Monday, September 24, 2012

Cintamu Membunuhku!


Saya sedar wak ! saya banyak kekurangan. Mungkin pada awak saya tak mampu membahagiakan awak. Tapi demi Allah saya cuba yang terbaik untuk menyenangi awak. Saya sayang awak!

Masa tu saya ingat lagi, kita kenal kat Friendster. Cinta  kita macam cinta Friendster. Remaja seusia kita masa tu gila Friendster.

Awak suka cari pasal dengan saya dalam laman social tu. Awak kutuk setiap gambar saya. Saya geram, saya marah. Saya balas balik apa yang awak buat kat saya. Lama-lama saya jadi suka dengan perhubungan itu.

Awak mintak yahoo ID saya. Lepas tu kita berhubung melalui Yahoo messanger pulak. Awak cakap sukew saya dan melamar saya jadi girlfriend awak. Saya terima sebab saya pun sukew awak.

First date kita, awak bawak saya naik puncak gunung jerai. Kita bahagia di atas sana dan jadikan tempat tu puncak cinta kita. Tempat tu menjadi saksi cinta saya pada awak.

Waktu saya kat johor, awak datang jumpa saya. awak cakap windu sesangat kat saya. saya terharu, awak sanggup datang walaupun jauh untuk dapatkan saya.

Cinta saya kat awak tambah mendalam. Saya nekad nak hidup dengan awak. Nak kawen dengan awak. Nak lahirkan zuriat awak. Pengorbanan awak bukti cinta pada saya.

Selepas saya habis belajar, saya balik Kedah. Saya tak dapat contact awak. Friendster awak pun dah tak aktif. Saya wisau benda tak baik jadi kat awak. Sehari lima kali saya doa awak bebaik jer. Saya mintak Allah lindungi awak. Saya mohon Allah lembutkan hati awak hubungi saya.

Satu hari,saya dapat mesej dari awak. Awak nak jumpa saya kat puncak cinta kita. Saya pergi ke puncak tu dengan hati riang gembira sebab dapat jumpa awak lagi. Tapi, saya terkejut. Ada perempuan lain dengan awak. Awak dan dia Nampak mesra. Saya Tanya awak siapa dia? Awak cakap girlfriend baru awak. Awak cakap lagi cinta awak pada saya dah pudar.

Saya sedih, saya marah. Saya tak dapat kawal emosi. Saya tolak awak, saya tarik rambut perempuan tu. Saya marah dia sebab rampas cinta hati saya. Awak tampar saya, awak panggil saya perempuan sundal. Awak pertahankan perempuan tu. Saya rasa awak lelaki jahat.

Saya menjerit terlolong sambil pukul-pukul dada awak. Saya benci awak. Awak hancurkan hati saya. awak tepis tapi tubuh awak tetap jadi mangsa saya. Tak cukup dengan tu, awak tolak saya untuk menjauhkan diri dari saya. Saya rasa saya jatuh jauh macam diawangan. Perut saya rasa sakit. Rupanya pedih tertusuk bonggol pokok kecil. 

Saya rasa sakit sangat. Saya tahu awak tak sengaja. Saya Nampak awak jauh. Awak tengok jer, tak tolong saya pun. Hati saya hancur. Awak tak cinta saya lagi. Saya pejamkan mata rapat. Saya rasa penat sesangat. Saya penat mencintai awak. 


p/s: 80% rekaan semata-mata.


8 comments:

  1. walau 8o% rekaan..ia tetap sedih dimata sy yg membaca..sob2 :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah2x dhia,jangan nangis ek..sabar2x..hehe

      Delete
  2. makna 20% betul.....hehehehehe. Besar tu 20% tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik jer hanif..apa ada dgn 20% ..huhu

      Delete
  3. ye ye je bace..last2 lebih yang rekaan.hahahaha
    nasib baik bonggol kecik. kalau besar mandul terus

    ReplyDelete
  4. cehhhh...aku tertipuuu. haha. ingatkan bebenor terjadi kat ct td. rupanya rekaan semata-mata...hehe. penat taw baca dari mula sampai hbis..haha :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...