Wednesday, October 31, 2012

Istanbul aku datang


Assalammualaikum uoll!!!

Meh aku nak citer sikit ni, lunch time td aku ada la godek2x gossip,sini. Dan aku sikit punya tertarik dengan penampilan terbaru Lisa. Lisa????sapa tu? kakak aku!! haha…guwau2x!!retis lah sapa g. lisa rambut pendek,nampak sangat cute. Xtipu, rambut yg pendek gitu menampakkan dia sedikit chubby,okey la tu kan xde la nmpak kerimping sangat kan. ..dan memang nampak muda remaja kooo!!!ko adaaa??? Jom layan gambar dia di malam gala tayangan filem ‘istanbul aku datang’..jangan lupa tengok citer ni di pawagam berhampiran anda! Cewah!!!siap promote bagai…leh jd team Bernard Chauly ni..huahuahua!!!! berangan ko cheery!!!








p/s: Masa tengok citer Pisau cukur, leh lak aku berangan pegang watak fazura..haha..sweet tak aku?

What???Cheery??kahkahkah!!!!!!...

Dengan muka bengangnya aku tulis entry ni..
sebenarnya xde la bengang pun..sesaja jer..hahah propa
Al-kisah pada satu hari diofis,emm...pagi ker petang ek? ah!aku xingat..
tengah bercakap dalam fon masa tu..waktu tengahhari xsilap aku!
aku mintak supplier hantar quotation sbb aku nak buat bid tab..dia ckp ok and than dia pun mintak lah aku punya email personal sbb dia dah try hantar ke aku punya email company tp pe kejadah problm tah,xdapt masuk email tu.
Dengan profesionalnya aku pun berdialog ngan dia.....lampu dihidupkan*cewah mcm drama pentas lak..hehe

Aku: okey,En leh send ke gmail sy yeh,amik address ni ctcheery87@gmail.com.my
Supplier: spell please?
Aku: c.t and than cheery, c.h.e.e.r.y .8.7
Supplier: What? Cheery? kahkahkah!!!! * mybe dia gelak guling2x koz dengar mcm bang!bang!bang!,yer ker?yerla kot imagination aku tinggi sikit..hehe


Aku: kenapa gelak?
supplier: cheery!
Aku: napa ngan cheery?
supplier: erkk!!!!okey sorry..t sy email ke cheery yeh? kahkahkah!!!!*aku dengar dia gelak lagi before letak phone. dermm!!!sabar jer lah aku!!!

Aku agak mungkin dia aneh ataw lebih tepat lagi lucu dengan kewujudan "cheery". ataw mungkin juga dia kegilaan emosi selepas mendengar suara merdu aku di phone? jangan tak taw suara aku merdu taw, xtipu!!sumpah pocong!!. cowok2x leh jatuh cinta tuuu! bak buluh perindu kononnya..xcaya try kol ckp ngan aku. tapi..tapi..karok fail! kuang..kuang..assume jer mcm tu yeh?..


p/s: entry xde motif..

Thursday, October 25, 2012

Kekeliruan jiwa


Aku nak cakap banyak hari ni tapi macam pysiko lak nak ckp sorang-sorang. takpe aku type jer..kihkihkih(buat lawak budget lucu)
aku tak pasti apa jadi dengan diri aku sekarang, macam dah tak betul pon ada..macam serong sikit pun ada. tp siyesly ada kaitan dengan jiwa..bukan sakit jer la. macam kekeliruan jiwa,hah!kau ingat penyakit kekeliruan identiti jer ada? macam-macam ada!(trademark astro)

Berbalik pada topik..meh aku nak story sikit pe dah jadi ngan aku sebenarnya ..
1st..nak balik raya vs xnak balik raya..
separuh jiwa aku nak balik separuh lagi xnak balik..OMG!!!what should i do?
ini kes dah tahap kronik sebab raya besok jer kot..kena pujuk separuh jiwa tu cepat2x..

2nd..berdialog dengan jiwa
aku: Lu rasa dia sayang gua tak?
jiwa: sayang lah bodoh,klu tak buat apa dia susah payah nak amik and hantar lu balik
(gengsternyer jiwa aku ni)
aku: ker dia kesian gua?
jiwa: Erkkk!!!no komen (jawapan artis,ni aku benci ni)
aku: gua sayang dia taw! satu ja gua mintak lu jgn buat gua rasa down kat dia..
jiwa: okey,gua try my best.(speaking english lak lu!!!)
okey,yang ni related dengan CINTA.

third..camne nak cari duit lebih..?
nampak mcm xde kena mengena tp sangat kena mengena..
i need more money..why? nak operate..
nak operate mata...patutnya aku jumpa doctor pakar kornea bulan 9 hari tu tp aku cancel last minute koz takut nak buat decision..doc nak decision aku either aku nak buat or tak..
aku takut sbenarnya sebab risikonya 50/50...
mesti kowang ckp mcm ni "pe lah cheery tu nak operate mata pun takut! owang yg operate jiwa xde hal pun!" 
" ah! aku takut nak wat cmne. muka jer gengster dalam hati ada taman taw?"  (gengster ker muka aku)

Dah lah, mengarut banyak pun tak guna!
 selamat hari raya aidiladha pada teman blogger semua..
wink..wink..wink..
kosong-kosong okey?
Love u all

Aku comey tak?? eh! bukan! ct comey tak??

p/s: klik nuffnang,nak operate mata..makasih!!!

Nak taw sal penyakit aku?g sini Penyakit aku.









Wednesday, October 24, 2012

Pasangan berhari Raya



Nak amik mood raya puasa hari tu.
sebab aku xdapat balik raya...sob2x..
waaaaaaaaa!!!!!!!!!
Rasa nak menangis tak berlagu...


 Aku sukew tengok diowang ni koz nampak nampak seiras dan secocok..

 cantik lak baju color gold match ngan red

 Muah!! Love my husband*fasha yg ckp

 umm...cute bersama

Uh!! aku suka aaron ni*hupp!! laki orang..ok reject!


p/s: aku bosan sebenarnya, kejer xde sangat..boss pun awal2x dah cuti raya

Sambung "My wife is driver"


Hye, selamat pagi..assalammualaikum..
Aku nak sambung citer hari tu..
Before tu aku nak ckp awal2x,mybe ada sikit kesilapan ejaan atau pun ayat yang tunggang terbalik. Biasa lah idea last minit n type pun laju2x jer koz kat ofiskan? Brief spell pun banyak..main bedal jer ni pendek kata..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



“ Apa syaratnya, Tuan?” Amar senyum sinis. Belum sempat membuka mulut, hand phone di atas meja berdering mintak diangkat.

“ Kau drive aku sekarang!” Soal Amar sejurus ganggang diletak. Amar mencampak kunci di atas meja dihadapan Shark. Shark yang masih terkejut tanpa banyak soal mengambil kunci dan pantas bergerak mengikut Amar. Kemana? Dia pun kurang pasti. Ikut sajalah.

“ Papa!”Amar mendapatkan seorang lelaki separuh umur yang terbaring lemah di atas katil hospital. Lelaki itu sempat tersenyum melihat riak kerisauan di wajah anak terunanya. Pelukan erat diterimanya.

“ Papa okey, Mar!” Datuk Alam mengosok belakang anaknya lembut.

*********

“Besok pukul 8.30 kau datang pejabat jumpa PA aku ambik letter of offer and kunci kereta. Paham?”

“ Letter of offer? Saya dapat kerja ke?” Shark menyoal riak gembira.

“ yerlah, lembab!”

“ Owh, alhamdullillah, I believe I can fly!” Shark buat gaya mahu terbang

“ Tak payah nak fly sangat lah, kau ada sayap ker? Bak kunci kereta. Pergi balik tak payah nak bising sini” Amar mendapatkan kunci kereta dalam tangan Shark.

“ Dah tu, saya nak balik naik apa?”

“ Eh, pandai-pandai lah. kau kan boleh terbang?.” Amar berlalu meninggalkan Shark
Dia harus menemani papanya malam ini.Besok papanya dah boleh discharge.

Shark mengigit bibir. Geram dengan sikap bos barunya yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Ah!! Menyampah aku, dapat bos perangai macam Firaun.

*********
Okey apanya papa, kalau sampai pengsan?” Amar bersuara tegas. Lemas dengan sikap papanya yang tak reti duduk diam. Semalam jantungnya berdegup kencang tak keruan apabila menerima khabar dari mak Jah, papanya dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung. Rasa seperti mahu gugur jantungnya tatkala itu.

“ Lepas ni papa tak payah lagi nak berkebun bagai. Duduk aje diam-diam kat rumah. Nak makan sayur, beli aje kat supermarket. Buat apa nak susah-susah?”

“ Berkebun tu hobi papa, Mar! Mar ingat papa ni tunggul kayu nak duduk diam-diam aje tanpa buat apa-apa? Bosan la papa!”

“ Alah, papa buat lah benda lain, macam main games ke, facebook ke, myspace ke,twitter ke? Hah! Leh cari mama baru untuk Mar, amacam bagus tak idea?” Amar mengangkat kening pada papanya. Alahai naughtynya idea aku.

“ Papa ni dah expired lah, kau tu yang kena cari bini.”

“ Papa ni takde modal lain ke nak cakap?” Amar mengeluh lagi. Tiap kali papanya bercakap soal kahwin, automatically kepalanya pening dan serabut.

“ Yelah, papa nak menantu! Hah, kau dah cari calon yang papa mintak tu? ke kau nak papa jodohkan aje kau dengan si Qaren tu?”

“Qarenamarlis la papa!”

“ Alah, lebih kurang la tu! Nama panjang bebenor!”


Dato Alam merebahkan badannya di atas kerusi urut arwah isterinya. Dulu, kerusi itu sering menjadi tempat kegemaran isterinya beristirehat. Sejak arwah isterinya tiada, dia lah yang sering menggunakannya. Arwah isterinya meninggal dunia akibat kemalangan 5 tahun lalu. Kerana kecuaian dirinya sendiri dia kehilangan isteri tercinta. Namun dia redha dengan takdir Allah. Perancangan Allah maha terbaik dari segala perancangan. Tetapi dia bersyukur anak tunggalnya selamat dalam incident itu. Sejak kejadian itu dia tak pernah memandu lagi dan dia lebih suka menggunakan khidmat driver.

Amar menggelengkan kepalanya. Itulah yang sering dirungutkan papanya sejak dulu mengenai nama Qarena yang terlalu panjang. Katannya berbelit lidah tuannya mahu menyebut. Akhirnya perkataan Qaren yang lebih selesa disebut. Dah bunyi macam Karen elektrik dah. Amar tersenyum lucu.

“ Hah, yang kau senyum sorang-sorang ni kenapa? Terfikirkan si Qaren tu ke?”

“ Tak ada la pa, please lah!!! Gedik-gedik ni not my taste okey?”

“ Kalau macam tu, carilah yang tak gedik tu cepat-cepat! Lambat sangat papa minang jer si Qaren tu untuk Mar, senang!”

“ Mar tak nak lah papa, Mar dah ada calon!” Tiba-tiba idea melepaskan diri muncul dikepalanya.

“ Betul? “

“ Yup!”

“ Tak gedik?”

“ Tak, Keras, mantap!” Dato Alam mengerutkan dahinya.

“ Perempuan?”

“ Dalam perempuan,luar jantan.”

“ Eh, kau ni lain mcam jer son?” Amar ketawa

“ Nanti Mar kenalkan kat papa.” Amar berlalu meninggalkan tanda Tanya pada Dato Alam. Eish,! Anak aku ni betul ke tak? Tak kan dia berkenan dengan perempuan separuh siap (Pondan)  kot?


 p/s: Sambung lagi, :)





Tuesday, October 23, 2012

Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?


Hye, Selamat petang semua
aKU tergerak hati nak join satu segment dari saudara myideakini
Memang best segment ni okey...


So before aku logout Diary aku manja ni, aku nak bagi tahu kenapa aku terjah..
Aku terjah sebab aku suka membaca. Cewah,bunyi ,macam bagus giler kan?
Honestly aku suka membaca kisah orang lain, aku suka bila sesebuah blog berkongsi apa yang diowang ada, rasa atau alami. macam wadah perkongsian, experience diowang. Dan sebenarnya dari situ beri aku satu Knowledge yang tak pernah aku jangka. "Knowledge melalui pengalaman orang lain". hah! lebih kuang mcam tu lah bunyinya. Dan lagi satu, pengalaman orang lain ni lah memberi aku idea penulisan. Cerpen2x yang aku tulis tu. Pernah baca tak?

Aku akan follow sebuah blog kalau gaya persembahannya menarik hati aku. Tak kisah blog tentang apa pun yang penting aku sukew. sebab insyak allah tiap hari aku akan terjah blog yang aku follow dan membaca blog diowang. klu aku tak komen pun aku akan klik2x apa yang patut mcm ads diowang. so buat aku nak follow diowang kalau aku tak nak baca diowang. betoi tak? sia-sia jer.. Selain tu aku juga follow untuk tambah online Friend dan nak kenal diowang lebih rapat. Sharing is caring kan? betoi3x..*trademark upin&ipin.

Aku tag 3 best blogger friends aku










P/s: Dah siap semalam lagi tapi tak sempat nak Publish..hehe

Monday, October 22, 2012

2nd Online Award



Yahoo!!!!!wabedubedu!!! Best women win!
Pe aku happy sangat ni?
okey xcually,aku dapat award dri kak azera koz join GA yg pasal "nak kurus?"


hah yg tu...
aku tak menang pun tapi dapat la sijil penghargaan..okey la tu kan?

Siap tempek lg, cer tengok kat sebelah kanan anda? ada kan?
hah, rajin2x lah lawat akak azera yer?klik jer kat pix award tu..dapat lah ke blog dia..

nak tengok ker awardnyer??...ching..ching..ching...*bunyi slide show

"
"
"
"
"
"
Taraaaaa!!!!!!!!!



p/s: eh!!bape kali nak tengok dah!

Friday, October 19, 2012

Sari Yanti dan Twin

Hye, tak tahu mood aku apa hari ni.. tapi rasa macam tak rajin lak..
Citer semalam aku sambung lain kali lah ek? insyak allah besok..
Hari ni aku nak ajak reader sekalian cuci mata..nak? nak tak?Nak lah?
opss!!! Hold on! before tu aku nak say thank you kat si santai dan si manis koz tag aku join JA.
Sebenarnya JA tu bukan xnak join tapi ada part yg aku xpandai,malu pulak nak mengaku..
2 lah,dulu ada kwn nak ajar kan malas ..*bodoh sombong..astagaa..

Okey,back to the title of entry...kowang kenal sari yanti? Memang nak kena gigit dengan aku lah klu tak kenal si manis ni. percaya tak klu aku cakap Sari ni kembar aku? hehe...
Okey, aku tipu!!! sebenarnya MyDonat told me that my face ada iras Sari...wink..wink..wink* (kejib2x mata bangga)....

Yerlah,lelaki kan manis berkata-kata. so aku xnak percaya tapi perasan kejab lah..boleh kan??hehe..
Jom tengok pix kembar aku ni...kuang..kuang..kuang..

1st, aku kenal dia dari iklan ni..

Memang hot habis! hehe

urmmm.....cantiknyer


aku rasa kening dia panjang cm aku..hehe

Cak!!!!!

Tak sama la! comfirm kena kencing..sob2x

p/s: menci Donat!!!!!



Thursday, October 18, 2012

My wife is driver


Assalammualaikum…Salam sejahtera

Sejak dua menjak ni jiwa kusut sikit aku ni. Datang ofis niat nak keje nak cari rezeki tapi ada pulak makluk yang sukew buat aku hot pepagi. Nak buat macam mana kan pekerja bawahan  macam aku ni kena terima jerlah. Ofis tu bukan bapak aku yang punya pun. klu bapak aku yang punya senang! Datang ofis goyang perut n blogwalking..haha..alahai berangan minah jenin lak cheery ni….

Extenal aku rosak,bnyk cerpen yang trapped dalam tu. tapi semangat berblogging aku tinggi nun setinggi gunung kinabalu aku teruskan berkarya. ..* Everest comfirm xmampu capai*.. aku promise kali ni bkn citer sedih,okey?


 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Woi!!  Kurang ajar punya mamat kereta. Buta ke apa? Aku punya ayu berdiri kat sini, dilanggarnya lopak air depan aku ni. Habis  basah seluar aku..Tak guna betul!” Shark mengomel sendiri. Kalau bukan kerana dia ada interview hari ni, enggak mahunya dia susah payah terpacak kat hentian bas buruk tu. Menyusahkan hidup aje. Menunggu bas! Perkara yang paling dia benci dan kalaulah Lagenda orennya sihat, sudah tentu hidupnya tak susah seperti ini. Bas ni pun satu, masa aku perlukan dia, lambat pulak muncul. Shark menendang tin kosong yang berada dekat kakinya ke arah tong sampah. Bosan menunggu!

**********

“ Alamak Aku dah lambat!”  Shark mempercepatkan langkah mendapatkan lift untuk ke tingkat 3 bangunan MAA itu.

Shark mendapatkan Miss kaunter.“ Ark..Miss? Saya ada interview hari ni. Boleh saya masuk sekarang?” Gadia cantik itu memandang Shark atas dan bawah lalu menggaru kepalanya. Dah macam kera sumbang lagaknya. Tak pernah tengok Tomboi ke?

“ Untuk jawatan apa yer Miss?” Shark pula menggaru kepalanya yang tak gatal. Otaknya ligat berfikir. Banyak ke jawatan kosong company ni offer? Tak perasan pulak dia masa baca kat newspaper tempoh hari.

“ Untuk jawatan Driver lah! Ada kan?” Shark tersengih.

“ Ada Miss! Tapi …Arkk,Miss duduk dulu lah nanti saya panggilkan PA Encik Amar.”
Encik Amar? Mungkin boss besar company ni kot. Mesti orangnya pendek dan kulit putih. Ditambah pulak perut boroi dan botak di tengah kepalanya. Yalah,selalunya lelaki pendek dan boroi yang nak sangat cari driver ni. Bawu ada class! Shark ketawa sendiri dengan karekter yang digambarkan kepalanya.

“ Miss Sharkirah?” Seorang wanita cantik bertanya sambil menghulurkan salam.

Shark bangun dan menyambut salam wanita itu. Cantiknyer pompuan ni? Gebu macam Zie Madini! Siapa Zie Madini? Alah, Blogger terkenal yang cun melecun tu. *iklan..hehe

“ Miss Sharkirah isi borang ni dulu. Kejab lagi saya datang balik,yeh?” Shark tersengih dan angguk laju.

15 minit kemudian, Shark dipanggil masuk ke bilik Bos besar. Kelihatan seorang lelaki muda memandang tajam ke arahnya. Handsome jugak mamat ni, sekali pandang macam Aaron Aziz. Tak sama langsung seperti yang dia gambarkan tadi. Eh, kejab! Mamat ni persis lelaki yang langgar becak tadi lah. Huh! Comfirm jenis tak ada adap punya orang ni.

“ Dah puas awak kutuk saya?” Amar memandang gadis dihadapannya tajam. Tak cukup maki aku sebakul kat bas stop tadi, kat sini pun nak tambah lagi. Ingat nasi tambah ke apa?

“ Arkk…” Shark sikit mengelabah. Mamat ni sedara Harry Potter ke boleh tahu apa aku fikirkan ni? Ah, sudah! Berdebar-debar pulak hati ni.

“ Betul kau nak keje dengan aku?”

“ Betul Encik!”

“ Bukan Encik, Tuan.” Mengada-ngada betul.

“ Tuan!” Shark menundukkan wajahnya. Terasa kerdilnya dia duduk di situ.

“ Aku Offer kau 2k sebulan, tapi….dengan satu syarat mudah.” Ada syarat pulak. Nak jadi driver pun kena ikut syarat bagai. Ridiculous!


Pix ni aku pinjam yeh!


p/s: Sambunglah, nanti ek..........


Wednesday, October 17, 2012

Sakit hati yang kini kurasakan



Terkadang kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.



Tuesday, October 16, 2012

Posisi terbaik ketika tidur bersama mybuchuk..

Assalammualaikum....

Alkisah bermula tengah malam pukul 12 mcm tu, ketika aku kebasahan bermandikan peluh.. Tak tahu lah apa masalah hormon aku malam tu. Dah mandi pun badan berpeluh macam owang main kickboxing. panas giler..
Semalam tidur dalam kekecewaan, external rosak, sakit hati berulamkan jantung punya pasal, so aku tidur jer lah *budget leh reda sikit kecewa tu kan..

Tapi lain pulak yang jadi,hajat xkesampaian, tidur kanan nampak muka bf,tidur kiri nampak muka ex-bf,tidur telentang nampak muka arwah kwn, tidur meniarap sakit dada la pulak.... semua posisi serba tak kena. Tiba-tiba teringat pesan mydad. Mydad ckp kalau tidur malam xlena,keresahan mcm tu, g bilik air ambik wuduk. Lg bagus kalau solat sekali..tp aku xingat nak solat apa tengah2x malam? solat hajat aku pandailah. maklumlah ilmu agama kurang.. Tak pe lah,aku baca yasin jer sedekahkan kat arwah sahabat aku,anis. 

Akhirnya berkat Yasin tu, aku tidur nyenyak bersama dengan mybuchuk,*bantai peluk* dan posisi terbaik adalah mengiring ke kanan. Dan pagi ni aku bangun awal,masak segala, rajinnyer aku. leh wat bini taw? menu aku lunch t Kari sardin masak keling! amacam? terliur tak? haha...

Aku nak Kongsi sikit info yang aku dapat dri google pg td..bukan info kari sardin yer anak-anak..pasal posisi tidur ler,bawu match dengan tajuk kan...

Tidur meniarap
~ Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

~ Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

~ Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

~ Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

~ Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri.

~ Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

~ Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

~ Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan.

~ Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.



p/s: Info aku amik dari blog si chantik ni..

Monday, October 15, 2012

Blog ni giler!

aku rasa blog aku ni dah temberong ah..dah lama sangat ikut aku buat keje2x giler2x ni..(blog ikut aku ke? confius kejab)
apsal ek?
mentang-mentang lah follower aku xramai, dihilangkan semuanya..dah tu mcm mana aku nak blogwalking? memang betoi2x pilih kasih..benci aku..
aku klik lain lain yang kuar..macam nak sabotaj aku jer..? sabotaj???
Ah!!! benci ah, xnak kawan dengan blog..hari ni..
Selamat tinggal bebeh ...


p/s: Pc or blog aku yg temberong ni?

Saturday, October 13, 2012

Cerita malam pertama

Satu malam pertama, saya nampak awak datang kat saya. Saya nampak awak senyum. Awak nampak hensem dimata saya bila senyum. saya pun balas la senyum balik. bila awak hampir-hampir nak usap pipi saya tiba-tiba awak hilang. Saya terkejut, macam mana awak boleh tiba-tiba hilang. saya tercari-cari awak. Seingat saya awak pakai baju color merah. saya cari-cari lagi..cari lagi..tak de! awak hilang!Oh, TIDAK!!!!


Napa awak hilang macamtu jer, saya kecewa lah macam ni...majuk lah
malam esoknya pun macam tu, kejadian yang sama,perkara yang sama. awak hilang lagi. 
2 hari berturut-turut awak hilang
2 hari berturut-turut saya mimpikan awak..
kenapa yer saya nampak awak dlm mimpi?
awak bebaik jer kan?
hope macam tu lah!

********
Happ!!! jangan pikir bukan2x yeh, gigit t..!!
2 malam turut-turut aku mimpikan W (bukan nama sebenar)
Dia tu ex-boyfriend aku..
tak tahu lah kenapa! nak kata aku windu kan dia,xde-xde!
pikirkan dia pun aku tak..tapi napa tetiba jer ek..kadang-kadang terdetik kat hati risau something bad happen kat dia..tp hope tak lah..tak nah lah mcm tu..!  eishh!!! Rasanya dia bebaik jer lah kan???

p/s: Entry penasaran!!!!hahahahaha...* cheery giler kejab*



Wednesday, October 10, 2012

Pagi yang Indah!

Assalammualaikum dan salam pagi hamba2x ALLAH sekalian alam...........
Eceh! ceria lain macam pulak hari ni. padahal semalam bad mood tak tau nak citer..
Mybe sebab pagi2x lagi dah tercongak depan Ofis..
Hidup udara segar pagi..package sekali dengan vitamin c dari si matahari..xpayah nak perabis duit nak beli vitamin c bagai, dah ada dah yg free off charge kan..alhamdullah..Macam biasa pagi2x tulis blog ni nak kongsi citer jer...jom baca!

Di sebuah taman permainnan kanak-kanak, di satu penjuru dekat dengan tasik sepasang kekasih sedang berbual mesra. Panggilan abang, sayang bagai disertai pegang2x (pegang tangan jer),manja2x gitu.

" Sayang, apa yang awak paling inginkan bila kita dah kahwin nanti?" Si boyfriend mengusap-ngusap lengan si girlfriend manja. si girlfriend yang mendengar tersenyum gatal. wah! melawan ni.

" Perkara yang paling sayang inginkan adalah, abang mencium diri sayang di 3 tempat terbaik."

" Ah! Mudah jer bagi abang! semua tempat abg nak cium."

" Tapi, sayang nak 3 tempat jer!" si boyfriend mengangkat keningnya memikirkan kehendak si girlfriend itu.

" Okey, cuba sayang katakan di 3 tempat yang mana sayang nak abang cium?"

si girlfriend tersenyum bahagia. " Paris, London dan New York."

!@#$%^&*?

* si boyfriend hancur hati..








Tuesday, October 9, 2012

Abadinya sebuah Persahabatan

Assalammualaikum......

Buzy lately, so, do not have time to update and Blogwalking but adalah bw sikit2x...sometime just read but do not comment. so many thing must to do in the office. Arghh...Stress!!!! Staff dari singapore datang sini siasat ofis kat Malaysia ni. Macam-macam complaint, fitnah mcam-macam. Tuduh orang makan duit company lah pe lah. padahal main tuduh jer,bukti tak ada pun. Memang tak sayang mulut dia tu...satu lagi, eksyen sangat..menyampah..

Aku nak kongsi cerpen ni: jangan segan2x baca okey, rajinkan diri anda di pagi hari ni..By the way, watak-watak dalam citer rekaan jer tapi nama watak aku pinjam nama blogger..haha..have fun!

******

Helaian album lama diselak satu persatu. Nafira menatap wajah-wajah yang pernah mengembirakan dirinya dulu. Wajah yang sentiasa ada disaat dia memerlukan. Suka dan duka waktu remajanya, sentiasa bersama dengan wajah-wajah itu. Dia menyelak lagi helaian yang tebal itu. Terpaku Nafira pada gambar-gambar kenangannya bersama mereka. Apa agaknya khabar mereka? Nia,Nadia, Zoey dan Tika. Dia tidak pernah lupa dengan nama itu. Sentiasa tersemat kemas dalam fikirannya. Malah seringkali dia rindu dengan nama-nama itu.


Air muka Nafiraa berubah apabila menatap wajah Lya. Sesaat kemudian kenangan lama menerjah diingatannya…

“ Fira, kau free tak besok?”
“ Free kot! Dah tu kenapa?” Nafira menyoal balas.
“ Aku nak ajak kau keluar pergi pekan besok. Cari barang sikit..boleh lah ek?” Pujuk Lya.
“ Barang apa sangat kau nak beli? Tak cukup ker kau borong minggu lepas?” Nafiraa menyoal hairan. Minggu lepas Lya ada pergi ke pekan bersama dengan Nia. Menurut Nia banyak barang yang diborong Lya. Agak menghairankan mereka kerana barang yang diborong Lya,barang-barang hantaran. Siapa yang nak kahwin? Lya ke? Bila disoal mereka, tiada jawapan dari Lya. Lya hanya cakap ‘Rahsia’. Entah apa yang ‘rahsia’ sangat,dia pun tak paham.

*******

 Nafira memegang kepalanya yang tak pening. Runsing dengan apa yang terjadi di ruang tamu rumahnya sebentar tadi. Kisah gila apa yang terjadi dalam hidupnya ni? Beberapa jam yang lepas keluarga Nafira dikejutkan dengan rombongan meminang dari keluarga yang tidak dikenali. Siapa lagi kalau bukan Nafira yang dipinang mereka. Hanya Nafira anak dara dalam rumah itu. Kakak-kakaknya dah lama menjadi pengantin. Tak kan lah adik perempuan yang berusia 10 tahun tu disunting mereka. Sangat tak logic!

“ Fira, terima jer lah yah? Anggap lah ni jodoh dari Allah!” Nafira memandang Ibunya yang beria mahu melihat dia naik pelamin dalam masa terdekat ini.

“ Fira tak tahu la Ibu! Fira bingung! Ibu memandai-mandai jer!” Nafira mengeluh berat. Untuk apa lagi Ibu berdialog dengannya kalau Ibu dah pun terima pinangan itu. Sungguh dia tak faham dengan sikap Ibu. Suka sangat menggunakan kuasa dictator ke atasnya. Kakak-kakanya yang lain berkahwin atas pilihan sendiri tetapi dia pilihan keluarga. Apa agaknya pengakhiran hidupnya berumah-tangga nanti.

“ Bingung apanya? Terima jer lah. Aku buat semua ni untuk kau, untuk masa depan kau! Esok-esok kau juga yang senang, dapat suami kaya!” Nafira terkebil-kebil melihat amukkan Ibu. Ah Ibu! Kalau dah ber’aku’, ber’kau’ tiada siapa lagi yang berani membantah cakapnya.

*********

“ Cantiknya Fira! Haha..Kau jarang make-up skali touch-up jer,bommm! Meletup kau, kalah Era Fazira.” Zoey lucu dengan kata-katanya sendiri. Nadia, Tika dan Nia turut tersengih gembira melihat perubahan wajah Fira setelah di make-up Zoey. Memang cantik! Tak dinafikan Zoey memang pakar bab conteng-conteng muka orang ni.

“ Yang kau ni murung jer dah kenapa? Tak cantik ker aku touch-up?”

“ Tak ada apa-apa lah. Cantik! Aku penat jer!”

“ Penat? Hai, malam pertamanya malam ni. Belum apa-apa lagi dah penat ni apa kes?” Nafira mencebik. Wajahnya di cermin ditenung lama. Cantik juga aku ni! Alahai..perasan!

“ Kau orang boleh lah cakap, aku yang menanggungnya. Perit tau tak? Kahwin dengan lelaki yang aku tak kenal, entah apa rupa suami aku ni?”

“ Alah, take it easy okey? Jodoh dari pilihan orang tua, biasanya yang terbaik tau? Lagipun, bercinta lepas kahwin indah dari segala-galnya..umm.”

Zoey menyiku lengan Nadia. Lebih-lebih pulak minah ni. “ Eh, engkau ni! Gedik semacam napa?”

“ Eh, Lya mana? Pagi tadi ada, sekarang bayang-bayang pun tak nampak?” Nafira memandang sekeliling bilik. Tiada batang tubuh Lya di situ.

“ Dia kena pergi rumah cousin dia kat kampung sebelah tu, cousin dia kahwin juga hari ni. Katanya kau sanding nanti dia datang.”

“ Owh, yeker? Patut lah bulan lepas sibuk jer beli barang hantaran.” Nafira membalas lemah.

“ Kau ni kan Fira, bersemangat lah sikit! Kau nak kahwin bukan nak pergi perang! Eh, dah lama aku nak tanya, apa nama suami kau?”

“ Bakal suami okey! Entah, aku lupa nak tanya Ibu aku.” Nafira menegaskan suaranya.

Apa nak jadi dengan dia ni? Nama bakal suami sendiri pun tak tahu. Inilah akibatnya kalau berkahwin atas dasar paksa. Tapi Nafira sedar, bukan salah sesiapa pun perjalanan hidupnya begini. Sepatutnya dia yang perlu memberi ruang pada diri sendiri untuk memilih. Bukan tidak ada yang berkenan dimatanya, Cuma dia yang ego dan mementingkan hubungan persahabatan. Dia cintakan Kamal. Begitu juga Kamal. Perhubungan mereka diputuskan Nafira sendiri sebab dia cintakan sahabat lebih dari segala-galanya. Sahabatnya sendiri separuh mati cintakan kekasih hatinya. Demi sahabat dia korbankan Kamal. Cinta tu kan pengorbanan. Tak perlu diungkit lagi. Nafira redha. Mungkin jodohnya bukan Kamal tetapi lelaki di luar sana. Nafira mengeluh lagi.

*********

“ Eh, jom keluar Fira! Dah nak mula, rombongan dah sampai, Lya pun dah datang,ada kat luar.” Nafira berhati-hati bangun. Nadia disebelahnya memegang kipas merangkap pengapit Nafira. Sementara yang lain mengiring Nafira keluar.

“ Aku terima nikahnya Nafira Binti….” Nafira tergamam. Eh! Suara tu macam pernah didengar telinganya. Malah jantungnya kuat bergetar apabila akad dilafaskan suara itu.

“ Sarung cincin!” Terdengar suara Lya berkata pada seseorang. Muncul Lya disebalik tirai yang sedikit terbuka, tersenyum manis dan mengambil tempat di sisinya. Di belakang Lya, suaminya. Kamal? Nafira rasa dirinya di awangan. Dia terkesima.

“ Assalammualaikum Cinta!” Kamal bersuara dan memandang Nafira penuh kasih. Jari Nafira disarungkan cincin dan dicium lembut. Nafira masih memandang tidak mengerti. Sandiwara apakah ini? Suamiku Kamal? Lantas matanya memandang Lya disisi. Dia ingin bertanya tetapi situasi tidak mengizinkan. Selepas tangan suaminya dicium, dia menerima pelukan tahniah dari sahabat-sahabatnya, Lya, Zoey, Nadia, Nia dan Tika.

********

Kini, semua tu dah berlalu. Dah jadi kenangan dalam hidupnya namun persahabatan mereka tak pernah berlalu. Mereka masih bersahabat baik walaupun sudah 5 tahun menjalani hidup masing-masing. Maklumlah masing-masing sudah berkeluarga. Bila bertemu macam-macam cerita mahu dikongsi dan dicungkil. Cuma….Lya terlebih dahulu pergi mengadap ilahi 4 tahun lalu, meninggalkan insane yang mencintai dan dicintai. Allah lebih sayangkan dia. Rupanya dah lama Lya menderita sakit. Demi kasih pada sahabat, dia memulangkan kembali cinta Nafira. Kini, Nafira bahagia bersama Kamal. Nafira tak kan lupa pengorbanan sahabat bernama Lya Haryani.

Nafira tersenyum sendiri. Album lama ditutup kemas. Nafira laju melangkah mendapatkan anak sulungnya, Lya yang baru pulang dari sekolah. 

~ tamat~

Thursday, October 4, 2012

All Meat. All Man


Arghh!!!!
Tak tahan!!!!
naknok tuuu!!!!
Nanok jugak!!!
*Pengsan*


Bila la leh mkn ni?
Tak nak g mkn sowang!
Nak ada peneman!


Jangan nak berangan!
Beli bungkus pun,Sorang-sorang juga!
*Pasrah*

p/s: Ada sesiapa sudi teman ker?hahaha
*Entry giler*

Wednesday, October 3, 2012

Giveaway: Kelasss Kau! Apa Rahsianya?


Hello!! Hello!! Hello
Aku dah dijemput tuk sertai GA. so aku Join lah.
(Nak join klik GA atas tu)

Aku kena jawab kenapa takut gemuk dan cara atasi untuk kurus?
Aku nak jawab ni! Umm...
Ringkasnya aku ni xde lah kurus pun, tapi aku tetap jaga badan, 
bukan untuk kurus tapi untuk sihat. 
Aku takut sangat kalau aku dapat penyakit obesiti (toi ke aku eja tu)
Kan bnyak penyakit kaitan dengan berat badan berlebihan. 
Aku tak suka amalkan diet yg ketat,seksa badan namanya tu.
Tapi, klu aku rasa mcm badan aku something wrong somewhere,
Aku suka makan air asam jawa,and kunyah buah apple hijau.


Boleh dikatakan tiap hari jgk aku mkn benda alah tu.
(Klu kowang nak tau,aku ni jenis yg susah nak susut badan)
xcaya sudah!
Aku tag 2 orang teman blogger
Siap!!!!!

Tuesday, October 2, 2012

Perlu ker pompuan merajuk?

Jumaat lepas aku rasa tak sedap hati..
Jantung aku bergelora hebat. 
aku takut something bad happen to
orang-orang orang yang aku sayang,.
so untuk sedapkan hati yang tak sedap ni,
aku pun kol semua yang tersayang..
Alhamdllah family aku semua sihat and tenteram..

Tapi, aku tak dapat feedback dari 'dia'..
aku risau sesangat,tak tahu nak habaq cm ne
aku kol xangkat msj tak reply..mana aku tak risau..
semalaman aku tidur tak tenteram,mimpi bukan2x
dan otak aku pun dah pikir bukan2x..

Pas tu baru aku dapat tahu rupannya 'dia' kena tahan kat wad
dah discharge bawu bagitau aku..sakitnya hati ya rabbi..
aku cari 'dia' mcm owang giler...

Dah 2 hari aku merajuk...
Dia Kol tak nak angkat,msj pun tak nak balas..
napa aku wat mcm tu? sebab aku marah kot..
tapi..perlu ker aku merajuk?
terpikir-pikir ni nak reply msj ker tak..
nak terus merajuk ker tak?
umm..pompuan..pompuan...
susahnya jadi pompuan....!!


Monday, October 1, 2012

Kecundangnya Cinta Sahabat-Scene 7


When I recall our history, I’m so happy for that,
          Sometimes make me miss you so much
          I just want to rip you out of my dreams and hug you!
                                                                             -You Lover-

            “Sengal tul lelaki nie, tak ada kerja lain ka? Asyik suka menyusahkan aku. Benci aku.” Suhana mengomel-ngomel selepas membaca sepucuk surat misteri yang tidak jemu menggangu hidupnya. Dia sangat pelik dengan kemunculan surat misteri itu. Dia yakin, dia mengenali lelaki itu kerana dia dapat merasakan lelaki itu amat dekat dengannya. Lagipun agak mengejutkan kerana lelaki itu mengenali dia dengan baik sekali.

“Ang nie pasal Na, pelik aku.” Yooh bersuara bila melihat reaksi geram Na mengoyak surat yang dibacanya tadi.

 “ Ermm…takde pape lah, it’s just small matter, aku jer yg suka semakkan kepala.”

 “ Hah..tu la, lain kali bawa pegi cleaner kasi kemaskan sikit kepala tu, baru tak semak, nie tak, dah macam tongkang pecah aku tengok”. Suhana ketawa mendengar gurauan Yooh yang merapu entah apa-apa.

“ Ish..mana ang tau kepala aku dah macam tongkang pecah?”.

“ Tengok muka ang pon aku dah tau, dahi berkerut macam menek kebayan, bibir muncung macam itik, lubang hidung kembang macam gua kelam, apa lagi?”

 ” Ish..sudah lah tu, makin dibiarkan makin menjadi-jadi merapu ang tu. Semakin semak aku dengar.”
           
“Tie mana Yooh? Sunyi jer.” Suhana memandang seluruh penjuru rumah tetapi tidak kelihatan sebarang tubuh manusia. Sejak petang Suhana tidak nampak batang tubuh Tie. Sejak Tie bergaduh dengan seseorang ditalian, mereka sudah jarang berbual-bual. Tie seperti menanggung beban yang amat berat keseorangan. Dia ingin bertanya tetapi kebisuan Tie membantutkan keinginannya untuk membantu. Mungkin Tie masih belum bersedia untuk berkongsi masalahnya. Keadaan Tie yang seperti orang sasau amat membimbangkan mereka.

“Entah. Hah tu sorang lagi budak semak kepala, entah apa masalah yang dipikirkan sampai tak lekat kat umah. Buzy memanjang, balik pon untuk mandi dan tidur. Apa dia ingat ni hotel ka suka hati ja nak balik ka tak. Dia tak tau ka orang dalam rumah ni risaukan dia, ish... aku tak paham tul.” Suhana menarik nafas panjang mendengar bebelan Yooh. Dia arif sangat dengan tabiat Yooh yang suka berleter, dan dia sentiasa memegang anugerah pendengar setia.

“Eh..Na, ang tau tak Tie tu ada masalah? Dia ada citer apa-apa tak kat ang? Aku dah cuba nak tolong dia, tapi ang tau lah kan Tie tu bukan nak kongsi ngan aku. Ang cuba la tanya dia, risau gak aku tengok dia dah macam orang tak betul dah.”

“Astaga..ish, ang ni Yooh tak sayang mulut tul. Dah, aku dah cuba tanya tapi dia macam tak mau kongsi ngan aku, pandangan dia kat aku pon lain macam jer.”

 “Betul Na, aku tak tipu. Tie dah lain Na, kita nie dah jadi macam musuh dia. Cuba ang bayangkan, aku terserempak ngan dia kat dapur, dia boleh blah macam tu ja, cepat-cepat masuk bilik, dah tu, aku pon tak ditegurnya. Ang tak rasa pelik ka?”

“Entah lah Yooh, aku pon rasa lain tapi entah lah, no comment.”
“Aku rasa kan Na, Tie ada buat sesuatu salah kat kita.”
“Ish..lagi-lagi ngarut, tah habis-habis.”

“Lo..ngarut apa pulak, klu tak napa dia macam nak lari dari terserempak ngan kita lak. Lagi pon sekarang dia buzy cari rumah sewa. Macam nak pindah dari sini jer.”

“Yeker?” Suhana agak terkejut dengan maklumat yang tidak disangkanya itu. Betul ke Tie nak pindah? Tapi kenapa? Suhana tertanya-tanya.

xxxxxxxxx

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh


Lagu Bila Terasa Rindu nyanyian Dafi yang asyik berkumandang di stesen radio Hot fm acap kali cukup membuatkan jiwa raga Tie terharu. Lagu itu seolah-olah menceritakan kisah rindunya pada seseorang yang sentiasa dicintai dan diingatinya sehayat ini. Bila agaknya dia dapat berjumpa dengan lelaki si jantung hatinya yang telah membuatkan mandinya tidak basah. Sampai bila lagi dia harus bertahan dan menangggung beban rindu ini keseorangan. Sampai bila lagi dia perlu manjadi seorang yang sasau dan hidupnya terasa seperti dikawal oleh seseorang yang lain. Sampai bila lagi dia harus menjauhkan diri dari hidup realitinya? Sampai bila lagi dia harus bersabar dengan hidup khayalan yang entah bila akan berakhir. Sampai bila dia mahu merahsiakan segalanya dari teman baiknya dan terus bersabar dengan karenah lelaki playboy itu? sampai bila,sampai bila dan sampai bila?? Persoalanya, apakah dirinya diciptakan untuk lelaki playboy itu?

Kereta Myvi yang dipandunya membelok memasuki kawasan perumahan Indah. Kelihatan kereta Suhana masih ditempat parking. Suhana tidak pergi klinik kah?. Tie tertanya-tanya sendirian. Mahu tidak mahu dia terpaksa bertemu muka dengan teman yang sengaja dielakkan selama ini. Ketika dia membuka pintu masuk, kelihatan Suhana sedang rancak berbual dengan Yooh. Entah apa yang dibualkan mereka yang kelihatan amat serius. Perbualan mereka kelihatan terganggu dengan kemunculannya di muka pintu. Apa emotion yang perlu Tie tunjukkan dihadapan temannya dia pon tidak pasti. Marahkan?, happy kah?, sedihkah?, rindukah? Tapi yang pasti perasannya kini bercampur aduk. Entah apa yang dia rasakan sekarang. Keliru dan bingung mungkin.

“Eh Tie? Ang dari mana nie? Tak kerja ka hari nie?” Suhana bersuara memecahkan kesunyian yang tiba-tiba bertamu di bilik tamu selepas kemunculan Tie dimuka pintu. Seriusnya, Suhana tidak selesa dengan kesunyian itu. Kesunyian itu seolah-olah petanda buruk hubungan persahabatan mereka semakin renggang dan hanya menanti belah. Dia tidak sanggup melihat semua itu berlaku.

“ Tak!!” Tie beredar masuk ke biliknya selepas menjawab singkat soalan Suhana. Dia tidak mahu dihimpit pertanyaan yang boleh membuatkan fikirannya buntu untuk menjawab. Jujurnya, dia tidak sanggup lagi untuk terus berpura-pura dan terus dihimpit perasaan serba salah.. Cukuplah dengan sandiwara yang dicipta selama nie. Dia tidak sanggup lagi terus menipu sahabat baiknya. Dia tidak pasti apa yang akan dilakukan tetapi dia akan berterus terang tentang segalanya suatu hari nanti. Walaupun dia tahu kesan yang bakal dia peroleh dari perbuatan itu. Tie yakin saat genting itu akan tiba juga suatu hari nanti.

xxxxxxxxxxxxxxx

“Ada lagi ker barang yang ang nak beli nie Yooh?” Hampir nak patah tulang temulang Suhana mengangkut barang-barang Yooh dari satu tingkat ke satu tingkat shopping complex yang mengandungi 4 tingkat itu. Penat otaknya juga memikirkan kedai mana lagi akan disinggah Yooh. Hobi Yooh yang suka bershopping itu betul-betul menyusahkan suhana. Dari dulu sampai lah sekarang hobi Yooh itu tak pernah berubah mengikut zaman.

“ Dah, dah cukup rasanya hehe…”
“ Ang nie kan Yooh saja nak kenakan aku tau. Kalau aku tau ang nak mai shopping takdenya aku nak ikut ang, nyampah tul aku”

“ Alah sayang, jangan la nyampah-nyampah aku cam tu. Kalau bukan ang yang tolong aku angkat barang-barang nie sapa lagi?, Tak mampu aku nak angkat sorang-sorang. Hero aku tu pon satu, hari minggu cam nie pon buzy memanjang. Geram aku” Yooh mengomel geram dengan sikap boyfriendnya yang tidak dapat temannya shopping seperti biasa.

“ Eleh..ye lah tu. Hero ang tu bukan busy tapi malas layan karenah ang yang suka bershopping nie, past tu jadi lah mangsa cam aku nie”


“ Ang tu nak perli aku lah tu, dah lah jangan nak sakitkan hati aku lagi. Jom lah aku belanja makan, kesian kat kawan aku nie dah macam buruh paksa dah” Yooh ketawa kecil melihat muka Suhana yang masam macam cuka itu.

“ Eh…aku tak mau ang belanja makan jer tau. Aku nak benda lain jugak tau”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...