Nuffnang ads

Tuesday, September 28, 2021

Bila Tayangan Mechamato, Ayah Boboiboy?

Anak-anak asyik tanya 'Mechamato the movie' ni ja taw. Jadinya Apaknya asyik lah dok ulang trailer Mechamato ni. Naik muak Amaknya x_x .

Sebenarnya kan, Amaknya pun excited jugak nak nengok citer Ayah Boboiboy ni. Tengok trailer nya macam best jer. Tiap kali bukak, ALuth and Aidil mesti senyap, tengok sampai ternganga mulut tu hahaha comel betul lah. Eh..eh..budak..buat Muka marah pun comel..yang tak comel Apaknya. Muka marah ke Muka sedih ke tetap gerun...seram. hehehe

So Aku dapat cari info sikit pasal cerita Ayah Boboiboy ni. Plan asalnya diowg nak tayang tahun ni 2021 tapi disebabkan pandemic rancangan awal ditunda. Dan lagi ada kerjasama dgn pengedar luar jadinya diowg akan tayangkan Mechamato bersiri dahulu. Dengar katanya Awal December ni.

Tapi i is sedih, sebab cerita ni akan ditayangkan terlebih dahulu oleh cartoon network. Mean ada dalam Netflix atau HBO go sahaja. Hmmm..Kalo gitu lambat lagi lah nak masuk siaran Malaysia. 

______________________________________________

Ramai yang bertanya tentang tayangan Mechamato. Ya, Mechamato akan disiarkan di saluran lain. Namun Cartoon Network akan tetap mendahului sebagai tayangan pertama di saluran Pay TV melalui Astro (di Malaysia) .

Jangan risau, Monsta sentiasa mengutamakan peminat dan penonton. Kami akan pastikan anda semua akan dapat menonton Mechamato. Namun, ianya mungkin akan secara berperingkat kerana terdapat aspek-aspek perjanjian yang perlu kami ambil kira.

Perancangan tayangan Mechamato lebih rumit daripada BoBoiBoy kerana melibat banyak negara di seluruh dunia. Jetpack Distribution, antara pengedar terbesar di dunia telah bersetuju untuk mengedarkan Mechamato.

Cartoon Network pula akan menayangkan siri Mechamato di Asia Pasifik (termasuk Korea, Jepun, Taiwan, HK, NZ dan Australia). Ini semua membuatkan kami perlu lebih strategik dan membahagikan tayangan dengan lebih teliti.

Landskap penyiaran tempatan juga sudah banyak berubah. Ini membuatkan kami perlu menyusun tayangan Mechamato berbeza dengan cara tayangan BoBoiBoy.

Bagi yang keliru tentang Mechamato ini siri atau movie; sebenarnya Mechamato ada siri dan juga movie! Siri Mechamato akan keluar dahulu sebelum Mechamato Movie. Pada awalnya kami merancang untuk mengeluarkan Mechamato Movie pada tahun ini, tetapi disebabkan keadaan pandemic, rancangan ini terpaksa ditunda.

Diharap semua akan dapat memberikan sokongan terhadap siri Mechamato apabila dilancarkan nanti dan seterusnya Mechamato Movie pada 2022, insyaAllah.

#Mechamato #Monsta #CartoonNetwork


Bangga kan..filem animasi buatan Malaysia boleh pergi jauh 🤗🤗

Sumber: FB Nizam Abd Razak

Thursday, September 23, 2021

Streeto Pizza @Teluk Kumbar, Bayan Lepas


Scroll..punya scroll..punya scroll terjumpa post ni. Dok pikir kenapa Aku tak klik publish ya? Eh lupa lak nak tengok tarikh entry ni terbiar hahaha

Tak pe Kita publish jer Hari ni...Kita pejam mata dan lepaskan k...macam kentuttt..Kalo siapa tanya kenapa berbau ni..buat-buat tanya 'eh bau? Bau apa ya?' hahaha 😂

(Apa ko melalut ni Minah? Lawak hambar sangat) 

Aku favourite gilerss dengan menantang nih. Apa Nama menu ni habaq sat??

Budak kecik nih duduk tak diam, sampai ke luar dia explore. So Apaknya terpaksa umpan dgn phone supaya amak/Apaknya dapat makan dengan tenang dan elakkan berlaku perkara yang tidak diingini. Sekian, harap maklum... huhuhu

Nengok Didi and friends sambil kunyah fries. 

Pizza dah sampai...yg ni campur ayam, daging. Extra cheese. Sedap..kenyang sampai ptg hahaha...

Tu alamatnya..Kalo dekat boleh lah pergi terjah. Menurut  hakak Aku ni 100% kedai melayu k. Makanan nya Western semua not bad..sedap! Aku and husband if Rasa nak mkn western...terjah restoran ni lah. Dekat dengan rumah hakak Aku...so leh singgah umah dia skali..sambil menyelam minum air...hehehe 

Ada number phone kat situ..seingat Aku, Aku mintak utk plan sambut birthday Aluth kat situ. Then, none ada pun sambut situ, banyak sambut kat Kampung. Weekend lepas ada meronda area streeto Pizza ni, open jer meja semua setup. Sama ada tak boleh dine in lagi atau orang sekitar masih tak berani dine in. 

Entry lama ni..Masa ni Anak sorang. Aidil belum process lagi ni hahahah 😜

Itu pun nak bagitau ke? 
Ok..nak pitam jab😵



Friday, September 17, 2021

Jom ke Sham Hammer Restoran Ikan Bakar

 Assalammualaikum. Hari ini rajin pulak nak godek post blog. Rupanya banyak post yang dah bersawang tak publish. Rajin upload gambar masuk blog tapi none idea nak mengarang. Entry isu semasa banyak dah buang. Nak publish macam dah basi plak isu tu. hehe. Orait.. ada entry yang macam sayang nak buang..so kita mengarang lah ala kadar yer.

Apa yang aku ingat, malam tu hubby teringin sangat nak makan ikan bakar. 
 Kejadian sebelum PKP ya. Kes tak naik lagi dekat penang masa tu. Dia pernah bawak rakan sekerja makan kat sini ramai-ramai dengan panglima tentera semua. Dia kata sedap dan next day terus ajak bini. kihkihkih

Kedai Sham Hammer ni tepi Jalan jer dan tepi pantai Seagate. Banyak-banyak kedai Ikan Bakar kat situ, Sham Hammer ni Paling menonjol dengan terang lampunya tu. Agak besar kedai ni, memanjang hingga ke tepian pantai. Boleh menjamu selera sambil sedut bau pantai...Kalo uolss tak mabuk Laut best lah kan hehehe


Masa kami datang tak ramai sangat. Bape kerat ja family dinner. 

Aidil tido kepenatan. Masa ni rambut diorang pun tak panjang lagi. Sekarang rambut dah boleh buat tocang dua...hahaha punya lama dah entry ni terperam. 

Makan sambil tengok pantai. Air surut Masa ni. Hujan renyai sikit.

Suami main order jer nasi sampai 3 cup. Giler banyak. Untuk anak2 1 cup katanya. Tapi dia xtahu ke anak2 bukan makan sangat pun. 

Penyudahnya..kami berdua yang kena habis kan. Dah lah 1 cup tu pun dah banyak taw. Dah lah makan lauk berkuah gilerss macam nak pecah perut bini mung. 

Tom yam nya sedap taw. Sampai kuah Aku hirup. Hahaha Mana tak pecah perut tu. 😂

Ikan Bakar so far ok lah..suami kata sedap. Aku?? Rasanya ok ja kot xde lah sedap nak matikkk..sekadar sedap jer. Hahaha

Si kecik dah meragam kemengantukkan..uiih rosak tatabahasa hehe

Entry ni flash back..so tak nak panjang2. Tak ingat sangat dah kejadiannya. Tapi Thank you Membaca 🤗


Tuesday, September 14, 2021

Buku English "500 vocabulary" untuk Penguasaan Bahasa

 Hi Assalamualaikum uolls.. Selamat pagi! Semoga Kita semua berada dalam redha Allah dan peliharaan Nya. Apa Khabar uolls? Lama kan Aku Tak singgah sini. Busy menjalani kehidupan sebagai housewife merangkap baby sitter Anak sendiri hikhikhik.

Yes Bila dah jadi suri Hati suami Dan anak2 ni, busy dia lain mcm. Reality tak seindah expectations. Hah ghituhhh.

Pepagi dah bersiaran ni sebab Aku nak share dengan korang 1 buku yang sangat membantu dalam penguasaan English anak-anak Sekolah. Bukan aja anak-anak Sekolah ya, Kita sendiri pun boleh guna buku ni untuk belajar English. Macam kat Penang ni kan ramai akak-akak  bekerja beli 500 vocabulary ni untuk tingkatkan penguasaan English masing-masang. Untuk pekerjaan dan ada juga beli untuk ajar anak-anak. Yer lah kan sekarang zaman PDPR, sebelum ibu-ibu,  akak-akak nak ajar anak-anak, adik-adik, kena study dulu kan. Hmmm...mencabar kan zaman pandemic ni?

Haiii..kenapalah Sekolah dulu takde buku ni kan, Kalo ada confirm Aku dah Skor A dalam subject English. Melalui buku ni Kita belajar buat ayat/karangan English. Kita pandai dalam penggunaan grammar, vocabulary dan sebagainya. 

Sekarang ada promo September. Korang boleh grab cepat untuk dapatkan free gift ni semua. Agak limited ya. Ada 5 item semuanya HQ nak bagi free untuk buyer . Best kan🤗

Okey, meh Kita kenal dengan siapa penulis buku 500 vocabulary ni pulak 👍

Nor Yuslinda. Berusia 35 tahun. Bekas pelajar SMK Methodist Girls' School, Ipoh.

Memiliki Diploma Akauntansi dari Politeknik Sultan Azlan Shah. Berpegalaman bekerja di dalam bidang perakaunan namun kecenderungan lebih kepada mempelajari dan mengajar bahasa. Kesedaran itu wujud setelah bertahun bekerja dalam bidang perakaunan. 

Berubah arah dan menyambung  bidang yang diminati iaitu pendidikan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)(TESL) dari Uitm Seri Iskandar, Perak. 

Memulakan kerjaya sebagai Pensyarah B. Inggeris (PTFT) di Uitm Seri Iskandar, Perak sejurus tamat pengajian pada Oktober 2010.

Kemudian menyambung kerjaya di Malaysian Aviation Training Academy, Kuantan sebagai English instructor untuk bakal jurutera kapal terbang di mana mengajar B. Inggeris berkaitan dengan dunia penerbangan. 

Pernah menjadi pensyarah B. Inggeris di Kolej Poly-tech MARA, Kuala Lumpur dan Ipoh. 

Memilih untuk meletakkan jawatan pada tahun 2015 berikutan meletakkan keluarga sebagai pilihan utama dalam hidup namun tetap bergerak secara aktif sebagai freelance tutor untuk English (bagi pelajar pelbagai peringkat umur). 

Mempunyai pengalaman mengajar dan melatih pelajar sebagai persediaan untuk menduduki 'Malaysian University English Test' di Universiti Teknologi Petronas, Perak dan Kolej Poly-Tech MARA, Ipoh

Buku '500 VOCABULARY - Words Kids Need to Know' asalnya BUKAN dibuat untuk dijual. Ia dibuat untuk anak-anak saudara tersayang yang memerlukan bantuan segera dari segi penguasaan B. Inggeris.

Setiap perkataan ditulis sendiri di atas kertas lukisan dan dikongsi di Facebook peribadi dengan 'caption'  : 'untuk anak-anak saudara tersayang' 

Ramai rakan-rakan meminta semua perkataan ditaip dan dijual. Jualan beberapa bulan pertama mencecah sebanyak 2000 naskah (jualan dibuat secara peribadi) 

Akan terus menghasilkan buku-buku lain yang berkualiti dan mampu membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dengan cara yang mudah.

Orait uolss, hebat kan penulis dia. Memula buat untuk Anak sedara ja, lastly dapat permintaan untuk jualan. So, korang boleh bertindak segera dapatkan untuk Anak masing-masing pulak

Nak jimat shipping boleh preorder di link ini ⤵️

https://bit.ly/3Aa53n2

https://bit.ly/3Aa53n2

Atau terus jer Beli Di kedai online wasaEDU ⤵️

https://bit.ly/3fyhukz

https://bit.ly/3fyhukz


Terima kasih korang sudi Membaca 🤗🥰

Thursday, September 2, 2021

Tips Mudah Kuasai Matematik

 


Cikgu2 akak2 adik2 dan ibu2 yang berminat untuk dapatkan ebook boleh wasap no ini ya ⤵️

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...