak besar aku dah kutip buat jus so stop la diet aku. ayah aku pun dah musnahkan pokok tu sebab dah xmendatangkan hasil.lastly tanam getah..amik ko, nak jd owang puteh sangat kan pagi2x minum jus..g lah kutip buah getah buat jus??xckup gak amik susu getah tu..berkhasiat lebih lagi apa..huh!! stress jer ayah aku ni.

Cara Keempat: Diet dan joging

Alah..alah..lah xsuka lah nak lari-lari ni. bergegar bumi t.. lagi pun mana nak larat bawak bontot..berat wokey.**alasan* huhh!! meluat!!

Cara keempat: Diet Pills

Penah dengar kan product shanklee ke shanker tah...aku rasa nak try yg tu lah.. amik yang minum tu..
dengar-dengar tu cara cepat nk turun berat badan skrang..ramai dah yang suggest product tu...urmmmm
should try ni..

wokeylah,bebel banyak pun xguna sebab bukan leh kurus pun. paling kurang jari aku kurus sebab letih menaip..hihi..any suggestion just tinggalkan komen..i appreciate advise dari kowang yeh..bye take care..








Friday, December 20, 2013

Trip kat Melaka bandar Bersejarah

Mula-mula kan aku malas sungguh nak citer sal trip-trip ni.
Bukan sebab aku kerek wokey…tapi sebab aku tak pandai nak citer, rasa mcm loser giler….kihkih
Betapa kerdilnya aku di alam blog ni..T____T

Aku pergi trip ni pun last minute, tangkap muat, bedal bedal bedhuuu jer ni…hah!amik kau
Kalo xsilap dalam pukul 7 cam tu, akak aku kol Tanya nak jumpa dia tak sebab dia datang kl bawak ank bercuti.

So, aku pun haruslah nak jumpa sebab windu dekat si kudaku yang gagah berani…auiihhh…
silap si huda la..hihi

[siot jerk ko call ank buah ko cm tu kan?]
So malam tu jugak aku ajak bodyguard [adik]aku yang setia ..eceh..pergi ke shah alam seksyen 24.



Saw rambut si huda, aku ingat akak aku buat rambut ank dara dia ni upanya rambut dia klu ikat memang nmpk cm lurus…hahah..tipah tertipu beb

Malam tu jugak akak aku ajak kitaowang join dia trip ke melaka, katanya ada aku lagi best..maklumlah aku kan sari yanti!!paham-paham jer lah kan?erkkkkk????- _-
 Mula-mula aku berat jugak nak ikut sebab plan aku that week nak keje..
biasala aku ni kan pekerja terajin abad ini..:D

Adik aku pulak g jawab on..eh bukan, bodyguard aku lak g jawab on so aku pun terpaksa lah on..terkilan sesangat sebab budget balik kg dah lari. Dan si kakak aku yang terserlah kasih sayang dia ni bg aku 100 habuan duit minyak…giler mcm nak melompat monkey aku, bukan senang nak dapat nak nak dah tua xbape nak Bangka ni kan....sayang kak wa banyak2x..[amboi, dan dan syg banyk!]

Owh, aku xciter lagi ek? Sebenarnya aku g trip dengan akak aku yg no 2 and family dan kakak ipar akak aku and famiy. So aku ni mcm menumpang  kasih lah ke menumpang tuduh tah..*sadis giler
Disebabkan kitaowang g last minute planning, tah kemana sesat tah..nak g air panas tersesat g hutan lipur…hutan mana-mana tah abg ipar bawak, kitaowang follow jer…smpai sana ada air terjun tapi xleh mandi pun sebab xde air…wakahkahkahkah

1st time aku dengar air terjun xde air…wokey, xpayah nak over sangat, actually hutan lipur tu biasa pengunjung yang datang jungle tracking taw camping wokey bukan mandi manda..agak2x la ko ni pun!


So, ini lah yang kami dapat kat sana..keris hang lipur..ko ada??? kihkihkih :p

Manusia special jer yang akan dtang kat sini nak habaq mai..ulang skali lagi manusia special, wokey??

Pix xde motif

Lastly, dah letih sangat sesat dalam hutan kitaowg pun kol somebody yg leh guide kitaowang sepanjang kat Melaka ni. Oleh kerana ini, service itu nk free of charges so kena lah singgah umahnya, makan nasi lu, solat lu and relex2x lu…sembang2x lu bawu diowang bawak g ronda-ronda Melaka ni. Ni owang call aktiviti amik hati..amik hati sapa? Amik ati tuan umah ler…



Sempat lg naik endoi..kihkih


Dalam satu hari banyak gak tempat yang kitaowang pergi taw…best sesangat…
Memandang kan awal tadi aku ckp xpandai nak bercerita kisah trip2x ni kan…so biar gambar  yang bercerita umpama dokumentari makan angin 1 hari..[ni rancangan sendiri ke apa ni?]
Tapi sebelum tu meh aku citer dulu cost ataw budget kat sana…

Wokey, 1st ly duit minyak sahaja aku habis dalam RM50..yup, lima poloh hingget ajer  satu hari meronda kat Melaka, pergi dan balik..sebab…sebab, aku bawak kete viva jer..of cos lah sip minyak…kos tol pergi RM15.80 dan balik RM18.00.

Cost makan kitaowang tak provide sebab kitaowang bawak bekal sendiri..actually aku tolong habiskan jer . so FOC Lah…wakahkahkah…

Cost untuk shopping dan merepek-repek kat sana aku habis dalam RM150…..entah apa aku beli tah leh habis banyak tu..aku pun xingat dah..tapi cost tu for 2 person sebenarnya sebab aku kena sponser bodyguard aku tu yang papa kedana time tu..sedihhhh!!!! T__T

dia main tunjuk-tunjuk ajer, nak itu nak ini, tukang bayar aku, xguna toi…puih3x..ludah 3 kali halau setan..[aku ludah setan wokey!]

So, total semua adalah RM50+RM15.8+RM18+150= RM233.80.. Amacam sip tak????

Aku rasa wokeylah, tu kos balik kedah dah lepas tu..ngeh..ngeh


Ni la sungai klebang. penduduk sini ckp sungai ni ada buaya puteh yg muncul tiba-tiba.
ada lah kisah dongeng sal sungai dan buaya puteh ni..malas nak citer..haha


Dah mkn kenyang, kitaowang gerak g muzium kapal selam..muzium tu masih dalam renovation lagi.
kowang boleh tengok nanti, tempat tu mcm xsiap sepenuhnya lagi..orang pun xramai yg datang.


Kowang jgn fikir sini tempat buang bas buruk plak?
sebenarnya bas di di'recyclekan..*amboi bahasa?
Bas ni dimodify nk jadikan sebuah restoran atau tepat lagi kedai mkn..
Inilah dia kapal selamnyer

ini apa yang ada dalam kapal selam tu..ada tempat tido,tempat mkn,dapur,toilet
meeting room...mcm2x lagi lah...memang agk sempit lah..leh selesih 2 owang jer masuk, tu pun sangkut2x..hahaha



Dah,jom turun dan bergambar kat bawah lak..

Kapal selam ni bernama Agosta.
Kapal selam ni berasal dari perancis dan dilancarkan pada 19 oct 1974.
Panjangnya 67 Meter dan boleh menyelam sedalam 300meter..
wow...amazing !!! 

Kapal selam ni leh muat 41 owang ..mcm bus ajer kan..??
Maksudnya 41 tempat tido lah kot leh muat..kan?

Selfie sikit2x...sudah !!! muak owang tengok muka ko jer 


Pas tu kita sopping lak..sopping lah apa yg ada..

2 ni jer beli tuk kete. mcm hadiah lah koz bawa tuan dia berjalan jauh...ngeh..ngeh
kete pun kena kipas apa

Benda alah ni lah kita tergedik nk mengidam sngat ni..memang nikmat giler dapat slurpp..slurppp.
aku beli dua..iyer..iyer jer beli tuk bodyguard..skali dua-dua aku bedal..xtahan darurat beb!!!
masuk kerongkong nikmat giler nak habaq mai..hahahaha

Lepas ke muzium kapal selam banyak lagi tempat kitowang pegi antaranya 
Muzium samudera, menara taming sari, dataran pahlawan, a famosa, muzium cruise tu..
dan kitowang naik beca taw melawat tempat tu semua..sorry pix xde sebab phone bateri kong..
pix kat sana semua amik pkai camera akak..so pix xdpt lagi.
kitowang naik menara taming sari ni, bayaran 10 hingget ke 20 hingget sowang tah,dewasa
xingat lak...kanak-kanak 5 hingget *leh lak ko ingat?
tapi pix diatas kena bayar 40 hingget 2 keping..1 keping gedabak besor tu satu lagi kecik yg c/w frame tu....
mahal kan??

best gak naik menara tu sbb boleh nampak selat melaka dan 1st view kat atas sana
semua wow!!!wow!!!! dah mcm kera dpt bunga
peqak giler..nampak sari yanti tak plak jadi gitu kan?
keajaiban allah sangat menakjubkan *tiba-tiba

Dah malam kitowang gerak balik lah...sampai kl dalam 12 mlm gak la..
dah rasa best giler dah..tu pun banyak lagi tempat menarik kitowang xpegi..mcm zoo, taman rerama pas tu taman apa tah yang leh naik kereta kerbau tu...

urmm..bodyguard i plak leh lak ckp nak datang lagi...
lain kali nak bawak mak/ayah i plak..mesti diowang suka kan..kan.
k lah bye..xtaw nak citer pe dah...ni pun dah nampk kelang kabutnya update entry..hehe
luv you all xoxo :D
















Saturday, December 14, 2013

Yang penting, aku tak kisah

Hye, salam hari sabtu 14/12/2013 11.25am...amik ko complete ngan tarikh & time aku describe..
bukan apa pun, just mcm nak perli diri sendiri. Dah bape lama dah mood nak berblog ke laut..
Kerja office punya pasai...menci arrrrrrh!!!!!!! xpe, sabar..yang penting aku xkisah.

Boring giler!!!..bukak blog sendiri 1st expectation " mesti ramai giler masuk blog aku ni" " pergh, mesti banyak CPUV menari-nari tiang"...pas tu senyum sampai ke telinga..*berangan

Skali bukak, blog ...wekkk:P>>>>Nak muntah hijau...apa yang ada?
yang ada hanyalah muka sari yanti yang terpenah hilang serinya..T___T
OK lah tu kan dari xde seri langsung.....
Masih ada yang datang menjenguk cheery...tima kasih banyak2x..
CPUV dah xsudi nk menari tiang di blog sari ni..eh ?? blog cheery ni...check nuff tengok CPUV semua dah credited dan jumlah terkumpul Ringgit Malaysia 0.80. Amacam?? kau ada??

Off course tak ada sebab ko banyak dari aku..jangan nak bermegah durjana dengan aku..sikit pun aku
xkisah..sebab tu rezeki kau,Alhamdullah, rezeki aku coming soon..insha Allah.

Selama aku buzy ni, aku sempat lagi perasan yang aku dah lama xupdate pasal cerpen kan??
citer Hikayat si Gadis Labuci tu dah bape lama in process tak complete-complete..
ada ke yang bosan menunggu? ke xde sapa nk tunggu?? how dare youuuu!!!!!! ^. .^

xpe yang penting aku tak kisah...sbb aku akan cuba cari idea dan ruang untuk sambung citer tu..
Aku kan cakap dulu-dulu..aku sayang kowang..ingat tak?? xingat????  ^____^

xpe, yang penting aku xkisah..

11.34am aku benti menulis dan smbung kerja untuk company...9 minit jer jenguk blog
xpe yang penting aku xkisah...bye lovely reader :D










Friday, December 6, 2013

Menangis lebih baik

Kalau dihati ada rasa marah, tidak puas hati atau terbeban dengan sikap seseorang, menangis adalah lebih baik dari marah. Atleast ,menangis bagus untuk kesegaran mata..bak kata doctor yang penah rawat aku dulu cairan yang terbaik dan terbagus adalah air mata sendiri…tapi nak nangis berpada lah kowang, kang xpasal jadi kasim selamat new version ….aku xtanggungjawab!! (T____T)

Menangis tu sebenarnya akan membuatkan kita lebih pasrah dan rasional selepasnya berbanding bila kita marah, kita lebih bersikap negative dan tidak tenteram. 
Lagi pun marah pun tidak bagus untuk kesihatan kan?

So, menangislah sebanyak mana pun kita mahu menangis agar jiwa kita tenteram dan keluar dari kekacauan jiwa. Lagi afdal klu kita menangis ketika sujud pada yang maha esa. 
Kita akan rasa lebih puas dan tenteram jiwa. :D


Believe that, GOD a good way and good place to complain and release your problem.
Tiada cara yang terbaik selain menangis…kena tinggal dengan pakwe? Menangis lah (T____T), 
Terbeban dengan masalah keje dan family? Menangislah (T_____T),
Kehilangan owang tersayang ? Menangislah (T____T)
Sakit atau tercedera? Menangislah (T___T)

Kerana sesungguhnya menangis itu dapat mengurangkan kesakitan dan keperitan yang ditanggung.
Dan selepas itu pasrah lah dan redha dengan apa sahaja ujian yang Allah berikan kepada kowang
Ketahuilah, Kowang manusia terpilih diberi ujian itu…


p/s: eceh…rasa poyo lak entry ni..ngeh ngeh (-_____-)
bye...muah2x 

Thursday, December 5, 2013

Bahaya Minum sambil Berdiri

Hye, kali ni aku buang tabiat sikit..[ceh,ngaku lak tu] sebab aku nak talk bout adap..
Hamoih..hamoih..hamoih…tetiba nak jadi doc Muhaya lak kan..
Wokey, dari segi adab, semua tahu kan minum dan makan sambil berdiri tu tak baik. Xsopan dan aku tambah lagi word ‘tak de sivik’.

Tahukah kowang minum dan makan berdiri juga boleh membahayakan kesihatan. Menurut Dr Abdur razzaq Al-Kailani, makan atau minum sambil duduk bukan sahaja kelihatan sopan dan kaya dengan sivik..hihi..tapi juga bagus untuk system penghadaman kowang.

Ini kerana, makanan dan minuman yang diambil semasa berdiri tidak akan terus jatuh ke usus dan menyebabkan disfungsi penghadaman. Selain itu, minum berdiri juga menyebabkan cairan akan terus masuk ke dalam ginjal tanpa sebarang penyaringan.




Jadi, mulai sekarang biasakan diri makan dan minum sambil duduk. Selain kelihatan sopan dan ayu, makanan dan minuman dapat diserap dengan lebih nikmat dan sihat. Dan cantik berseri…*nakk tambah jugak tu? :p hihi..K BYE :D

Wednesday, December 4, 2013

Kanak-kanak dan jenayah

Kanak-kanak dan wanita mangsa kekejaman

Pesanan pada kowang yang dikasihi, hati-hati dan sentiasa berwaspada pada sekeliling anda wokey??
Sekarang ni macam-macam kes yang libatkan kanak-kanak dan wanita as a mangsa. Bimbang sesangat kan? Pada jejaka Malaya yang punya adik,kakak,ibu,anak,anak buah, lindungi owang-owang yang kowang sayang tu. Sekarang ni jenayah tak kira status ko, ko kaya ke ko kayap ke, ko cantik ke ko xcantik ke…xpeduli semua tu lah..so hati-hati wokey. Klu boleh anak-anak tu kongkong sikit. Bukan bawak naik kongkong kowang pusing keliling umah kowang tu..bukan mcm tu, agak-agak lah kowang ni pun.(T _ T)
Macam queen control  atau king control diowang ni sikit. Kongkong untuk kebaikan diowang xpe. Yang penting diowang selamat didunia yang penuh ngan jenayah ni..dan kowang pun so happy!!! :D

Aku ni bimbang overdos ni bukan apa pun sebab tengok berita before gerak balik kl. Pasal 3 budak perempuan mati dibunuh kat alor setar. Aku xpaham betoi lah manusia zaman skrang ni budak sekecik tu pun nk dijadikan mangsa jenayah, apa ada dekat budak2x tu. nak kata anak owang kaya, tak jugak. 
urmmm ....(T _ T)

Area kampong aku tu nak habaq mai. Dah dekat sangat tu. Petang diowang jumpa tu aku and anak buah aku g titi hayun mandi manda kat sana. Bawak anak buah as a celebrate besday kakak nurin yang jatuh pada 30/11/13. Kesian kat kakak nurin sebab besday dia tapi mama dia xdpt nak celebrate pun sebab adik kecik dia masuk hospital..kat hospital sultanah bahiyah nun sana. Tempat yang sama jenazah budak kecik tu di kosmotom.*Tah betoi tak spelling 

Aku bawak mak/ayah aku lawat baby aishah dalam pukul 5 cmtu..napa lah leh xjumpa family mangsa kat sana. Klu tidak, aku lah owang pertama yang tahu..Hihi..eceh wah..amboi over lak!!!..
nakjadi wartawan xberbayar ke???
Tak de lah..memain jer …..
Meh, nak citer kisah kitaowang pergi titi hayun. Sangat kelakar apa bila symbol kemegahan tempat reakrasi tu leh roboh lak. Kowang xrasa kelakar ke?? So kitaowang g mandi ajer lah xdpat nk bergambar kat titi hayun la sangat tu. ..kat sana leh perasan la titi tu roboh dan ada owang yang tengah baiki. Aku xtahu lah sejak bila sebab bila aku Tanya pakcik yg inform titi tu ditutup dia xnak layan aku..sampai hati toi..cian aku xleh nk jadi reporter itu hari… so layan ajer lah gambar anak sedara aku mandi manda..
urmmmm sedih nyer! (T  _  T)








Qaisara yang happy dapat mandi manda ngan duck bawu beli..ngeh..ngeh

Kakak nurin yg marah abang chik sebab dekut air


kerek giler ada air..mana taknya yg lain minum air kosong jer

 lastly kena sound ngan pak cik, bawu nak bg kakak nurin air..hahaha

Qaisara yg dekut duck dia tu..menjerit marah bila abg dia amik pakai

Kakak nurin happy belated besday to kakak..hope jadi ank yang baik dan kakak 
yg terbaik untuk adik-adik..amin


wokey lah..wa cau lu bebeh..update entry pun xde rasa dah ni..mood sangat ke laut...
bye2x..take care :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...