Nuffnang ads

Monday, November 23, 2020

Dipanah Petir Ketika Memukat

 


Petang kelmarin Kami dikejutkan dengan kematian orang kampung Kami. Dipanah petir masa tahan pukat di bendang. 

Masa perkhabaran tu, Kami elok ja dah sampai Penang. Suami dapat balik amik Kami setelah hampir sebulan terkandas kat kampung. 


Tempat dia tahan pukat tu kampung Gulau, iaitu kampung sebelah ja dengan kampung Kuala Lanjut. Menurut info orang kampung, dia pergi memukat bawak anak dia yang oku. So far anak dia selamat. 


Lepas dipanah, dia jatuh dalam air banjir nih. Hujan setiap Hari, bendang dah jadi macam lautan dah.


Agak sedih dan terasa kehilangan tu sebab keluarga Kami kenal dia. Seorang anak dan ayah Yang baik pada anak2. Arwah dulu masa Kami kecik, ada bela monyet, dia amik upah petik buah nyuir. Monyet dia lah Kami rajin bagi makan Kalo Mai rumah.


Arwah ada Adik lelaki sebaya Aku, sekolah rendah sama-sama. 

Aku takde niat apa pun cuma nak berkongsi.
Mariah sama-sama Kita sedekahkan Al-fatihah pada arwah.



Semoga Allah menempatkan arwah bersama orang beriman...semoga keluarga nya tabah...pengakhirannya dgn cara itu, kita jua mendoakan yg baik-baik...kita semua Akan pergi suatu hari nanti, cuma mungkin cara berbeza. Jadi kena sentiasa bersedia...niatkan setiap amalan baik kita sebgai satu ibadah..semoga Kita semua dipermudahkan segala urusan.

Amin...yarobilalamin..

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...