Friday, September 7, 2012

Kekasihku dirampas kawan baikku sendiri


Aku memandang skrin computer lama, sangat lama dan khusyuk sekali. Seperti ada sesuatu yang begitu menarik perhatian pada skrin computer itu. Fikiranku kosong dan rasa sangat sunyi sebenarnya.

“ Woi, pahal ang ni?” Fendi mengejutkan aku kehairanan sambil menjenguk skrin computer yang menyala terang. Barangkali mencari jawapan sendiri akan keadaan aku yang sedikit aneh.

“ Hantu toi ang ni, buat terkejut owang ja!” Aku melatah geram.

“ Eh, Marah lak, ang tengok apa kat computer tu sampai budak hensem masuk stor pun leh tak pasan?”

“ Tengok bulan!” Aku senyum sumbing
“ Bulan? Owh…bulan merah ek?” Fendi senyum-senyum gatal. Otaknya di serang virus kepala kuning mungkin.

“ Ang sure ke bulan tu color merah?” soalan cepumas aku kasi dia.

“ Dah tu, bulan ang color biru ke?” Fendi gelak lucu sorang-sorang

“ Lantak ang lah, tepi sikit! Pahal pulak jadi pak guard tak berbayar kat sini?”

“ Eleh, eksyen lak ang. Nih, tak reti-reti nak balik g ka? Lewat dah ni. Kang ada pulak yang mengadu jumpa Pontianak dan jembalang kat seri mutiara tu.”

“ Ish, mulut tak makan saman la ang ni. Ang ingat aku ni balik naik kapal selam ke? Tak Nampak hujan kat luar tadi?

“ Dah behenti lah amoi!”

“ Eh, yeker? Klu cam tu aku balik lu ah!”

“ Eh,kejab wei. Jangan balik dulu” Fendi berlari masuk ke toilet.

Aku pun sambil tunggu Fendi, kemas lah pe yang patut atas meja computer tu. Kasi sedap mata memandang. Kurang 3 minit kemudian dia keluar dengan senyuman lega.

“Kat kaunter ada Donat. Budak yang gila kat ang tu kasi. Aku dah amik dua. Sedap oooo!”

“ Donat? Tak guna! Klu donat tu dia kasi aku pasal lak ang leh amik? Dua pulak tu”

“ Alah, aku tolong ang test dulu selamat dimakan or tak. Aku nak tolong kawan ja!”

“ Banyak cekadak ang. Bak sini balik!”

“ Eh, nak balik ke?”

“ hah lah!”

“ Siku buruk taw kasi amik balik?”

“ Aku klu siku,buruk muka ang!”

“ Wow,ayat makan dalam. Okey, amik lah. G amik kat dalam mangkuk jamban kat backroom. Aku bawu ja letak situ tadi”


“ Cisss.. Tak dak sivic punya olang!”

Fendi gelak guling-guling seperti manusia disampuk jembalang. Gembira dengan kejayaan menghancurkan hati aku, sementara aku berambus dari stor dengan perasaan hati yang hancur lebur seperti emas yang dileburkan. 
‘Donatku dirampas kawan baikku sendiri’.

4 comments:

  1. edy ade pgalaman...form four time tu.until now edy takleh tengok muka mamat tu..ase nak pijak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. perit kan edy.. tapi bertepuk sebelah xkan bunyi...ni kes main tepuk ramai2 la ni.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...