Sunday, May 18, 2014

Macaroni Ikan Bilis

Urmmm…..kalo cakap pasal pasta, mesti kita terfikir ia adalah makanan Itali. Tapi sekarang ni pasta dah senonim dah dengan pilihan masakan di Malaysia. Bila dah namanya masakan di Malaysia dah semestinya resepinya tu dah tersuntik dengan cita rasa dan cara melayu , kan? Samalah jugak dengan masakan aku yang semestinya berdarah melayu … dah melayu, bujang pulak tu. So, rasanya dah dapat teka kot apa nama masakan aku kali ni? Kan,kan? Tak dapat nak teka pun tak pe sebab aku tak suruh pun korang teka. Hahaha…

Masakan kali ni simple aje dan disuntik dengan bahan- bahan yang mudah didapati dan dipetik di Malaysia..kihkihkih..yang penting mudah disuntik yeh kowang!..

Macaroni Ikan Bilis

Bahan-bahan:-

300g macaroni
2 ulas bawang merah (Dikisar)
2 Ulas bawang putih (Dikisar)
100g ikan Bilis (Digoreng)
1 biji telur (Digoreng hancur)
2 sudu pes cili
Sedikit garam
Sos spageti cendawan
Minyak secukupnya.
Beberapa batang sayur jika mau




Cara-cara Membuat:-

1)      Masukkan garam dan minyak ke dalam air panas. Kemudian masukkan macaroni. Biarkan hingga macaroni lembut. Alih dan tos.


2)      Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Tambahkan pes cili, dan sos spageti cendawan, kacau sebati.






3)      Masukkan sayuran pilihan kowang. Sebatikan semua bahan dan sedia dimakan.
4)      Siap…


Rasanya memang sangat best, rasa masin,manis,masam semua cukup..memang terbaik sebab aku suka..haha..cara membuat dan ia disuntik dan digaulkan adalah terpulang pada individu yang menyuntiknya. okey, selamat menyuntik!!..eh..eh? 
^______^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...