Friday, May 31, 2013

MALEIC ACID dalam black pearl, minuman cool blog

Kowang tahu kan pasal isu baru-baru ni mengenai dakwaan MALEIC ACID dalam black pearl yang diletakkan dalam miniman cool blog?. Terkejut jugak aku dengar berita ni 2 hari lepas sebab aku ni peminat susah mati cool blog tambahan pulak aku dan duta cool blog,Haliza helmi sama-sama comey ..kan..kan ??? *muntah

Opss,jangan marah yeh. Aku buat entry ni bukan nak kasi kowang marah. Aku nak kongsi info yang aku bawu tahu pagi tadi….dari blog ini~click sini
Katanya pihak cool blog maklumkan yang black pearl diowang tu selamat dari acid tu, maksudnya xde bahan tu lah. Siap tunjuk bukti lagi u all…nak tengok ???ni dia…

Bukti lab test....

Hope, bersih la dari bahan yang merbahayakan kesihatan manusia ni. Yelah, yang minum cool blog ni pun orang yeh tak? Tak tahu lah aku kalo kowang jamu cool blog kat orang hutan. Tambahan pulak sekarang kan musim panas, cool blog pasti hangat jualannya tapi disebabkan isu ni xpasti lak apakan jadi..kan…

p/s: Was-was plak nak minum air gini :(


Wednesday, May 29, 2013

Teknik xmalu Cover Malu…kihkihkih

Mesti kowang penah ada pengalaman ni kan? Sama ada time xde orang atau pun time orang ramai… aku? Aku mestilah ada kalo tak buat apa aku tergedik nak wat citer ni…ko ingat aku rajin sangat nak reka-reka cerita ni? Citer aku macam ni…

Pada zaman dahulu, [xde lah dahulu sangat] zaman aku bawu nak up. Apa yang up tu? Hey..hey!!! jangan nak lari topic okey? Aku gigit taw lah. IQ kot bawu nak up. Time tu aku sekolah lagi, bawu blajar giler2x merempit. Mcm gila-gila remaja tu? Hah..mcm tu lah gilernya. Zaman tu Ayah aku bg keizinan aku tuk bawak moto ke sekolah.
[amboi..!!mcm ko tu dah idup berzaman lak yeh]
Aku ada 3 owang bff sekampung dengan aku. Masing2x ada nama ana,awin dan Yooh [memang lah,kucing pun ada nama wei]
Kita memang kamcing tahap kamcing gigi. Cuma aku ni ada sejenis penyakit. Diowang pergi dating slalu ajak aku. Tapi aku tak pernah nak maunya. Sebab aku punya penyakit malu dengan budak lelaki… biasalah time bawu nak up. Paham aje lah kan. Tapi sekarang tak lagi, aku dengan budak laki berjumpa main terajang2x aje..mau tau ar ganas ke tak..[ok..guwau]

Time tu aku boring tahap cipan tercabut ekor, aku pun ajk lah si Yooh ni jenjalan kampong ke kampong. Aku pun rembat moto buruk ayah aku. Aku dengan Yooh ni kawan baik jgk tapi kami ni xsebulu. Pergi sekolah memang sesame tapi sngat xsebulu. Ada aje benda yg dia buat aku tak suka dan benda yang aku buat dia xsuka.
Tapi bab jenjalan habiskan masa kami sangat sebulu. Nak dijadikan citer Yooh mintak nak bawak moto buruk ayah aku tu. Aku pun suka sukinya bonceng kat belakang. Meronda merata ni, Yooh bawak slow aje. Kami meronda sampai ke kampong sebelah kononnya nak habiskan minyak moto ayah. [jahat sungguh].
Sampai kat satu selekoh tu, Yooh ni ternampak abang dia dekat bendang nun jauh kat sana. Punya takut kantoi ngan abang dia, dia bawak laju. [ family Yooh marah klu dia berjln jauh] Aku mula2x pelik jgak nak merempit ke apa dia ni. tapi bila dia tunjuk abang dia tengah wusya2x kat jalan, aku pun senyap la. Peluk pinggang dia bukan main. Sampai kat selekoh ke dua,Yooh tekan break, sebab selekoh tu tajam. Tapi malang sungguh tidak berbau break tak makan, Yooh pegang handle straight masuk bendang. Kononnya last solution selamatkan diri daripada terjatuh ats jln yg batu2x lagi sakit yeh tak?
[time tu mana reti lagi nak kona baring ni..bahasa mat rempit kata lap]. Habis disodoknya pokok2x padi sapa tah. Tapi aku rasa ala-ala stan pun ada gak. Klu time tu syamsul yusuf ada maunya dia amik kami jadi pelakon lagak ngeri citer kampong gangster…kihkih [citer tu xlama lagi kuar lah..insha Allah..haha] yang ajaibnya kami berdua, sowang pun xde jerit ‘arghhh…’ ke ‘warghhh….’ ke ‘Hoi…’ ke ‘ Ahhh..’ ke. masa moto on the way sodok bendang tu senyap aje..xde ckp pape sumpah xde. kowang boleh bayangkan tak muka gelabah dan panic mcm mana?

Bila dah terbaring dalam bendang tu, bawu lah Yooh Tanya aku, “napa ang xjerit?” aku air mata dah meleleh ke pipi dah [sakit wei, jatuh moto,ingat tak sakit ke?]

Yooh: Napa ang xjerit?
Aku: aku panic wei, sora hilang. Ang tu napa xjerit? Bukan ang Pontianak sundal malam ke? [ time ni orang giler tengok citer Pontianak tu]
Yooh: aku tengah focus kat jalan..
Aku: kentut ang! Focus ang jatuh bendang gak…
Tiba-tiba, dari atas jalan kami Nampak ayah awin atas jalan, tengah bawak moto. Ayah awin ni klu kowang nak tahu bawak moto cermat nauzubillah.. patutnya dia dapat jd duta “ pandu cermat jiwa selamat”. Kan?

Malu punya pasai, kami dua senyap sunyi, duduk menyorok dibalik pokok2x padi. Kononnya tak nak kasi dia Nampak,malu beb. Tapi kowang paham2x aje lah owang cermat bawak moto mcm mana sama taraf dengan orang jalan-jalan makan angin.
Sumpah la dia perasan klu tiba-tiba tengah2x bendang ada makluk idup. [xtengah sangat lah]. Terus dia break mengejut Nampak kami dengan moto disalut selut bendang. Dia Tanya “Cari ikan ke?”.  Cari ikan pe kejadahnya tah moto angkut skali masuk bendang...
Lepas tu, kami bantai gelak dua orang. Sumpah lawak.. sakit tu tolak tepi dulu, gelak harus dahulukan. Motif utama gelak sebab klakar dan cover malu. Punya pulun nak sembunyi tp leh kantoi lak. Dia tahan gelak aje. Mybe dia paham kot kami cuba nak cover malu. Lepas tu dia lah tolong kami naikkan moto ke atas jalan. Dia tengok kami ok,dia terus belah. [mana xok klu gelak sampai terbarin-baring]

Selut kat badan xyah citer lah kan,sekor2x dah mcm kebau pulang petang dah. Berbirat-birat kaki aku kena daun padi,peha lebam xyah nak citer ah. Sakit doh. Balik umah aje leh lak dok bandingkan lebam sapa paling besar. Pas tu sampai ke awin leh tahu kami jatuh dalam bendang. Off course lah ayah dia yang citer.. diowang apa lagi pulun gelak lah...
Aku tertinggal sesuatu, aku rasa abang Yooh tu mesti pelik masa kejadian tu. Memula dia Nampak kami ats jalan and than tiba-tiba hilang. Kowang tak rasa tu satu kejaiban ke?hahaha…ok tak kelakar yeh..

Pinjam dari sini~santaisini


So, aku kasi teknik nak cover malu kat kowang
1)   Kowang bantai aje gelak..seolah-olah kowang sengaja buat free show kat public
2)   Kowang bangun dan buat2x mabuk, terhuyung hayang mcm tu kononnya xsihat.
3)   Kowang buat2x pengsan sampailah ada yg dtg membantu, pas tu buat2x sedar.
4)   Kowang terus bangun,terus blah aje dari situ…hati kering ko

Hope membantu…hehe k bye

Saturday, May 25, 2013

Minggu ni wesak bukan hari bapak.


Dua hari ni, aku lapang sikit. Tak banyak pulak keje yang menjengah aku. Kira bagus lah tu kan. Tapi aku confiden, next week mesti aku buzy giler. Ceh! Dan dann. Bukan apa ni, semangat wesak punya pasai semua xpikir apa dah, piker nak cuti je.

 Tapi aku ni pekerja kategori rajin abad ini pulak tergedik-gedik nak keje hari minggu [coiihh!! Harghhh…tuihh!]. Tu lah pasal, owang kasi public holiday xnak, owang xkasi nanok pulak. Biasalah manusia kan, xpernah reti nak bersyukur…pe nak jadi tah
 [ peke jadah nya aku merepek ni?]

Ok, sebenarnya nak story benda lain tapi tersasar ke benda lain. Sebelum aku tersesat jauh meh ke topic utama. Hehe.. lepas balik dari pasar malam semalam, masuk rumah mandi, solat, bersiap, pakai wangi-wangi,dan …..duduk depan laptop..kihkih..bukan nak pergi mana pun wei, sesaja. Owang kata wangi2x sebelum tidur terapi yang bagus.. nak nak yang dah berlaki…kahkahkah..ok tips 18sx disitu..

Sedang best layan citer “kecoh hantu raya tok chai!!” tiba-tiba muncul bunyian yang menyeramkan. Meremang bulu ketiak aku. [opsss...xde k aku dah shave] Yang aku xleh nak ingat senyuman dia punya hantu raya tu memang xboleh blah, rasa macam nak sekeh je hantu raya tu. Aku pun senyum tak semanis itu wei. Apa kahh????

\

Bunyi yang aku maksudkan tadi bunyi phone cap aym aku bordering. Rupannya my dad my soul kol. Windu sama anak dara dia ni kot..hehe
Lemah gemalai nak mampus aku jawab kol..

Aku:  Hellooooo…!!! [ tu bukan gemalai, tu mcm owg xmkn seminggu]
Ayah: Hah Tie, apa khabar? Musim ni sea food banyak ka?
Aku: hah!! Sea food? [apakahh? Sejak bila lak aku dan sea food ni serasi bersama ni?]
Ayah: hah! Suami dah tak ke laut ke?
Aku: Ayah cakap apa ni? Chek Xpaham lah? Chek mana ada laki, yah
Ayah: laa…ni bukan siti Fatimah ka?
Aku: Ya Allah Hai! Ayah, ni Siti Hawa bt Aziz, anak ayah la.
Ayah: isy, yeker? Kahkahkah….ayah salah kol lah ni? [ aiseh men, gelak lak mai soul ni]
Aku: hah! Sapa siti Fatimah tu? Ayah Skandal ek? [ muka suspect giler. Nekad xleh nak blah, nak report kat mak]
Ayah: ish mana ada, siti Fatimah tu budak yang carikan ayah sea food masa mak/ayah g penang tu. Masa pi umah kak wa ang tu la.
Aku: owh….hehe..ingatkan skandal ayah td.
Ayah: Hah, ang ni sihat ka? Lama tak kol ayah pasai pa?
Aku: mana ada lama, kan petang td ja chek kol? [ suspect lagi, my soul aku ni taw ke dia bercakap ngan anak dia yg mana satu ni]
Ayah: hah, yelah? Dah la, habis kredit ayah sat g. jaga diri leklok, asalammualaikum….
Aku: Waalaikummussalam….

Amboi, ayah aku ni berkira nauzubillah, nanti aku jugak yang topupkan. Ayah aku ni kan mentang-mentang lah anak jauh dan dann cari kasih syg kat ank owang yeh. Malam tu juga, aku rasa macam nak jadi kecik balik. Nak jadi kanak-kanak la. “ I wish..i wish..i wish want to be a child”

Boleh makan sweet banyak2x, leh mintak2x duit ngan ayah, leh ajak ayah bawak jalan-jalan, leh manja2x ngan ayah. Leh naik kongkong ayah. Kalo boleh tak nak besar dah. Nak takat tu aje. Duduk bawah ketiak ayah. Tak yah nak piker sal keje, sal duit, sal jodoh, sal anak, sal menantu, sal cucu…[hoi, kau kawen pun belum dah nak piker menantu ke?]. maaf over acting hehe

kecik-kecik dulu ayah aku aje yang leh layan karenah aku, tiap-tiap hari weekend bangun pagi aje dah mintak 5 kupang. Dengan mak, aku tak berani, takut. Mak aku muda2x dulu garang macam singa tahu nak mengauum aje. Mintak 5 kupang, dia bagi pelempang. Akak-akak aku g sekolah bawak 5 kupang aje, aku bawak singgit. Anak emas mau tau ak!!! Sebab tu lah badan pun berat macam ada emas bertan-tan. Kihkih.. Dulu kita take dan mak/ayah kita give. tapi bila dah besar ni kan, kita pulak yang kena give dan mak/ayah kita take. Yang dah ada anak mesti faham kan?

Panjang pulak celoteh aku ni yeh? biasa pendek aje..hehe. Nak dipendekkan celoteh, aku windu sama family aku sebenarnya. Rasa macam nak amik cuti panjanggggggg dan duduk kampong, duduk lama-lama dengan mak/ayah. Tapi xleh lah, sebab aku dah besar,  ada komitmen dengan keje. Xleh lah nak ikut rasa hati sangat. Kan?
Dah lah, nak berangan kejab..bye wasalam...-_-

Wednesday, May 22, 2013

Kita manusia biasa kan?



Kita manusia biasa kan..kadang-kadang kita rasa down dan rasa dunia ni tak adil..
Umpama dugong yang terdampar dipantai akibat deruan ombak yang mengganas. Sedangkan kita dah biasa dengan ombak tu tapi apabila tikanya ombak mengganas kita terkesima dan kekok untuk melaluinya. Ertinya, kekadang kita tidak kuat nak melalui sesuatu masalah walaupun hakikatnya kita dah biasa laluinya dulu.

Bila kita cuba nak luahkan masalah, kita cari person yang kita rasa boleh dipercayai,
Kadang-kadang benda tu  xde apa pun sekadar luahan perasaan aje..nak hilangkan tekanan
Tapi person yg kita percaya dah xsudi lagi nak pasang telinga mungkin dia dah  rimas dan menyampah dengan luahan kita.

Lepas tu kita rasa kecewa sebab person tu tak seperti yang kita harapkan…dan buat kita merajuk xnak citer apa-apa lagi. Akibatnya kita jd hypertension sbb pendam perasaan sowang2x.
Adakah dia dah berubah hati dan xnak lagi jd person yang kita percayai?
Atau Person tu ada masalah tersendiri  dan xmampu nak bagi riaksi yang yang baik untuk kita?
Ada kemungkinan juga ke, dia dah xnak dengar apa-apa lagi dari kita sebab luahan tu lama-lama dah kedengaran seperti umpatan di telinga dia..?

sumpah! tiada niat untuk mengumpat.

Sekarang  terlalu penat dengan sikap dan karenah manusia disekeliling. Karenah yang suka membuli rakan ofis. Apa dosa kita sampai sanggup seksa kita mcm ni. Kerja dalam satu team tapi yang banyak buat keje kita dan dpt advantage lebih orang lain. kita? Hanya dapat lebih kalo kita buat OT. Adil ke? Ni ke orang kata permainan politik di pejabat? Cakap memang pandai, sangat professional. Memberi pendapat tak nah kalah. Tunjuk ajar kita,soh kita buat mcm tu buat macam ni, tapi dia xbuat pun. Nak tunjuk dekat top management dia komited dengan keje.. tapi sedangkan keje banyak yg dia abaikan,kadang-kadang  tak ambik tahu pun.

 Dapat banyak kertas campak atas meja kita, macam kertas-kertas tu sampah aje dimata dia. Dan meja kita lak, mcm rubbish bag. Bila top management nakkan apa-apa document melalak melolong Tanya kita. Cuba Tanya dia mana file asset Transfer, aci potong kuku, dia xtahu. Quotation file pun Tanya kita sedangkan dah berbuih dah mulut kita ckp mana taruk file tu. Masih lagi nak Tanya kita.. Sangat letih, ni la akibatnya klu dapat partner yg tidak faham apa itu team work. Semua benda nak kita carikan dan letak depan mata dia, bawu lah keje dia berjalan. Klu kita tak nak carikan bising depan muka kita. Buat keje xnak usaha sendiri, xnak pakai otak tahu nak menyusahkan orang. Tahu nak pakai otak orang, otak dia simpan nak buat apa ?? bukan boleh jual pun. Agaknya, manusia ni boleh jadi giler kalo selalu sngat fikirkan sikap dan perangai manusia lain. ..nauzubillah…

Adakah semua masalah yang berlalu itu khilaf kita, masalah kita dan tanggungjawab kita?
Orang selalu cakap, Allah tak akan uji seseorang hamba itu diluar kemampuannya. betoi ke?
tapi..kenapa kita rasa berat sangat ujian tu, kenapa kita rasa kita manusia tak berguna sebab tak mampu untuk pertahankan diri sendiri... Khilaf kita yeh? Ya Tuhanku. Ampunkan dosa-dosa kita!

Wednesday, May 15, 2013

Perkhidmatan seks phone boleh didapati disini!


Mahu ringan-ringan?
Mahu berat-berat?
Nak kena kiss-kiss sebakul atau nak kena kick-kick sebakul?
Sila lah buat panggilan “selamat malam sayang”  ke no ini 999. Nasib anda baik dapatlah package makan free dalam lokap…kihkih..:P

Aku confius, apa lah dosa blog Diary aku manja ni sampaikan tak pernah lelah hantu porno public ads kat petak komen entry. Tak habis2x Phone sex,chat sex..mcm2 lah. Apa yang bestnya tah..pelik toi aku.

Paling aku gila, letih jari aku taw ark delete comment yg dispam security [perghh…blog aku ada security wei!]. seingat aku, aku bawu aje delete komen yg dispam, aleh-aleh aku check hari ni mak datuk melambak2x…tu xkira lagi cucu-cicit comment yg dapat meloloskan diri dari security aku tu. Kalo blogger lain baca tu tak ke malu aku….mana aku nak sorok wajah ‘cantik jelita aku memang debom ni’..hah! cer ko citer…cer citer? malu wei,malu !! [Eh, over ko!]




Menyampah sungguh aku, apa manfaatnya tah..klu leh naikkan trafik blog aku xpelah gak tapi mcam tu jugak trafiknya xde yang increase pun.huh!

Penyelesaian yang aku buat adalah ‘buat bodoh’..hahaha..aku ni bukan setakat rabun jauh jugak rabun teknologi…so xleh nak kasi tips boikot ads hantu porno. Tapi tips sengal kita leh paraktik,
1-    Rajin-rajin lah ko jenguk blog ko
2-    Ko pakai secetery, without approval from kowang comment xleh public. That means secetery kowang akan tapis dulu.
3-    Ko pasang security guard yang sophisticated..
4-    Ko Bina Pejabat JAIS kat blog kau. Confirm hantu porno naik meluat nak comment  blog kowang..
5-    Ko delete ajelah blog diary,ko tulis bukU diary lak..[eh,suggestion tuk sapa ni?]

Amacam? Ada bran? Yang pasti aku pun naik stress dengan tips ni. 
Tak guna punya tips!! T_T

Sunday, May 12, 2013

CPUV Dreaming


tengok tu, rupanya business blog aku ada dapat be dari nuffnang ni. tapi malangnya aku bawu aje tahu..dan malangnya lagi iklan tu dah pun credited. tak sempat pun nak enjoy ngan rezki tu. dah lah 1st time tau dapat. klu aku tahu mahunya aku buat announcement kt kowang diwajibkan klik iklan nuff aku..hahaha..[zalim ko!]
peliknya blog personal aku xde pulak dapat. 
aduyaiii...banyak gak aku xtahu pasal nuffnang ni dan aku ni sngat lah malas untuk buka akaun nuff ni..that why la aku leh tak tau aku dapat be ni..
xpelah..mybe rezki aku xde disitu..
mood sangat lah ke laut aku sejak dua menjak ni..macam-macam yang terjadi tapi lebih kepada masalah dalaman. doakan aku kuat yeh kenkawan? thanks...bye

Wednesday, May 8, 2013

Tulus dan Mulus si Miyami


Assalammualaikum…balik dari cuti ingat leh enjoy lagi,rupanya teruk aku dibuli..berlambak-lambak document yang pending atas meja aku. Terkejut beruk aku,maunya kena darah tinggi aku ni. Tu bawu cuti dua hari klu seminggu maunya xde rupa workstation aku bertimbun dgn kertas2x. astaga..sabar aje lah sayang!!

Ok nak inform sikit sal DETOX. DETOX Foot Patch masih ada 3 paket stocknya kat aku. Cepat sebelum habis..hehe..aku nak ambik stock bawu tapi nak habiskan dulu la stock lama. Tapi DETOX Slim Foot Patch masih in stock yeh kenkawan. J
Untuk habiskan 3 paket ni punya pasal,aku ada harga offer special,nak taw sila lah contact ct cheery yeh kat ctcheery87@gmail.com

Pagi tadi pergi bersiap rasa pelik dengan diri sendiri. Dressing cantik la kot..hahaha..okey over acting. Padahal tengah bersiap, bukak bedak skali sudah susut dah..berlobang ditengah-tengah. Tinggal sisa-sisa aje. Huh sedih sungguh dengan diri sendiri…bedak habis pun leh tak pasan


So sip punya pasal kikis jugak lah kan sisa-sisa ditepi tu..janji leh sembunyikan pigmentasi  yg merosakkan kecantikkan natural beauty aku ni kan?? Natural la sangat!! Pada aku bedak pada seorang pompuan itu wajib. Bawu lah kulit ku mulus dan tulus..
macam ini…
"
"
"
"
"

okey lah maybe tak mulus..tapi tulus tu adakan????kan…kan??hahahha

Friday, May 3, 2013

DETOX dikaki manisku


Kaki pun boleh dikategorikan manis yeh kowang? Ngeh..ngeh..
Biasa jari manis sebab ikut mengikut sunah nabi digalakkan menjilat jari selepas makan,sebab apa tau? ada enzim2x yg bagus yg membantu dalam system penghadaman kat jari2x kita ni..sebab tu lah manis yeh tak..
Tapi kalau bercerita pasal kaki ni,mcm xmasuk dek akal plak jilat kaki sendiri…kalo baby jilat kaki masa dalam kandungan ibu tu mungkin lah kan.
Manis kah kaki aku ini? Manis ke kaki korang?
Jawapannya sangat mudah, iaitu sudah tentu tidak. Kaki korang sangat lah busuk dan masam. Begitu juga dengan kaki aku….hahaha,so kita leh tukar tajuk kepada ini             “ DETOX dikaki mashamku”..kihkihkih [sangat tak kelakar okey!!]



Gelinya kan?? tompok puteh tu 'lapisannya tak rapat dengan
 kulit tapak kaki sebab tu lopong cm tu..hehe

Sebenarnya nak citer pasal DETOX,mukadimahnya panjang xleh blah..hehe
Kemungkinan aku dah terlalu lambat citer sal DETOX ni, korang ni mesti piker citer aku dah basi kan?....
Klu nasi basi kita leh kasi ayam makan tapi klu cerita yang basi macam mana korang? Agak2x leh dijadikan reference jangka panjang tak korang? Boleh kot noh?
DETOX ni produk baru kedai online aku ni..tp alkisahnya aku xdan a.k.a xsempat sungguh nak update..buzy lah katakan. Aku ni klu korang nak tahu sudah digelar Madam J [madam junior] dekat ofis..sangat tak boleh blah.

FYI, 1pkt DETOX ni aku jual RM10 aje . Tapi harga borong Cuma 8.00/paket, tapi korang kena beli minimum 5 pkt keatas  dan postage RM6 untuk WM dan RM8 untuk EM. Ringkasannya disini…fungsinya pun disini~click me

DETOX Slim Foot Patch...harganya disini~~click me

DETOX Foot Patch

Ber 'COSTING dirumah



Selamat pagi dunia!!
Tengok korang, keje banyak sampai tak cukup tangan. sampaikan terpaksa aku siapkan costing dirumah.
Ni sampaikan bawak balik kerja ke rumah dah apa kes? huh teruk sungguh. 4 project aku kena buat costing, satu sudah siap, dua lagi terpaksa bawak balik rumah untuk siapkan. 1 lagi delay la apa lagi. project bawu aje start, so relex la dulu kan. next week insyak allah aku siapkan.

Mesti korang tertanya-tanya kan napa aku rajin sangat? aku nak citer korang sebabnya aku nak balik kg hari ni, insyak allah malam ni. doakan perjalanan aku yeh kowang?


Punyalah blur aje bijik mata aku tengok nombor-nombor ni. Rasa macam nak tersembur 4  biji mata aku [pakai spek] ni..aduhh! sakit mata aje. semalam berjaya siapkan yang project kat prai tu. project kat Bintulu punya buat hal plak. Klu nak tahu hari ni pepagi aku bangun nak cari mana hilangnya RM5 ribu plus2x kat project tu... aduh letih sungguh..wahai 5 ribu dimana kau???? 

kena cari sampai jumpa gak ni.......Bye...:)


Wednesday, May 1, 2013

BBQ yg Osom






Ni semua story bulan lepas..Sesaja update entry untuk tatapan kowang yang merindui cheery...ngeh..ngeh..2 pun klu ada yang windu la kan. hari ni aku dapat tahu bff kat UTM ada baca blog DAM ni. malu nya aku,rasa macam nak sorok muka dalam laci aje ni...uwargghhhhh..kantoi sudah!!!!! sudahlah!! abaikan perasaan malu tu. aku lagi malu dengan diri sendiri bila bukak facebook xde arah tuju. maksudnya aku dah xleh nak bawak diri dalam facebook..ertinya aku culture shock sudah! nak dibuang akaun fb tu sayang la pulak..apakan daya simpan ajelah buat sarang semut..hehehe. t aku update produk kesihatan yeh, tunggu masa betoi2x free yeh...
bye..wasalam....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...