Saturday, March 30, 2013

Rahsia Yee sang


Tajuk macam suspens aje kan? Rahsia! Wah macam luar biasa punya rahsia..tapi sebenarnya tak ada lah luar biasa pun Cuma sikit tertarik tahap babun tarik mengkarung untuk  bercerita mengenai kepercayaan orang cina ni.
Selama ni aku Cuma dengar pasal yee sang setiap tahun baru cina dan aku yakin sangat kowang mesti tahu kan? tapi tak tahu pulak tujuan diowang sambut yee sang ni. Sejujurnya aku tak pernah sambut before ni, tapi 2 tahun keje dengan company cina so, serba sikit dapatlah merasa perayaan ni. Best juga aku, yer lah best boleh makan?hahahah..So, aku pun rajinlah untuk korek apa sebnarnya yee sang ni. Xnak amik tahu pun, kowang kena amik tahu jugak..paksaan!!kihkih.
Meh nak citer, Citernya bergini…
Yee Sang ni merupakan juadah utama yang sering dihidangkan ketika upacara makan besar pada malam sebelum Tahun Baru Cina.
Aku tanya bos aku, “ madam, Yee sang tu apa?”
Simple aje dia jawab…” kekayaan!”
Owh!!! Mulut bentuk O panjang tanda pahamlah aku kan..
“ Jadinya owang makan yee sang ni, percaya leh kaya ke?”
“ itu macam lah”, tapi katanya yee sang ni mahal biasanya owang2x kaya aje akan betul2x sambut dan buat juadah ni. Mahal mcm mana xpasti pulak tapi aku rasa mahal ikan mentah tu kot. Menurut madam lagi, orang biasa, biasanya akan modify  yee sang dan digantikan dengan bahan mentah lain.

Kalau kowang nak tau, ‘Yee’ bermaksud ikan dan ‘sang’ bermaksud mentah. So jadinya, Yee Sang adalah hidangan salad ikan mentah. Yee melambangkan kekayaan sementara Sang melambangkan hidup dan kebangkitan.
Intipati  Yee Sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah(salmon), hirisan syur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, daun limau kaffir, kekacang yang ditumbuk, halia, buah pomelo, jus lemon, lima serbuk rempah dan keropok ranggup.



Sebelum proses menggaul Yee Sang dimulakan, sos plum yang mempunyai rasa masam dan manis akan dituangkan kearah Yee Sang sebelum disusuli dengan jus lemon



Semua intipati Yee Sang itu kemudian mula digaul bersama secara agresif menggunakan sebatang penyepit oleh mereka yang berkumpul di keliling meja bulat. Masa tenggah menggaul Yee Sang, mereka yang terlibat digalakkan menjerit “Lo Hei”. Lo bermaksud menggaul sementara perkataan Hei adalah kebangkitan. Semakin tinggi Yee Sang itu diangkat, maka semakin banyakklah kemakmuran dan kesenangan yang bakal dinikmati oleh seseorang sepanjang tahun. Unit kan?? Yee Sang ni ada sejarahnya tau. Nak tau? Lain citer yeh....kihkih
Tahun ni ofis aku sambut yee sang lagi,kali kedua aku join. Memang lambat sikit aku update..biasalah mcm xtahu kebuzyan yg melanda ct cheery.. tambah lak tenet lembab jalan mcm siput sedut bunting,..hehe





bye.....


10 comments:

  1. hoh.. itu maksud yee sang eh.. ho.. baru tau.. heee.. dtg singgahbalas sini.. tq singgah n komen kat blog teman.. stay keep in touch yea.. !

    ReplyDelete
  2. owh..itu mcm kaa...pttlah klu gaul tu ada je yg nk angkt tggi2 haha.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap....dapat rasa lagi sedap hehehe...

    ReplyDelete
  4. sedap tak? nampak mcm shedapppp heeeeee hehehe

    ReplyDelete
  5. sedap....nyum...nyumm..
    tahun dpan makan lg..

    ReplyDelete
  6. perghhh terus rasa lapor hehehe

    btw
    Di sini Mak Dara nak ucapkan jutaan terima kasih kpd cheery kerana sudi menjadi penaja bagi GA MAK DARA Malaysia's Next Top Lucky Blogger" mak amat amat hargainya dan amat berterima kasih atas kesudian adik itu. Senarai para pemenang terdapat di entry ini http://www.bicaramakdara.com/2013/04/pemenang-malaysias-next-top-lucky.html

    Pemenang akan hubungi cherry untuk urusan pemberian hadiah tak lama lagi ya.. terima kasihhhhh kerana sudi menjadi penajaaaa..... really appreciate it so much.. Harap kita dapat bekerjasama lagi di masa akan datang In Sya Allah..

    ReplyDelete
  7. hehehehe.. kampeni sis pon celebrate CNY jugak..
    sonok jugak joint perayaan bangsa lain kan~

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, cheery lama dah is tak komen dan menyibuk kat blog cheery nie, hmm Yee Sang nie memang nampak sedap dan bahan2 dier pun nampak cam leh kita makan je tapi ada secret ingredient yang kita tak tahu, apa dia cari sendiri sebab is tak nak kondem, hmmm tapi entri nie memang bagus sebab kekadang perkataan2 yang kita biasa dengar tapi tak tahu apa benda tu, dengan adanya entri macam nie dan blogger macam cheery, sure 1 Malaysia akan sebut OOOoooo.....

    Santai iskandarX

    ReplyDelete
  9. Hmm.. Kita pun pernah ada pengalaman seperti ni..


    | 7 Rahsia Takaful Pendidikan
    >> http://takafulpendidikanterbaik.com/

    ReplyDelete
  10. oohhh gitu rupanya maksud yee sang tu yer... xtahu pulak jaa..hehe... tapi kan? jaa nak komen sikit ni, awat x rotate pic tu, adeh sakit leher jaa duk terteleng ni tau.. hahaha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...