Nuffnang ads

Tuesday, September 28, 2021

Bila Tayangan Mechamato, Ayah Boboiboy?

Anak-anak asyik tanya 'Mechamato the movie' ni ja taw. Jadinya Apaknya asyik lah dok ulang trailer Mechamato ni. Naik muak Amaknya x_x .

Sebenarnya kan, Amaknya pun excited jugak nak nengok citer Ayah Boboiboy ni. Tengok trailer nya macam best jer. Tiap kali bukak, ALuth and Aidil mesti senyap, tengok sampai ternganga mulut tu hahaha comel betul lah. Eh..eh..budak..buat Muka marah pun comel..yang tak comel Apaknya. Muka marah ke Muka sedih ke tetap gerun...seram. hehehe

So Aku dapat cari info sikit pasal cerita Ayah Boboiboy ni. Plan asalnya diowg nak tayang tahun ni 2021 tapi disebabkan pandemic rancangan awal ditunda. Dan lagi ada kerjasama dgn pengedar luar jadinya diowg akan tayangkan Mechamato bersiri dahulu. Dengar katanya Awal December ni.

Tapi i is sedih, sebab cerita ni akan ditayangkan terlebih dahulu oleh cartoon network. Mean ada dalam Netflix atau HBO go sahaja. Hmmm..Kalo gitu lambat lagi lah nak masuk siaran Malaysia. 

______________________________________________

Ramai yang bertanya tentang tayangan Mechamato. Ya, Mechamato akan disiarkan di saluran lain. Namun Cartoon Network akan tetap mendahului sebagai tayangan pertama di saluran Pay TV melalui Astro (di Malaysia) .

Jangan risau, Monsta sentiasa mengutamakan peminat dan penonton. Kami akan pastikan anda semua akan dapat menonton Mechamato. Namun, ianya mungkin akan secara berperingkat kerana terdapat aspek-aspek perjanjian yang perlu kami ambil kira.

Perancangan tayangan Mechamato lebih rumit daripada BoBoiBoy kerana melibat banyak negara di seluruh dunia. Jetpack Distribution, antara pengedar terbesar di dunia telah bersetuju untuk mengedarkan Mechamato.

Cartoon Network pula akan menayangkan siri Mechamato di Asia Pasifik (termasuk Korea, Jepun, Taiwan, HK, NZ dan Australia). Ini semua membuatkan kami perlu lebih strategik dan membahagikan tayangan dengan lebih teliti.

Landskap penyiaran tempatan juga sudah banyak berubah. Ini membuatkan kami perlu menyusun tayangan Mechamato berbeza dengan cara tayangan BoBoiBoy.

Bagi yang keliru tentang Mechamato ini siri atau movie; sebenarnya Mechamato ada siri dan juga movie! Siri Mechamato akan keluar dahulu sebelum Mechamato Movie. Pada awalnya kami merancang untuk mengeluarkan Mechamato Movie pada tahun ini, tetapi disebabkan keadaan pandemic, rancangan ini terpaksa ditunda.

Diharap semua akan dapat memberikan sokongan terhadap siri Mechamato apabila dilancarkan nanti dan seterusnya Mechamato Movie pada 2022, insyaAllah.

#Mechamato #Monsta #CartoonNetwork


Bangga kan..filem animasi buatan Malaysia boleh pergi jauh 🤗🤗

Sumber: FB Nizam Abd Razak

3 comments:

  1. wah..rancanagn kegemaran anak2 kecil..mesti diorang rasa seronok

    ReplyDelete
  2. ayah boboboi???/
    wow... kena tengok ni nanti/
    klu dah ada kat netflix bole cari

    ReplyDelete
  3. makin hebat dunia animasi di Malaysia.. dulu layan Keluang Man, Usop Santorian saja..eheheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...