Nuffnang ads

Monday, January 25, 2016

Eskinol untuk kulit bebas jerawat

"Nak update!Nak update!Nak update!"
Itulah ayat yg kuar dari akai aku tiap hari. Tapi tiap Kali open entry jejari kaku tak tergerak..owang puteh kata no movement. Sebab tu jugak lah kuar entry kosong..kosong..kosong tu. Tak dak modai kahkahkah

 "Setiap hari asyik kaku ja ang p delete lah blog tu cheery", desus hati hitamku.

Bangsa style dengki noh memang lagiu tu...tak leh tengok orang lain lebih bersih dan berseri-seri.

Dah, mukadimah dah kena sangat tu. Boleh lah hah, sembang sat pasai Eskinol noh?

Erk,kena ke?

Okey, aku masih menjual Eskinol nih cuma slow motion sebab aku ni pemalas tahap ulat gonggok. Dah lah malas busuk plak tu.
Wakakakaka..berani ko busukkan aku cheery?

Setiap manusia dekat bumi Allah ni semua dilahirkan Ada rupa. Yelah, memang lah,dah tu apa pulak takde rupakan? Kahkahkah
 (Dah nampak dah saiko Si cheery ni)
Maksudnya perfect, cukup Sihat ,cantik rupannya dan istimewa buatanNya.
Alhamdulillah...

Tapi setiap dari manusia tu tak semua mempunyai jenis kulit yang sama. Ada kulit tebal,nipis,Hitam,Putih,tulus,mulus,sensitive dan sebagainya. So, tahap keserasian dan kebersanan setiap orang adalah berbeza.

Jadi pokoknya Kat sini, selagi korang tak Cuba sesuatu product tu selagi itulah korang tak tahu tahap keserasian dan kebersanan product tersebut pada korang.

Ramai yang customer aku Tanya berkesan ke product ni? Boleh hilang ke jerawat I ni? Boleh cantik ke dengan product ni? Product ni mengelupas tak? I takut lah product mengelupas ni leh rosak kan kulit.

Aduyai..susah aku nak jawab sebab aku faham kerisauan korang macam mana. Aku sendiri pun pernah masalah kulit. Berjerawat dan berkudis, Sampai tahap malu nak keluar rumah lah. Pegi keje balik keje jer. Jalan-jalan mall? Memang tak lah, even ugut letak parang Kat tengkuk pun aku tak mau nak pegi. Rela terperuk Kat rumah sambil gigit kuaci.

Aku dulu bukan jenis orang yang try-try product ni. Lagipun waktu umur remaja kulit muka aku takde masalah. Mulus jer , pegi sekolah pakai bedak baby Johnson ja. Kawan2 aku memang jeles lah. Bila nampak aku jer berebut nak pegang muka aku. Licin dan bersih depa cakap,suka pegang. Sebab tu aku dah cakap dulu aku ni retis. Hahaha

Tapi bila aku dah berkerjaya dan stay KL muka aku berjerawat nanah. Sampai kan takde ruang bersih langsung Kat muka. Memang sangat stress okey.

Macam-macam product femes yang aku Cuba. Harga takyah cakap lah seratus above lah. Tapi satu pun tak serasi dengan kulit aku. Sampailah sorang kenalan dari sarawak rekemenkan Eskinol Kat aku. Takut jugak nak try sbb tak pernah dengar pasal product ni pun. Selepas buat beberapa research, aku rasa yakin nak try.


Teruk kan muka I?

Dan dalam 2 week jerawat nanah aku tu stop membiak. Tinggal parut-parut hitam jer. Jerawat yang bernanah tu dah takde. Masa tu bersyukur sangat. At least tengok muka Kat cermin tak stress sangat.

Lepas tu aku continue pakai Eskinol pimple fighting sampai parut pudar. 3 months lepas tu muka aku bersih kembali.


Finally inilah ct cheery yang menjadi kegilaan ramai dulu..ewah!!tuihh!

Hahaha...dulu lah kan, sekarang dah gedempol,pipi bak pauh berlayang-layang. Takde sapa pulak yang sudi nak buat bini. Tapi tak kisah lah yang penting confident tu dah kembali. Hidup tak Ada confident adalah sangat pathetic. Orang lelaki memang pentingkan bentuk badan *tiba-tiba* hehe

Gambar atas Kiri tu Ada sebiji jerawat jadi dalam isi. Tu dah kecut tu tinggal parut jer.


Inilah product yang berjaya mengembalikan zaman kegemilangan I uoll kihkihkih

Macam yang aku cakap atas tadi setiap orang mempunyai jenis kulit yang tak sama. Maybe orang A pakai 2 week muka dah bersih, orang B pakai 1 month parut dah hilang, orang C pakai 3 hari jerawat dah kecut, orang D pakai kulit muka mengelupas, orang E pakai tangan ja mengelupas, orang F pulak pakai eh, tak mengelupas pon.

Macam aku sndiri, pakai Eskinol ni kulit tak mengelupas. Tapi customer aku dua tiga orang update cakap kulit diowg mengelupas halus. Jangan gelabah berok wokey, itu normal. Maksudnya product tu tengah bertindak balas ke atas kulit muka. So sabar. Ada jugak yang inform kulit muka gatal. Ini berlaku maybe sebab korang mempunyai jenis kulit muka yang sensitive. Pun jangan wisau ..bertenang untuk 2/3 hari,tengok macam mana.

Tapi mana-mana product pun, if sampai muncul ruam dan merah2 dinasihatkan untuk berhenti dan check dengan doctor. Maybe kulit korang yang sangat sensitive bukan salah product tu sangat pun. Yerlah orang lain pakai okey korang pakai tak okey. Tak lain tak bukan sebab nya product tu tak serasi dengan korang.

Lagi pulak aku tak nampak point korang nak takut dengan product Eskinol ni. Eskinol yang aku jual ni toner only. Toner ni bagus untuk bersihkan kulit dari habuk,sel kulit mati dan control minyak. Mana-mana product toner ni function dia sama jer actually iaitu untuk bersihkan kulit muka. Selalunya Kita just cuci muka dengan product pencuci muka sahaja tak cukup. Sel-sel kulit mati dan kotoran yang terperangkap dengan minyak still Ada Kat situ. Tak bersih sepenuhnya, so toner membantu dengan menggali hingga ke dalam.

Aku suka suggest pada customer aku ni supaya simpan stock Eskinol ni. Yerlah, bila kulit diorang dah baik dah bersih diowang dah tak repeat order lagi. Diowang fikir Kulit dah cantik kan, stop jerlah. Tak kisah nak stop,xde masalah pun. Just suggestion dari aku aje. Mana-mana variant pun boleh. If jerawat naik sebutir dua butir especially masa period tekap atau sapu ja Kat jerawat tu gerenti 3 hari lepastu kecut.

Aku Ada cerita, baru-baru ni aku jadi jerawat besar gila Kat celah peha. Sakit sampai berdenyut dan naik merah lagi2 dok bergesel dengan seluar jean. Aduh, azab rasanya. Aku basahkan dengan pimple fighting. Tak pakai kapas pun, tepuk-tepuk Eskinol Kat situ ja. Kering ja aku tepuk lagi,kering aku tepuk. Sehari sampai 10 Kali aku tepuk. Punya stress ngan jerawat celah peha ni. Sabtu ahad tu kan aku pulun pakai. Masuk keje hari isnin jerawat tu dah kecut, if tekan Kat situ dah tak terasa sakit lagi. Still Ada lagi tapi saiznya kecik lah. Aku syak bisul tapi member aku cakap bukan. Dia cakap jerawat yang jadi dalam isi tu. Huh syukur jerawat, kalo bisul mahunya mc aku.

So..korang yang nak beli pimple fighting untuk simpan stock kecemasan, boleh contact aku cepat yeh. Stock pimple fighting tinggal kurang dari 10 bottle jer ni. Variant lain out off stock.

Aku ni Jenis meniaga suam-suam kuku jer. Aku restock sebulan sekali jer product nih. Shipping pulak seminggu sekali iaitu hari sabtu. Kalo sabtu tu jatuh 1st week of the month aku akan pos hari lain sama Ada Hari selasa atau rabu. Stock pulak aku amik suka Hati Aku ja. Ikut order or hot item. Biasa variant yang paling laku dalam 3 bulan ni pimple fighting, papaya, dan classic. Yang lain kurang sales dia. Tapi if nak korang boleh request.

Okey, dah! Penat celoteh, lapar pulak.
Bye sayang..sayang..sayang, kau sudah berpunya....eh termeyanyi pulak hehe

Sebarang pertanyaan email at ctcheery87@gmail.com


Related Links:
Stock available (06/04/2016)


5 comments:

  1. ammvoiii jeliternyerr kulit cik ct tuuu., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jelita noh? Jelita mcm majalah jelita ke? Kihkihkih

      Delete
  2. ooh boleh saya tahu ct cherry jual lg tak eskinol ni ??? if jual blh tak bg tau price n macam mane nak order

    ReplyDelete
  3. Hye,I am selling this eskinol online..u contact me through whatsapp or telegram +60138440073..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...