Saturday, March 30, 2013

Rahsia Yee sang


Tajuk macam suspens aje kan? Rahsia! Wah macam luar biasa punya rahsia..tapi sebenarnya tak ada lah luar biasa pun Cuma sikit tertarik tahap babun tarik mengkarung untuk  bercerita mengenai kepercayaan orang cina ni.
Selama ni aku Cuma dengar pasal yee sang setiap tahun baru cina dan aku yakin sangat kowang mesti tahu kan? tapi tak tahu pulak tujuan diowang sambut yee sang ni. Sejujurnya aku tak pernah sambut before ni, tapi 2 tahun keje dengan company cina so, serba sikit dapatlah merasa perayaan ni. Best juga aku, yer lah best boleh makan?hahahah..So, aku pun rajinlah untuk korek apa sebnarnya yee sang ni. Xnak amik tahu pun, kowang kena amik tahu jugak..paksaan!!kihkih.
Meh nak citer, Citernya bergini…
Yee Sang ni merupakan juadah utama yang sering dihidangkan ketika upacara makan besar pada malam sebelum Tahun Baru Cina.
Aku tanya bos aku, “ madam, Yee sang tu apa?”
Simple aje dia jawab…” kekayaan!”
Owh!!! Mulut bentuk O panjang tanda pahamlah aku kan..
“ Jadinya owang makan yee sang ni, percaya leh kaya ke?”
“ itu macam lah”, tapi katanya yee sang ni mahal biasanya owang2x kaya aje akan betul2x sambut dan buat juadah ni. Mahal mcm mana xpasti pulak tapi aku rasa mahal ikan mentah tu kot. Menurut madam lagi, orang biasa, biasanya akan modify  yee sang dan digantikan dengan bahan mentah lain.

Kalau kowang nak tau, ‘Yee’ bermaksud ikan dan ‘sang’ bermaksud mentah. So jadinya, Yee Sang adalah hidangan salad ikan mentah. Yee melambangkan kekayaan sementara Sang melambangkan hidup dan kebangkitan.
Intipati  Yee Sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah(salmon), hirisan syur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, daun limau kaffir, kekacang yang ditumbuk, halia, buah pomelo, jus lemon, lima serbuk rempah dan keropok ranggup.



Sebelum proses menggaul Yee Sang dimulakan, sos plum yang mempunyai rasa masam dan manis akan dituangkan kearah Yee Sang sebelum disusuli dengan jus lemon



Semua intipati Yee Sang itu kemudian mula digaul bersama secara agresif menggunakan sebatang penyepit oleh mereka yang berkumpul di keliling meja bulat. Masa tenggah menggaul Yee Sang, mereka yang terlibat digalakkan menjerit “Lo Hei”. Lo bermaksud menggaul sementara perkataan Hei adalah kebangkitan. Semakin tinggi Yee Sang itu diangkat, maka semakin banyakklah kemakmuran dan kesenangan yang bakal dinikmati oleh seseorang sepanjang tahun. Unit kan?? Yee Sang ni ada sejarahnya tau. Nak tau? Lain citer yeh....kihkih
Tahun ni ofis aku sambut yee sang lagi,kali kedua aku join. Memang lambat sikit aku update..biasalah mcm xtahu kebuzyan yg melanda ct cheery.. tambah lak tenet lembab jalan mcm siput sedut bunting,..hehe





bye.....


Monday, March 25, 2013

"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"


Hye kowang, gempak tak tajuk??? haruslah gempak becoz si penganjurnya pun gempak,kan..hehe
Gempak tang mana aku pun xtahu..tang kecomelan dan ke sportingan orangnya rasanya..kihkih
[Perosak bahasa serah kat aku]

Disebabkan kesportingan si penganjur dan kemanjaan si penaja, aku pun kegedikkan dan keterujaan untuk join GA ni..Honestly salah sowang penajanya adalah..jeng..jeng..~CT CHEERY~click sini wei..[over ko ek?]

Aku rasa kalau tak silap mata aku yang membaca, penaja hadiah pun leh join, rasanyalah..


Banner yg mencuit bulu sideburn

So, untuk pengetahuan semua blogger dan semua yg bakal keterujaan join GA ni..di sini aku sertakan copy paste senarai PENAJA yg terlibat dalam GA ini..taraaa~tengok bawah:


Thursday, March 21, 2013

Urgent Required: Mencari Pembekal barangan runcit


Dear Sir,

Saya dari syarikat minyak dan gas yang berdaftar mencari pembekal  barangan runcit untuk kegunaan ofis kami. 

Mahu delivery service jugak.

Barangan yang kami perlukan adalah: 


No.
Description
Quantity Oder
1
ASSORTED BISCUIT
4 pack
2
CREAMER COFFEMATE
2 pack
3
MILO 2KG
1 pack
4
LIPTON TEA
1 pack
5
F&N MILK
8 tin
6
COAST GRAIN SUGAR
2 pack
7
HORLICKS
1 pack
8
GLO
2 bottle
9
AJAX FLOOR CLEARNER
2 bottle
10
CLOROX
2 bottle
11
FRESHENER (REFILL)-
2 pack
12
HANDWASHER(REFILL)-
4 pack
13
TOILET CLEARNER
2 bottle
14
TOILET ROLL TISSUE
2 pack
15
KITCHEN ROLL TISSUE
2 pack
16
SPAN HAND WASH
2 bottle
17
FRESHERNER GLADE (SPRAY)-
1 pack
18
CLIf
2 bottle

Berminat untuk menjadi pembekal kami? sila email saya di sitihawa@rotarymec.com.my
atau telefon 03-56315370 (4 Lines). Ofis kami area Bandar Sunway,Petaling Jaya.

Regard
HAWA
(Purchasing Department)


Wednesday, March 20, 2013

Firewell vs Farewell


Hye kowang,
salam Rabu dan salam sejahtera..tu dia..!!!
2 hari lepas ofis aku ada buat sambutan perpisahan..
dan sangat mendukacitakan jugalah sebab staft yg nak terpisah dengan kami tu staft lama
dimana punya pengalaman dengan ofis hampir 30 tahun,,sangat rugi ofis ni kehilangan mereka.
sebab mereka umpama aset ofis ...yer kan?
Jumlah yg berhenti tu 3 orang. 2 orang staft lama dan seorang staft baru...huhu *sedih
Yang paling terkecewannya aku lah,sebab salah seorang yg berhenti tu boss aku..uwaaaa..!!!!!
Matilah aku pas ni,semua keje aku kena tanggung...
Nak nyanyi lagu ni..

Berjumpa dan berpisah..
adat manusia biasa
hilang dimata tapi dihati tidak lupa..
Berdoalah kita pada tuhan maha esa,
moga lah kelak kita jumpa dilain masa......

Ok..stop,kang banjir ofis ngan air mata aku...
sebak beb!!

















p/s: Sekian..wasalam..

Friday, March 15, 2013

Patah Tumbuh hilang berganti


Sukew disini aku ingatkan patah yg dimaksudkan tidak ada kena mengena dengan patah hati,patah seribu atau patah gigi. Yang pasti ia ada kena mengena dengan 
patah dan tumbuh..*pitam

Okey, aku merepek lagi…

Sebenarnya aku nak review kowang beg yg aku beli kat cheery shop. Niat aku beli untuk tambah koleksi tp sebaknya hajat tak kesampaian. Sebab apa tau? Sebab setiap kali aku beli brg baru brg lama mesti mogok. Dan kesannya aku punya koleksi beg yg sudah rosak dan tidak gamak untuk digayakan..dermm!!!

Klu tak caya, g lah umah mak/ayah aku. Dalam bilik aku kat kg banyak koleksi beg rosak..nak buang sayang,so jd lah sampah sarap dalam bilik.

So, aku suspek beg sehijau warna daun aku tu merajuk selepas dpt tahu aku beli beg bawu. Huh [beg pun reti majuk ke?]..entah lah..betulkan aku sekiranya aku sesat!

Oh, sebelum tu aku nak citer,aku mintak supplier guna  servis Skynet untuk hantar brg ke customer aku taw. Sesaja nak try dan percubaan berbaloi,Servis sangat tiptop uoll. Cth aku order brg hari isnin,pagi selasa bank in, pagi tu juga diowang proceed dan pagi rabu dah dpt. Sangat bgus tapi make sure kowang kena wat order hari bekerja lah. Sabtu,ahad dan cuti am dikecualikan yeh. Harga postage beza sikit dari poslaju tapi poslaju pun bagus jugak. Abg pos laju hansem dan mesra alam..i loike…kihkih..
*gedik ko.

Nampak tak kerosakan disitu?
plastik begnya pos laju tapi consigment note Skynet..terbaek lah!!!haha
1st time beg digayakan ke ofis..
Hitam yg memikat hati
*si Patah Hati

P/s: Jom leh Shooping kat kedai Cheery kowang..~click sini

Thursday, March 14, 2013

Lahad Datu: Pabila keresahan melanda diri


Assalammualaikum sayang….

Tak tahu aku nak mula mcm mana. Dah lama tak merapu dlm DAM ni, tiba-tiba kaku pulak nak menaip. Ishh..susah toi kan
Tiap hari hati ni tak pernah senang taw..Rutin aku tiap hari kena baca nwpaper online. Wajjib!!!Pagi pukul 6, dah online update news, siap pergi keje pukul 8.30am, kat ofis check lagi. Pukul 12, bukak lagi kot2x ada update news. And before balik keje bukak lagi. Malam before tidur lahad datu news dulu. See???? Nak keje pun xsenang honestly.

Bila lah opsDarurat ni nak berakhir? Tak tertanggung rasanya jiwa ni nak menghadapi hari-hari esok.  Setiap hari, senang Cuma seketika. Tak pernah lelah pun otak ni berfikir tentang itu.

Ya Allah kau lindungilah pasukan keselamatan yg berusaha mempertahankan Negara kami. Kau berilah mereka kekuatan dan keberanian dalam memperjuangkan negara kami. Kau perliharalah keamanan dan kesejahteraan Negara kami dan kau permudahkan lah segala-galanya. Sesungguhnya kaulah tempat kami berlindung dan tempat kami memohon pertolongan

Even ada bukak blog personal, waktu lunch, aku tak terasa pulak nak update. Blogwalking ada juga Cuma tak tinggalkan jejak aje. Bantu Blogger menabung sikit. Ikhlas dari ct cheery.

Blog shop aku, rajin pulak aku nak update? Memang pun..mungkin blog shop tak perlu nak merapu apa pun,just publish new product aje.
Kowang dijemput ke blog shop aku, banyak product bawu sampai taw.  Dan harga clearance stock sangat tiptop. Sangat murah uolls. Pape pun jemput jengok,okey..
click sini

Eh dah melencong pulak..

Jantung aku sering bekerja keras dan sebak setiap kali mendapat berita pasukan keselamatan Negara kita cedera atau gugur diserang. Time tulah mula nak rasa sakit, mcm2x jenis sakit. Sakit perut,sakit kepala,sakit mata, Sakit ulu hati tapi sebenarnya sakit jiwa. 
Tak senang hati kan?? Mata pun letih sebab banyak menangis
Apa boleh buat? Hanya mampu berdoa.

Sangat sedih, bila dpt msj dari yang tersayang. Katanya dia berada dalam keadaan baik, jangan wisau, doakan dia dijauhi dari peluru sesat. Waktu tu dia balik ke base untuk rehat kot, Cuma seketika. Dah kena kuar cari saki baki pengganas.
Lepas tu, until now senyap sunyi tanpa berita lagi. Ya Allah, risaunya hati ini tuhan aje yang tahu.

Hope ‘masalah negara’ cepat berakhir agar hidup kita semua lebih selamat dan selesa lagi. Layan beberapa keping gambar pasukan keselamatan Negara kita yg berjuang untuk Negara yang tercinta …dan sama-sama berdoalah untuk mereka..lupakan segala fahaman masing2x buat seketika..


























Thursday, March 7, 2013

Lahad Datu: Barua Serangan diberkas


Semporna: Polis menahan empat lelaki di Kampung Airport, di sini, semalam yang dipercayai menjadi tali barut pengganas dari Sulu, Filipina, termasuk seorang daripada mereka disyaki terbabit secara langsung dengan kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, yang mengorbankan enam anggota pasukan keselamatan, petang Sabtu lalu.
Empat lelaki keturunan Sulu berusia antara 20-an dan 50-an itu ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis daripada Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, bermula jam 12 tengah hari semalam.
Jurucakap pasukan itu berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti mencurigakan di dua rumah di kampung berkenaan yang lokasinya berhampiran Kem Tentera Darat, Seri Wangsa.

“Kami mula melakukan siasatan dan risikan terhadap penghuni dua rumah itu sejak Ahad lalu iaitu selepas kejadian tembak menembak di Kampung Sri Jaya. “Sebelum menyerbu rumah terbabit, polis terlebih dulu menahan seorang lelaki berusia 25 tahun ketika dia keluar dari kawasan belukar berhampiran rumah disasarkan dan pemeriksaan mendapati dia turut memiliki syabu.


“Pada mulanya, kami menyangka dia mungkin sekadar penagih atau pengedar dadah, namun selepas siasatan lanjut didapati berkemungkinan besar lelaki itu ada kaitan dengan kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya yang mengorbankan enam nyawa pegawai dan anggota polis kita,” katanya ketika ditemui selepas melakukan operasi.-sumber

Alhamdulillah,semuanya mcm hampir nak berakhir..yg penting doa tu jangan putus yer kowang.
Hope My Donat dan pasukan keselamatan kembali dengan selamat..itulah yg selalu diharapkan dan didoakan.

Maaf kowang,cheery berhenti bw buat sementara waktu..jiwa tengah runsing. xde selera nak bw.
Klu hati dah kembali riang gembira...cheery akan terjah kowang ok..pape pun jangan lupa tinggalkan link.

Bye Kowang..doakan mereka di sabah yeh..

Cheery type dengan rasa bimbang

Wednesday, March 6, 2013

Lahad Datu: Dah pandai menyamar pulak..ish bimbanglah!


Kuala Lumpur: Menyamar sebagai penduduk tempatan dipercayai menjadi sebahagian pendekatan pengganas dari Sulu, Filipina untuk mengelirukan pihak berkuasa sebelum menyelinap keluar dari tempat persembunyian.
Sumber kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, pengganas terbabit dipercayai berbuat demikian ketika pasukan keselamatan memindahkan penduduk di beberapa perkampungan sekitar Lahad Datu yang diisytiharkan sebagai zon merah, “Mereka dipercayai bertindak demikian lebih awal sebelum kita melancarkan serangan ke Kampung Tanduo pada jam 7 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, operasi mengeluarkan baki penduduk yang terperangkap di perkampungan masing-masing dilakukan antara jam 5 petang kelmarin hingga awal pagi semalam.
Bagaimanapun, sumber itu berkata pasukan keselamatan mempunyai strategi bagi mengesan pengganas yang menyamar sebagai penduduk tempatan itu.

“Kita ada kaedah tersendiri bagi memastikan mereka (pengganas) tidak terlepas dan percaya insiden pencerobohan akan ditamatkan dalam masa terdekat.

“Kita akan terus bersiap sedia dan melakukan kawalan,” katanya.

Cepatlah berakhir, Doakan mereka

P/S: My Donat kat sana. Kowang tolong doakan mereka..thanks..

Update: Berita
Ahli Kumpulan Penceroboh mati ditembak
Enggan serah diri
Empat ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan penceroboh
"Perang Propaganda"
13mayatpencerobohditemui-kata zahid
pasukan keselamatan temui kubur tempatkan mayat penceroboh
Barua serangan diberkas
pengganas tanam senjata sebelum lari





Moga semuanya cepat berakhir!


KUALA LUMPUR – Drama pencerobohan kumpulan pengganas Sultan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah mencapai kemuncak semalam apabila pasukan keselamatan melancarkan serangan melalui Ops Daulat secara besar-besaran di kawasan yang ditawan sejak 22 hari lalu.
Gerakan pukul 7 pagi itu bermula dengan serangan bom MK81 seberat 113 kilogram sebutir itu berlangsung hampir 30 minit membabitkan lapan jet pejuang masing-masing tiga buah F/A-18D Hornet dan lima buah Hawk 208.
Sebaik serangan udara yang dibuat dalam lingkungan empat kilometer di kampung itu tamat, pasukan infantri Rejimen Askar Melayu Diraja pula melepaskan tembakan mortar untuk melumpuhkan saki-baki musuh.
Selepas itu, anggota komando Tentera Darat dan polis bersama kenderaan perisai Condor memasuki lokasi serangan untuk operasi penggeledahan kawasan yang diserang.
Bagaimanapun, sehingga lewat malam tadi, polis mahupun pihak tentera tidak mengumumkan mengenai penemuan mayat atau senjata api puak pengganas.

KERETA perisai Condor keluar dari Kampung Tanduo selepas melakukan serangan di kawasan yang ditawan pengganas Sultan Sulu semalam.

Sumber~click

Tuesday, March 5, 2013

Lahad Datu: Operasi Bersama Polis-ATM Berskala Besar Pertama


PETALING JAYA: Serangan yang dilancarkan di Lahad Datu merupakan operasi usaha bersama yang berskala besar julung kali diadakan antara polis dan angkatan tentera Malaysia (ATM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ATM menggunakan tiga unit pesawat pejuang F-18, lima unit pesawat pejuang Hawks dalam melakukan serangan bersama dengan pihak polis di darat dan anggota tentera.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengadakan sidang media bersama di Lahad Datu, Selasa. Pasukan keselamatan melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo. Foto BERNAMA
“Ini merupakan yang pertama kali bagi angkatan tentera dan polis bekerjasama dalam sesuatu yang penting seumpama ini.
“Ini bertujuan untuk keselamatan semua rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Walaupun berlakunya serangan itu, Ahmad Zahid berkata, hubungan melibatkan Malaysia dan Filipina kekal baik.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada kecederaan atau kematian di kalangan pasukan keselamatan Malaysia.

Honestly lega sangat kenyataan Datuk Seri bahawa tiada kecederaan/kematian dlm kalangan pasukan negara.. hope tak ada lagi berita yang menyedihkan untuk rakyat Malaysia terutama penduduk Sabah..
P/s: Ya Allah lindungilah pasukan keselamatan Negara. Berkatilah mereka. Berilah mereka kekuatan dan keberanian dalam mempertahankan negara kami. Kau peliharalah negara kami dan penduduk sabah. AMIN.
Full copy and paste from harian Metro online


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...