Wednesday, March 6, 2013

Lahad Datu: Dah pandai menyamar pulak..ish bimbanglah!


Kuala Lumpur: Menyamar sebagai penduduk tempatan dipercayai menjadi sebahagian pendekatan pengganas dari Sulu, Filipina untuk mengelirukan pihak berkuasa sebelum menyelinap keluar dari tempat persembunyian.
Sumber kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, pengganas terbabit dipercayai berbuat demikian ketika pasukan keselamatan memindahkan penduduk di beberapa perkampungan sekitar Lahad Datu yang diisytiharkan sebagai zon merah, “Mereka dipercayai bertindak demikian lebih awal sebelum kita melancarkan serangan ke Kampung Tanduo pada jam 7 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, operasi mengeluarkan baki penduduk yang terperangkap di perkampungan masing-masing dilakukan antara jam 5 petang kelmarin hingga awal pagi semalam.
Bagaimanapun, sumber itu berkata pasukan keselamatan mempunyai strategi bagi mengesan pengganas yang menyamar sebagai penduduk tempatan itu.

“Kita ada kaedah tersendiri bagi memastikan mereka (pengganas) tidak terlepas dan percaya insiden pencerobohan akan ditamatkan dalam masa terdekat.

“Kita akan terus bersiap sedia dan melakukan kawalan,” katanya.

Cepatlah berakhir, Doakan mereka

P/S: My Donat kat sana. Kowang tolong doakan mereka..thanks..

Update: Berita
Ahli Kumpulan Penceroboh mati ditembak
Enggan serah diri
Empat ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan penceroboh
"Perang Propaganda"
13mayatpencerobohditemui-kata zahid
pasukan keselamatan temui kubur tempatkan mayat penceroboh
Barua serangan diberkas
pengganas tanam senjata sebelum lari





2 comments:

  1. owhhh.. dia pon kena ke sana jugak??
    moga semua pejuang2 kita sentiasa dalam lindungan NYA.. amin~

    ReplyDelete
  2. Semoga tak ada lagi polis/askar kita yang terkorban..sentiasa update cerita di lahad datu sbb sedey tgk ramai yang mati..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...