Tuesday, May 27, 2014

Jom Pilih Product Buatan Melayu

Rata-rata sekarang bercakap pasal product non halal dan tak selamat
ada " bi a bi i"  ada besi dalam biskut oat lah ..pe jadah tu?? Mentang-mentanglah product yang kaya dengan zat besi kan? terus ko hentam taruk besi satu bar..perli ke hina tu??


Kesan pada rakyat yang rata-ratanya pengguna, rasa macam nak nanges baca article yang updated dari semasa ke semasa.oh tuhan, dah terlalu lama kita makan benda alah tu rupanya..sedih tak hingat!!!!!


Yang cakap coklat tu boleh makan sebab hanya lemak aje bukan daging pun !! Meh sini, aku nak luku sikit kepala tu!! nak kata over bijak ke over bangang?? nasib ko bukan adik aku, klu adik aku tu aku CAMPAK kat laut hindi, pergilah ko hilang ke dunia ni...rasa malang nasib dapat adik gitu..nak kata tak ada didikan agama hidup dekat Malaysia.

Kalo dah namanya pun haram..urat,limpa,jantung,hati dia pun haramlah.. even taik hidung dia pun haram [kalo ada!] inikan pulak lemak! haisshhh..aku cakap bangang kang marah!!

sakit pulak hati kita ni!!! T____T

Lepas tu pandai pulak ko cakap, time darurat boleh makan!! Masalahnya dik, kita ni category darurat ke??
Banyak lagi apa pokok-pokok tumbuh menghijau, lembu elok aje meragut rumput kat tengah panas nun siap bereben lagi..macho tak macho!!


Ayam elok ajer cari cacing sampai ke lobang cacing, sihat walfiat lagi...Kalo si ayam tu leh cakap mahunya dia jemput ko makan tengahari dengan dia sebab dia tak gamak nengok ko makan binatang haram tu. yelah, dia hidup lagi , tak pupus lagi, ko dah istihar darurat... dah nak makan binatang haram.!!!!!


Tak pun ko join ajelah panda gergasi tu makan rebung...sedap pun sedap.. xkenyang !!! awat tak kenyang pulak. panda gergasi boleh hidup aje...Beribu riban habiskan untuk kenyangkan panda ko leh cakap tak kenyang? awat ?? makan binatang haram tu ko leh kenyang 10 tahun ke?

Kalo kita baca istilah darurat pun dah boleh fikir tahap macam mana sampai binatang tu baru halal dimakan..


Sedih sungguh dengan apa yang tengah hot sekarang. haiyaa!!!
Serba serbi nak kena buat sendiri nampaknya.
tanam sayur sendiri, ternak binatang sendiri. esok-esok before nak pergi keje kena bangun tngkap ayam dulu. kalo lewat masuk kerja pesan dekat boss jangan marah pulak!! tengah nangkap ayam bos!!
bendul tak bendul...hidup kena teliti dan cerewet kalo tak benak macam pengomen kat atas tu..

Huargggghhhhh!!!!!

Sedih!!! T_____T

[Sukati maktiri ko cheery ngata owang benak!!]

P/S: Entry emo xkena gaya


Monday, May 26, 2014

Mee Goreng Wawa Aeril

Bavumm..bavummm tak tajuk entry iolls?? Bahahaha
Macam masak untuk santapan artis aje kan padahal masak untuk santapan sendiri aje!!!
Kihkih ^______^

Napa mee goreng I dititipkan nama combination wawa dan aeril? Nanti aku cerita kemudian. Jom nengok bahan-bahan nak masak dulu k

Bahan-bahan:-

100gm mee kuning
5-6 biji fish kek yang dipotong nipis
sayur dan lobak merah *dihiris
1sm halia *dihiris
Secubit jintan manis
Bawang merah*dihiris
Bawang putih*dihiris
1 camca besar sos spageti tradisional Kimball
1 sudu besar kicap jalen
1 sudu besar sos tiram
2  sudu kecil serbuk cili
Serbuk lada hitam
Serbuk lada puteh
Garam

Cara-cara membuat:-

1)      Tumiskan bawang merah, bawang putih,jintan manis,dan halia
2)      Tumisan dah naik bau, masukkan sos, kicap dan serbuk cili. Biarkan sampai masak dan mendidih.
3)      Apabila telah mendidih masukkan fish kek  dan mee dan biarkan ia masak. Jangan lupa masukkan garam dan perasa.
4)      Sebelum diangkat masukkan sayur dan biarkan ia sebentar
5)      Siap!! Sedia dimakan bersama yang tersayang..hahahaha



Kenapa mee ini dinamakan sempena nama wawa dan aeril?? Sebabnya…kisah semalam semasa barang ini dibeli aku terserempak dengan wawa dan aeril ..masa aku tengah pilih fish kek dia pun kat situ tengah pilih barang.. Dekat pasaraya Gaint Srimanja. ko ada??? Wawa dan aeril ni kecik aje owangnya macam budak budak pun ada.hahaha.Tak caya???? Kejab aku ada bukti!!

Tadaaaaaa!!!! 


Alamak!!! ..tak sempat nak snap dia dah pusing badan..hehehe

Kualiti kurang sebab aku bukan mamarazii..harap maklum!!!daaaa!!!!!!!!!
^_____^

Kod warna pada ubat gigi


Pada pendapat aku, mesti ramai yang tak tahu kan pasal kod warna yang ada dekat ubat gigi??
mesti tak tahu punya, sebab aku tahu sangat rakyat Malaysia ni manja sangat dan berada ditahap selesa [termasuk aku -___-]

Eh? apa kena mengena manja ,tahap selesa dan ubat gigi??
Tak faham lagi?? aku nak explain pun nanti panjang pulak entry ni..
bukan ada yang baca pun kan?

okeylah, simple to say, Rakyat Malalysia tak kisah lah beragama apa sekali pun, bila dah nengok cop Halal kat sesuatu produk tu, mereka dah fikir product itu selamat dan naturally green [meaning from flora resource]
[termasuk aku T___T]

Saya tak kata product tu tak halal, [saya pulak dah?] ^___^
cuma, bahan-bahan yang digunakan ataupun kandungan sesuatu product tu kita kena amik tahu jugak 
Dengan itu, Aku nak menyeru pada kalian yang membaca entry ini supaya menengok label dulu walaupun aku sendiri pun nengok ikut mood ...bahahahah...kadang-kadang xnengok pun..bahahaha *muntah*

Alah,kita sharing is caring lah k..

Jadi explanation pasal kod warna adalah:

MERAH
Bahan semulajadi + Bahan Kimia

BIRU
Bahan semulajadi + Bahan ubat-ubatan

HIJAU
Bahan Semulajadi sahaja

HITAM
Bahan Kimia Keseluruhan

So, macam mana? Dah check product ubat gigi korang??

kesimpulannya: Gunalah tanpa was-was pada product bahan semulajadi dan.. 
gunalah dengan was-was pada product bahan kimia

^_____^ kihkihkih

Selamat sejahtera semua!!!! :-) 


Updated: 26/05/2014



detail sini ~ click

Saturday, May 24, 2014

Ilustrasi Unik menggunakan Bunga & Buah


Hari ni sakit kepala sangat, rasa macam nak termuntah..
syukur dah membuang toksik tadi..
rasanya kandungan toksik terlalu tinggi dalam badan..
amboi pandai plak aku, dah berotak doktor pulak!!
sakit kepala jer, toksik tinggi kan..?

Memandang kan sakit kepala yang merimaskan dan menentionkan...eh?hihi
Hari ni, i nak cuci mata untuk menenangkan kepala yang sakit
sakit kepala tapi eyes wash napa pulak kan??
xpe,mata kan duduk kat kepala skali la tu, brain wash skali..
^______^






















Cantik kan? Ilustrasi unik ini dikatakan dihasilkan oleh artis visual dari Malaysia, Lim Zhi Wei.
Sumber: amazingnara and lovelimzy




Friday, May 23, 2014

Hujan Meteor Di Malaysia pada 23,24 Mei 2014



Sumber: amazingnara

Thursday, May 22, 2014

Asal Usul Mat Salleh

Hari ni second last day aku puasa
badan rasa lemah semacam, malas,segan,tak larat semua cukup.
Tengok jam..bawu pukul 4?? owh god, napalah lambat sangat masa berlalu'. 
Bertabah lah wahai body babam!! T__T
dalam kepala dah fikir macam-macam menu nak berbuka nanti.
Tengok kat luar..tengah hujan...Urmmm..petang-petang macam ni lah ko nak lemah gemalai bagai..

Rasanya, hari ni aku cakap banyak sangat sebab tu tiba-tiba nak demam rasa.
.*apakah?* T_____T
Boleh?? Eh, 1st time ke Ko dengar owang demam sebab banyak bercakap???
Ko tak kan faham, owang yang puasa pada bukan bulan ramadhan aje faham..
dugaan dia lagi berat ..yelah, bukan aje kena lawan denga hasutan nafsu , tapi kena lawan dengan hasutan setan dan manusia sekali gus..tak rebah ko?? Urmm rasa macam nak tumbang ke belakang dah..

ini bukan aku

Tengah tak larat lemah gemalai tiba-tiba ofismate tanya apa asal usul 'Mat Salleh' ek??
hurmm...ko dah kenapa ofismate?? dah jatuh hati dengan mat salleh ke??
tapi soalan itu aku ajukan dalam hati aje ..sebab ??
tadikan dah bagitau, aku xlarat nak bercakap!!!!
huhu..loqat sungguh...

Jom share info ni yang aku search untuk menjawab soalan ofismate aku tu
[Dalam tak larat tu, sifat ingin tahu masih membuak-buak noh!]

Ini Hasilnya......





Hah, macam mana? dah baca?? apa pendapat ko???
Aku rasa, teori yang boleh diguna pakai citer pasal mat sailor tu la kot..
urmm...renung-renungkan dan selamat beramal!!*tiba-tiba*
hahahaha ^______^

P/s: yeahh!! Puasa ganti ada satu hari lagi..caiyokk!!!caiyokk!!!

Tuesday, May 20, 2014

Hawa Azizi vs Najwa Latif

Najwa Latif vs Hawa Aziz

Sama tak?? 
ko dah kenapa? nak jadi artis? 
Ofismate aku cakap gambar najwa latif tu seiras aku..dia cakap lagi mati-mati dia ingat aku la artis yang bergambar dengan Kax tu..apatah??

sejak bila pulak aku ada BFF KAX bagai ni...aku ada demok n tok ku jer, okey!
bebear yang gantung dekat kunci tu la demok..gambar atas sebelah kanan tu..
perghhh..gigih amik pix dengan kunci kete , nak caras dakwaan ofismate tu la pasal

Tak apa, statement dia tu sebenarnya lebih kepada cari pasal..
tak leh terima la tu aku lagi cantik dari najwa latif dan sari yanti..kan? *kentut*
kahkahkahkah..
 -..-




Hah,ni bawu sama..!! 
nak cakap aku comey macam meow meow la tu!!kihkih


Whatever lah!!!! Ngantukk!!!!.. -___-
aku puasa ganti hari ni.tak bersemangat pulak nak keje
dan kena behave jugak..puasa ok!!

Monday, May 19, 2014

Cara mengubati kaki yang tertusuk duri


urmm.... perkara diatas pencarian tertinggi minggu ni
tapi aku rasa tak ade pulak buat entry pasal teknik teknik cabut duri dalam daging ni
entry tewaskan musuh dalam selimut apakan lagi..lagi tak ada..

tak apa, aku sari yanti yang memegang status paling manja abad ini tak mahu deh mengecewakan peminat semua...bahahaha..*kentut* [amboi koo??]


Langkah pertama yang biasa kita buat adalah mendapatkan bantuan jarum peniti atau kuku atau gunting kuku atau pengepit janggut bapak korang tu..lupa plak nama dia..hahha
Tapi, disini aku nak suggest pakai gunting kuku...sebabnya dia lebih praktikal untuk memegang dan menarik keluar benda kecil macam duri dalam daging tadi tu. 

Jarum peniti? janganlah!! berlobang kaki ko nanti!! 
aku taw, korang mesti biasa pakai jarum peniti kan..cucuk dah cucuk lagi ! kesian daging korang, teraniaya!!
urhh..urhh..urhhh korang ni!! *geleng kepala*

Bawang

Langkah seterusnya, menggunakan bawang merah atau bawang putih
pilih ajer, color bawang mana yang korang suka...hihi
apa yang korang kena buat, sebutir bawang dibelah dua dan ditusuk pada garpu.
Dah tusuk tu pergi panggang dekat api..api lighter aje tak yah api besor besor macam nak bakar rumah tu..
Bila bawang tu dah tukar color, tampal lah dekat bahagian yang luka tu.
pelan-pelan la, kalo panas tak payah lah nak gagah tenyeh..kang melecur tak tahu..hah.?

Agak-agak macam dah kurang panas tu, tekan dan tahan sampai rasa macam getah bawang meresap sampai ke kulit. Okey, sebenarnya tujuan kita tekap dengan bawang adalah untuk mengeluarkan sisi-sisa atau butir-butir duri ataw serbuk kayu yang dah dikeluarkan tadi. Biasanya sisa duri tadi kalo dibiarkan akan membuatkan rasa nyilu pada tempat luka. so kita kena buang dia sebelum kaki kita bernanah dan bengkak.

Dengan langkah ni biasanya, rasa nyilu tu akan hilang, dan 2 atau 3 hari macam tu tempat luka akan mula mengering. Sisa-sisa duri tu akan keluar dengan sendirinya. 

Tips ni untuk luka tertusuk duri kecil aje okey, klu tertusuk duri besor gedabak kena cuba cara lain lah.
tapi kalu besor gedabak orang dah tak panggil duri, owang panggil bonggol...hah, lepas tu jadi lah macam hantu kuntilanak..[entah betoi ke eja camtu?]

Selamat mencuba!!! ^_____^


Sunday, May 18, 2014

Selamat Hari Guru 16/05/2014


Macaroni Ikan Bilis

Urmmm…..kalo cakap pasal pasta, mesti kita terfikir ia adalah makanan Itali. Tapi sekarang ni pasta dah senonim dah dengan pilihan masakan di Malaysia. Bila dah namanya masakan di Malaysia dah semestinya resepinya tu dah tersuntik dengan cita rasa dan cara melayu , kan? Samalah jugak dengan masakan aku yang semestinya berdarah melayu … dah melayu, bujang pulak tu. So, rasanya dah dapat teka kot apa nama masakan aku kali ni? Kan,kan? Tak dapat nak teka pun tak pe sebab aku tak suruh pun korang teka. Hahaha…

Masakan kali ni simple aje dan disuntik dengan bahan- bahan yang mudah didapati dan dipetik di Malaysia..kihkihkih..yang penting mudah disuntik yeh kowang!..

Macaroni Ikan Bilis

Bahan-bahan:-

300g macaroni
2 ulas bawang merah (Dikisar)
2 Ulas bawang putih (Dikisar)
100g ikan Bilis (Digoreng)
1 biji telur (Digoreng hancur)
2 sudu pes cili
Sedikit garam
Sos spageti cendawan
Minyak secukupnya.
Beberapa batang sayur jika mau




Cara-cara Membuat:-

1)      Masukkan garam dan minyak ke dalam air panas. Kemudian masukkan macaroni. Biarkan hingga macaroni lembut. Alih dan tos.


2)      Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Tambahkan pes cili, dan sos spageti cendawan, kacau sebati.






3)      Masukkan sayuran pilihan kowang. Sebatikan semua bahan dan sedia dimakan.
4)      Siap…


Rasanya memang sangat best, rasa masin,manis,masam semua cukup..memang terbaik sebab aku suka..haha..cara membuat dan ia disuntik dan digaulkan adalah terpulang pada individu yang menyuntiknya. okey, selamat menyuntik!!..eh..eh? 
^______^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...