Thursday, September 20, 2012

Kecundangnya Cinta Sahabat-Scene 6


“Tie aku dah nak pergi nie.” Suhana menahan sebak didada. Sesungguhnya dia amat terharu kerana tercampak jauh ke negeri orang. Di sini Kedah merelakan pemergiaannya dan di sana Sabah mengamit kedatangannya. Di sini, dia akan meninggalkan insan yang disayanginya dan di sana belum tentu ada insan yang sudi menyayanginya.

“ Pegi lah aku tak halang ang pun.” Ada senyuman mengusik di bibir Tie. Sesungguhnya dia amat terharu pemergian seorang lagi sahabatnya untuk meneruskan perjuangan masing-masing sebagai pelajar. Dia juga akan pergi seperti mereka untuk meneruskan perjuangan yang sama cuma bezanya hari ini dia menangisi pemergian Suhana tetapi besok hanya keluarga yang menangisi pemergiannya.

“ Aku sedih nak pergi jauh, takut pun ada. Sedih nak tinggal ang pun ada.”

 “ Dah lah tu Na, jangan nak touching sangatlah. Kalau ang tak tinggal aku hari nie, besok aku tinggal ang jugak.

 “ Ang tak mau hantar aku ka?”

“ Tak lah Na, sorry okey. aku ada hal belum settle. Aku pun tak habis packing g nie. Besok pagi dah nak bertolak. Lagipun aku takut kat sana nanti aku nangis nak ikut ang pulak hehehe…Kat KLIA nanti Yooh hantar ang kan?”

 “ A’ak…Gee pun nak hantar aku gak. Dia hantar aku sampai kat KL.”

 ” Oooh..ya ka? Nanti kirim salam rindu kat Yooh eh?” Suhana dapat melihat dengan jelas perubahan wajah Tie apabila nama Gee disebut. Mungkin Tie risaukan dirinya yang masih tak dapat melupakan nama lelaki itu. Dia tahu dia perlu jelaskan pada Tie bahawa dia rapat dengan lelaki itu tak lebih dari sekadar kawan biasa selepas kehancuran hubungan mereka.

“ Tie, aku dengan Gee dah jadi kawan sekarang nie. Tak lebih dari tu. Ang jangan risau okey, aku tau apa yang aku buat.” Tie hanya senyum mendengar penerangan dari Suhana. Tidak dapat dinafikan dia agak tenang apabila persoalan yang dalam benaknya selama ini terjawab.

 “ Aku tak dak hak nak kawal ang Na. aku Cuma ambik berat pasal ang. Aku tak mau ang nangis lagi. Buat lah apa yang ang rasa betul.”

xxxxxxxxxxxxxxxxx

“ Kau nie napa Tie? Masa makan jangan mengelamun, nanti tercekek baru tau”. Suhana agak pelik dengan sikap teman rapatnya sejak kebelakangan ini. Kerap sangat dia mengelamun sendirian, seperti ada sesuatu  yang masih membebankannya. Apabilla ditanya katanya tak ada apa-apa. Lantas sebagai kawan yang bimbang dengan perubahan sikap yang mendadak nie dia mengajak Tie launch bersama-sama, agar Tie mahu bercerita dari hati ke hati. Sebagai teman yang sudah lama mengenali antara satu sama lain dia perlu tahu isi hati Tie yang sebenarnya. Sikap Tie yang tidak mahu bercerita hal dirinya amat membimbangkan mereka sejak dahulu lagi. Kerana itu lah mereka 4 sekawan tidak begitu tahu mengenai siapa teman lelaki Tie dulu dan kini.

            “Tak dak papa lah, aku ok ja”. Tie mengeluh perlahan. Perlukah dia menceritakan perkara yang sebenar? Apa yang akan berlaku sekiranya dia memberitahu perkara yang telah lama dia simpan? Perlu ke dia bocorkan perkara yang telah bertahun-tahun dia simpan kemas. Berbalaoikah? Tidak!! Dia tak perlu bocorkan hal itu, biarlah perkara itu menjadi rahsia, biarlah dia simpan sendirian. Dia tak mahu kerana perkara yang telah bertahun-tahun lamanya diungkap akan menjejaskan hubungan baik antara mereka. Ternyata dia telah mengkhianati teman baiknya. Dia tak mahu teman-temannya membencinya. Dia takut mereka tidak dapat memaafkan kesilapan yang telah dilakukannya. Ternyata. Dia tidak mau semua itu berlaku. Tapi!! Sampai bila dia harus menyimpannya. Sampai bila dia harus bertahan dengan rasa bersalah yang menghantuinya. Sampai bila??

            “Tie!! Are u okey honey? Sejak kebelakangan nie ko asyik mengelamun ja, napa?”

“ Kan aku dah cakap, aku tak apa-apa lah. Aku just rindu kat family aku ja”  Tie menghadiahkan senyuman manis buat sahabat kesayangannya. Walaupun senyuman itu tidak semanis senyuman yang disedekahkan kepada mak cik cleaner setiap pagi namun sudah cukup membuatkan sahabatnya itu senang hati dan tidak bimbang yang bukan-bukan lagi.

“ Okey, tapi ingat tau. Kalau kau ada masalah cakap jangan pendam sampai lasu lak, buat aku risau ja”.

 “ Yalah mak cik”.  Ketawa mereka berdua yang bersatu sudah cukup menceriakan suasana pada tengahari itu. Suhana mengharapkan keadaan ini akan terus bersinar seperti matahari yang terik memancarkan cahayanya setiap hari.

xxxxxxxxxxxxxxxx

            “You nie kan,napa tak paham-paham lagi? I tak sanggup lagi teruskan pembohongan nie you paham tak. Hati I tak tenang Iz. No..no I tak kira, even macam mana pon reason you, you tetap kena settlekan hal nie secepat mungkin ,kalau tak…..I rasa you faham maksud I.

” Suhana memerhatikan gelagat teman baiknya dari jauh..hatinya diragut bimbang melihat reaksi sahabatnya itu bercakap dalam telefon. Tangan Tie mengawang-awang dan mulutnya berkumat-kumit memarahi seseorang tidak dikenalinya. Kadang-kadang keadaan tie seperti orang yg terkena hysteria, terjerit-jerit kecil, amat mengerikannya. Masya Allah simpang malaikat 44. “ No..I tak ugut u sayang, I rasa semua nie tak adil untuk I and I just nakkan pembelaan. Satu lagi you jangan cuba nak lari dari I. Itu pon kalau you tak nak sakit??”

Suhana mengerling Tie yang mencampakkan hensetnya di atas sofa dengan kasar. Bibirnya yang sibuk ingin bertanya terbantut kaku melihat jelingan Tie yang tiba-tiba ditujukan kepadanya. Suhana amat terkejut dan tidak mengerti apa yg berlaku kepada teman baiknya itu. Apa kesalahan yang telah dilakukan olehnya sehinggakan dirinya dijadikan mangsa jelingan maut itu. Keadaan ini membuatkan hatinya rasa tidak enak. Apa yg telah berlaku kepada Tie. Tie seperti ada masalah? Tie bercakap dengan siapa? Siapa yang membuatkan mood Tie berubah seperti itu? Terlalu banyak soalan berkumpul dalam benaknya sekarang ini dan membuatkan otaknya sebu untuk memikirkannya. Yang pasti hanya Tie mampu menjawab segala persoalan itu.



7 comments:

  1. sendiri yg karang story ni ek? impressive taw :)

    ReplyDelete
  2. yup,thankz zie,keep reading taw :)

    ReplyDelete
  3. Salam kenal, so far silent reader.but thumbs up for this story. Gud

    ReplyDelete
  4. Hi thanks for visiting ^^ if you want to order, plz refer to http://twinscraftlife.blogspot.com/p/orderpaymentdelivery.html

    100% free postage within Malaysia

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. haha..yeker zoey?insyak allah masin mulut zoey.amin...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...