Anda rasa sunyi dan sepi walaupun dikelilingi ramai orang?
Tekan ON SUNYI untuk mencari bahan buat anda ketawa.
Anda rasa jiwa kosong dan tidak terurus?
Tekan ON HAWA untuk mengetahui punca sebenar jiwa anda
kosong.
Masih tak dapat jawapan pada kekosongan jiwa anda?
Buka luas mulut anda dan Bulatkan mata anda untuk membaca
info ini..
Tengah BW, tiba-tiba terbaca satu entry pasal tanda-tanda orang
sampai seru nak kawen.
Bila ditilik-tilik tanda2x ni macam dah tertembak batang
hidung sendiri pulak. Tapi I think setiap orang ada tanda-tanda seru Snd. Bhd.
kot. Yeker? Yelah kot. Tak caya Tanya lah kat orang yang dah kawen tu.
Dah, mulut leh tutup, bukak lelama lalat tumpang kot. Bukak
mata jer okey…
Tanda 1: Rasa sunyi di hati
Apabila seseorang itu rasa sunyi sedangkan ramai orang di
sampingnya, itu tandanya dia dah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan disisi
buat lawak jenaka tapi sikit pun kelucuan tu tak mampu mengubat kekosongan di
hati. Ini dikatakan disebabkan oleh wujudnya ruangan vakum yang perlu diisi
oleh seseorang yang dipanggil ‘buah hati’.
So, sesiapa yang ada perasaan sunyi yang pelik ni, dia wajib
kawen bagi mengelakkan penyakit yang lebih berat.
Tanda 2: Kehidupan yang tidak terurus
Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk kita beramal dan beribadah kepada
PENCIPTA. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala
bg mendapatkan ganjaran Syurga. Malangnya, kehidupan tidak terurus, keadaan
rumah bersepah, baju tak dibasuh, makan pakai tidak teratur.
Makan ikut dan ja.
Baju pakai asal boleh ja.
Boleh mengundang masalah sampingan lain.
Jadi orang
macam ni diwajibkan kawen.
Perkahwinan akan menjadikan mereka lebih
bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan yang baik dan
bersistematik.
Tanda 3: Jiwa menjurus pada lawan Jantina
Sekirannya anda ada rasa satu perasaan berdebar-debar dan
jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina maknanya
ada daya tarikan kat situ. Bukan tarikan magnet yer.
Jika hati dan jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan
jantina, maka sudah pasti mereka itu termasuk dalam golongan yang wajib kahwin.
ALLAH berfirman:
"Dan
antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA
menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami
isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang
berfikir." - Surah ar-Rum: 21
Tanda 4: Hilang focus apabila wujud lawan jantina
Hilang focus atau lemah tumpuan adalah perkara biasa berlaku
pada orang bujang.
Hal ni berlaku sebab mereka kerap memikirkan soal pasangan,
masa depan yang tidak pasti dan persepsi masyarakat sekeliling.
Akibatnya memberi
kesan pada tugas mereka seharian.
Mereka yang mengelami gejala hilang focus ini
adalah berpunca dari factor psikologi serta perasaan tidak stabil.
Umumnya penyakit
ini berlaku sebab kekurangan kasih saying dan belaian manja.
So, ubat mujarab
panyakit ini adalah berkahwin.
Tanda 5: Cemburu melihat kebahagian orang lain
Seandainya anda mempunyai perasaan cemburu melihat
kebahagian rakan anda dalam perkahwinan mereka, itu tandanya anda wajib kahwin
bagi mengelakkan perasaan hasad dengki dan mengelakkan perbuatan yang menjurus pada keburukan.
Tanda 6: Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak
Ini sering berlaku pada mereka yang sudah sampai seru untuk
berumah tangga. Dimana wujudnya perasaan keibuan dan kebapakan dalam sanubari.
Sifat
sukakan kanak-kanak dan keinginan untuk memiliki keluarga sendiri.
Tanda 7: Jatuh cinta pada seseorang
Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga
perasaan minat dan suka.
Ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan sebab cinta itu
anugerah ALLAH.
Jalan keluar untuk menikmati cinta sempurna adalah melalui
perkahwinan.
Tanda 8: Desakan hawa nafsu
Biasa terjadi pada lelaki dan perempuan yang baru mencapai
usia remaja.
Mudah tergoda dan teruja dengan lawan jantina.
Selain itu,
golongan dewasa lelaki yang mencapai usia pertengahan juga kerap mengelami
desakan ini. Kalau kes ni kena hati-hati. Kes ni lah leh timbul cerita madu 4…hehe
Hah, kan dah wajib ni!-Gambar Hiasan jer...
Tanda 9: Beronani
Satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam.
Firman ALLAH dalam AL-QURAN:
"Dan mereka yang menjaga
kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba
sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang
mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui
batas." - Surah al-Mukminun: 5-7
"Hendaklah
kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal." - Hadith riwayat
al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa'i dan Ahmad.
Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan
untuk mencegah nafsu syahwat,bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit
ini hanyalah melalui perkahwinan.
Tanda 10: Dorongan untuk melakukan hubungan intim
ALLAH Berfirman:
"...Kahwinilah wanita-wanita
(lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak
akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja..." - Surah
an-Nisa' : 3.
hawa dijadikan utk adam untuk masing2 saling melengkapi..:)
ReplyDeletehehe...zie dh lepas dh zaman berfeel gitu gitu..hikss
ReplyDelete