Wednesday, May 29, 2013

Teknik xmalu Cover Malu…kihkihkih

Mesti kowang penah ada pengalaman ni kan? Sama ada time xde orang atau pun time orang ramai… aku? Aku mestilah ada kalo tak buat apa aku tergedik nak wat citer ni…ko ingat aku rajin sangat nak reka-reka cerita ni? Citer aku macam ni…

Pada zaman dahulu, [xde lah dahulu sangat] zaman aku bawu nak up. Apa yang up tu? Hey..hey!!! jangan nak lari topic okey? Aku gigit taw lah. IQ kot bawu nak up. Time tu aku sekolah lagi, bawu blajar giler2x merempit. Mcm gila-gila remaja tu? Hah..mcm tu lah gilernya. Zaman tu Ayah aku bg keizinan aku tuk bawak moto ke sekolah.
[amboi..!!mcm ko tu dah idup berzaman lak yeh]
Aku ada 3 owang bff sekampung dengan aku. Masing2x ada nama ana,awin dan Yooh [memang lah,kucing pun ada nama wei]
Kita memang kamcing tahap kamcing gigi. Cuma aku ni ada sejenis penyakit. Diowang pergi dating slalu ajak aku. Tapi aku tak pernah nak maunya. Sebab aku punya penyakit malu dengan budak lelaki… biasalah time bawu nak up. Paham aje lah kan. Tapi sekarang tak lagi, aku dengan budak laki berjumpa main terajang2x aje..mau tau ar ganas ke tak..[ok..guwau]

Time tu aku boring tahap cipan tercabut ekor, aku pun ajk lah si Yooh ni jenjalan kampong ke kampong. Aku pun rembat moto buruk ayah aku. Aku dengan Yooh ni kawan baik jgk tapi kami ni xsebulu. Pergi sekolah memang sesame tapi sngat xsebulu. Ada aje benda yg dia buat aku tak suka dan benda yang aku buat dia xsuka.
Tapi bab jenjalan habiskan masa kami sangat sebulu. Nak dijadikan citer Yooh mintak nak bawak moto buruk ayah aku tu. Aku pun suka sukinya bonceng kat belakang. Meronda merata ni, Yooh bawak slow aje. Kami meronda sampai ke kampong sebelah kononnya nak habiskan minyak moto ayah. [jahat sungguh].
Sampai kat satu selekoh tu, Yooh ni ternampak abang dia dekat bendang nun jauh kat sana. Punya takut kantoi ngan abang dia, dia bawak laju. [ family Yooh marah klu dia berjln jauh] Aku mula2x pelik jgak nak merempit ke apa dia ni. tapi bila dia tunjuk abang dia tengah wusya2x kat jalan, aku pun senyap la. Peluk pinggang dia bukan main. Sampai kat selekoh ke dua,Yooh tekan break, sebab selekoh tu tajam. Tapi malang sungguh tidak berbau break tak makan, Yooh pegang handle straight masuk bendang. Kononnya last solution selamatkan diri daripada terjatuh ats jln yg batu2x lagi sakit yeh tak?
[time tu mana reti lagi nak kona baring ni..bahasa mat rempit kata lap]. Habis disodoknya pokok2x padi sapa tah. Tapi aku rasa ala-ala stan pun ada gak. Klu time tu syamsul yusuf ada maunya dia amik kami jadi pelakon lagak ngeri citer kampong gangster…kihkih [citer tu xlama lagi kuar lah..insha Allah..haha] yang ajaibnya kami berdua, sowang pun xde jerit ‘arghhh…’ ke ‘warghhh….’ ke ‘Hoi…’ ke ‘ Ahhh..’ ke. masa moto on the way sodok bendang tu senyap aje..xde ckp pape sumpah xde. kowang boleh bayangkan tak muka gelabah dan panic mcm mana?

Bila dah terbaring dalam bendang tu, bawu lah Yooh Tanya aku, “napa ang xjerit?” aku air mata dah meleleh ke pipi dah [sakit wei, jatuh moto,ingat tak sakit ke?]

Yooh: Napa ang xjerit?
Aku: aku panic wei, sora hilang. Ang tu napa xjerit? Bukan ang Pontianak sundal malam ke? [ time ni orang giler tengok citer Pontianak tu]
Yooh: aku tengah focus kat jalan..
Aku: kentut ang! Focus ang jatuh bendang gak…
Tiba-tiba, dari atas jalan kami Nampak ayah awin atas jalan, tengah bawak moto. Ayah awin ni klu kowang nak tahu bawak moto cermat nauzubillah.. patutnya dia dapat jd duta “ pandu cermat jiwa selamat”. Kan?

Malu punya pasai, kami dua senyap sunyi, duduk menyorok dibalik pokok2x padi. Kononnya tak nak kasi dia Nampak,malu beb. Tapi kowang paham2x aje lah owang cermat bawak moto mcm mana sama taraf dengan orang jalan-jalan makan angin.
Sumpah la dia perasan klu tiba-tiba tengah2x bendang ada makluk idup. [xtengah sangat lah]. Terus dia break mengejut Nampak kami dengan moto disalut selut bendang. Dia Tanya “Cari ikan ke?”.  Cari ikan pe kejadahnya tah moto angkut skali masuk bendang...
Lepas tu, kami bantai gelak dua orang. Sumpah lawak.. sakit tu tolak tepi dulu, gelak harus dahulukan. Motif utama gelak sebab klakar dan cover malu. Punya pulun nak sembunyi tp leh kantoi lak. Dia tahan gelak aje. Mybe dia paham kot kami cuba nak cover malu. Lepas tu dia lah tolong kami naikkan moto ke atas jalan. Dia tengok kami ok,dia terus belah. [mana xok klu gelak sampai terbarin-baring]

Selut kat badan xyah citer lah kan,sekor2x dah mcm kebau pulang petang dah. Berbirat-birat kaki aku kena daun padi,peha lebam xyah nak citer ah. Sakit doh. Balik umah aje leh lak dok bandingkan lebam sapa paling besar. Pas tu sampai ke awin leh tahu kami jatuh dalam bendang. Off course lah ayah dia yang citer.. diowang apa lagi pulun gelak lah...
Aku tertinggal sesuatu, aku rasa abang Yooh tu mesti pelik masa kejadian tu. Memula dia Nampak kami ats jalan and than tiba-tiba hilang. Kowang tak rasa tu satu kejaiban ke?hahaha…ok tak kelakar yeh..

Pinjam dari sini~santaisini


So, aku kasi teknik nak cover malu kat kowang
1)   Kowang bantai aje gelak..seolah-olah kowang sengaja buat free show kat public
2)   Kowang bangun dan buat2x mabuk, terhuyung hayang mcm tu kononnya xsihat.
3)   Kowang buat2x pengsan sampailah ada yg dtg membantu, pas tu buat2x sedar.
4)   Kowang terus bangun,terus blah aje dari situ…hati kering ko

Hope membantu…hehe k bye

1 comment:

  1. hahahahahaha.. adoiiihaaiiii...
    berguling2 sis depan komputer gelak tahap mengilai.. nasib baik x de orang kat opis.. semua x balik lunch lagi..

    aduhaiiii.. senak perut!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...