Thursday, March 7, 2013

Lahad Datu: Barua Serangan diberkas


Semporna: Polis menahan empat lelaki di Kampung Airport, di sini, semalam yang dipercayai menjadi tali barut pengganas dari Sulu, Filipina, termasuk seorang daripada mereka disyaki terbabit secara langsung dengan kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, yang mengorbankan enam anggota pasukan keselamatan, petang Sabtu lalu.
Empat lelaki keturunan Sulu berusia antara 20-an dan 50-an itu ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis daripada Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, bermula jam 12 tengah hari semalam.
Jurucakap pasukan itu berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti mencurigakan di dua rumah di kampung berkenaan yang lokasinya berhampiran Kem Tentera Darat, Seri Wangsa.

“Kami mula melakukan siasatan dan risikan terhadap penghuni dua rumah itu sejak Ahad lalu iaitu selepas kejadian tembak menembak di Kampung Sri Jaya. “Sebelum menyerbu rumah terbabit, polis terlebih dulu menahan seorang lelaki berusia 25 tahun ketika dia keluar dari kawasan belukar berhampiran rumah disasarkan dan pemeriksaan mendapati dia turut memiliki syabu.


“Pada mulanya, kami menyangka dia mungkin sekadar penagih atau pengedar dadah, namun selepas siasatan lanjut didapati berkemungkinan besar lelaki itu ada kaitan dengan kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya yang mengorbankan enam nyawa pegawai dan anggota polis kita,” katanya ketika ditemui selepas melakukan operasi.-sumber

Alhamdulillah,semuanya mcm hampir nak berakhir..yg penting doa tu jangan putus yer kowang.
Hope My Donat dan pasukan keselamatan kembali dengan selamat..itulah yg selalu diharapkan dan didoakan.

Maaf kowang,cheery berhenti bw buat sementara waktu..jiwa tengah runsing. xde selera nak bw.
Klu hati dah kembali riang gembira...cheery akan terjah kowang ok..pape pun jangan lupa tinggalkan link.

Bye Kowang..doakan mereka di sabah yeh..

Cheery type dengan rasa bimbang

1 comment:

  1. As such, you should ensure that you clean them so that they
    would not be a reason for the spread of infection
    and other types of complications because of improper, poor, or unhygienic practices.
    try out a new material for your dildos or vibrators, and you'll become one of the most self-aware girls you know. There are many online shops where you can shop for these amazing toys which will light up your sensual life.

    Also visit my site; Pocket Pussy

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...