Monday, October 1, 2012

Kecundangnya Cinta Sahabat-Scene 7


When I recall our history, I’m so happy for that,
          Sometimes make me miss you so much
          I just want to rip you out of my dreams and hug you!
                                                                             -You Lover-

            “Sengal tul lelaki nie, tak ada kerja lain ka? Asyik suka menyusahkan aku. Benci aku.” Suhana mengomel-ngomel selepas membaca sepucuk surat misteri yang tidak jemu menggangu hidupnya. Dia sangat pelik dengan kemunculan surat misteri itu. Dia yakin, dia mengenali lelaki itu kerana dia dapat merasakan lelaki itu amat dekat dengannya. Lagipun agak mengejutkan kerana lelaki itu mengenali dia dengan baik sekali.

“Ang nie pasal Na, pelik aku.” Yooh bersuara bila melihat reaksi geram Na mengoyak surat yang dibacanya tadi.

 “ Ermm…takde pape lah, it’s just small matter, aku jer yg suka semakkan kepala.”

 “ Hah..tu la, lain kali bawa pegi cleaner kasi kemaskan sikit kepala tu, baru tak semak, nie tak, dah macam tongkang pecah aku tengok”. Suhana ketawa mendengar gurauan Yooh yang merapu entah apa-apa.

“ Ish..mana ang tau kepala aku dah macam tongkang pecah?”.

“ Tengok muka ang pon aku dah tau, dahi berkerut macam menek kebayan, bibir muncung macam itik, lubang hidung kembang macam gua kelam, apa lagi?”

 ” Ish..sudah lah tu, makin dibiarkan makin menjadi-jadi merapu ang tu. Semakin semak aku dengar.”
           
“Tie mana Yooh? Sunyi jer.” Suhana memandang seluruh penjuru rumah tetapi tidak kelihatan sebarang tubuh manusia. Sejak petang Suhana tidak nampak batang tubuh Tie. Sejak Tie bergaduh dengan seseorang ditalian, mereka sudah jarang berbual-bual. Tie seperti menanggung beban yang amat berat keseorangan. Dia ingin bertanya tetapi kebisuan Tie membantutkan keinginannya untuk membantu. Mungkin Tie masih belum bersedia untuk berkongsi masalahnya. Keadaan Tie yang seperti orang sasau amat membimbangkan mereka.

“Entah. Hah tu sorang lagi budak semak kepala, entah apa masalah yang dipikirkan sampai tak lekat kat umah. Buzy memanjang, balik pon untuk mandi dan tidur. Apa dia ingat ni hotel ka suka hati ja nak balik ka tak. Dia tak tau ka orang dalam rumah ni risaukan dia, ish... aku tak paham tul.” Suhana menarik nafas panjang mendengar bebelan Yooh. Dia arif sangat dengan tabiat Yooh yang suka berleter, dan dia sentiasa memegang anugerah pendengar setia.

“Eh..Na, ang tau tak Tie tu ada masalah? Dia ada citer apa-apa tak kat ang? Aku dah cuba nak tolong dia, tapi ang tau lah kan Tie tu bukan nak kongsi ngan aku. Ang cuba la tanya dia, risau gak aku tengok dia dah macam orang tak betul dah.”

“Astaga..ish, ang ni Yooh tak sayang mulut tul. Dah, aku dah cuba tanya tapi dia macam tak mau kongsi ngan aku, pandangan dia kat aku pon lain macam jer.”

 “Betul Na, aku tak tipu. Tie dah lain Na, kita nie dah jadi macam musuh dia. Cuba ang bayangkan, aku terserempak ngan dia kat dapur, dia boleh blah macam tu ja, cepat-cepat masuk bilik, dah tu, aku pon tak ditegurnya. Ang tak rasa pelik ka?”

“Entah lah Yooh, aku pon rasa lain tapi entah lah, no comment.”
“Aku rasa kan Na, Tie ada buat sesuatu salah kat kita.”
“Ish..lagi-lagi ngarut, tah habis-habis.”

“Lo..ngarut apa pulak, klu tak napa dia macam nak lari dari terserempak ngan kita lak. Lagi pon sekarang dia buzy cari rumah sewa. Macam nak pindah dari sini jer.”

“Yeker?” Suhana agak terkejut dengan maklumat yang tidak disangkanya itu. Betul ke Tie nak pindah? Tapi kenapa? Suhana tertanya-tanya.

xxxxxxxxx

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh


Lagu Bila Terasa Rindu nyanyian Dafi yang asyik berkumandang di stesen radio Hot fm acap kali cukup membuatkan jiwa raga Tie terharu. Lagu itu seolah-olah menceritakan kisah rindunya pada seseorang yang sentiasa dicintai dan diingatinya sehayat ini. Bila agaknya dia dapat berjumpa dengan lelaki si jantung hatinya yang telah membuatkan mandinya tidak basah. Sampai bila lagi dia harus bertahan dan menangggung beban rindu ini keseorangan. Sampai bila lagi dia perlu manjadi seorang yang sasau dan hidupnya terasa seperti dikawal oleh seseorang yang lain. Sampai bila lagi dia harus menjauhkan diri dari hidup realitinya? Sampai bila lagi dia harus bersabar dengan hidup khayalan yang entah bila akan berakhir. Sampai bila dia mahu merahsiakan segalanya dari teman baiknya dan terus bersabar dengan karenah lelaki playboy itu? sampai bila,sampai bila dan sampai bila?? Persoalanya, apakah dirinya diciptakan untuk lelaki playboy itu?

Kereta Myvi yang dipandunya membelok memasuki kawasan perumahan Indah. Kelihatan kereta Suhana masih ditempat parking. Suhana tidak pergi klinik kah?. Tie tertanya-tanya sendirian. Mahu tidak mahu dia terpaksa bertemu muka dengan teman yang sengaja dielakkan selama ini. Ketika dia membuka pintu masuk, kelihatan Suhana sedang rancak berbual dengan Yooh. Entah apa yang dibualkan mereka yang kelihatan amat serius. Perbualan mereka kelihatan terganggu dengan kemunculannya di muka pintu. Apa emotion yang perlu Tie tunjukkan dihadapan temannya dia pon tidak pasti. Marahkan?, happy kah?, sedihkah?, rindukah? Tapi yang pasti perasannya kini bercampur aduk. Entah apa yang dia rasakan sekarang. Keliru dan bingung mungkin.

“Eh Tie? Ang dari mana nie? Tak kerja ka hari nie?” Suhana bersuara memecahkan kesunyian yang tiba-tiba bertamu di bilik tamu selepas kemunculan Tie dimuka pintu. Seriusnya, Suhana tidak selesa dengan kesunyian itu. Kesunyian itu seolah-olah petanda buruk hubungan persahabatan mereka semakin renggang dan hanya menanti belah. Dia tidak sanggup melihat semua itu berlaku.

“ Tak!!” Tie beredar masuk ke biliknya selepas menjawab singkat soalan Suhana. Dia tidak mahu dihimpit pertanyaan yang boleh membuatkan fikirannya buntu untuk menjawab. Jujurnya, dia tidak sanggup lagi untuk terus berpura-pura dan terus dihimpit perasaan serba salah.. Cukuplah dengan sandiwara yang dicipta selama nie. Dia tidak sanggup lagi terus menipu sahabat baiknya. Dia tidak pasti apa yang akan dilakukan tetapi dia akan berterus terang tentang segalanya suatu hari nanti. Walaupun dia tahu kesan yang bakal dia peroleh dari perbuatan itu. Tie yakin saat genting itu akan tiba juga suatu hari nanti.

xxxxxxxxxxxxxxx

“Ada lagi ker barang yang ang nak beli nie Yooh?” Hampir nak patah tulang temulang Suhana mengangkut barang-barang Yooh dari satu tingkat ke satu tingkat shopping complex yang mengandungi 4 tingkat itu. Penat otaknya juga memikirkan kedai mana lagi akan disinggah Yooh. Hobi Yooh yang suka bershopping itu betul-betul menyusahkan suhana. Dari dulu sampai lah sekarang hobi Yooh itu tak pernah berubah mengikut zaman.

“ Dah, dah cukup rasanya hehe…”
“ Ang nie kan Yooh saja nak kenakan aku tau. Kalau aku tau ang nak mai shopping takdenya aku nak ikut ang, nyampah tul aku”

“ Alah sayang, jangan la nyampah-nyampah aku cam tu. Kalau bukan ang yang tolong aku angkat barang-barang nie sapa lagi?, Tak mampu aku nak angkat sorang-sorang. Hero aku tu pon satu, hari minggu cam nie pon buzy memanjang. Geram aku” Yooh mengomel geram dengan sikap boyfriendnya yang tidak dapat temannya shopping seperti biasa.

“ Eleh..ye lah tu. Hero ang tu bukan busy tapi malas layan karenah ang yang suka bershopping nie, past tu jadi lah mangsa cam aku nie”


“ Ang tu nak perli aku lah tu, dah lah jangan nak sakitkan hati aku lagi. Jom lah aku belanja makan, kesian kat kawan aku nie dah macam buruh paksa dah” Yooh ketawa kecil melihat muka Suhana yang masam macam cuka itu.

“ Eh…aku tak mau ang belanja makan jer tau. Aku nak benda lain jugak tau”


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...