Thursday, October 29, 2015

Manfaat Air Kelapa pada Tubuh

Okey, tajuk macam pakar pemakanan pulak. ngeh..ngeh..ngeh

Manfaat air kelapa utk kesihatan ni sangat banyak. Salah satunya yang semua orang tahu, air kelapa dapat dijadikan sebagai minuman isotonic.

Korang taw tak zat antioksida yang terdapat pada air kelapa bermanfaat sebagai anti-aging.


Manfaat lain dapat meningkatkan metabolisme tubuh. So, ia dapat menurunkan berat badan. Hah.....sebab tu aku pagi pagi dah gedik minum air ni. Hahaha gedik tak? Padahal beli sebab packaging dia comel sangat heheh


Kandungan gula,kalori dan lemak dalam air kelapa sangat rendah

Kalau korang nak awet muda dan slim mcm iooll (cari pasal kena 'booo' nanti..haha), minum lah air kelapa muda. 

"Kelapa muda,kelapa muda,bawu lah muda!" Bahahahaha

Tapi jgn minum hari2 taw sebab Mak I kata dia akan jd racun balik. Entah lah betoi ke tak kan. Cer wat research? Hehe

Better minum yang original dari pokok kelapa yeh bkn dari pokok krismes... Eh?? Hehe. Kat bandar ni mana pulak nak cari pokok kelapa...so beli jer jenama coco life nih. Rasa dia mcm original taw. 


Nampak tak..Aku bawu hari nih minum jer dah berseri macam pokok kelapa..eh? Hehehe.

Selesai, entry perasaan!
 Bye korang


P/s: now, ramai jer peniaga jual air kelapa kan.

Wednesday, October 28, 2015

Lambak gambar, cerita dalam satu


Rasa mcm dah lama sangat tak update nih.  Tak Ada kekuatan nak update entry weii..eceh, hahahah

Jom Kita review apa yang berlaku sepanjang aku tak hupdate nih.


Sangat suka makan Kat kedai Mak cik ni. Dia tak kedekut bahan. Berlambak bertimbun lauk dia. Harganya 5 hingget ja ni! Kalo Kita singgah sesetengah kedai yang murah ni kan kalo dah murah mesti diowg akan kedekut bahan kan. Kdg2 tu sayur ja lebih. Ko selak patploh Kali pun tak jumpa ayam lagi. Stress kan...bila nak gemok kan mkn sayur ja? Eh??? Hehe


Tak ingat bila gigih tumbuk sambal belacan nih. Tapi masa tu Ada dapat petai kiriman Mak aku tu. Adik aku request sambal belacan sedap. Katanya selama nih aku tumbuk tak sedap. Amboi sesedap Hati dia ja kan kutuk hakak sari nih,tumbuk dia ngan lesong ni bawu dia taw sedap ke idok.

Nasib Baik hakak sari ni syg adik lebih dari lesung Batu huhu


Ayam masak kunyit nih favorite adik aku tapi biasa lah dia Bab complain memang A+. Katanya xsedap tapi kalo goreng dulu lagi super duper sedap. Yelah Mat, pape jelah! *tarikselimutparaskepalamalaslayan


My favorite, sup sayur bodo2 sendiri. Kenapa bodo2 sendiri? Sebab masak sendiri. Kalo sup sayur Kat kedai aku kurang suka walaupun bodo2 . Aku masak sendiri lagi sedap walaupun sayurnya bodo2 jer...hahaha confuse ke? Berani KO bodo2 aku yeh cheery (kata sayur di dalam kuah sup bodo2 itu?)


Ini Anak aku nama nya Ajiesyi. Lahir bila entah, aku pun tak sure hahahah.
Teman gaduh teman Manja teman menyampah teman buli dan sebagainya. Tiap pagi lepas subuh, bergaduh dengan dia dulu. Ajiesyi jgn kaco owg solat! Ajiesyi jgn buas! Ajiesyi mkn jgn memilih! Ajiesyi jgn main air! Ajiesyi jgn lompat!
Pandang Ajiesyi, dia buat muka toyaaa ja. Alahai menyampah nya akuuu! 
Siapa yang buli siapa ni??


Coklat gemok (bon o bon). Beli Kat 7e. Tertarik sebab dia gemok. Harga 80 sen satu. Beli 3 , 2 hingget. okey lah..sedap, budak2 mesti suka. Aku sampai syg nak makan, kalo boleh nak boh dalam frame. Dah tu packaging pun lawa sangat! Hahaha. G Cari Kat 7e now, sementara stock masih ada


Tengah cari green tea ini. Amoi Ofis soh tnggu promotion, murah sikit katanya.
Green tea nih bagus utk kesihatan, buang toksin dalam badan. Aku nekad nak naturalkan body aku, banyak sangat toksin nih. Nanti aku review yah.













"
"
"












Dah tajuk pun lambak, so scroll sampai bawah pun gambar lah kan...ojer!!


Last but not least for this blog...ini menu lunch aku untuk hari ini. Poyo sangat kan, Kat atas tadi cakap nak diet, nak neutralkan body bagai..puiihh sangat !!!

Daaaa!!

Perfectly
You all and ct cheery


Wordless Wednesday #3


Thursday, October 22, 2015

Spontaneous Thursday #3

"Kasih manusia sering bermusim. Tapi kasihnya Allah tak pernah habis walau Kita sering melupakan DIA"





P/S: Tak leh nak bwalking,tenet cm siput sedut masak lemak.

Sunday, October 18, 2015

Service Perodua dan pancing pakwe

Ada kenalan aku tanya, best ke main blog ni? Ko update apa jer Kat blog Ko? Apa manfaat dia, tulis blog panjang2 buat penat!
Pastu tulis hal personal,resepi lah bagai. Poyo ja ..Ada ke owang nak baca kisah ko?

Eh...eh..minah ni...kang Ada yang nak kena cengkam harimau kang. Suka Hati Mak apak aku lah nak tulis panjang ke hape ke jari aku yang penat pun bkn mulut ko.

Sibok ja!!!
#jeling harimau

Tak kisah lah owang baca ke tak, yang penting blog nih jadi satu medium untuk Kita share ilmu dan luahan perasaan. 

Kadang2 manusia nih bila masalah tak terluah dengan perkataan. Tapi bila menulis,feel lega tu tak taw nak habaq mcm mana. Owang yang Ada blog jer kot paham.

Macam tu jugak dengan ilmu mcm resepi tu ilmu jugak. Information yang Kita share tu pun ilmu jugak. Secara tak sedar Kita dah share ilmu dengan orang lain. Macam blog travel, dia pergi vacation luar negara share dekat blog bukan nak menunjuk nunjuk pun, secara tak langsung dah bagi tips Kat orang lain yang nak pergi sana nanti. Alah tak payah jauh2 lah, cukup dalam malaysia, pun ada ja tempat yang orang tak tahu tapi jadi tahu lepas ko post. Depend pada pembaca lah dia nak make conclusion mcm mana. Kalo negative, negative lah jadinya. Kalo positive, positive lah jadi nya.

Ko kisah pasal aku share hal personal Kat blog? yang Ko up post " love u hubby terima kasih kerana terima ayg dalam Hidup hubby, hubby lelaki terbaik dalam dunia. Love u till jannah..muah..muah ucuk2 ayg!"

Every time OK aku buka fb terbaca ayat2 cinta ko tu, aku tak bising pun...siap like lagi walaupun rasa mcm annoying giler.

Macam ko sorang ja Ada laki. Awat, orang lain tak dak laki? Orang lain pun sayang lah laki depa...hari2 dok kiss lips to lips..takde pun nak post kat fb. Aku pun sayang future husband aku gak, walaupun tak kenal pun lagi. (Eh, nak jugak?) Pejam Mata letak tangan Kat Dada, rasa getaran cinta menusuk kalbu,tulang rusuk meronta ronta mungkin merasai kehangatan cintaku...ewahh? Hahaha ^__^


Sudah...habis luahan perasaan Kat situ 
Hahahaha

Aku nak share aktiviti hari sabtu. Lewat tengah hari tu dalam jam 2 petang mcm tu, bawak mylovi pergi servis. Mileage dah sampai 50k dah. Cepat betoi, estimate date bln 12 Tapi October dah kena bawak.
Kecik2 semut api...jalan jauh lovi aku nih. 

Sales advisor aku adalah abang yang handsome. Eh..abang ke adik yeh? Arhhh..pape jelah. Janji handsome hahaha


See...tengok JARI pun dah handsome. Acamner???
Nama dia Muhammad fiqri Bin Ramli

Wah..sebut full name dia pun dah rasa nervous macam nak pengsan..ketaq lutut cheq. Ni sapa yang nak akad nikah nih?

Ada kejadian malu masa dengan abang handsome ni, sejam mcm tu aku tnggu,kete aku dah siap, dia datang Kat aku nak bagitau kete dah siap takde masalah pape. Dia panggil aku cik siti hawa, suara dia panggil tu ya allah,....cair urat saraf aku, automatically...aku bangun berdiri tegak pandang muka dia. Masa tu aku tengah main phone kot...phone pun aku campak Kat sofa. Pastu advisor tu cakap tnggu nama di panggil untuk buat bayaran yeh. Aku macam blurr " Owh..kena tunggu panggil ek?  Panggil nama ke no.kete? Aku dah kenapa...nervous tak tentu pasal. Semua orang tengok kot..buat malu ja. Soalan tu mcm bongok jugak...jumpa laki handsome sikit ko dah tak tentu arah kan?

Abang sales advisor tu senyum ja Kat aku, "Agaknya panggil nama kot,cik. Kete dah settle so terima kasih yeh!" Pastu dia berlalu pergi sambil tersenyum-senyum. Agaknya apa dia fikir yah??


Dia pergi tu...orang lain tak habis lagi dok pandang aku...ni aku tak suka ni. Pandang lama2 nanti diowang taw lah aku sari yanti. So, aku masuk toilet...selamber ja muka control cun.


Ni aktiviti aku kat toilet. Malu punya pasal
Hahaha...apahal lah Ko ni cheery? Makin berumur makin pelik sikap Ko ni!!

Kuar toilet tak sempat nak letak punggung nama dipanggil. Fuh..Selamat! Tuhan memang sayang aku.


Kena bayar 140, siap bulatkan total amount ngan bagi toslight kecik Kat aku.

 Kos untuk gasket, power stereng fluids ke pe tah, nitrogen gas Dan apa lagi tah. Hah, nilah pompuan, semua benda pe entah, kete taw naik ja, apa pun tak leh. Nitrogen gas tu 15 hingget untuk angin tayar. Biasa Kita pakai angin biasa kan untuk tayar, Tapi aku tukar pada nitrogen gas memandang kan aku ni pom yang tak reti nak isi angin tayar. Atleast pakai nitrogen gas nih aku tak yah wisau pasal angin cukup ke idok. Suggestion dari budak handsome tu gas nitrogen nih..hihi, demi kehandsomen mu rela aku turutkan...hahaha

Actually 1st time aku dengar so Tanya lah budak tu amender tu?  Menurut budak handsome tadi, nitrogen gas ni benda baru. Kat luar Sana tak semua kedai Ada gas nitrogen nih. Benda baru kan, maklumlah.
So, kos gas nitrogen untuk 4 biji tayar tu 15 hingget. Boleh lah...xtaw nak kata mahal ka murah. Eh..mahal LA kot, angin biasa free ja kan..hehe

Attention:
Sekiranya lelaki handsome yang aku up entry nih, laki korang maafkan aku yeh. Takde niat pape pun just menyukai ciptaan tuhan. Hehehe


Balik dari servis kete, pergi mancing pulak Kat Kelana jaya. Tasik kat sungei way tu, apa nama entah. Moh lah Kita merempit. 1st time ni bawak moto Kat highway, ketaq lutut-lutut. Asyik kena hon ngan kete ja. Yelah bawak macam siput sedut. Tapi aku duduk tepi kot pahal nak hon hon aku. Kuang ajaq pemandu kat KL nih noh? Tak penah nengok pompuan cun naik moto ka?

Aku up photo ni Kat wechat. Kakak aku komen "patutlah tak dapat ikan, ikan takut nak makan, kang kena penerajang!" Hahaha lawak sangat lah tu. Tak larat nak pegang k, sbb tu gaya gitu.

Mancing ikan ni suka suka ja. Tapi aku ni memang bad luck lah. Aku kalo mancing mana penah dapat ikan. Tak tahu lah kenapa, aku pun pelik. Dan satu lagi aku ni bukan cukup penyabar nak tunggu ikan makan kail aku. Satgi kuar lah lagu dayang senandung..."makan lah ikan wahai ikan tasikkkk...makan lah, aku dah tak larat nak tungguuu ko makannnnn". Kak Lin Kat sebelah gelakkan aku. "Hye...dah fadeup nampak hawa ni?" Memang dah fade up Kak Lin...putus cinta pun tak fade up macam nih. Aku kasi kail Kat Anak Kak Lin. Santai sambil main phone, pun boleh!!



Tapi bila orang lain dapat ikan..excited ja aku amik gambar. Caya lah bang!! Bagi semangat ja lebih..over !!hahaha



7.30 macam tu aku and Kak Lin balik. Owang lain stay lagi. Tak sure lah diowang balik kul bape. Owh by the way, mancing Kat tasik nih free yeh..takyah bayar pun. Dapat ikan pun leh ja bawak balik. Member aku Tanya kena bayar bape mancing situ? Leh bawak balik tak ikan tu if dapat? Ikan besar2 tak?? Ramai orang tak? Pegi tak ajak kita pun? Alahai aku pergi pun jiran ajak..tak plan pun.

Okey dah lah..panjang pulak entry Kali nih. Patut lah rasa penat ja menaip ,..Hahahaha
Babai korang..perfectly you all!!



Saturday, October 17, 2015

Resepi Sambal Ikan Bilis Kering dan Rangup

Actually ni first time aku masak sambal ikan bilis kering. Dah nama pun kering kan, mean takde kuah lah kan, lembab2 sikit macam tu. Aku ni takde lah pandai masak pun, masak main tibai ja sebenarnya. Adalah jugak google tengok resepi orang lain tapi resepi orang aku kurang berkenan nak ikut sebijik sejibon. So aku buat ikut sukati Mak nenek aku ja...yang complicated leh jadi simple mimple aku buat.....hahaha

Aku tak peduli, aku nak share jugak resepi Kat blog sebagai rujukan. Bukan nak suruh hampa ikut pun aiih! Mana nak taw ,kot2 aku lupa macam mana nak goreng ikan bilis leh buka blog search resepi sendiri,yer idok? Setuju dok ngan teman?

Yahhh...itulah motifnya! Sendiri baca blog sendiri! Kehkehkeh..keh


Kalau hampa nampak sedap, sila lah ikut resepi ni yeh..dok tnggu gapo deh? ...hahaha (dah mcm2 loqat bahasa plak)

Bahan2 yang diperlukan, ikan bilis ,sambal,garam,gula Dan minyak. Bahan untuk buat sambal seperti bawang puteh tiga ulas, bawang besar satu biji saiz medium dan cili kering yang telah direbus terlebih dahulu. Aku ni pemalas bin segan, cili kering aku rendam ja dengan air panas,tutup dan biar dia kembang sendiri. Gilaa....pemalas noh! Hehe

Aku masukkan sedikit minyak dan air. Minyak tu tujuan untuk mudahkan blander kisar bahan ja. Setengah orang tak taruk air katanya untuk sambal tu tahan lama. Tapi aku idoknya nak dengar kata,degil tak leh tumpang, taruk jugak air sikit. Kang tak berjalan pulak blander aku. Agaknya sebab tulah orang lama suka giling ja cili , nak kekalkan keaslian rasa dan cili yang digiling sndiri ni memang sedap. Entah lah, pada aku orang lama ni rajin bin tekun, orang baru nak belajar mcm aku ni pemalas bin segan. Apa pun tak leh!! (Dah kenapa kutuk diri sendiri ni?) Hahahah


Goreng ikan bilis, kasi garing dulu. Pas garing angkat. Guna minyak yang sama untuk menumis sambal. Tumis sampai naik minyak. Bukan korang, sambal tu naik minyak :-p. Pastikan sambal betul2 masak. Kalau tak cukup minyak, leh ja tambah minyak. Nampak macam dah naik minyak, masuk garam dan gula secukup rasa dan air asam jawa jangan lupa. Biar sambal tu kering dengan api yang sederhana. Jangan tinggal lak, kacau selalu jangan sampai hangit, okey!



Actually sambal ni dah terlebih. Ikan bilis ciput ja. So, aku ceduk sambal asingkan. Tinggalkan cukup2 ja untuk gaul dengan ikan bilis nanti. Agak sambal dah cukup kering masuk ikan bilis dan sebatikan
Pastu tutup api dan angkat. Sedia dihidangkan bersama nasi puteh panas2 atau roti. Untuk orang tengah on diet sesuai sangat lah makan dengan roti wholegrain.

Ermmm..sedap baq ang, rangup. First time mencuba first time menjadi. Tiba2 bangga dengan diri sendiri. Hahahah

Dah..dah, makin di biar makin mendabik Dada yeh....baru pandai buat sambal ikan bilis dah mendabik Dada...havoc!!
 #pandang dengan ekor Mata#



Thursday, October 15, 2015

Nak sembang Santai ajer noh

Hari ni Kat Ofis macam bosan. Sebab keje dah settlekan semua sebelah pagi tu. Mai sebelah petang, jadi takde keje pulak. So main jelah kejenya. Bos pulak cuti, so surga sangat lah kan. Kat RMEC dulu takde keje aku pandai nak cari keje. Ada ja keje aku buat janji tak duduk saja. Tapi kat tempat baru ni aku mcm tak reti nak pandai2. Kang salah langkah, sendiri susah kan? 

Wusya2 jugak klik sebelah, dia tu lagi lah surga tiap hari main handphone. Bos Ada pun selamber ja ngadap hand phone. Apa Ada Kat hand phone dia tu pun, haku tak taw lah. Kuat melawan amoi tu, Tak suka aku! Especially bila dia lawan bos. Bos sama bangsa ngan dia tu. Rasa macam nak tenyeh ja mulut tu. Tak Kira lah kau orang lama ke, KO pandai ke, bos kau selalu silap ke, ko tetap kena respect. Boleh ja kan betulkan bos dengan Cara berhemah.

Okey, tadi nak sembang ja kan ? Tiba2 leh jadi umpatan pulak hahaha

Apa ke hell KO?  ^__^
Maaf lah noh..nek tie dah tuo, kadang2 tersasur tu biasa.huhu

Datang pagi tadi sunyi sepi, nak kata awal takde lah awal pun. Rupanya semua pakat datang lambat. Ofis takde punch card boleh lah kan buat perangai lambat gitu. Lepastu datang ja akak sales tu kecoh, semua kecoh pasal kenaikan tol. Tol damansara-puchong RM1.6 naik kepada RM2.10. Melampau-lampau sangat naiknya tu. Memang membebankan pun. Lepas nih jangan nak heran rakyat Malaysia pakat saiko habis. 

Tak faham lah, apa pentadbir Malaysia dah buat ni. Apa motif Dan matlamat diowang seksa rakyat macam ni. Bila parti pembangkang mcm DiiAiiPii buat itu buat ini Cuba nak gulingkan kerajaan tahu pulak nak marah, tahu pulak nak kempen sokong kerajaan pertahankan hak bangsa. Tapi masa korang buat macam2 perubahan itu ini korang tak fikir pun rakyat. Jerit perit rakyat takde seorang pemimpin pun yang amik kisah. Kisah GST pun rakyat tak dapat nak survive lagi, dah timbul kisah lain.

Sabar jer lah...
Dah lah gaji ceput....
Sabar lagi?....T__T

Macam Mana Kita nih??
Nak balik kg tanam jagung ke hapa ni?

Tanam cili pun tak berbuàhhh...Ada hati! Aku rasa makan daun cili sangat practical di zaman GST dan kejatuhan ringgit Malaysia ni ...hahahah

Sejarah generasi akan datang akan Ada tajuk "Rakyat makan daun cili untuk kelangsungan Hidup"

Okey..tahuuu, tak lawak langsung!
-..-

Sekadar rungutan dengan harapan..beban yang ditanggung dah lepas Kat blog. Biar blog pulak yang terbeban.hehe

Entry takde motif langsung pun..dahhh kata nak sembang jer..so Santai ja lah kan.

Uhhh lagi satu jam nak balik...seksa nya nak tungguuu!!! T__T








Wednesday, October 14, 2015

Mak dan Ayah, mereka manusia luar biasa.

Ramai yang tak pernah makan daun cili nih. Nampaknya aku sorang ja orang hutan 
Hahahaha ^__^

Nak try boleh make sure pilih daun yang elok, jangan pulak pilih daun tua yah! Kena pesan, orang bandar maklum lah kan tak biasa cara orang hutan. hahahaha ciss...

Dua tiga malam ni aku asyik mimpi parent ja. Kalau sampai mimpi ni memang dah windu sangat ni dan kemungkinan besar jugak orang yang dirindui jugak merindui aku. Dan aku anggap teori INI adalah tepat Dan tenteram. Hahaha

Semalam adik aku bawak balik bekalan dari kampung. Katanya dia dapat dari member kampung. Member dia balik kampung 1 week. Sah, parent aku kirimkan bekalan dekat member dia. 

"Kasih Mak hingga ke syurga
Kasih ayah sepanjang masa"

Kasih parent untuk anak2 sangat luar biasa kan?! Walaupun anak2 dah tua sebenarnya tapi diowang still layan mcm Anak kecil. Maybe yang dah jadi ibu faham perasaan tu mcm Mana. Macam aku nih paham sikit2 lah,dalam kontek Anak yang masih perlukan makayah. Hehe


Mak tapaukan ikan pekasam, ikan kering,petai masak dan cili padi.
Hari ni lunch menu tu jer, habuan lepas windu.

Petai masak tu dah sah2 untuk adik aku, sebab dia suka makan ulam petai. 

Bekalan nih buat Hati aku melonjak lonjak nak balik kampung. Kalau dah sampai macam ni mesti diowang windukan anak2 kan? Member adik aku tu mesti sabar jer nak kena bawak datang semua tu hahahaha

Hujung tahun aku amik cuti 1 week, balik kampung. Spend time with family. Tu lah nak duduk bawak ketiak suami takde, menyemak lah bawak ketiak Mak ayah.

November Ada lagi cuti tapi tak plan lagi nak pegi Mana. Owh syukur..banyak nya cuti. Pikir sampai pening otak. Apa pendapat korang vacation secara solo? Ada suggestions tempat menarik dan Selamat ?


Monday, October 12, 2015

Makan malam yang ohsemm

Hari ni nak update apa yah???

Petang tadi ayah call cakap document yang tak dapat2 tu dah dipos balik ke Kedah. 

Hahahaha ..lawak lah,penat ja aku menunggu and meroyan Kat sini.

Nah -..- blanja abang pos lubang hidung.

Sabtu tu aku Ada pegi pos Ofis Tanya pasal parcel tu tapi akak tu cakap takde jalan lain nak trace melainkan tracking number jugak. So aku dah pasrah sangat dah. Redha ja barang tu nak sampai bila pun. Tup2 rupanya barang tu dah patah balik hahahaha sengal!!! 

Aku tetap bersyukur, sebab barang tu tak hilang. Kira ber tanggungjawab jugak lah kan pos laju pulangkan balik. 

Terima kasih yeh, abang!
"Nanti free cheery blanja abang yeh?"
Kehkehkeh

Balik Dari keje petang tadi, pewut lapar sangat.
Dah tahap kebulur tapi nafsu makan kurang pulak...boleh mcm tu? Hahahah
Eh, betoi Wei...pewut lapar tapi tak rasa nak makan pape. Penah tak korang rasa mcm tu? Ke aku sorang ja mcm tu ? Huhu

Termenung Kat pintu mengenangkan nasib.
Tiba2 angin sepoi2 bahasa dan terpandang daun cili melambai lambai ditiup angin sepoi bahasa tadi. Tingg!! Tingg!! (Dapat idea) aku tahu menu apa nak masak makan malam ni. Hahaha nampak? Ilham dari pokok cili ja..Ko penah???



Aku pun kutip lah daun cili 5 helai kasi cuci (mcm lebih Dari 5 jer). Potong bawang Dan cili.

Tumis dalam kuali bersama ikan bilis sikit,masuk perencah Maggi masuk air, masuk mee maggi, masuk telur, Dan last skali masuk daun cili. Dah masak angkat Dan sedia dihidangkan.  Owh jgn lupa kasi perah limau sikit. Bawu terangkat!! Tapi lagi sedap kalo masak dengan Maggi perisa ayam. Bila gigit daun tu korang akan rasa pedas2 sikit. Sikit ja.


Korang pernah makan daun cili? Sedap Wei, lagi sedap masuk dalam masak lemak cili api. Aku ni akak aku yang ajar. Alkisah, masa tu aku kecik lagi. Akak aku tahap umur remaja lah kan. Akak aku buat udang masak lemak cili api, tapi xde bahan tambahan lain. So, si akak aku ni bijak terlampau sangat dia pun kutip lah daun cili penambah bahan. Huh..sedappp baq ang! Pas kejadian tu kitowang pun dapat idea, tiap Kali nak masak Maggi mesti kutip daun cili. Yelah, nak masak Maggi ja pun tak kan pulun nak g beli sayur kan. Aku tak taw lah daun cili nih berkhasiat ke tak. Tapi memang rasa lain Dari yg lain lah Dan jagan wisau gerenti tak mabuk.hahahah

Tapi...ohsemmm gilerrrr!!!
Korang tak caya?...cer try wat masak lemak.
Jangan ajar anak2 remaja yah, Habislah botak pokok cili korang nanti hahaha.


P/S: macam takdak modai ja nak update hahahah


Saturday, October 10, 2015

Sakit Jiwa dengan Pos Laju

Jam 12 mlm gigih up entry. Sakit jiwa dengan pos laju. Parent dari kampung pos document hari isnin till now, hari jumaat tak sampai lagi. Dah 5 hari oiiiii? 

Tido ke cuti ni , pos laju?

Now, aku worry document tu hilang. Document tu penting sangat, berkaitan future gelap atau cerah ni. Uiii, penting wei!!! Nak track and trace tak boleh sebab parent I hilangkan tracking number. Jenuh Cari katanya tak jumpa. Dah satu masalah!!! 

Besok aku plan nak pegi pos Ofis terdekat untuk track document tu. Hope dapat jumpa Dan settle dengan Mudah. 

Tolonglah ya Allah!

Mudah Mudah an, document tu tak hilang!

"Abang Pos laju, tolong jaga document tu baik-baik yeh? Nanti cheery blanja choki choki makan kongsi2 atas bukit ampang bertemankan lampu jalan."

Wah..romentik kan abang? 

Hahahaha (saiko sangat minah ni)


Perfectly,
Abg pos laju


Thursday, October 8, 2015

Spontaneous Thursday #2

"Be strong and move on. It's time for you to be happy again"

Wednesday, October 7, 2015

Wordless Wednesday #2

Sunday, October 4, 2015

Layan dan download lagu di sedutzone blogspot


Finally aku dapat download lagu ost jatuh Dari langit yang dinyanyikan oleh atiqah suhaimi, shals,Carla Dan sabique tu. Jenuh gak lah cari lagu tu, nak buat ringtone phone. Kat YouTube Banyak lah tapi korang tawlah kan Kat YouTube tu video clip dan susah pulak nak download, makan data pulak tu. Nek tie tak kuasa lah, nek tie dah tua, cu!!! Keh keh keh


So, nek tie request ja dekat sedut ni. Dah Mudah keje nek hahaha

Korang nak request lagu ke nak Cari lagu ke sergah lah blog sedut. Banyak lagu dari indonesia dan malay yang best2 dah diupload. Mostly lagu2 lama yang popular. Baik jer tuan tanah tak sedut orang pun, nama ja 'sesuatu' 
sangat...kahkahkah

Selain lagu Dan lagu, dia jugak review movie2 yang tengah hot Kat pawagam. Dapat lah tengok trailer Dan taw serba sikit info pasal filem tu kan.


So Jom terjah sedut, kita support sikit blogger kita. Click ja Kat nama sedut okey. Jom Kita sedut semua lagu dia!!!!
hehehe ^__^


P/S: lapaq pulak siput sedut masak lemak cili api. :D




Friday, October 2, 2015

D'One Steak restaurant


Ini kisah 2 hari lepas. Windu sangat dengan mek tie (Yatie). So ajak lah lepak sambil makan western food. Wah...charee tak Wei?
Owang Malay lepak makan mamak kita lepak makan western...tekak Megan fox sangat tuhh!!!! #matakatatas


Tunjuk gambar makanan dulu bagi korang terliur. Aku tengok pun terliur ..matiklah nak!! Aku dah tak nak layan sangat tekak Megan nih, aku kena on diet Wei. Badan aku dah sedih sangat now...sampai kan aku lalu tepi meja orang ingatkan peti ais yang lalu. Owh...itu satu penghinaan yang maha tak masuk akal T__T

Tak kurus takpelah, aku dah redha sangat dah kedempolan INI. On diet utk lebih sihat ja. Tak mau lah sakit2 badan macam nih. Naik tangga rumah pun mengah.
Lembiknya aku!!! Owh..cannot..cannot!


Aku dah separuh dah, Yatie punya pun sampai. Takde la tunggu lama sangat.sikit time saja tunggu.


Macam kebulor jer mektie nih hahahaha

Portion dia banyak jugak taw, leh jer share tapi kalo badan peti ais macam aku tak payah share pun tak pe. Kenyang sangat2.
But kitorang still share. Aku makan spageti mektie sikit, mektie makan chicken aku sikit. Taw2 dah habis. Erghhh....alhamdulillah kenyang. Gila penuh pewut sampai sengkak aku, peti ais sangat dah nih....hahahaha


Aku memang rekemen restaurant ni. Ramai orang datang sini lepak. Family gathering pun Ada masa ni. Harga dia standart ja, seriously tak mahal.

Minuman dia sangat manis . So better order bersama dengan air kosong ataw share 2 orang air tu. Ataw mintak kurang kan Manis. Even Maktie order air asam boi pun manis giler lah. Air aku yang kiwi tu pun aku xleh habiskan sebab manis sangat. Manis sangat nih aku geli. So aku mintak bungkus, taruk ais banyak. 

Kitorang lepak sampai pukul 11 sambil layan citer Thailand. Citer hantu tapi komedi tajuk pee Mak ke Mak pee entah. (Bukan kisah Mak kencing yeh... Hahaha) semua layan citer tu...masing2 gelak macam Pontianak mengilai


Dah kenyang so Mata pun ngantok. Moh lah kita balik beradu bagaikan Puteri gunung sentubung pulak. 


Ini menu yang terdapat dekat sini. Dia Ada banyak special menu yang ditampal dekat wall. Korang pilih jelah. Sizzling pun Ada. 
Terujak aku nengok waiter hantar food berasap asap Kat customer lain.
Sabtu nak try sizzling plak...eh lupa on diet kan? Tak pe sabtu tahun depan pulak hahaha :p


Restaurant ni terletak bersebelahan ja dengan lab cafe seksyen 7. 

Stress aku tengok gambar nih. Gedempolnya akuuuuuu!!! T__T
Why...why?? #pengsan

Ni semua salah doctor bagi aku overdose vitamin lahir dulu T__T

I hate doctor!!#saiko


Tak perfectly dah,
Ct cheery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...