Wednesday, May 22, 2013

Kita manusia biasa kan?



Kita manusia biasa kan..kadang-kadang kita rasa down dan rasa dunia ni tak adil..
Umpama dugong yang terdampar dipantai akibat deruan ombak yang mengganas. Sedangkan kita dah biasa dengan ombak tu tapi apabila tikanya ombak mengganas kita terkesima dan kekok untuk melaluinya. Ertinya, kekadang kita tidak kuat nak melalui sesuatu masalah walaupun hakikatnya kita dah biasa laluinya dulu.

Bila kita cuba nak luahkan masalah, kita cari person yang kita rasa boleh dipercayai,
Kadang-kadang benda tu  xde apa pun sekadar luahan perasaan aje..nak hilangkan tekanan
Tapi person yg kita percaya dah xsudi lagi nak pasang telinga mungkin dia dah  rimas dan menyampah dengan luahan kita.

Lepas tu kita rasa kecewa sebab person tu tak seperti yang kita harapkan…dan buat kita merajuk xnak citer apa-apa lagi. Akibatnya kita jd hypertension sbb pendam perasaan sowang2x.
Adakah dia dah berubah hati dan xnak lagi jd person yang kita percayai?
Atau Person tu ada masalah tersendiri  dan xmampu nak bagi riaksi yang yang baik untuk kita?
Ada kemungkinan juga ke, dia dah xnak dengar apa-apa lagi dari kita sebab luahan tu lama-lama dah kedengaran seperti umpatan di telinga dia..?

sumpah! tiada niat untuk mengumpat.

Sekarang  terlalu penat dengan sikap dan karenah manusia disekeliling. Karenah yang suka membuli rakan ofis. Apa dosa kita sampai sanggup seksa kita mcm ni. Kerja dalam satu team tapi yang banyak buat keje kita dan dpt advantage lebih orang lain. kita? Hanya dapat lebih kalo kita buat OT. Adil ke? Ni ke orang kata permainan politik di pejabat? Cakap memang pandai, sangat professional. Memberi pendapat tak nah kalah. Tunjuk ajar kita,soh kita buat mcm tu buat macam ni, tapi dia xbuat pun. Nak tunjuk dekat top management dia komited dengan keje.. tapi sedangkan keje banyak yg dia abaikan,kadang-kadang  tak ambik tahu pun.

 Dapat banyak kertas campak atas meja kita, macam kertas-kertas tu sampah aje dimata dia. Dan meja kita lak, mcm rubbish bag. Bila top management nakkan apa-apa document melalak melolong Tanya kita. Cuba Tanya dia mana file asset Transfer, aci potong kuku, dia xtahu. Quotation file pun Tanya kita sedangkan dah berbuih dah mulut kita ckp mana taruk file tu. Masih lagi nak Tanya kita.. Sangat letih, ni la akibatnya klu dapat partner yg tidak faham apa itu team work. Semua benda nak kita carikan dan letak depan mata dia, bawu lah keje dia berjalan. Klu kita tak nak carikan bising depan muka kita. Buat keje xnak usaha sendiri, xnak pakai otak tahu nak menyusahkan orang. Tahu nak pakai otak orang, otak dia simpan nak buat apa ?? bukan boleh jual pun. Agaknya, manusia ni boleh jadi giler kalo selalu sngat fikirkan sikap dan perangai manusia lain. ..nauzubillah…

Adakah semua masalah yang berlalu itu khilaf kita, masalah kita dan tanggungjawab kita?
Orang selalu cakap, Allah tak akan uji seseorang hamba itu diluar kemampuannya. betoi ke?
tapi..kenapa kita rasa berat sangat ujian tu, kenapa kita rasa kita manusia tak berguna sebab tak mampu untuk pertahankan diri sendiri... Khilaf kita yeh? Ya Tuhanku. Ampunkan dosa-dosa kita!

5 comments:

  1. positiflah...mmg masalah sll ada...

    ReplyDelete
  2. buat xtahu dah la..
    manusia ni mcm2 peragai..
    time mood dia ok, dia ok la, klu x ok mybe ptt bagi dia masa cikit.
    mgkin jugak si pendengar pn de masalh jugak, de benda yg dia tgh pikir smpai kdg2 dia x sedar yg org lain tgh luahkan something kat dia...

    ReplyDelete
  3. susah juga bila berdepan dengan masalah mcm ni kan.. banyakkan bersabar ya insyaallah ada hikmah disebalik yg berlaku

    ReplyDelete
  4. sabar k~
    dalam keje memang selalu ade masalah cam tuh.
    yang penting siapkan keje kita dulu.

    ReplyDelete
  5. jaa kt ofis pun mcm tu lah juga.... ofis jaa ada 2 jer pompuan, so kami ni asyik la kena bila bab ada apa krje. report, statistik, surat mmg kita jer handle. nk harap budak2 laki mmg x ahhh... time kita off/cuti, bila HQ mintak statistik bulanan/mingguan, terus mereka kelam kabut call kita...huhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...