Nuffnang ads

Tuesday, December 29, 2020

MIL Sambut Birthday Anak Cucu December

 Assalamualaikum ...beberapa hari ni tak bersosial media..nak kata busy sangat tak jugak, nak Kata free sangat pun tak jugak...cuma tak dak masa nak mengadap phone lama-lama. Faktor usiakah itu?

Minggu yang cuti Christmas tu, ambik peluang balik ke kampung halaman, pendang, bawak makayah berkelah di titi hayun, Yan.. Lama tak ke Sana..tak banyak yang berubah. Cuma yang berubahnya, dulu masuk free ja kan tapi sekarang dah kena charge parking 2 hingget. Banyak foto snap dengan phone aku. Tapi malang sungguh bila phone tetiba rosak...Satu foto pun tak sempat nak upload. Sadis bebeborr!! Now pakai phone lama yg layak sendal pintu jer dulu. Hehe.. SMS dan Whatsapp boleh jer phone sendal pintu nih ..tapi angkat kol tak boleh..sebab bila Ada kol dia jadi blank screen..hebat Tak? Hahahah

Bersyukur lah...Ada jugak smartphone....sendal pintu pun ok lah..janji boleh pakai Kan.

Balik kenduri kali nih banyak attend kenduri. Macam-macam jenis kenduri...yang terpaling best hubby lah sebab favourite menu dia iaitu 'Gulai daging batang pisang' ada jer Kat semua kenduri tu. Berat badan tak usah citer lah...hubby perut dah sama tinggi dengan tetek dah..hehe. hubby jerling jer kalo aku Komen perut dia.

Hubby kata balik nanti kena struggle kaw-kaw lah. Aku ni pun tak taw lah..comel tahap hippopotamus dah. Bila dah comel hippopotamus nih, berlari pun rasa punggung tinggal belakang..bahaha

Selepas jumaat petang, bergegas pulak ke Bukit Pinang, MIL Sambut Birthday Anak Cucu Kat rumah maklang. Ramai sungguh December babies dalam keluarga Che siah.

Tak taw kenapa Suka sangat pic candid nih. 2 beradik tu akal jenuh sungguh. Pening makkk!!

Sebahagian family members Che siah... sebahagian lagi belum tiba.

Snap menu yang penting hehehe

Selamat Hari lahir buah hati ummi. Dah 3 tahun buah hati sulung ummi ni. Ummi Sayang Aluth dunia akhirat taw. Walaupun ummi selalu marah aluth...sebenarnya ummi bersyukur hadirnya Aluth dalam hidup ummi. Melalui Aluth ummi belajar jadi ibu...kerana Aluth ummi belajar untuk bersabar. Demi Aluth ummi menjadi tabah dan kuat menghadapi segala dugaan dan rintangan. Now... Aluth dah ada adik..jadi anak yang taat soleh dan Abang yang baik dan protective kepada adik, okey Sayang..muah love.

Seriously banyak tempat yang aku Dan suami Tak dapat nak pegi bercuti...sebab bimbangkan 2 ketul tu. Lagi2 tempat sesak dengan orang ramai. Buat Masa ni elakkan dulu. Kes covid masih 4 angka sekarang Kan. Plus Penang Mukim 12 dilanjutkan lagi PKPB. 

Jangan Lupa berdoa yah uolls...moga Malaysia bersih dari covid secepat mungkin.




Wednesday, December 23, 2020

Elya KWSP ni memang buat aku serba salah

Pencarum yang dah Mohon I-sinar mesti dah kenal dengan Elya ni. Dia memang ditugaskan untuk buat orang serba salah yeh hahaha

Foto kredit : BeautifulNara

Hampa tengok bawah ni..mana Aku tak serba salah? 


Elya kata " Hai saya Elya, penasihat online KWSP. RM 10,000 ini dianggarkan akan berganda kepada RM 31,186.15 jika disimpan sehingga 55 tahun," 

Pandai ek Elya..Pilih 5k pun serba salah jugak. Sampai Aku Tanya suami nak keluarkan bape? Serba salah pulak nak bawak keluar bang oii. Elya kata Kalo terus simpan boleh berganda. 

Aku rasa kemunculan character Elya ni memang berkesan untuk buat pencarum serba salah tapi tak berkesan pun untuk hentikan tindakan. Sebabnya kebanyakkan pencarum sekarang terdesak...dan terjejas dengan masalah masing-masing 😁

Apa pun...usaha Elya memang layak dipuji hehe

Dah Mohon belum? Cara mohon baca sini Mohon I-sinar kategori 1



Monday, December 21, 2020

Cara mohon kwsp I-sinar

 Assalamualaikum dan salam hari isnin πŸ₯°. Kalo dulu aku bekerja..hari isnin adalah Monday blues...tak tahu lah bila hari isnin ja mesti kemalasan dan buat keje kat ofis ja mesti lembab.. segala-galanya lembab...kelembapan tu pulak bukan datang dari aku jer tapi dari semua pihak. Begitu lah  uolls, Monday blues dan bidang pekerjaan memang tak boleh dipisahkan. Kerjaya aku sekarang pulak Suri rumah... Monday blues tu Masih ada tapi tak kisah sangat sebab tak dak mood boleh tido. Hehe 🀭

Uolls dah Mohon I-sinar ke??

I-SINAR untuk kategori 1 dah boleh mohon dah uolss. Kategori 1 ni termasuk untuk Suri rumah atau yang dah berhenti kerja sejak 2 Bulan Lepas. 

Nak Mohon boleh klik link ini I-sinar kategori 1

I-SINAR ni boleh dikatakan kemudahan dari kerajaan untuk ahli kwsp yang terjejas kesan dari krisis pandemic COVID-19. Maximum pengeluaran adalah 10k. 

Seeloknya sebelum uolls memohon, pastikan uolss dah buat i-akaun. Caranya kemaskini no handphone di cawangan atau kiosk kwsp. Tujuannya supaya uolls tahu baki simpanan kwsp dan secara tak langsung melancarkan permohonan tersebut.

Cara mohon I-SINAR KWSP Akaun 1
1. Layari link kwsp https://isinar.kwsp.gov.my/
2. Isi no kad pengenalan dan no phone
3. Klik teruskan dan uolls akan dapat no OTP melalui SMS.
4. Tetapkan amount pengeluaran dan bayaran bulanan selama 6 Bulan. (Refer gambar)
5. Pastikan Akaun no uolls adalah tepat dan check jugak maklumat peribadi uolls tu.
6. Sahkan dan hantar permohonan uolls.
7. Done. Permohonan diterima dan akan diprocess. Semak status permohonan pada 4 Januari ok.

Mudah ja sebenarnya..follow the flow ja. 
Bayaran pertama akan dibuat pada pertengahan Januari tahun depan.

Bagi kategori 2 pulak , link akan dibuka pada 11 January.  Kategori 2 ini untuk yang Masih bekerja tapi alami pengurangan pendapatan. Sama ada kena potong gaji atau cuti tanpa gaji. 

Okey..setakat ini saja maklumat yang dapat di share hehehe





Thursday, December 17, 2020

Maaf Dari Penulis

 Hi uolls Assalamualaikum...pertama nya aku nak mintak maaf lagi...hehe.. kepada pemenang GA bulan lalu sebab Aku belum dapat arrange hadiah diorang. Mintak maaf yah...Ada kesulitan Sikit.

Dah siap packing dah hadiah saguhati.

Tapi jangan risau ... Once dah lapang Sikit kesulitan aku nih...Aku cepat2 arrange dan pos yah. 

Keduanya...maaf kepada blogger Hasif sebab aku tak dapat masukan dia dlm list bloglist aku. 

Dia kuar mcm nih...banyak Kali try jgk Masih mcm tu. Ke uolls tahu Napa Boleh jadi mcm tu?

Aku juga gagal follow blogger Hasif. Buntu dah mak hencik xtaw nak buat mcm mana huhu

Semua peserta Aku dah masukkan Dalam bloglist kecuali blog ahmadhasif.  Kalo korang tak ada dalam supporter bloglist, tolong cari dalam sukew bloglist. Kalo takde jgk....sila bagitau aku kat Komen... hikhikhik

Mana nak taw terlepas pandang Kan. Uolls nengok timeline blog aku tu sudah lah...kucar kacir tak tersusun langsung. Aku tak taw bila boleh kemas bagi semenggah Sikit. Kena pakai laptop nak kemas. Aku update entry pakai phone ja biasa lah...tunggang langgang jadinya. Tak pandai pun iya jugak nih. πŸ˜„

Okey tu ja nak habaq...uolls jgn cakap aku berjanji palsu k. Doa2 Kan aku lapang dari segala kesulitan ini... seriously tak kuat rasanya Kalo sensorang... alhamdulillah ada anak2 dan suami..macam mana sukar pun kena kuat jugak demi diowang. Sob...sob...sob #naknangis

Okey rakan-rakan blog take care yeh. Bye2 



Wednesday, December 16, 2020

Giveaway by Blog Tangan Gebu

Assalamualaikum... giveaway ini dianjurkan oleh kenalan baru Kita Tangan Gebu. Aku yakin benorrr tangan penulis nih mesti gebu kan..gebu menulis dan berkongsi pengalaman yang bermanfaat pada pembaca. 

Aku tertarik untuk join giveaway by Tangan Gebu bukan sahaja disebabkan hadiah yang ditawarkan penulis menarik dan bernilai ...sudah semestinya juga untuk menambah kenalan Maya...tetapi juga kerana aku sangat takjub dan kagum dengan perkongsian pengalaman, ilmu dan manfaat yang dikongsikan penulis. Uolls pegi lah baca entry blog dia. Gaya penulis dia pun ada Gaya Yang tersendiri...menarik Minat untuk membaca. Tajuk pun ada kick. Laman blog pun tenang .. mungkin warna tema dan susunan layout main peranan disitu.

Aiseyyy...susah lah nak described...tapi uolls pegi lah terjah sendiri ...uolls Akan faham nanti. 

Klik banner diatas untuk meriahkan giveaway by Tangan Gebu Blog ini.

Tunggu apa lagi..Jom join giveaway dan support penulis Tangan Gebu ini hehehe.. peace yooo!!

P/S: Nampaknya penulis Tangan Gebu sangat meminati bidang bakery dan tak lama lagi akan keluarkan e-book sendiri mengenai business bakery. Didoakan semoga penulis dipermudahkan dan menempa kejayaan atas apa bidang yang diminati.


Monday, December 7, 2020

Giveaway by ejulz & faizzahamir

 Salam Monday bluess uolls. πŸ€—πŸ˜…

Pagi-pagi subuh lagi dah tulis entry. Bangkit subuh dah tak boleh nak tido balik Kan so, Kita blog walking sambil join giveaway lah kaedahnya. Jom ramai-ramai join giveaway nih!

Giveaway tamat pada 25 December 2020. Ada masa lagi ni uolls

P/s: Sesi support rakan blogger .. uolls πŸ€—


Sunday, December 6, 2020

Digital Arts Giveaway

Menarik dan berminat pulak aku untuk  join giveaway yang dianjurkan Cuya atau pemilik blog 'Drawing the words'.  

Hadiah dia pulak merupakan Digital Drawing. Aku percaya bukan mudah nak buat digital drawing nih. Memerlukan masa dan kepakaran. Kalo dapat best Kan...boleh draw gambar family, lepastu frame gantung..wow! It's nice!...dah berangat plak dah! Hehe

Klik banner atas ni yeh untuk wusya syarat pernyataan. Atau klik no. Wasap Dibawah untuk tempahan digital drawing nih. Harga berpatutan taw.

Anda suka sekiranya gambar anda dilukis dan menjadi digital?
Tak tahu mana nak cari orang untuk lukis?
Nah...jom order dengan cik Cuya kita.
Harga serendah RM6 sahaja untuk seorang!




Semua dibawah aku dah follow...so Aku dapat 5 cabutan undi taw. Follow ja semua, meriahkan media sosial dan ramai kenalan k. My IG atas nama @ctcheery

*Follow blog ni  https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/ (satu cabutan undi)
@prelovebukubycuya (satu cabutan undi)
@artsbycuya  (satu cabutan undi)
@ _suhxj  (satu cabutan undi)
*  Subscribe Youtube La Dolce Ame (satu cabutan undi)

P/s: join yeh uolss. All the best and good luck πŸ€—

Saturday, December 5, 2020

Review 3: Ke Arah Mencari Redha Allah

 Hi Assalamualaikum...Kali nih Jom Kita review blogger pemudattbc yang berasal dari Jitra, Kedah ni. 

Penulis yang merupakan Seorang peminat anime dari jepun ini bukan sahaja rajin kongsi hobinya tapi juga sering berkongsikan ilmu, pengalaman, motivasi dan isu semasa. Penulis yang bernama Muhammad Naim ini agak aktif dan berbakat dalam menyalurkan informasi yang tepat dan relevant. Kagum jugak aku baca entry-entry tazkirah beliau yang terdahulu. 

Naim mempunyai Facebook page sendiri atas akaun pemudattbc.blogspot. boleh klik link banner di atas dan follow beliau yeh. Must follow sebab Naim seorang supporter yang kuat taw .. Rajin support blogger lain dan join segment, giveaway dan contest.  

Nak follow blog Naim klik sini --> Pemudattbc

Saturday, November 28, 2020

Kenapa Perlu Suka Burger Tepi Jalan?

 Siapa jer tak suka burger? Aku suka! Tiada sebab untuk aku tak suka...bagi aku burger ni 'fast food' dan mengenyangkan. Dan aku pun percaya bahawasanya burger ni merupakan makanan kegilaan masyarakat Malaysia sepanjang zaman 

Buktinya, banyak burger yang telah dijual di pasaran Malaysia sekarang ini, ada burger Ramly, Burger MacDonald, Burger KFC dan Burger King dan tak kurang jugak burger Street iaitu burger yang dijual di tepi jalan dan kawasan terpencil. 

So, kenapa perlu Suka Burger Tepi Jalan? Sebab......

1. MURAH...MURAH DAN SEMESTINYA MURAH!

Aku suka burger Street nih, bagi Aku selalunya lagi sedap dan murah. Kualiti dan harga berbaloi, tak pernah nak menyesal makan street burger ni. Harganya mampu milik. Adik-adik sekolah pun boleh beli sendiri guna duit poket. 

The Real 460 Golden Burger

Taraaa!!! Burger sinaran emas nih bernilai RM 460 ditawarkan oleh Bayan Tree, Kuala Lumpur. Pernah viral October lalu. Kalo macam ini punya harga nak makan pun takut.. yerlah, dah telan emas kan. Mungkin makan burger nih kenyang setahun kihkihkih 😁

So, siapa kata dengan Business burger tak boleh Kaya? Hehehe πŸ˜…

'Peaww Burger' adalah burger yang aku suka sangat makan dekat kampung nih. Since pkpb nih aku terkandas kat kampung, so agak kerap lah aku melabur duit pada burger favourite aku ni. Yippee!!!!!

Burger ini berharga RM 2.50..bukan RM 250 yeh hehe

Sayur Mewah Sos Melimpah πŸ₯°

ALuth pun suka 'Peaww Burger'

Ini burger special berharga RM 3.00, bukan RM 300 k πŸ€—

2. MUDAH DAN ADA DIMANA-MANA

Burger jugak merupakan perniagaan yang mudah untuk dijalankan, sebab apa, burger mempunyai peminat tersendiri dan jualannya pun 'laku keras' setiap hari. Golongan dari kanak-kanak ke orang dewasa suka menikmati burger. So tiada masalah berkaitan target customers. Perniaga cuma dapatkan ilmu atau "Tips perniagaan Burger", macam mana nak rolling modal , macam mana nak masak burger yang sedap, promotion dan sebagainya. Ilmu perniagaan burger nih perlu memandangkan saingan sannngatttt... sengit. 

Gerai burger ni bukak depan rumah ja. So, dimana-mana pun boleh bukak gerai burger sebab macam aku tulis atas tadi, burger tepi jalan ada peminat tersendiri


Modal cilik burger tepi jalan hikhikhik ;p

3. CEPAT DAN MENYELERAKAN 

Kebanyakkan orang ramai termasuk Suri rumah bekerjaya dan agak sibuk dengan routine seharian.  Bila habis kerja balik ke rumah tu, dah penat, dah gelap, dan nak masak untuk keluarga pun dah tak mampu. So untuk senang dan cepat, burger lah penyelesaiannya. Cepat, murah bahkan menyelerakan. Jadi lah...orang kata habuan 'tarik selimut' nak tidur malam tu.


Sebagai alternative, burger pasti menjadi pilihan masyarakat umumnya. Selain mudah, cepat untuk didapati, burger tepi jalan juga lebih menyelerakan..nak nak makan masa tengah panas lagi tu... Superbbb!!!

Kesimpulannya..burger tepi jalan dan masyarakat Malaysia memang tak akan terpisah...bahkan dah jadi satu budaya setempat dah...tak percaya, Cuba congak tengok, masuk kampung mana-mana pun mesti ada gerai burger. 


Atas sebab itulah, aku percaya bisnes tepi jalan ni tidak akan pupus sama sekali dalam masyarakat Malaysia malahan semakin banyak gerai burger tepi jalan ni akan didirikan.

P/S: uolss suka makan tak burger tepi jalan?

Monday, November 23, 2020

Dipanah Petir Ketika Memukat

 


Petang kelmarin Kami dikejutkan dengan kematian orang kampung Kami. Dipanah petir masa tahan pukat di bendang. 

Masa perkhabaran tu, Kami elok ja dah sampai Penang. Suami dapat balik amik Kami setelah hampir sebulan terkandas kat kampung. 


Tempat dia tahan pukat tu kampung Gulau, iaitu kampung sebelah ja dengan kampung Kuala Lanjut. Menurut info orang kampung, dia pergi memukat bawak anak dia yang oku. So far anak dia selamat. 


Lepas dipanah, dia jatuh dalam air banjir nih. Hujan setiap Hari, bendang dah jadi macam lautan dah.


Agak sedih dan terasa kehilangan tu sebab keluarga Kami kenal dia. Seorang anak dan ayah Yang baik pada anak2. Arwah dulu masa Kami kecik, ada bela monyet, dia amik upah petik buah nyuir. Monyet dia lah Kami rajin bagi makan Kalo Mai rumah.


Arwah ada Adik lelaki sebaya Aku, sekolah rendah sama-sama. 

Aku takde niat apa pun cuma nak berkongsi.
Mariah sama-sama Kita sedekahkan Al-fatihah pada arwah.



Semoga Allah menempatkan arwah bersama orang beriman...semoga keluarga nya tabah...pengakhirannya dgn cara itu, kita jua mendoakan yg baik-baik...kita semua Akan pergi suatu hari nanti, cuma mungkin cara berbeza. Jadi kena sentiasa bersedia...niatkan setiap amalan baik kita sebgai satu ibadah..semoga Kita semua dipermudahkan segala urusan.

Amin...yarobilalamin..

Saturday, November 7, 2020

Review 2: Jurnal Shikin Razali

Jurnal Shikin Razali dengan visi "Menyampaikan ilmu satu Ibadah, mencari ilmu satu jihad " sering berkongsikan  mengenai gaya hidup, kesihatan, hobi, isu semasa, pengalaman dan pendapat serta kerjayanya sebagai seorang penulis. 

Kerjaya sebagai pembantu pustakawan di Perpustakaan Negara Malaysia sejak October 2002 lagi menjadikan blogger kita ini Seorang ulat buku, sangat mencintai kerjayanya dan sudah pasti mempunyai koleksi buku yang banyak. Wah, hebat Kan! Kalo dah 18 tahun dengan buku memang dah banyak bahan bacaan dan ilmu yang diperolehi. 


Paling menarik, Shikin Razali bukan sahaja seorang blogger dan pustakawan malah beliau jugak seorang perawat urut terapi buang angin bagi wanita. So, yang dah lama berpantang tu tapi Masih berangin badan tu boleh lah dapatkan khidmat blogger kita nih. Sebenarnya bukan senang nak Cari perawat urut terapi nih. Biasanya Kita hanya boleh jumpa kat kampung, dan orang-orang lama ja pakar buat khidmat nih. Betul tak betul?? Selain daripada itu, ada penambahan khidmat seperti pedicure, medicure dan facial.

Senang cerita uolls boleh hubungi no. Diatas untuk maklumat Lanjut.

Klik sini untuk blogwalking blog tuan badan


Terima kasih πŸ€—




Thursday, November 5, 2020

Terkandas di Kampung nan Indah #PKPB

 Hi Assalamualaikum semua sahabat Maya... Sibok ke? Kehidupan aku biasalah sibok dengan anak-anak."Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari"..eh betoi ke peribahasa tu? Lately nih hidup Aku sekeluarga diduga Sikit..tak lah seberat mana Insha Allah Kami boleh hadapinya dgn tenang dan senyuman yang cantik bak Bunga. Yeayy..tudiaaa!!

Pemandangan di Kampung Kuala Lanjut nih. Subahanallah..cantik Kan!


Best Cari ketenangan kat kampung.

Firstly, Pemenang GA satu dan dua, Aku belum lagi arrange hadiah diowg. Minggu Lepas Gaya nak arrange tup..tup..ada halangan . Dah tangguh. Aku tetap Akan arrange utk bagi hadiah cuma lambat dan lembab Sikit ja. Harap korang boleh sabar jab yeh. 

Pemenang saguhati..dah arrange hadiah dan dah packing dah. Tnggu nak POS jer belum ada masa lah. Pak hencik sibok kursus Sana sini sinun..dan of course pergerakan aku jadi terbatas sebab si kecik dua orang tu. 

Sekarang pun aku dan anak-anak terkandas kat kampung. Suami hantar balik kg lah since dia kena outstation. Bila dah kat kampung faham-faham lah line internet macam mana. Macam siput sedut, kejab Ada kejab tak der. Kejab OK kejab KO. Gheram plak aku!!!! Ini pun boleh update sebab 3 hari dah tulis entry. Gambar update dalam kete, park kat pekan pendang, sambil tunggu kakak beli barang tu kita manfaatkan masa yang ada. Hehe 

Tambahan pulak Semalam diumumkan MP, Penang kena PKPB, start 6 November sampai 19 November kan.. tak sempat jugak lah suami nak balik amik.....dah terkandas kat kampung lagi lah nampak gayanya.

Anak-anak seronok dok kampung..hari2 ajak jalan meronda kampung. ALuth lah terpaling best, tak lekat kat rumah..berjalan mengekor ayah dan abg chik dia ja kejanya.

Sekecik nih pun tak kurang perangai dia. Seronok nak 'ukur' jalan. Air Muka dia memang mcm tu, monyok memanjang.
Hahaha πŸ˜…

ALuth tunjuk bendang...dia kata 'sea!!' hahaha. Tergelak kakak sepupu dia πŸ˜…πŸ˜…

Sekali lagi Aku nak Mohon maaf pada pemenang semua yah. Aku akan arrange hadiah korang secepat mungkin setelah keadaan kembali pulih. Insha'Allah..sama-sama kita doakan Malaysia kembali bersih dari wabak COVID-19 nih. Aminnn πŸ€—

Jaga diri yah semua!! #kitajagakita 

P/S: Rindu kuarters, rindu rumah, rindu dapur rumah, rindu katil, .... Hmmmm.,.rindu Pak hencik jugakk. kihkihkih 😁 

Wednesday, October 14, 2020

Rakyat Malaysia Jarang Tak Kelakar

 

Semua Benda nak dilocknya. Spek Dato pun nak lock hahahaha



Paling Kelakar buat aku bantai gelak pagi ni.

" Dato boleh tepi Sikit X, nak tengok belakang tu apa ada lagi" hahaha

Rakyat Malaysia Jarang Tak Kelakar. Okey lah kan, terhibur Sikit di musim covid tengah meruncing nih. 

Salam pagi uolls...ceria-ceria selalu πŸ€—



Monday, October 12, 2020

Review 1: Blogger PENSELDUABEE

 Hi Assalamualaikum semua....Aku Masih tercongok menunggu email daripada pemenang GA yang aku anjurkan bulan lepas. Buat masa ni, baru sorang ja yg email...yang lain krik..krik . Diowg tak nak hadiah ke wei??  Atau diowg tak tahu?  it's ok bagi masa mungkin diowg busy Kan. Korang yang blogwalking tu tolong2 info sama kat pemenang, Komen tahniah menang GA ke hape ke....Aku BW jgk cuma xsempat nak tinggal komen..Kang Ank nak Susu lah, Ank nak tido lah, nak berak lah..pening Ank ramai ni!! Ewah Ank 2 ja kot hahahah.

Okey, now Aku nak review blog pertama iaitu Penselduabee . Penulis dia bernama Radhia Razali. Blogger ni dia gemar kongsikan lifestyle dia, kongsi tempat makan sedap, kongsi vacation  dan mcm2 lagi perkongsian.

Yang menarik nya baru-baru nih Penselduabee ada kongsikan soalan-soalan exam online SPA. Good sharing taw, ramai yg tak tahu tertanya-tanya bagaimana lah exam nih. So bila ada yg share.. sekurangnya ada pengetahuan Sikit lah Kan. 

Selain Tu, blogger ni pun ada buat review product dan iklan Di blognya. Uolls yg nak iklankan product boleh contact blogger Radhia Razali ni. Banyak experience, banyak perkara yg dia dah kongsikan since dah 7 tahun dalam dunia blog ni.

Okey dah tak payah tunggu2..pegi terjah sekarang -->> PENSELDUABEE 

Saturday, October 10, 2020

Pemenang GA Selamat Tinggal Moratorium by Ct Cheery

 Hi Assalamualaikum semua.. alhamdulillah, finally iolls dapat siapkan jugak entry Pemenang GA tempoh hari --> Giveaway Selamat Tinggal Moratorium by Ct Cheery . Maklum lah iolls nih sibok mengalahkan menteri. Bahahah

Hari tu ingat nak update kat FB page PemenangGA nih tapi mcm malas plak. Dah GA buat kat blog kan so lagi praktikal update kat blog. Kan?

Iolls memang tak boleh merapu banyak sangat ni kena straight to the point jer ... Yerlah masa sentiasa mencemburui iolls.. ok iolls nak Komen Sikit, hehe (tadi ja kata sibok, pompuan ni!!!)

Walaupun  peserta GA ini tak ramai tapi uolls semua memang the best lah ..sebab panjang karangan pasal moratorium ja pun. Iolls suka ja baca huhu. Percaya lah..iolls santai baca berulang kali taw..sebab seronok. Seronok baca perkongsian orang lain. Kadang-kadang boleh jadi panduan dan idea pada kita yg kurang pengalaman ni. Itu lah keseronokan berblogging. Kan..betoi idok mak hencik cerita ni?

Klik dulu Ambil tahu info Sabun Mantop keluaran Pasti Malaysia 

Pemenang Pertama: Sabun Mantop Ultra clean (5L)

http://www.mamapipie.com/2020/09/giveaway-selamat-tinggal-moratorium-by.html

Pemenang Kedua: Sabun Mantop 3 in 1 (5L)

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/giveaway-bye-bye-moratorium.html

Pemenang Saguhati:

1.https://www.aziankhalil.com/2020/09/giveaway-selamat-tinggal-moratorium-by.html

2.https://sheilaarshad.blogspot.com/2020/09/giveaway-selamat-tinggal-moratorium-by.html

3.http://www.duniashida.com/2020/09/giveaway-selamat-tinggal-moratorium-by.html

Review Entry Khas by Ct Cheery

1.https://penselduabee.blogspot.com/2020/09/giveaway-selamat-tinggal-moratorium-by.html

2.https://www.shikinrazali.com/2020/09/giveaway-selamat-tinggal-moratorium-by.html

3.https://pemudattbc.blogspot.com/2020/09/giveaway-selamat-tinggal-moratorium-by.html

4.http://zzzyy.blogspot.com/2020/09/giveaway-selamat-tinggal-moratorium-by.html

5.https://www.ahmadhasif.tk/2020/09/giveaway-selamat-tinggal-moratorium-by.html

Peserta Bloglist Ct Cheery:

Semua peserta akan  sy masukan dalam Bloglist GA yeh. Klik link utk blogwalking peserta > https://ctcheery87.blogspot.com/2020/09/giveaway-selamat-tinggal-moratorium-by.html?m=1


** Nota Penting pada Pemenang GA

Semua 5 Pemenang GA kena email iolls untuk menebus hadiah yeh. 

Tajuk: Pemenang GA selamat tinggal moratorium by Ct Cheery

No. Pemenang:

Nama:

Alamat:

FB Akaun: 

Blog link:

Email kepada ctcheery87@gmail.com

Terima kasih tak terhingga sekali lagi atas support semua. Sy Ct Cheery doakan anda semua dilimpahkan rezeki seperti air yang mengalir dan dipermudahkan segala urusan. Semoga Kita semua berada dalam rahmatNya πŸ€—.

Thursday, October 8, 2020

Giveway makcik bawang by www.nieylanadia.com

Mak hencik join Giveaway jab yeh. Mak hencik tak suka bawang, tapi Pak hencik suka sangat.  So mak hencik tak dah pilihan terpaksa jugak membawang dalam masakan. Kalo masak Sambal kan dia soh letak banyak2, dia suka gigit bawang crukk..crukkk.. bagi Pak hencik tiada bawang apalah ertinya masakan. Ecewah, ghituhh... hehe πŸ˜‚ sedap nak matikk pun dia kata tak sedap langsung πŸ˜‚

Since GA ni anjuran makcik bawang.. hadiah nya adalah membawang! Eh bukan lah..hadiah dia sebalang bawang goreng.

Klik banner atas Sana utk syarat penyertaan dan terus join yeh. Tarikh tamat end of October #checkcalendarsendiri hikhikhik



Wednesday, October 7, 2020

COVID-19: Pray For Kedah!

 Assalamualaikum uolls...rakyat Malaysia especially penduduk Sabah dan Kedah hidup dalam kegelisahan sekarang nih. Aku walau kat Penang pun tumpang gelisan jugak nih since family , family mertua semua dok Kedah. Nak nangis rasanya T_T . 

Seriously kesian sangat kluster Tembok, Kedah nih. Tak memasal mangsa keadaan. Siapa yg bawak lah virus ni ke diowang. Moga semuanya dibawah lindungan Allah dan dipermudahkan segalanya. Ada hikmah yang Kita belum nampak, Insha Allah.


Suami pun dah keluar arahan tak boleh rentas Kedah. Plan nak balik minggu nih, nak bawak makayah pegi kenduri rumah saudara. Tapi dah kes meningkat ni aku harap semua Majlis berkumpul, Majlis kenduri kena batal. Rumah bapa saudara, faham lah org tua Kita nih sebolehnya nak hadir. Plus abg sepupu datang rumah pulak panggil suruh dtg. Aduh..duh..Aku dah serabut Milo...ayah Aku nih degil boleh tahan. Anak2 risau keselamatan diowg ja. . 


Ajak ramai2 berdoa untuk Kita dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Moga Kita semua dibawah lindungan Allah.

P/S: Sebak sangat dapat taw bayi setahun termuda mangsa COVID-19


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...