Saturday, May 25, 2013

Minggu ni wesak bukan hari bapak.


Dua hari ni, aku lapang sikit. Tak banyak pulak keje yang menjengah aku. Kira bagus lah tu kan. Tapi aku confiden, next week mesti aku buzy giler. Ceh! Dan dann. Bukan apa ni, semangat wesak punya pasai semua xpikir apa dah, piker nak cuti je.

 Tapi aku ni pekerja kategori rajin abad ini pulak tergedik-gedik nak keje hari minggu [coiihh!! Harghhh…tuihh!]. Tu lah pasal, owang kasi public holiday xnak, owang xkasi nanok pulak. Biasalah manusia kan, xpernah reti nak bersyukur…pe nak jadi tah
 [ peke jadah nya aku merepek ni?]

Ok, sebenarnya nak story benda lain tapi tersasar ke benda lain. Sebelum aku tersesat jauh meh ke topic utama. Hehe.. lepas balik dari pasar malam semalam, masuk rumah mandi, solat, bersiap, pakai wangi-wangi,dan …..duduk depan laptop..kihkih..bukan nak pergi mana pun wei, sesaja. Owang kata wangi2x sebelum tidur terapi yang bagus.. nak nak yang dah berlaki…kahkahkah..ok tips 18sx disitu..

Sedang best layan citer “kecoh hantu raya tok chai!!” tiba-tiba muncul bunyian yang menyeramkan. Meremang bulu ketiak aku. [opsss...xde k aku dah shave] Yang aku xleh nak ingat senyuman dia punya hantu raya tu memang xboleh blah, rasa macam nak sekeh je hantu raya tu. Aku pun senyum tak semanis itu wei. Apa kahh????

\

Bunyi yang aku maksudkan tadi bunyi phone cap aym aku bordering. Rupannya my dad my soul kol. Windu sama anak dara dia ni kot..hehe
Lemah gemalai nak mampus aku jawab kol..

Aku:  Hellooooo…!!! [ tu bukan gemalai, tu mcm owg xmkn seminggu]
Ayah: Hah Tie, apa khabar? Musim ni sea food banyak ka?
Aku: hah!! Sea food? [apakahh? Sejak bila lak aku dan sea food ni serasi bersama ni?]
Ayah: hah! Suami dah tak ke laut ke?
Aku: Ayah cakap apa ni? Chek Xpaham lah? Chek mana ada laki, yah
Ayah: laa…ni bukan siti Fatimah ka?
Aku: Ya Allah Hai! Ayah, ni Siti Hawa bt Aziz, anak ayah la.
Ayah: isy, yeker? Kahkahkah….ayah salah kol lah ni? [ aiseh men, gelak lak mai soul ni]
Aku: hah! Sapa siti Fatimah tu? Ayah Skandal ek? [ muka suspect giler. Nekad xleh nak blah, nak report kat mak]
Ayah: ish mana ada, siti Fatimah tu budak yang carikan ayah sea food masa mak/ayah g penang tu. Masa pi umah kak wa ang tu la.
Aku: owh….hehe..ingatkan skandal ayah td.
Ayah: Hah, ang ni sihat ka? Lama tak kol ayah pasai pa?
Aku: mana ada lama, kan petang td ja chek kol? [ suspect lagi, my soul aku ni taw ke dia bercakap ngan anak dia yg mana satu ni]
Ayah: hah, yelah? Dah la, habis kredit ayah sat g. jaga diri leklok, asalammualaikum….
Aku: Waalaikummussalam….

Amboi, ayah aku ni berkira nauzubillah, nanti aku jugak yang topupkan. Ayah aku ni kan mentang-mentang lah anak jauh dan dann cari kasih syg kat ank owang yeh. Malam tu juga, aku rasa macam nak jadi kecik balik. Nak jadi kanak-kanak la. “ I wish..i wish..i wish want to be a child”

Boleh makan sweet banyak2x, leh mintak2x duit ngan ayah, leh ajak ayah bawak jalan-jalan, leh manja2x ngan ayah. Leh naik kongkong ayah. Kalo boleh tak nak besar dah. Nak takat tu aje. Duduk bawah ketiak ayah. Tak yah nak piker sal keje, sal duit, sal jodoh, sal anak, sal menantu, sal cucu…[hoi, kau kawen pun belum dah nak piker menantu ke?]. maaf over acting hehe

kecik-kecik dulu ayah aku aje yang leh layan karenah aku, tiap-tiap hari weekend bangun pagi aje dah mintak 5 kupang. Dengan mak, aku tak berani, takut. Mak aku muda2x dulu garang macam singa tahu nak mengauum aje. Mintak 5 kupang, dia bagi pelempang. Akak-akak aku g sekolah bawak 5 kupang aje, aku bawak singgit. Anak emas mau tau ak!!! Sebab tu lah badan pun berat macam ada emas bertan-tan. Kihkih.. Dulu kita take dan mak/ayah kita give. tapi bila dah besar ni kan, kita pulak yang kena give dan mak/ayah kita take. Yang dah ada anak mesti faham kan?

Panjang pulak celoteh aku ni yeh? biasa pendek aje..hehe. Nak dipendekkan celoteh, aku windu sama family aku sebenarnya. Rasa macam nak amik cuti panjanggggggg dan duduk kampong, duduk lama-lama dengan mak/ayah. Tapi xleh lah, sebab aku dah besar,  ada komitmen dengan keje. Xleh lah nak ikut rasa hati sangat. Kan?
Dah lah, nak berangan kejab..bye wasalam...-_-

6 comments:

  1. hikhik...lawak tul cheery ni karang citer. tersenyum jaa dengsoranf bila baca hihi...

    p/s: kasih ayah sampai ke syurga... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. *sengsorang.

      sory typo coz bw ngn tepon jer ni..hee!

      Delete
    2. hehe..biasalah jaa taip laju sngat..hehe

      Delete
  2. sis pon rindu gak kat mak ayah..
    tak sonok plak duk jauh ngan famili kan~
    nak balik kampung pon kena tunggu cuti panjang..huhuhu
    tapi apekan daya.. rezeki kita di sini.
    hanya telefon jer lah menghubungkan kita..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. urmm..betoi tu sis!rezki kita jauh. tp hope diowang sihat2x aje..

      Delete
  3. amboih..sempoinye ayah dia...huhuhu...serta merta ingat ayah kat kg jugak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...