Sudah 5 tahun berlalu, kenangan itu dah di simpan rapi dalam kotak fikirannya.
Selama 5 tahun Suhana dirantau orang, banyak mengajar dia makna kehidupan.
Kepahitan dan kemanisan hubungan sesama manusia menjadikan dia matang dan sudah
tentu pengalaman yang dilalui amat bermakna dalam hidupnya kini. Di rantau orang dia
belajar berjauhan dengan orang yang tersayang, dan dia belajar hidup berdiri di
atas kaki sendiri.
Kini,
dia bekerja di Kuala Lumpur, setelah lebih dari 5 tahun hanya jasad 3 sahabat
yang terpisah, kini jasad mereka telah ditemukan dan dieratkan semula di kota
metropolitan ini. Mereka telah ditemukan sebagai rakan serumah dan rakan
seperantau. Bahagianya diri terasa apabila bertemu semula dengan teman yang
selama ini amat dirindui dan diingatinya. Sekali lagi mereka dapat berkongsi
dan bercerita segala-galanya. Sesungguhnya tiada rahsia antara mereka dari dulu
lagi.
“Hoi! apa nie! Termenung depan rezeki plak nie.
“Tak dak lah, mana ada.” Terkejut Suhana dengan sergahan temannya baiknya itu.
Kelang kabut dia dibuatnya.
“ Yooh mana? Tak bangun lagi ka?”
Suhana memandang pintu bilik Yooh yang kelihatan sepi dari tadi, tiada
tanda-tanda pintu itu akan dikuak dari dalam.
“ Hah...tengok tak nak mengaku lagi tu. Cakap
kat aku ang tengah mengelamun apa tadi?”
Ehh..budak nie lain yang aku soal lain yang
dirapunya. “ Tie! Ang nie merepek apa?Aku tanya Yooh mana?”.
“ Astafillah..Na! Yooh mana ada.
Dia kan balik
kampung semalam.”
“ Ooo..ye ke?”. Alamak! Teruk tul
aku nie, kan
dah terkantoi..malunyer aku.
“ Iyyee…yeh bagi tau kat aku apa
yang ang mengelamun tadi. Aku tak kira ang kena bagi tau gak...cepat aku dengar
nie!”
“ Tak dak apa-apa lah, aku just ingat masa
kita sekolah dulu-dulu, bestkan masa dulu?”
Suhana memandang
Tie menunggu reaksi positif dari Tie, tetapi kelihatan Tie kusyuk mengimbas
kenangan lama sambil menikmati sarapannya yang hanya berintikan roti kosong
itu.
“Ohh! My sweet friends! I’m sorry okey? Tak
boleh lah. Aku malas lah. Aku ada hal. Lagipun korang semua pegi ada pasangan
masing-masing. Aku tak mau lah jadi kera sumbang kat sana nanti. Boring tau.
“ Loh…bila masa lak kami suruh ang jadi kera
sumbang kat situ? Lagipun Mat Romeo pun pegi gak. Kami ajak ang pegi sebab kami
nak g mandi air terjun. Kami tau ang suka mandi air terjun kan? Ang ada baru
lah best walaupun lagi best kalau ang… tak dak..hehe gurau ja. Kan kan?”
Ish..budak nie mulut tak control langsung, kecik
hati aku dibuatnya.“ Kalau ang suruh pun, aku tak ingin nak jadi kera sumbang
kat situ lah. Hampa nak pegi..pegi ja lah. Jangan kalut sangat dengan aku k.
Sekurang-kurangnya aku boleh jadi kaunter pertanyaan kat sini. Mana lah tau mak
ayah hampa cari aku boleh lah aku bagitau apa yang patut hehe…”
Pandai gak dia
memberi alasan. Alasan yang spontan keluar dari bibir merahnya. Hakikatnya,
diri ini amat mencemburui insan yang bernama sahabat. Dia tidak sanggup melihat
sandiwara yang seterusnya akan menyakitkan hati yang sememangnya sudah lama
dilukai. Dia tidak cukup kuat untuk menghadapi dugaan hidup diketepikan.
“
Tie!! Ang dengar tak apa yang aku cakap nie.” Geram tul dia dengan sikap Tie yang seperti
tak berperasaan itu.
“ Aku dengar la..aku tak pekak lagi tau. Aku
tengah pikir, banyak kenangan kita dulu kan? Kita dulu degil betul, banyak
benda yang kita buat, dari perangai yang baik-baik sampai perangai macam
monyet, cinta monyet pun banyak, tapi bukan aku, korang lah tu. Ada yang sampai
nangis-nangis. Hahaha… Bila pikir-pikir balik lawak jugak kan? Haii..apa khabar
lah skrang jejaka-jejaka tak hensem Tanjung tu. Anuar, Faizal, Ijam, and
Mat Romeo buat apa sekarang eh?”
Ketawa Tie hilang
apabila melihat perubahan di wajah Suhana. Tie tak pasti kenapa dengan Wajah
itu tetapi dia dapat agak apabila ‘nama itu’ terlafas dari mulutnya yang
celupar ini. Tie menampar mulutnya yang terlepas cakap beberapa kali. Inilah
akibatnya kalau mulut sendiri tak tahu dijaga.
“
Emm..Na aku pegi dulu nah. Aku dah lambat nie. Daa….”
“Okey! Take care. Jangan buat jalan
tu macam bapak ang yang punya tau” Gurauan Suhana disambut oleh ketawa kecil
dari Tie. Suhana amat faham benar dengan sikap Tie yang suka berlumba-lumba sendiri
di atas jalan raya. Kadang-kadang sikapnya itu mengalahkan lelaki. Tie
melepaskan senyuman lega apabila Suhana bergurau dengannya. Sekurang-kurangnya
dia tahu Suhana tidak ambik hati apa yang dicakapkannya tadi.
Kelihatan
Suhana masih dimeja sarapan setelah 5 minit yang lalu Tie telah bergegas ke
pejabat. Dia pun tidak pasti apa yang dimenungkannya yang pastinya jiwanya
kosong. Agaknya dia dah terlambat ke tempat kerja. Suhana bergegas bangun dan
mencapai begnya lalu keluar menuju ke kereta.
Disaat dia ingin membuka pintu
kereta, hanset nokia kesayangannya berbunyi minta diangkat.Kelangkabut dia
dibuatnya. Ini lah akibatnya kalau pagi-pagi dah melamun. Siapa lah pagi-pagi
lagi dah memanggilnya. Suhana mengerutkan dahi tatkala melihat pemanggil yang
tidak dikenalinya. “ Helo……helo. Nak bercakap dengan siapa? Helo…”. Suhana
mmeletakkan hansetnya kasar. Geram dia di buat pemanggil yang tidak dikenalinya
itu. “Dah lah pagi-pagi lagi dah mengganggu orang. Past tu orang angkat tak nak
dijawabnya plak..baik tak yah kol, buat habis kredit ja.”. Geram dengan sikap
pemanggil yang tidak bertanggugjawab itu. Baik dia bergegas ke klinik. Dia tak
nak sampai ke kliniknya terlalu lewat.
“Selamat
pagi Doctor!!” “ Selamat pagi Murni!” Suhana memberikan senyuman paling manis
kepada pekerjanya yang sudah hampir 3 tahun bekerja dengannya iaitu sejak
klinik ini baru dibuka. Suhana agak terperanjat melihat sekuntum mawar putih
diatas mejanya. Sudah terlalu lama dia tidak menerima mawar putih dan agak
memelikkan bunga itu untuk dirinya. “ Murni..masuk kejab” Suhana memanggil
Murni melalui intercom. “ Ya..Doktor. boleh saya Bantu?” Tersembur wajah bulat
pekerjanya dimuka pintu. “ Siapa yang hantar bunga nie?” Maaf doctor, saya tak
tahu..saya yang terima bunga tu tadi dari sunflower.” “ Okey..tak pa lah.
Thanks a lot. Dengan perasaan bingung dan sebal Suhana meletakkan mawar putih
itu disisi mejanya. Malas dia nak memikirkan dari siapa bunga itu.
Suhana melaksanakan kewajipannya seperti biasa.
Related Scene:
No comments:
Post a Comment