Nuffnang ads

Tuesday, September 25, 2012

10 Tanda Wajib Kahwin



Anda rasa sunyi dan sepi walaupun dikelilingi ramai orang?
Tekan ON SUNYI untuk mencari bahan buat anda ketawa.  
Anda rasa jiwa kosong dan tidak terurus?
Tekan ON HAWA untuk mengetahui punca sebenar jiwa anda kosong.
Kenapa ON HAWA? Sebab sedara kembar kepada hawa nafsu..hehe

Masih tak dapat jawapan pada kekosongan jiwa anda?
Buka luas mulut anda dan Bulatkan mata anda untuk membaca info ini..

Tengah BW, tiba-tiba terbaca satu entry pasal tanda-tanda orang sampai seru nak kawen.
Bila ditilik-tilik tanda2x ni macam dah tertembak batang hidung sendiri pulak. Tapi I think setiap orang ada tanda-tanda seru Snd. Bhd. kot. Yeker? Yelah kot. Tak caya Tanya lah kat orang yang dah kawen tu.

Dah, mulut leh tutup, bukak lelama lalat tumpang kot. Bukak mata jer okey…

Tanda 1: Rasa sunyi di hati

Apabila seseorang itu rasa sunyi sedangkan ramai orang di sampingnya, itu tandanya dia dah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan disisi buat lawak jenaka tapi sikit pun kelucuan tu tak mampu mengubat kekosongan di hati. Ini dikatakan disebabkan oleh wujudnya ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil ‘buah hati’.
So, sesiapa yang ada perasaan sunyi yang pelik ni, dia wajib kawen bagi mengelakkan penyakit yang lebih berat.
  

Tanda 2: Kehidupan yang tidak terurus

Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk kita beramal dan beribadah kepada PENCIPTA. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bg mendapatkan ganjaran Syurga. Malangnya, kehidupan tidak terurus, keadaan rumah bersepah, baju tak dibasuh, makan pakai tidak teratur. 
Makan ikut dan ja. 
Baju pakai asal boleh ja. 
Boleh mengundang masalah sampingan lain. 
Jadi orang macam ni diwajibkan kawen. 
Perkahwinan akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan yang baik dan bersistematik.  


Tanda 3: Jiwa menjurus pada lawan Jantina

Sekirannya anda ada rasa satu perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina maknanya ada daya tarikan kat situ. Bukan tarikan magnet yer. 
Jika hati dan jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka itu termasuk dalam golongan yang wajib kahwin.
ALLAH berfirman:

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir." - Surah ar-Rum: 21


Tanda 4: Hilang focus apabila wujud lawan jantina

Hilang focus atau lemah tumpuan adalah perkara biasa berlaku pada orang bujang. 
Hal ni berlaku sebab mereka kerap memikirkan soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi masyarakat sekeliling. 
Akibatnya memberi kesan pada tugas mereka seharian. 
Mereka yang mengelami gejala hilang focus ini adalah berpunca dari factor psikologi serta perasaan tidak stabil. 
Umumnya penyakit ini berlaku sebab kekurangan kasih saying dan belaian manja. 
So, ubat mujarab panyakit ini adalah berkahwin.


Tanda 5: Cemburu melihat kebahagian orang lain

Seandainya anda mempunyai perasaan cemburu melihat kebahagian rakan anda dalam perkahwinan mereka, itu tandanya anda wajib kahwin bagi mengelakkan perasaan hasad dengki dan mengelakkan  perbuatan yang menjurus pada keburukan.


Tanda 6: Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak

Ini sering berlaku pada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Dimana wujudnya perasaan keibuan dan kebapakan dalam sanubari. 
Sifat sukakan kanak-kanak dan keinginan untuk memiliki keluarga sendiri.


Tanda 7: Jatuh cinta pada seseorang

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga perasaan minat dan suka. 
Ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan sebab cinta itu anugerah ALLAH. 
Jalan keluar untuk menikmati cinta sempurna adalah melalui perkahwinan.


Tanda 8: Desakan hawa nafsu

Biasa terjadi pada lelaki dan perempuan yang baru mencapai usia remaja. 
Mudah tergoda dan teruja dengan lawan jantina. 
Selain itu, golongan dewasa lelaki yang mencapai usia pertengahan juga kerap mengelami desakan ini. Kalau kes ni kena hati-hati. Kes ni lah leh timbul cerita madu 4…hehe

Hah, kan dah wajib ni!-Gambar Hiasan jer...

Tanda 9: Beronani

Satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam. Firman ALLAH dalam AL-QURAN:

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas." - Surah al-Mukminun: 5-7

"Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal." - Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa'i dan Ahmad.



Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat,bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.


Tanda 10: Dorongan untuk melakukan hubungan intim
ALLAH Berfirman:


"...Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja..." - Surah an-Nisa' : 3.

2 comments:

  1. hawa dijadikan utk adam untuk masing2 saling melengkapi..:)

    ReplyDelete
  2. hehe...zie dh lepas dh zaman berfeel gitu gitu..hikss

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...