Wednesday, October 14, 2015

Mak dan Ayah, mereka manusia luar biasa.

Ramai yang tak pernah makan daun cili nih. Nampaknya aku sorang ja orang hutan 
Hahahaha ^__^

Nak try boleh make sure pilih daun yang elok, jangan pulak pilih daun tua yah! Kena pesan, orang bandar maklum lah kan tak biasa cara orang hutan. hahahaha ciss...

Dua tiga malam ni aku asyik mimpi parent ja. Kalau sampai mimpi ni memang dah windu sangat ni dan kemungkinan besar jugak orang yang dirindui jugak merindui aku. Dan aku anggap teori INI adalah tepat Dan tenteram. Hahaha

Semalam adik aku bawak balik bekalan dari kampung. Katanya dia dapat dari member kampung. Member dia balik kampung 1 week. Sah, parent aku kirimkan bekalan dekat member dia. 

"Kasih Mak hingga ke syurga
Kasih ayah sepanjang masa"

Kasih parent untuk anak2 sangat luar biasa kan?! Walaupun anak2 dah tua sebenarnya tapi diowang still layan mcm Anak kecil. Maybe yang dah jadi ibu faham perasaan tu mcm Mana. Macam aku nih paham sikit2 lah,dalam kontek Anak yang masih perlukan makayah. Hehe


Mak tapaukan ikan pekasam, ikan kering,petai masak dan cili padi.
Hari ni lunch menu tu jer, habuan lepas windu.

Petai masak tu dah sah2 untuk adik aku, sebab dia suka makan ulam petai. 

Bekalan nih buat Hati aku melonjak lonjak nak balik kampung. Kalau dah sampai macam ni mesti diowang windukan anak2 kan? Member adik aku tu mesti sabar jer nak kena bawak datang semua tu hahahaha

Hujung tahun aku amik cuti 1 week, balik kampung. Spend time with family. Tu lah nak duduk bawak ketiak suami takde, menyemak lah bawak ketiak Mak ayah.

November Ada lagi cuti tapi tak plan lagi nak pegi Mana. Owh syukur..banyak nya cuti. Pikir sampai pening otak. Apa pendapat korang vacation secara solo? Ada suggestions tempat menarik dan Selamat ?


3 comments:

  1. begitulah kasih ibu ayah pada kita kan sis... dah besar, dah berkhawin mcm akak pun mak tetap ambil berat... ya Allah! sebak tau ingtkan mak ayah kita....
    sedappppnya kiriman dr mak tu... klu rindu sgt, balik lah kg... hihi

    ReplyDelete
  2. ada mas baliklah kg. akakpun hujung thn cuti 2 minggu.. lepak kg seminggu. jalan2 seminggu. hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...